Pages

6 January 2016

Family Trip : Langkawi (19.12.2015)

Hari ketiga.
Last day.
Alah..kejap nau rasa.
Pasni amik 5 hari lah kalau bercuti family. Baru puas rasanya.

Tiket feri balik ke Kuala Perlis dah beli online sesiap. Pukul 2.30ptg.
Jadi, kita decide utk lunch di Langkawi, lps tu baru gerak ke jeti.
Makanya kul 11pagi kami dah siap siap.
Terus pergi makan.
Kami pergi area depan sket dari Kuah tu je.
Situ banyak gerai makan.

Pergi satu gerai ni. Kedai Kak Ti ke apa namanya.
Dari jauh dah nampak kerusi kuning.
Best lah sbb baru pukul 11 pagi. Orang tak ramai. Tapi lauk dah banyak.
Eh. Sedap sedap lah lauk dia.
Terliur je tgk.
Aku amik sotong goreng tepung.
Ya hampun... sedap betul. Dia tak buat bulat bulat gelung tu.
Dia goreng terus sekor saiz kecik. Memang garing lah. Pastu tepung salut tu pun sedap nya.
Rasa cam nak pi mintak resepi. Huhu.
Makan lunch awal2 ni mmg best. Next time buat camni ja. Brunch terus.

Lepas makan terus ambik beg, separuh pergi jeti dulu.
Beg dah banyak, tak boleh pergi semua sekali. Tak muat van.
Kena 2 trip.
Pergi hantar barang2 dulu, pastu lagi sekali ambik yg selebihnya. 
Pastu myDH settlekan parking van. Owner dah cakap letak kat mana.

Kat jeti...memang lah ramai manusia. Dah semua melepak tepi kedai.
Masa tu belum kul 1 pun.
Kami se famili pun berkelana lah di depan kedai HIG.
Dah la ada feri baru sampai. Punya ramai orang lalu lalang. Rasa nak pitam tgk orang. Berpinau mata.
Mengapa lah depa ni tak sediakan macam kerusi ke apa. 
Ni dah macam pelarian apa je.
Mmg la ada kerusi, tapi nun kat dalam before naik feri tu.
Sadis betul rasanya.
Part ni yg aku rasa, tobat lahum ku nak naik feri lagi dah.
Tapi, kenangan manis juga lah sbb reramai sefamili kan. Dengan beg2 yg melambak2. Kakak ipar aku lah banyak nyopping. Aku seme pun sumbat dalam beg je. Tak mo menjejes2 beg bebanyak.

Kul 1.45pm dah boleh masuk dalam.
Ada kastam check, tp dia just tanya ja. Takde tgk apa pun.
Dalam 2.15pm tu dia announce boleh masuk dah.
Makanya berdedai lah manusia. Hieee... lagi skali aku macam tobat lahum lagi nak naik feri g Langkawi.
Ini pun kira macam ala ala je. Kena masa krismas ke, cuti berkapit ke, entah cemna la rupa agaknya.

Dengan perangai orang yg nak potong q. 
Apa ke teruk sgt perangai. Orang lain boleh beratur nak naik feri, ko yg lelaki, badan sihat kuat boleh nak nyelit depan mak aku yg bertongkat utk nak potong barisan. Sungguh tak bermoral! Sorry lah weh. Ko pikir tekak kau je nak mudah. Nak senang kau naik la flight. Bongok giler.

Feri gerak kul 2.45pm. Kali ni agak laju dan rasa sedikit beralun.
Masih duk depan juga. Cuma tiket kami dari no 8, bukan no 1. Huhu.
Tgk movie Polis Evo. Sebenar aku belum pernah tgk Polis Evo ni. Tapi sbb cepat plak sampai, tgk sekerat ja. Maka, balik rumah, terbeli pulak Polis Evo kat Astro First. Tak memasal!

Keluar jeti dah dkt kul 4pm. MyDH terus amik kereta.
Abgcik stay kat Kuala Perlis satu malam. Kami n abg nyah balik terus.
Exit jap Alor Star sbb nak kejar solat Asar. Dapat solat kat masjid Al Bukhary. Ramai plak pengantin buat photoshoot kt situ.
Lepas tu berenti Gurun.
Then terus je lah smpai kampung. Aku singgah kg dulu. Hantar mak. Tak direct balik KL.
Itu pun dah smpai kg pukul 10mlm. Pergh!
Penat giler!
Esuknya tu baru balik KL.

Maka, tamatlah percutian keluarga kami utk tahun ni.
Coming - bulan Mac. Yang tu dekat ja. Melaka. And mebi kiterang je kot pergi. Dgn famili abgcik n mak. Dah beli gak voucher masa Matta Fair.
Balik je dari Langkawi tu ari, abgnyah antar w.app kat grup ajak pergi Sabah plak ujung tahun ni.
Oh. Cannot lah agaknya. Next year boleh lah kot. Atau kita gi Singapore je ujung tahun ni. Amacam? Haha.

Diakhiri dengan barang yg beli kat Langkawi.
Memang ini je yg dibeli. Baguih kan cheq?? Tk byk shopping kali ni.
Cuma Nutella Go (beli sedozen), pastu cekelat kisses, daim, ferero roche, snickers.
Dairy Milk ngan Pepero tu myDH punya. Pepero dia nak bagi adik2 unit dia katanya.



*tiada gambar utk hari terakhir di Langkawi.
Ada tu ada, tapi untuk simpanan famili je. Hihi.

1 juta komen:

seronok jalan2 reramai ngan famili...mengeratkan silatirrahim...tapi nak jalan time coti2 yg ramai org tu la yg rasa cam pikir 2-3 kali... gi melaka ri tu pun, jamnya... huhuuhuhu...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign