Pages

16 December 2015

2015 : Anniversary and Birthday Celebration

Hoih. 
Gerun tgk "ke-36" tu kan.
Haha.
Ilek lah.
"Too young to be old, too old to be young"
Gitu.

Apa pun, Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk 36 tahun ni.
Moga dipanjangkan umur untuk terus beribadat kepada Mu.

So, how's celebration?

Tahun ni takde sambutan makan2 kat mana pun.
Biasa kami akan gi memana hotel ke apa ke utk makan2 utk celebrate anniversary + my birthday. Beli voucher kat Groupon biasanya.
But, not this year.
Hari anniversary lepak2 chill kat rumah. Ahad kan.
Gi tesco beli barang je.
Hehe.
Pastu goreng mi petang tu. Chill sangat kan.

Utk birthday.
Jatuh hari kerja. Hari Isnin.
MyDH kata dia nak belanja kek.
Okay lah. Terpulang lah dia nak buat cemna pun kan.
Tup2 dia buat suprise plak.
Deal dgn PA boss dept aku, then boss yg bawak kan kek tu ke bilik aku.
Haha. Dengan boss pun terlibat sama dalam ini gambar. 
Walau aku tau dia nak beli kek, tapi menjadi jugak la saprais dia sbb aku tak tahu pun bila dia hantar kek tu ke dept aku. 
Rasa cam merah2 jap telinga bila kengkawan HR'ians nyanyi lagu happy birthday.
Potong kek, bagi derang seme makan kek.
Pastu myDH turun jap anta piring, terus ter segan sbb bebudak dept aku ngusik dia tulis 'sayang' tu. Haha.
Then, order gak Domino's.

Bagi satu HR'ians makan.
Okay kan Domino's buat office party pack ni. Dapat 10 kotak pizza (boleh pilih perasa apa kita nak), pastu ada ayam popcorn tu 2 jenis, and 2 air botol gas.

Sebenar nak belanja satey, tapi kan dah ujung2 thn ni, ramai la cuti la apa la.
So, kita postponed next month lah.

Jadi, begitu lah.
Takde celebration beria pun, meriah juga dengan rakan2 se dept.
Takpe lah. Dah tua dah pun kan. Sket lagi nak 40 dah.
Pastu no more berderet ucapan kat FB. Sbb ai mmg disable birthday notification, plus disable juga orang komen kat wall. Haha. So, no more ucapan dari - "orang teringat sbb FB ingatkan".
Memang dapat ucapan tulus ikhlas dari orang yg bebetul mengingati.
And I love them so much (they know who they're).

Oh, hadiah dari myDH?
MyDH dah bagi hadiah advance dah.
Yang Bread Maker tu. Haha. Romantik kan asben ai. Bagi pembuat roti sebagai adiah.
Now, mmg dah sunyi dah mesin tu. 
Dah kataaaa dahhhhhh.... Haha.

p/s : Dikesempatan ni nak ambik kesempatan juga utk ucapkan Happy Birthday pada rerakan yg date birthday dekat2 nak sama.
Date yang sama - 14.12.2015 - Nisya
7.12.2015 - Thiaki (Bahyah)
9.12.2015 - Afliana
12.12.2015 - Faridatul
15.12.2015 - Kak Lin
(kut ada tersalah date, sorry ya.. rasa macam dah betul sbb ada di antaranya kita pernah celebrate birthday sesama dulu).

6 juta komen

Assalammualaikum....
Selamat Hari Lahir kekda & happy happy happy anniversary yang ke 7 tahun....
[rasanya ada wish....tak tahulah kot kot line problem....ke...apa ke...tak kisahlah....tapiii tetap nak wishhh lagi...hehehe]

Semoga kekda senantiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi.... semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan...InshaaAllah...

Untuk kekda & suami... semoga ikatan perkahwinan ini....senantiasa dalam barakah Ilahi...dan kekal bahagia findunia walakhirah..... Allahumma Aminnn....

Salam

Happy Belated Birthday
Happy Belated Anniversary

Happy for u :)
Lomantik de amor.. la.. hehehe

Semoga panjang umur dengan amalan baik.
Semoga dimurahkan rezeki melimpah ruah yg manfaat dan berkat.
Tercapai segala impian murnimu.
Dirahmati Allah.
Kekal bahagia hingga ke syurga..
Amin.

:))))

HAPPY BELATED BESTDAY KAK... MOGA DIPANJANGKAN UMO DAN DI MURAHKAN REZEKI ... SESEKALI DAPAT SEPRISE GINI SERONOK JGKKKAN .. SAYA PULAK YG BACA TERSENYUM²...

waa...romantik gitu... heheheh...

ALIA :

Thank u Lia... :)

IRTIYAH :
Mekasih dear friend...
Kita sesama berdoa agar semua impian kita dimakbulkan :)

MASYA :
Hehe.. amboi..senyum2 gitu yer.. akk ingat tak saprais pun.. skali eh.. saprais plak rasanya. Hehe.

ST :
Hehe.. takde la romantik mana.. tapi sbb satu ofis.. dapat la buat gini kan. Hiksss :D

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign