Pages

29 December 2015

Family Trip : Langkawi (17.12.2015)

Trip ke Langkawi ni aku guna pakej Matta Fair. Beli bulan 9 tu ari.
Bukan senang ko nak jadi ketua penyelaras rombongan nih (lantik diri sendiri). Haha.
Masa Matta Fair tu kena amik byk2 quotation. Pastu balik rumah - w.app ke grup family - suruh depa compared. Pastu esuknya pergi lagi sekali utk confirm. 2 hari berturut2 ke Matta Fair.
Sebenarnya, aku tak pernah beli pakej kat Matta Fair utk bercuti. Ye lah, selama ni travel DIY je kan. Kalau reramai susah nak DIY. Tu terus beli pakej.
Dapat pakej RM1,700.00 utk bilik 3 hari 2 mlm (5 bilik - 1 family room, 2 superior, 2 std) dan termasuk sebijik van utk 2 hari (muat 14 orang). Masa kat MF tu bayar RM200 dulu. Selebihnya bila dah sampai Langkawi.
Kalau ikutkan, aku mmg kerap ke Langkawi sbb kami ada office kat sana (Kompleks Kraf Langkawi). Masa jaga aset dulu lagi lah kerap. Jap jap turun sana. Pastu dah duk HR kurang dah. Rasanya last tahun 2012 ke tahun 2013 camtu kot. Tapi semua naik flight lah kan. Dah kenapa kau outstation nak naik feri kan. Idok ler...
Tapi ni pergi reramai ngan family ni, ala ala rombongan che kiah, mmg best lah walau pada awal nya agak risau nak naik feri. Tapi feri ni tak rasa pun gerak nya. Smooth ja. Worries not ;)

Kuala Perlis - Langkawi
Subuh kat sana masuk pukul 5.59am.
Agak bergegas lah dari Kuala Perlis pagi tu. Feri kul 7pagi. 
Mana nak parking lagi apa semua. Nak amik deposit hotel lah.
Dalam kul 6.10 pagi gerak dari hotel.
Dalam kul 5.30 pagi tu abgcik call gitau dia dah sampai. Dia ngan abgnyah dah sampai. Depa terjumpa kat RnR Gurun so trus konvoi.
Katanya parking berbumbung penuh. Dia parking takde bumbung. 
Tak pe lah, nak wat cemna kan.

Masuk je kat traffic lite jeti tu ada la bebudak parking naik moto kejar kita.
Takpe. Ikut je depa.
Tapi, kami kena RM15/day utk parking takde bumbung.
Abang-abang dapat RM10 je. Haish. Rugi di situ.
Nak wat cemna kan. Kita pun rushing.

So, kami turun dulu kat jeti, keluarkan barang apa seme, myDH settle parking.
Nanti budak motor tu akan bawa balik driver ke jeti naik motor dia.
Tapi, tak la jauh sgt pun parking nya. Dapat bawah pokok.

Dalam 6.30pg dah boleh masuk dalam. Feri 1st. Orang pun tak la ramai sangat. Ramai tu ramai lah, tapi terkawal kata orang tu.
Lepas tu dah boleh masuk dalam feri.
Aku memang dah sesiap beli tiket online.
Nak senang, uols beli online ja. Sebulan sebelum pun boleh. Aku beli 3 minggu sebelum pergi.
Kami ber 12 orang, jadi dapat seat no. 1 smpai 12. Hehe.
Link beli tiket feri Langkawi online [langkawi ferry]
Mula aku cam tak konfiden gak. Tapi, okay ja. Sehala RM18. Amik pergi balik RM36.
Dia boleh beli utk 10 orang terus. Aku buat 2 grup pembelian. Satu utk 8 orang, satu lagi utk 4 orang which family abgnyah aku. Sbb risau kang dapat no lelain plak kan. So, biar satu family tu satu grup. Masa register tu kena masukkan IC. Boleh bayar terus guna online banking atau kad kredit.
Dia memang tulis tiket cannot be transfer. Tapi, bila kat sana, bukan dia check pun sapa nama kita apa semua. No. IC pun takde atas kertas tu. So, kalau kita dah beli, tapi tak jadi naik, nak ganti orang, pun boleh ja. Takde hal tu.

Gelap lagi dalam tu. Lampu pun depa tak buka lagi.
Tapi, naik feri bukan macam naik flight. Kalau flight ye lah dia bagi warga emas naik dulu ke apa.
Ko beratur la sesama situ. Tapi orang tak berapa ramai, mudah juga lah kita bawak mak.
Dalam 7.15 feri gerak.
Pagi ni macam slow sket la feri nya.
Kami duk depan, selesa lah. Dia pasang video citer Bikers Kental. Huk aloh. Beratus kali dah tgk. Nak tido mata tak bule lelap plak. Entah excited ke apa ke tak tahu lah. Haha. 

Ahli rombongan.
Matahari baru nak naik.

Smpai jeti Kuah dalam 8 lebih. Terus myDH deal van plak. Van mmg termasuk dalam pakej juga. Sampai je mmg dah ada van dah. Beg semua pun besau2. Tapi sumbat je lah dalam van tu. Sbb tak jauh pun hotel kami ngan jeti. Kejap je. Berimpit jap la anak2 buah aku ngan beg beg. Huhu.

Siapa yang bawak van? MyDH la. Haha. Seb bek dia boleh bawak. Tapi lawak juga naik van ni. Nak reverse ke apa mesti terjerit2 semua dalam van. Hahahaa.... camtu la meriah. Satu family terus dalam tu. Senang pun naik van ni. Takde la pecah2 bawak kereta lelain. Kang nak parking kat satu2 tempat hazab. Tahu je lah cuti sekolah kan. Parking memana pun penuh manjang. Co-driver abgnya aku. Duk depan. Tapi dia tak bawak pun.

Kami duk di Cosy Inn. Sebelah je ngan bangunan Pekan Rabu. Kira bajet hotel lah. Tapi okay saja. Kita nak duduk utk tidur je pun kan. Asal selesa utk tidur okay dah. Dpt tingkat 1. Dan semua kat tingkat tu family kami je. Hehe. Meriah lah jadinya.
Sbb sampai pagi, tak boleh masuk bilik lagi. So, settle kan bayaran n tinggalkan beg.


Destinasi pertama - Muzium 3D [link : 3D Art Museum Langkawi]
Sebelum tu singgah breakfast dulu. Singgah je gerai2 tepi jalan tu. Makan nasik lemak. 
Pastu terus pi Muzium 3D. Tempat ni dalam area Oriental Village yg ada cable car tu. Belakang tempat cable car tu lah.
Sampai situ dah kul 11 lebih pun. Parking pun dah penuh. Hari pun dah panas berdenting.
Orang amat ramai nak naik skycab (cable car). Beratur panjang giler. Mujo kiterang taknak naik tu. Just nak gi Muzium 3D ja.

Eh. Best lah weh muzium 3D ni. Tiket masuk RM30 (Malaysian). Tapi, aku beli sesiap dah masa kat Matta Fair. Dapat RM25.
Orang pun tak ramai sangat masuk sini. Okay lah nak amik gambar. Takde rebut2 pun.
Tempat dia mmg besar. 3 tingkat gitu.
Cuma kalau bawak warga emas yg sakit kaki, macam payah sket sbb dia kena pusing gak satu muzium tu sampai abis. Kena naik tangga, turun tangga. Aku pun cam dah nak krem dah kaki.

Masuk kena buka kasut. Makanan seme tak buleh bawak. Kami satu grup, jadi dia bagi satu bekas utk se famili utk isi kasut.
Pakai stokin macam licin. So, better tak yah pakai stokin. Kang ada yg tersembam.
Masuk je cam biasa lah ada orang amikkan gambar satu famili. Kang nak keluar beli lah. Kakcik aku beli, tapi cam best plak gambar ni sbb siap ada kalendar. Aku pun beli. Kaknyah pun beli. Abis seme beli. Huhu. Kalau gi berdua mmg takdak lah kan. Sbb reramai ni syok plak tgk gmbr tu.
Best kot sini. Suka!

Ni zone binatang2.






Beratus gambar kat sini, nanti nak buat photobook. Kena amik gmbr kat kamera2 yang lelain tu jugak. Anak2 buah seme dah remaja2 kan. Depa la seronok posing2. Eh. Mak pak depa, mak pak sedara depa pun seronok jugak amik gambau. Huhu.

Dalam 2 jam juga kami sana.
Lps tu baru gi lunch.
Gi makan kat Jom Ikan Bakar yg femes ames kat Padang Mat Sirat tu.
Tapi, kau tahu lah. Musim2 cuti sekolah ni.
Penuh giler. Tak buleh nak amik meja panjang utk makan satu family.

Ada la satu meja panjang tu. Orang tu dah settle makan, tapi tak bangun. Sbb dia nak tggu ada family dia pi beli roti kat kedai sebelah. Boleh?
Bila aku tanya, jawab dengan muka berlagak giler "tak..kami tak nak bangun lagi.. nak tunggu orang" sambil buat muncung ke arah kedai roti tu.
Amboi! 
Lepas tu dah terlampau ramai, cawan nak isi air pun habis. Kena basuh sendiri. Aku cam hoi! Apakah? Sbb air kat sini dia bagi free refill. Abis tu, kalau free kena basuh sendiri kah?
Rupanya, satu bas turun masa kami sampai tu. Bila dah balik rombongan bas tu, baru lah tenang lah sket. Baru ada meja kosong. Baru cawan semua ada. Hurm.
Aku tak makan pun ikan bakar apa. Makan lala masak lemak ja. Ratah.
Taknak lah aku dtg sini lagi kalau cuti sekolah. Kalau nak dtg pun, kena awal2. Baru selesa.

Then balik hotel. Sbb abang2 aku ni dah berlengas. Depa nak mandi. Kan depa bertolak tgh malam. Tk mandi tak apa. Okay lah. Aku pun nak rest jugak. Panas denting2 weh. Depa dalam van sesedap je makan coconut shake lah, jeli kelapa lah (T____T).

Kul 5pm kami keluar balik.
Pergi Kompleks HIG jap. Sbb tak pernah lagi pergi situ.
Takde nak cari apa pun. Saja tengok2 ja. Memang nawaitu aku dtg kali ni takde nak soping sgt pun. Tapi, pressure cooker byk lah kat sana. Memurah je. Aku dah cam nak ter pengaruh jugak arr. Konon nak buat sup tulang ke apa senang. Ye lah tu. Macam lah nak menge-sup tulang tiap hari kan. Kang terperuk dalam kabinet ja. Rentikan lah aih!
Pastu gi makan. Kira makan petang + dinner lah terus.
Bawak depa gi area Dataran Lang tu. Situ kan cam ada food court.
And... makan laksa Penarak yg sedap tu. Lepas orang ofis Langkawi bawak sini dulu, mmg kalau dtg Langkawi kami pekena laksa Penarak ni je lah. Tak pegi pun laksa dekat airport tu. Sbb baca review ada yg kata tak sedap, ada yg kata sedap. Plus aku tgk situ kuah cam cair je. Laksa penarak ni kuah dia pekat likat. Cuma kali ni ai tak makan. Ai tumpang hirup sesudu dua ja. Sedap nya! 
Tapi, makanan lain kat gerai laksa penarak tu semua sedap. Cuq udang dia sedap. Aku order mihun tomyam sedap. Abang2 aku makan mi bandung pun sedap. Anak buah aku order CKT goreng pun sedap. Pendek kata gerai tu okay lah. Dia paling hujung sekali. Hujung belah sana. Bukan yg dari tepi jalan.

Lepas makan jalan2 gi Dataran Lang.
Ada event sukan extreme la plak. Jauh nak kena pusing ke helang tu.

Eh. Tak langkawi lah kalau tak amik gmbr sini kan. Huhu.

Lps abis tu balik hotel. Rehat.
Malam tu abangnyah w.app ajak geng lelaki pi mengeteh kat mamak. Bawah hotel kami tu ada kedai mamak.
MyDH pergi la. Pastu depa jalan2, ada macam downtown situ.
Aku dah tertido dah. Penat oih.
Settle hari pertama di Langkawi.

1 juta komen:

seronok gi langkawi.. macam2 aktiviti boleh buat..
family suka sangat gi sana. leh katakan tiap2 tahun pegi..

gi cuti skolah memang ramai gilerr orangkan. tapi time tu lah pun boleh gi ramai2 semua.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign