Sbb ada yg tanya tips nak siram pokok masa takde kat rumah kat entry pokok pudina saya tu,
maka meh ahkak share tips yg diberikan Dini.
Boleh kan Dini, akak share?
Dini ni mmg tanam memacam gak kat rumah dia.
Dan dia juga inspirasi aku buat eat clean / juicing.
Dia lagi hardcore sbb blend sawi bagai.
Aku berani takat bayam ngan celery je. Huhu.
Nampak ke?
Kecik nau ye. Gigih ahkak print screen khen.
Oke lah, meh ahkak tulis balik. Katanya "Akak isi air penuh dalam botol mineral. Kt bontot akak cucuk dgn jarum ke apa ke bg air boleh keluar sikit2. Lubang kecil je. Pastu letak botol tu dkt ngan pokok. Bekalan air akan sentiasa ada utk si pokok"
Ha. Gitu.
Masuk air dalam botol mineral. Cucuk ngan jarum sket. Jangan la besau nau. Nati sehari habis terus pulak. Tu hari, masa balik kg 2 hari ahkak dah letak dlm bilik air. Letak atas baldi yg di isi dgn air. Supaya, dia sentiasa lembap lah kononnnya. Tp tu pun nampak dah macam nak kering. Jadi, ahkak tak kompiden kalau nati tinggal 4,5 hari dia buleh bertahan dalam bilik air. Plus, umah takde tanah ni, kejap je kering bilik air.
Oke. Moga kita buleh guna tips utk pokok2 kita masa kita cuti hari raya nih.
Esp pokok2 renek kita ni kan. Hihi.
Gigih jugak ahkak buat satu entry pasal ni saja.
Sbb esok ahkak dah start cuti raya.
Babai uols.. *buat lambaian ratu
Saja ambik cuti lama sket sbb ahkak nak rest2 kat rumah.
Boleh la bangkit awai sket dan tidur balik.
Pastu kemas rumah, vacuum, cuci kipas, buat kuih raya, jahit langsir, bla..bla.. bla.
Oke, yg tu semua tipu.
Muahahaha.
Oke lah.. nati kita buat versi entry hari raya pulak yea.
Dah cuti mmg tak bukak blog lah nak buat entry bagai.
Layan update pasal MH17 lagi best. Huhu.
3 juta komen
oo camtu...
baguih jugak idea tu..
leh gunakan ni nnt
tq kak sbb share
dah nak mood berayalah ni.. awal cuti, pakai plastik pun boleh kot kalau xde botol tp lubang mmg kene cucuk dgn jarum satu sudah hihihi ... semoga pokok yg ditglkan dan tuannya selamat plg ke kg dgn selamat..
selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Wah aka cuti awal..bestnyer......selamat hari raya kak.....
Terima kasih atas komen anda :)