Tahun ni aku tak berapa nak upload gambar2 Iftar.
Selain dari MyDH asyik 'hish..tak payah la amik gambar', aku pun rasa, tak perlu kot utk tahun ni.
Tapi sesekali ada gak lah.
So, tahun ni ada masak, ada beli, ada berbuka bufet, ada berbuka di kampung, ada berbuka rumah mertua.
Cea. Citer macam dah habis puasa kan. Huhu.
Minggu pertama dan kedua, mmg aku masak kat rumah. Alhamdulillah. Balik kul 4.40 camtu, smpai dalam 5.30pm. Jammed biasa nya jalan Tun Razak. Dah masuk AKLEH - MRR2 - DUKE tu dah oke.
Masa tu ada gak pergi bazar (yg melantun aku pergi kat Stadium, Tasik Permaisuri tu) hari weekend.
Lps tu, bercuti kat kg masa Nuzul Quran, terus mood agak merudum nak masak selain bahan basah pun dah habis. Maka byk gak la ke bazar.
Bazar Dato' Senu pun not bad sebenarnya.
Roti John ada yg sedap (tapi tak habis jugek, tu lah membazir namanya), ada pecal yg sedap. Aku suspect kakak tu menjual dengan ikhlas sbb aku tak pernah jumpa lagi pecal yg complete set dengan daun pucuk paku, nangka muda rebus, sayur mayur segala. Tauhu pun banyak. Tak kedekut langsung. Kuah pun banyak. Sbb dia ikhlas, jadi makanan tu pun rasa sedap.
Ni antara yg aku masak.
Bihun goreng. Masa ni wiken. Pastu beli plak ayam percik. Pastu tak abis. Membazirrrr (-_-"). Pergi bazar dah la mesti lebih 20hinggit punya. 2 orang makan pun byk tu. Eii..
Ni pun kat bazar Permaisuri gak.
Lamb skew. Not bad. Beli satu oke dah. 6 hinggit.
Berbuka kat kampung.
Hai la hai. Makan sesimple cemni pun sodap ha kat kg.
Masa tu abg aku yg duk Ipoh pun ada gak.
So, meriah la.
Ni masa berbuka kat The Zone dgn rerakan ofis (HR Dept).
Not bad gak bufet kat The Zone ni. Memacam ada. Pastu makanan oke la. Sedap jugak.
Selain tu, mggu kedua ada gak berbuka bufet kat ofis. Ofis ni ada orang sewa buat bufet Ramadhan. Jadi, dia ada jemput la sapa yg boleh datang utk berbuka situ. Tapi tak amik gambar. Malas sebenarnya masa tu nak berbuka kat ofis. Sbb masa tu semangat lagi nak masak. Siap pagi tu dah de-frost ayam dah bawak turun kat fridge tu. Tapi tu lah, aku takde reason nak kata tak mahu. Pergi je lah. Nak amik kambing bakar beratur berejam (>_<). Mmg lagi la aku tak minat nak berbuka dalam keadaan camtu. Takyah la nak hadap sgt kambing tu kan. Beli je kat giant - campak dalam magic pan - settle.
Ni berbuka rumah mertua. Konsep potluck.
Memula aku pikir nak bawak buah je.
Pastu rasa takpe lah. Meh nak bawak siakap stim.
Semua adik beradik ipar ada.
Nanti jumpa lagik masa hari raya. Tp ada yg balik beraya di Pahang, ada yg tak.
Tu je lah.
Ada lagi seminggu. Jadi, nak masak lah. Stok da beli. Jadi, kena la masak sbb nati seminggu tinggal rumah kan. Hiwhiwhiw.
Tu hari weekend pun ada anak buah aku datang. Aku masak nasi tomato. Lupa nak snap gambau. 1st time buat dalca. Buleh la. Tp kali ni nasik buat hal. Lembik pulak. Eii. Geram btul. Dulu elok je.
Lps tu buat bubur kacang. Tapi mengong. Tak rebus dulu kacang. Ha, kau.. berejam tak mahu empok. Lain kali ingat ya, rebus kacang dulu, dah empok baru masuk gula, santan and nak letak durian ke apa ke. Dia tak boleh ber sekali macam masak bubur jagung. Mana aku tahu. Citer kat mak, bising beliau. Hahahaaaaaaa .
2 juta komen
sama la saya kakkkk... husband saya sound dah awal2 ritu, xyah dok tunjuk gmbo mknn tetiap hari hehe.. meriah gak tu banyak variasi tmpt berbuka..saya sampai buntu xtau nak masak apa utk berbuka, last2 masak ayam goreng jek hewhew, tu plak yg cepat abes :P
Yani gigih snap gambar masakan setiap hari yang Yani masak sendiri...senang buat rujukan lenkali. Huhuhu...
Tapi memang betul la, puas hati masak sendiri walaupun lauk 1-2 pun. Hubby Yani pun cakap, seronok hari-hari dapat makan isteri masak, lepas puasa/raya dah tak dapat nak makan nasi sama2 mcm ni lagi dah (breakfast & dinner shake Herbalife, tengahari makan luar sama-sama, air tangan org lain plak)...kesian pula bila dengar dia luah perasaan macam tu. Sebab tu sungguh-sungguh masak walaupun lauk simple untuk bagi suami makan air tangan kita sendiri.
Terima kasih atas komen anda :)