Pages

5 January 2016

Online Shopping dan Rezeki

Lately ni menggila ber shopping kat Lazada.
Haiya...
Rasa dalam bulan 11, bulan 12 berapa kali dah aku "check out" kat Lazada tu.
Sekali tu beli baju.
Pastu beli kamera (ni yg masa online revolution tu).
Pastu beli baju lagi. Baju tu bukan kat Lazada je. Entah memana lagi entah aku shopping. Sesuka hati ja.
Hehari dapat parcel (termasuk parcel ngok ngek yg di hantar oleh AirPak bongok tu).

Bila check baki kat bank, ha... baru tahu.. dah terlajak shopping rupanya.
Huwa... pemberian khas gomen bagi tu RM500 tau bukan RM5000.
Shopping dah macam kan dapat lima ribu kan.
Ha.. tu satu lah. Satu lagi, apa ke hal nya semua buat coverage pasal penjawat awam dapat RM500 tu. Alahai.. macam apa je kan. Riuh rendah kat tibi, sokkaba seme. Padahal orang lain dapat bonus ribu riban membisu senyap ja.
Takde lah. Bukan lah kata merungut ke apa. Dapat tu mmg syukur Alhamdulillah lah kan.
Tapi, dah announce, dah ada pekeliling, dah la. Ni war warkan besar besaran. Kang tetiba barang mahai salahkan orang gomen dapat bonus. Padahal....

Oh. Ada orang kata, masalah Lazada ni. Lambat hantar lah apa lah.
Entah. Sepanjang aku ber soping kat sana tak pernah plak lewat.
Cepat lagi ada lah. Makna kata, if dah confirm order tu, siap sedia je lah duit walau pun dia tulis date dapat tu lambat lagi. Tau tau kang dia call "cik Ida..saya nak antar barang Lazada". Biasa aku mmg carik barang yg boleh buat COD.

Pastu, tu ari dapat satu envelope.
Kawan yg tlg ambilkan dari peti surat kata "ni macam cheque je ni"
Eh. Bila masa plak ai redeem duit nuffnang ni. 
Ingat kot duit insurans kereta lah. Kan kalau kita takde claim apa-apa dalam tahun tu, dia ada bagi rebate sket.

Rupanya.

Dari celcom. Berapa tahun dah aku terminate celcom ni.
Aku pun lupa dah aku ada terlebih bayar. Dia pulangkan baki kredit.
Okay lah tu.

Walau RM50 cuma, kira rezeki jugak lah kan.
Boleh soping online lagi. 
Hewhewhew.

p/s : Orang lain awal2 tahun, semua citer pasal antar sekolah, buat bento anak, ai sebok lah citer pasal shopping. Hewhew. Chill lah.. !

1 juta komen:

huhuhu..part2 pulangkan duit kemain lambat eh celcom ni.. part2 reminder suh bayar bill kemain laju... huhuhu...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign