Pages

23 December 2015

Family Trip 2015 : Langkawi

Sekali lagi ber rombongan che ida.
Last 2 year kami ke Pantai Timur.
This year suppose nak ke Sabah. Tapi sbb dek kejadian gempa bumi kami kansel. Mujur lah belum beli tiket apa seme. Masa tu baru carik2 tour je. Dan mmg ada hikmahnya pun. Ada sbb Allah tak bagi kami sefamili ke sana. Bukan sbb gempa bumi tu je. 
Kan. Perancangan Allah itu adalah lebih terbaik dari perancangan kita :)

Trip kami dari 17-19 Disember 2015.
Tapi, abang2 dari Ipoh. Depa bertolak tgh malam.
Kami je dari KL. So, kami decide utk overnite di Kuala Perlis satu malam supaya tak la letih n rushing.

Oh. Kami naik feri je utk ke Langkawi.
Why tak amik flight?
Kalau kami je okay lah flight.
Kalau abang2 dari Ipoh tu macam leceh pula kan. Kena pergi KL apa bagai.
So, semua decide naik feri je lah.
Lagipun aku tak pernah naik feri ke Langkawi.
Eh. Jap. Pernah. Masa darjah 6 ke form 1 ke ntah. Citer lebih 20 tahun dulu. Huhu. Masa tu rombongan ketua kampung ayah. Ikut skali mak ngan ayah masa tu. Hehe.

16.12.2015 : Kuala Lumpur - Kuala Perlis
Oleh kerana mak mmg ada kat KL, jadi mak pun join sama lah kami dari KL.
Bertolak dari KL jam 7.00 pagi.
Banyak tempat berhenti. Kena rest selalu.
Awal lagi dah berhenti kat Rawang. Nak gi toilet je pun.
Pastu myDH ngantuk. Berhenti kat Behrang.
Pastu berenti makan jap kat RTC Gopeng.
Then berenti kat Gunung Semanggol and last skali berenti solat kat Gurun.
Phew.
Jarang ke Perlis ni. Rasa jauh nya la hai.
Kami masuk Perlis ikut highway Changlun - Kuala Perlis.
Kena terus je sampai arah Bukit Kayu Hitam. Tapi jangan keluar Bukit Kayu Hitam. Dia sebelum tu. Nanti ada fly over kat area Changlum tu, amik ke kanan.

Kos perjalanan pergi :
Minyak : RM80 (KL) + RM40 (Gurun). Total RM120
Tol : RM26.50 (KL-Ipoh je sbb kami keluar jalan lama, masuk balik ikut Kuala Kangsar) + RM13.50 (Kuala Kangsar - Juru) + RM13.00 (Hutan Kampung) + RM1.60 (Jitra). Total RM54.60


Kami overnite kat hotel D'View [link : D'View]


Tak jauh pun dari jeti. Dalam seminit dua camtu ja kalau naik kereta.
Tapi, jalan depan hotel tu tutup plak. Boleh? Memacam.
Tepon hotel macam tak membantu. Last2 tanya orang. 
Hotel ni dia dalam area perumahan. Tapi dekat ngan laut.
Dapat rasa la angin laut kalau duk luar.
Pastu buleh ja nak jalan kaki pi tgk laut. Ada gak orang jual jual tetepi laut tu.
Ada gerai2 buleh makan.
Tapi kami tak pi pun. Penat oih.
Murah ja. Aku booking thro Agoda. RM90 kalau tak silap.
Hotel pun okay lah. Wifi ada. Tv ada Astro Njoi. Okay lah kan. Takat nak hilangkan lelah penat.



Sebelum maghrib siap2 gi makan kat jeti. Kami makan kedai Mona. Ramai rekemen situ kan.
Makan awal sbb dah lapau. Pastu takut kang lewat lagi ramai kan. 
Waktu lunch, on d way tu mmg tak makan berat. Lagipun dah amik heavy breakfast kul 10 pagi kat RTC Gopeng.
Kami amik simple ja. Sotong goreng tepung ngan ikan jenahak bakar. Sayur kailan ikan masin. Eh, sedap plak rasa kailan dia ni. Pastu depa bagi sambal belacan (air asam utk ikan bakar pun ada, tapi tak berapa umph), and ada kuah. Kari ke apa ntah (ini agak rare gak la sbb tempat lain takde kuah2 ni kan. Agaknya dia tgk kita tak order lauk berkuah, so dia bagi).



Makan pun bertiga, Tak berapa nak berebut sgt la kan. RM50 total lauk. Air minuman kedai lain.
Tapi, bagi aku tetap lah ikan bakar Bagan Lalang yg paling best. Segala air asam cicah kat sana memang la terbaikkk.

Abis makan, balik hotel lah rehat.
Pastu myDH kata dia dapat w.app dari grup dia (budak ofis juga) kata gaji dah masuk.
Dan dan tu jugak kami pergi Maybank Kuala Perlis. Hiks.
Ye lah, takyah lah nak carik bank kat Langkawi lagi kan.
Malam tido awai sbb kami kena bangkit awai. Feri kul 7 pagi.

4 juta komen

Rin xpenah sampai langkawi...sadis sungguhkan
Tapi dh booked tiket flight bln 2 nti akan ke langkawi..
Nanti blhla rujuk entry ida..hehehehe

Dah berzaman dah tak buat family trip ke langkawi ni... mana tahu nanti tetiba nak buat ke sini pulak....boleh refer blog kekda nih.... =)))

last gi langkawi masa zaman uni. hehehhe...

Akk pun nak pegi lgkawi ms thaipusam nanti. Dh booking tiket flight. Harap harap dipermudahkan. Last smpai lgkawi 12 tahun yg lalu. Ms tu baru kawin. Ni time utk bw anak anak pulak.

Syok kan pi jln jln ramai ramai ni. Meriah.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign