Pages

17 July 2014

Kereta Itu Ada Sentimental Value

Huhu.
Sapa yg tgk buletin utama semalam, faham la apa aku maksudkan kat atas.

Tu lah, memula cam malas je nak tulis pasal keta putih tu kat blog.
Sbb cam semua orang dah tulis. Kat merata rata.
Tapi, bila dia cakap kereta itu ada sentimental value, baru aku rasa terpanggil nak menulis.
Cea, ayat tak nak kalah khennn.


Tu lah. Budak tu dalam tangisnya berkata dia jadi camtu, sbb dia cam tak sedar dan kereta tu ada sentimental value.
Oooo... gitu. 
Bercakap pasal sentimental value ni kan, aku rasa most of us, dengan segala harta benda yg dibeli sendiri, sure tak banyak, sket, mesti ada rasa sentimental value.
Termasuk lah kereta kotak kasut aku - cik9763 tu. Kesayangan oke. Sangat2. Sbb tu, walau dah ada chemerah7746, aku still tak jual kereta tu. Macam perasaan cikKiki tu lah. Ada sentimental value. Itu lah kereta yg ayah aku bagi (tak la bagi, tapi ayah bayarkan deposit - half dari rega kereta tu). Lps tu pulak masa beli kereta tu, ayah ada lagi. So, mmg amat bererti kereta tu dalam hidup aku.
Dan sama seperti dia, kereta aku pernah kena langgar bumper jugak. Dengan teksi. Dekat traffic lite. Teksi tu langgar bontot kereta aku, masa aku berenti traffic lite merah. Dah tau lampu merah. Kena la berenti kan. Yang teksi ni buleh pulak sondol pulak keta aku. Tahun 2006 dan hingga kini aku tak baiki pun. Retak bumper tu. Mujo tak luruh je. Haha.

Tapi, takpe lah. Itu pendapat dia kan. Dia rasa ada sentimental value dan dia rasa cara dia tunjuk sayang kan sentimental value tu macam tu lah. Cuma, tak berapa nak kena. Elok2 yang salah adalah orang melanggar (sbb apa pun, yg belakang tetap lah salah - kalau report, mmg yg belakang kena tanggung kos - dan bayar saman melanggar kereta orang. Macam kes aku dulu, memula aku tak report, sbb nampak akak driver teksi tu nak settle situ. Skali masa aku report, aku tgk dia dah report dulu. Aku cam eh eh, selalu yg kena langgar p report dulu. Peliknya. Ko report, kau lah kena bayar saman kan. Mengong jek).

Apa pun, kita amik pengajaran lah dari kes tu.
Ada yang kata - yang salah adalah orang yg menyebarkan video tu. 
Ini aku nak gelak sket lah. Sbb nya, ini adalah penyakit orang sekarang. Mungkin kita adalah insan2 berhati mulia yg tak suka nak amik video dan share. Tapi, majoriti manusia sekarang mmg itu lah perangai dan habit nya. Sesket upload, sesket upload. Same goes to kes ayam tebuk - masuk FB dulu, takde nya nak pergi buat aduan dulu. Dah tu, bila tersebar, yg berkenaan pun dah get ready je nak diserbu. Sama gak macam kes susu berulat, kicap masuk cicak, biawak, katak dan segala lah. Semuaaaaa nak di share kan. Padahal ada je cara yang betul. 
Jadi, nak taknak, kita kena hadam yg mmg dah jadi habit orang nak share segala.

Bila orang dah share, tak perlu la kita nak carik orang pertama yg upload kan - share kan. Kita amik pengajaran je lah. Jangan buat perangai macam tu. Jaga tingkah laku. Baik di alam siber ni mahupun alam realiti. Sbb bila terjadi sesuatu kat realiti, habis orang korek segala pasal kita yg ada dalam alam siber tu. Lagi lah sapa yg ada segala menda laman sosial ni. Dengan FB, Insta, Twitter, Blog etc. Mmg masak lah kan. Jadi, tak semua cerita perlu dikongsikan. Tak semua menda perlu di'tunjuk'. 


Dia pun dah dapat pengajaran yang paling besar dalam hidupnya mungkin. Dan mungkin dia akan berubah.
Yang kita ni, tak tentu lagi naseb kita kan. Jadi, udah2 la pun kita membahan dia.

Skrg nampaknya, baik uncle tu, mahupun si Kiki, dah glamer pun derang.
Siap radio panggil, tv panggil.
Dan tak mustahil, derang ni nanti berlakon filem/drama. Cam pakcik guard tu.

Huhu.

4 juta komen

Assalamualaikum kekda. haha isi entri ni bagus.. yelah zaman skrg sume benda nak dishare. sekali dengan pakej marah serta makian. sikit2 punya pun kasi upload nak bagi 1 world tengok. kasihan tengok pun hado, bab sentimental value. rasa la perlu fikir bab adab kan. cakap baik2 kat uncle tu, should not be problem. bukan susah pun. kann.. apapepun, benda da jadi. doakan kiki dapat berubah ke arah lebih baik. In shaa Allah (",)

sangat setuju dgn pendapat akak...
jaga aib org, in shaa Allah, Allah jaga aib kita plak...
moga kita bukan berada dalam golongan org2 yg suka sesket upload kt alam maya, bukan yg sesuka hati share n kutuk mcm2 kan kak kan? :)

Takut pulak rasanya bila dah jadi mcm trend skang ni 'sikit2 nak upload'. Looks like zaman skang ni suka bebenor org kita ni dgn benda2 yg sensasi... Apapun, like u said, ambik iktibar dari kejadian ni... marah macammana pun, adab kena jaga... sebab orang yg paling gagah ialah org yg dapat mengawal nafsu marahnya...

Masa dengar dia sebut sentimental value tu, spontan je Yani sebut depan suami...kalau takut sgt kena langgar, baik peluk bawak masuk kubur jer la dik oi.....kalau ikutkan nilai sentimental value, kereta myvi Yani pun banyak nilai2 tu, kereta yang banyak bertanda (kena gesel dengan wheelchair arwah mak)....Yani x kisah pun sebab tahu kereta ni banyak berjasa hantar mak ke hispital, pusat dialisis dan bawak mak berjalan-jalan...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign