Pages

30 December 2015

Family Trip : Langkawi (18.12.2015)

Hari kedua di Langkawi. Semua dikerah berkumpul jam 8.30pagi.
Teruskan pergi berjalan jalan.
Alhamdulillah. Cuaca baik. Cuma pagi tu masa tgh breakfast hujan sket.
Ingat nak breakfast kat kedai simpang trafic lite area Kuah tu.
Tapi, ramai. Biasa ah. Tempat dah ramai orang suggest.
Jadi, pergi kat depan kompleks HIG. Kat food court tu.
Hah. Sini selesa.
Takde orang pun lagi.
Siap sambung meja panjang.
Makan pun aman-aman ja. Roti canai dia pun sedap.

Next destination - Underwater World Langkawi. Pantai Cenang.
On d way singgah Gamat Nusantara.
Nothing to buy. Depa depa yg lain je beli memacam.
Tak kuasa aih asyik beli minyak gamat ja. Yang dok ada kt umah pun byk lagi.
Kami beli sabun ja. Jadi lah. Sebijik dua. Jangan takde orang kata. Huhu.

Aku tak masuk underwaterworld tu.
Yang masuk famili abg cik. Abgnyah pun tak masuk. Anak2 dia ja masuk.
Aku tolong belikan tiket utk famili abg cik (tolong beli je la.. bayar dia lah. hihi). 4 tiket je la tapi. Sbb guna pass kerja aku ngan myDH. Satu pass kerja dapat 2 tiket. Pass kerja ni utk orang kerja government sahaja. Abang aku cikgu, sekolah dia takde pass kerja. Sekolah abgnyah aku ada. Sbb dia ngajar sekolah asrama penuh. 
Tiket masuk RM33 (Malaysian). Tapi, guna pass kerja govt tu dapat RM26 sorang.
Okay lah kan. Jimat RM7. Utk 4 orang dah jimat RM28.

Sementara tunggu derang kat dalam, kami jalan2 dulu kat kedai luar tu. Pastu lepak tggu kat luar ja. 
Sempat beli aiskrim gulung nih.
Dia jual dalam The Zone tu.
Aku amik flavour laici+strawberry. RM12.
Kalau satu flavour je - RM10.





Singgah tgk pantai cenang jap lepas tu.
Plan kami adalah nak makan kat Laman Padi. Dekat je. Area situ jugak.
Tapi, boleh lak tutup. Bengong betui lah. Tulis situ buka setiap hari. Jam 11 pagi.
Tengok2 tutup. Gi tnya orang kat situ dia kata pukul 3ptg baru buka.
So, cam terganggu lah plan kami. Dah tak tahu nak makan kat mana. Sadis tul!

Terus plan g Makam Mahsuri.
Kalau ikut, malas aku nak masuk. Tp nak lepak mana pulak panas2 denting tu.
Tiket masuk Makam Mahsuri ni RM10.
Eh, dulu bukan RM5 ke. Entah. Tak ingat.
Tapi, menda dalam tu semua sama macam dulu.
Aku pun malas nak panjat2 tangga naik rumah Mahsuri bagai tu. 
Lepak kat pangkin bawah rumah dia ja.
Lama juga kami lepak situ. Sementara tggu yg lelain naik turun rumah yg ada kat situ.
Best ja lepak situ. Berangin ja.

Dari situ, pergi Mardi.
Pun tutup. Haishhh.. Mardi ni dah la susah nak carik. Dah sampai, tutup pulak.
Aku pun silap gak tak buat survey dulu Mardi ni. Sbb ingat tak sempat pergi. Sekali ada masa lebih, tu yg pergi. Tutup. Hari Jumaat dia tutup. Pehapa lahhhhh.

Dari situ, pergi pulak telaga Ayer Hangat.
Kat sini aku surrender dah. Tak masuk pun. Lepak luar ja. Mak pun tggu dalam van.
Penat.
Pastu kami gi pantai pasir hitam. Makan kat situ.


Settle makan apa semua. Tgk pantai jap. Balik hotel.
Rehat rehat. Lepas maghrib keluar balik.
Mula ada yg taknak keluar. Last last semua keluar jugak.
Pergi shopping dulu. Aku beli coklat ja. Pastu sebijik tefal.
Bukan kat HIG. Kat Saga depan HIG lama tu. Tgk kedai situ elok sket presentationnya. HIG ni macam berabuk ja periuk2 dia.

Aku ajak makan Char Kuey Teow ketam.
Mula macam tak tahu kat mana. Tapi, myDH nampak tempat tu masa nak antar kak kak ipar aku gi Idaman Suri. Depa pergi shopping situ kejap sementara kiterang rest kat hotel.

Jadi, dah nampak tu pergi lah. Semua pun pergi.
Memula takde meja dah. Aku cakap tapau je utk aku sorang. Pastu kita gi makan tempat lain lah.
Tup2 orang tu kata boleh tambah meja utk 12 orang.





Tempat dia tepi jalan. Dia van pick up ja. Pastu bukak meja.
Menu best dia CKT King Crab.
Kat sini lawak jugak lah. Haha. Malas lah citer sini. Biar jadi kenangan pada kami se famili.
Harga sepinggan CKT King Crab macam gambar kat atas adalah RM35.
Yer, makan di tepi jalan mmg tak suspect okeh RM35 sepinggan.
Tapi bila tgk ketam tu, mmg kita faham lah. Isi penuh. Sedap!

Chef tu siap dtg kat kiterang masa nak balik tu. Tanya okay ke dak. Mana tahu tempat.
Aku tanya lah mana dia dapat stok ketam. Dia kata amik dari Sabah.
Oh. Patut la mahal. Tapi next time sediakan tanda harga okeh.
Kang tak memasal viral macam kes orang makan ikan kerapu sangkar tu.
Total kami makan adalah RM438.00. Adoi.. lawak tau. Sbb tak sangka makan tepi jalan van pick up camtu sampai dkt 5ratus. Kalau orang lain dah viral kan dah ni. Hahahaha.

Balik hotel, tido lah.
Akak2 ipar aku, abg aku, anak buah lelaki ada yg turun gi jejalan lagi.
Larat lagi tu. Aku dah surrender dah. Tido. Lagipun dah kenyang makan ketam.
Happy tummy. Haha.

3 juta komen

hhuhuhu...ketam mai dr jauh... padan mahal..seb baik sedap eh reen... tp tu la...patut kena letak tnda harga...

ehhh....mahalnya harga.....berbaloi rasanya dengan saiz ketam tu [kot lah]...tambah pulak datangnya dari jauh...kena naik kapal...hehehee..

aiskrim tu mengiurkan.. lain dr yg lainlah.. seyes ingatkan mendelah tadi ... aduhhh mahalnya kotiaw ketam tu.. iyelah ptt letak tanda harga.. klu org lain jgn kata viral fb , silap² masuk surat kabar ngeeee ....

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign