Pages

31 December 2015

Wrap Up 2015


Cari cari entry bulan Januari 2015 pasal azam tahun 2015.
Takde rupanya. Haha. Good. Tak payahlah nak jot down azam sangat kan. 
Okeh. Mari kita wrap up kan cerita sepanjang 2015 nih.
Tercapaikah "KPI" dalam kehidupan?

Wrap up pasal family
Tahun 2015 ni takde major event pun dalam family. Takde yang bersalin. Takde yang bertunang. Takde yang berkahwin. Dan Alhamdulillah... kedua dua belah family sihat. Takde lah yang kena masuk hospital apa semua. Syukur Alhamdulillah...
Dan dalam bulan April, kami berpeluang menunaikan umrah. Pergi dengan suami dan mak.
Alhamdulillah, Allah permudahkan rezeki kami.
Dapat berdoa di depan Kaabah, di Hijr Ismail, di Raudhah memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Wrap up pasal kerja
Masih di HR. Tahun ni ada pengambilan staff baru tapi tahun ni ada buat penambahbaikan sket so, cara pemilihan tu agak laju. 
KP bersara bulan Okt. Ganti KP baru.
Try apply HLP. Dan dapat interview dalam bulan 11. Alhamdullillah. Walau hanya interview kan. Kira one step closer dah tu. Result temuduga bulan 1 nanti baru dapat.
Takde yang stress sangat pasal kerja. Semua smooth je. Segala yang orang naik pangkat, orang tukar skim semua pun dah settle. Thank u Allah :)

Wrap up pasal TTC
Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah terbaik :)
Atas semangat rakan-rakan, tahun ni kembali treatment dan memilih untuk mulakan treatment di KL Fertility Centre. Tempat rawatan dan dapat doktor serta staff yang paling memuaskan hati. Pasti merindui Dr Tasha!

Wrap up pasal percutian
Tahun ni pergi bercuti ke Sarawak saja. Awal bulan 1.
Lepas tu akhir tahun - bulan 12 ni, ke Langkawi. Family trip.
Tak banyak bercuti sbb kami concentrate pada TTC treatment.
Memang takde beli tiket utk tahun ni.

Wrap up pasal blog dan laman sosial lain-lain
Entry blog mmg menurun tahun ni. Hanya 200++ entry. Disengajakan. Malas nak rajin sgt membuat entry. Biarkan.
Laman sosial lain - FB deactivate masa nak pergi umrah. Bertahan lama juga lah tak aktif kan. Bebaru ni ada masuk balik. Tapi, still tak aktif. Just tgk2 apa yg berita kengkawan.
Instagram - paling aktif. Tapi bebaru ni terus temporarily delete. Senang. Dalam buat private pun ada termasuk orang yg hanya nak stalk pasal life kita.
Now, senang idup rasanya bila tak aktif kat laman sosial. Biar jadi perahsia sket.
Orang yang hanya kenal kita di laman sosial ni payah sket nak menduga hatinya.
Jadi, sapa nak berhubung, berhubung je lah di alam realiti. Ramai je rakan laman sosial yg dah jadi rakan realiti dan kami selalu keep in touch. Takde masalah :)

Wrap up pasal lain-lain
Tahun ni negara kita dah takde berita mengejut2. Alhamdulillah. Oh, ada satu lah. Gempa bumi kat Sabah tu. Kerana gempa bumi juga kami tak jadi pergi ke Sabah untuk family trip.
Tapi yang buat semua sesak napas bila tol naik, minyak turun naik. Huhu. Apo nak buek, kan..? Hadap aja lah.

Secara keseluruhannya, tahun ni banyak membawa kegembiraan.
Pelbagai rezeki yang Allah beri dalam pelbagai bentuk. Syukur Alhamdulillah.
Semoga tahun hadapan pun baik baik saja semuanya.
Semoga berjaya lah dapat HLP. 




"Barangkali kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 216)

2 juta komen

Smg 2016 membawa seribu kebaikn buat reen sekeluarga... Happy new year :-)

hi kekda! lamanya tak melawat..hehe semoga 2016 lebih baik untuk kita semua =)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign