Pages

2 July 2014

Drama : Berlima Ramadan

Kat TV1.
Matik la takde orang layan TV1, aku sorang je layan kot. Kul 7-8mlm. 
Semua pun layan Kerna Terpaksa Aku Relakan.

Muahahaa.

Entah. Mmg ada tgk sesket yg citer KTAR tu.
Tak follow sgt, sbb well.. citer melayu kot. Ko terlepas tgk 2,3 episod pun kau buleh tahu apa terjadi pada episod sebelum tu. Pastu citer yg hurm.. cliche jugekkk.. ada orang dengki, ada berebut2 perempuan, ada orang kaya2. Gitu lah seadanya. Citer me-layu.

Jadi, 
sempena bulan puasa ni marilah kita tukar channel sementara menikmati juadah berbuka.

Boleh laaaa...........
Cliche pun, cliche jugek.

Ada kisah dengki2 seme tu.
Tapi, oke jugak kot. Sbb ada diselitkan unsur islamik sket. 
Pastu pelakon pun macam setgh pelakon adalah pelakon dalam KTAR.
Cuma tukar2. Kalau dalam KTAR orang tu jadi baik, dlm citer ni jadi jahat. Dah la waktu tayangan sama. Haha.

Memula kan, aku igt citer ni adaptasi dari kisah lima beradik yang mak bapak derang meninggal eksiden bulan 5 tu hari kan. Tapi, takkan cepat sgt la pulak derang drama kan. 
Tapi, bila google - oh, akhir tahun lepas lagi dah derang dah mula shooting. Kebetulan la pulak kan.

Yang jadi Hannan (anak sulung) tu aku tak tahu dia pernah belakon citer apa. Tapi, mmg muka sedih je. Muka jenis redup2 je. 
Best gak la. Citer pasal 5 beradik yang jadi yatim piatu lps mak ayah mereka meninggal eksiden. Mak lima beradik ni anak orang kaya sebenarnya. Tapi cam nenek mereka pulak tak suka (aku tertinggal episod 1 - jadi tak tahu kenapa nenek nampak benci dgn mak 5 beradik ni. Kahwin lari kot. Huhu).
Lps tu mula episod sedih sbb duit kwsp, duit insuran ayah (mak jual kuih je) tak letak atas nama lima beradik ni. Letak atas nama adik beradik ayah. Yang adik ayah (pakcik) derang pun jahat.
Dan baru takat tu lah. Baru episod 4 (dia start hari Sabtu ke Ahad tu hari)

Boleh la layan. Kan? Sambil nunggu2 nak masuk waktu tu.
Tapi, sebelum nak azan tu - humang ai, iklan kemain banyak. Kain pelikat mangga lah, jakel lah, dengan produk nour ain pun ada iklan time tu. Haih!

Cuma, satu je aku harapkan.
Oleh kerana citer kat TV1, aku harap sgt la TV1 tak tukar atau ubah ke apa ke sewenang-wenangnya tayangan  citer ni.
Banyak kali dah jadi tau.

Kita ni dah syok2 la follow, lps tu dah nak ending, elok dia tukar waktu siaran. Tu mmg aku pernah kena skali. Masa tu TV1 masih ada tayang citer Indon kul 7 kalau tak silap aku. Bengong. Dia gi tukar kul petang - waktu kerja. Best kan. Hampeh sungguh.

Tu lah RTM. Byk lagi yg camni. Orang dah biasa waktu tayangan masa tu dia tukar. Cemna nak ada follower? Atau mmg derang ni nak jadikan stesen tv RTM ni utk orang tgk sambil2 ? Macam kat spital ke, atau tempat2 menunggu?
Kenapa tak ikut tv swasta esp TV3 - yang bertahun2 tak tukar waktu tayangan. Cam Melodi - rasa mmg tak pernah tukar time tu. Mmg sedari dulu 12.30 kan. 
Pastu ada citer apa ntah, bulan puasa gak - tayangan masa waktu sahur. Tup2 hilang begitu sahaja. Ending tak tahu apa. Tapi, tu takpe gak la kan. Mungkin tak ramai pun viewers maka derang andaikan, ah lantak lah. 

Tapi, yang ni, aku harap tidak la berlaku sebegitu.

Mana lah tahu, sok, dah dkt nak raya, citer ni tak habis lagi, jadi derang nak masuk slot citer hari raya lah apa la, dan terus hilang entah kemana citer nih.
Aku pun tak berapa nak trust jugak nih.

Tapi, kita cuba. If 'hilang' jugak, kita emel terus KKM. Boleh RTM??

p/s : Nak tgk, buleh gak tgk online kat sini - MYKLIK

Update :
Tahu dah watak yg jadi Along tu - Nazeera Sardi namanya. Bila tgk blog dia baru tahu byk jugak drama dah berlakon. Tp mmg watak2 yg baik je. 

9 juta komen

pssttt.. psstt sy pun tgk cite ni tp episod 1 jer .. lps tu haru .. isnin dah kerja sampai hr ni x sempat² nak tgk lg.. masa episod pertama tu sedih giler kot adik beradik tu dtg hospital dpt tau mak ayah kemalangan.

saya lagi la..pi layan 702 tgk my kitchen rules..haha!

kekda, btul ke spek 3d dah lain? mmg kene pi lagi ni, hehe..biar la org kata tak best pun, tp saya suka haha.! akak suka tak? tgk 3d lagi best ek kak?

kita pun tgk citer ni jgk. tertengok pun sbb dok tgu azan tv1, lps tu smbil berbuka xtukar channel lain so tertengok la citer ni.
tp yg bab tv1 suka tukar wktu siaran tu mmg btul. tgh syok follow citer, tup tup tukar wktu siaran ntah bila2 pulak masanya kan...

mula2 tgk ingatkan drama tajaan syarikat insurans satu episod.
rupanya ada sambungan lagi..la drama bersiri..haha

syok tgk hannan.bertudung.
tapi tak pakai tudung x berapa comey la..hehe

atok belah mak die tak suke mak die.. sbb mak die belajar agama... pastu berubah.. bapak die nak kawin dgn mak die... atok tak bagi.. so dorang kawin lari...
atok die tak suke anak die belajar agama...
nenek die nk bebaik dgn cucu die.. sbb nk belajar agama dr cucu die...
tu klu x silap cite memula die... ke sy salah cite??

selalu tgk cita ni, sbb byk unsur Islamik, at least takda laa cita asik berebut anak org kaya ja... byk pengajaran cita nih.
Walaupun along dorang nampak slow..mmg slow pun... tapi dia cerdik, byk benda dia kena buat selepas mak ayah dorang meninggal. Semua keputusan dia dia akan meeting dgn adik2 dia dulu.
Pastu bebudaks nih semua dpt cukup didikan agama. Mak ayah dorang pandai ajar. Cuma kesilapan ayah dia tak tukar penama semua insurad an kwsp. Nih mmg realiti yang selalu berlaku. Saya mmg tgk cerita nih, sbb byk pengajaran. Berserah pada Allah dan yakin dengan rezeki yang Allah bagi.
Sy dh letak penama utk semua insuran dan kwsp saya.

Slm... hehe... sya pun layan jg cerita ni.. psl rtm selalu tukar waktu siaran tu sya pun terkena jg... tp apa boleh buat... sabar ja le ;)

salaam Ramadhan .. tp kn kenapa Hannan tu slow sgt acting ia .. nak noleh nak angkat fone .. apa saja .. pikiran betol .. maaf ya ..

Tamat da drama ni ptg td..Happu ending gak la..hehehe.. Selamat hari raya.. :-)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign