Pages

1 July 2014

Berbuka Puasa : Masak Atau Beli?

Prapenyediaan Bahan Masakan Ramadan Bantu Wanita Berkerjaya

"Perancangan masa penting, tambahan pula untuk mereka yang bekerja di bandar kerana kesesakan jalan raya ada kalanya mengambil masa berjam-jam apabila semua mahu tiba di rumah sebelum waktu berbuka," katanya kepada BERNAMA menjelang sehari sebelum umat Islam di Malaysia memulakan ibadat dan menyambut Ramadan.

Sehubungan itu, Cef Ismail menasihatkan golongan wanita supaya melakukan prapenyediaan dalam tugasan memasak supaya hidangan lengkap dapat disediakan dalam masa singkat tanpa menjejaskan rasa dan kualiti masakan.

Antara persiapan yang perlu dibuat ialah membersihkan ikan, ayam, daging, undang atau sotong sebelum dimasukkan ke dalam bekas bersih dalam kuantiti 'sekali makan' dan disimpan dalam peti sejuk beku supaya proses cair beku mudah dilakukan apabila perlu.

"Masa cuti hujung minggu pula dimanfaatkan dengan mengupas siap bawang merah, bawang putih, halia dan mengisar cili kering. Memasak ini mudah cuma penyediaan bahan sahaja yang boleh jadi remeh dan memakan masa.

"Jika rajin, boleh sediakan sediakan pes masakan seperti rendang, kari, asam pedas atau pes makanan bergoreng seperti mee goreng untuk disimpan di peti sejuk dan apabila perlu, senduk dalam kuantiti kecil," katanya.

Chef Ismail berkata bagi menu sayuran pula, mereka digalakkan memilih sayuran bukan berdaun seperti labu, kekacang, bunga kobis, brokoli, terung dan lobak merah yang lebih tahan lama supaya tidak perlu kerap singgah ke kedai untuk membeli selain bahan-bahan itu siap dipotong sebelum disimpan.

"Mungkin ada wanita yang penat di dapur kerana mahu mengejar waktu berbuka, namun memberi makan kepada anggota keluarga yang berpuasa amat besar ganjarannya apatah lagi 'air tangan' isteri dianggap sebagai pengikat keluarga," katanya.

Artikel Penuh : Bernama

****
Apa kata uols???
Aiols sejak2 kawen, mmg ada sedikit kerajinan lah nak menyediakan juadah berbuka. Oh. Sebenarnya bukan rajin, tapi MALAS dan HAZAB nak pergi bazar Ramadhan. Panas-sesak-ramai orang-tak tau nak beli apa menjadi pemangkin utk aku jadi 'rajin' nak masak. Huhu.

Tahun ni, tup tup management kasik balik kul 4.30pm. Tak sangka nya. Berapa tahun dah tak dpt balik awal nih. Tahun ni dpt pulak. Cuma bos kata 'on request'. Maknanya if ada kerja urgent tak buleh la nak balik awal. Baik lah boss.

So, dah dapat balik awal, lebih afdhal la masak. Dulu balik kul 5 smpai umah dalam 6.15 camtu. Sekarang awal sket la. Tu pun sbb aku lalu ikut DUKE. Kalau nak hadap bulatan pahang tu mmg ko kena bawak bawang - potong dalam keta.

Macam artikel ni cakap, segala yg remeh2 tu kita sediakan awal. Macam cili, mmg aku siap blend dah. Aku mmg jarang amat lah beli yg cili boh tu unless dah terdesak. Dari kecik mmg tgk mak aku blend cili. Jadi, smpai la ni, mmg praktikkan - gunting cili - basuh - rebus [dengan setitik 2 minyak] - then blend.
Tapi, cam bawang tu, aku tak berapa suka nak blend sesiap, sbb nati cam ada rasa 'peti ais'. Huhu. Kan bawang tu dikatakan bahan penyerap jugak kan. Lagi pun tak kesah bawang nih, sbb aku ada blender kecik yg food processor tu. Benda tu sgt la membantu mempercepatkan proses masak.

Utk lauk, biasanya beli kat pasar tani sbb lebih fresh, boleh simpan smpai seminggu dan yg penting orang tu akan siang kan (eh, kat Tesco pun camtu kan). Utk de-frost pulak, biasanya lps bersih kan, aku letak dalam plastik sesiap dan masuk dalam Tupperware Freezermate [cea, nak gak sebut tupperware tu - tapi, serius lah, freezermate ni mmg bagus sbb dia tak susah sgt nak de-frost]. Aku tgk ramai yg buat gini kan. Mimy tu hari pun up gmbr dia buat camtu. Buat gitu mmg senang. Lagipun tak elok kita de-frost n frost balik lauk2. Jadi, ambik satu plastik - lepas sahur tu letak bhgn bawah dlm peti ais tu - pastu balik keja - dia akan mudah de-frost dah. If not, dah tak sempat sgt, humban je kejap dalam microwave. Huhu.

Satu lagi, aku masak simple2 ja. Takde la bagai2. Takat nak masak lemak udang, ikan cencaru sumbat tu, takde hal kan. Sambal tumis ke, gitu2 je lah. Satu lagi yg membantu jugak - magic pan. Itu pun kalau nak buat ikan bakar, ikan kukus ke, guna je menda tu. Sgt membantu.

Jadi, mari lah kita memasak. Mmg puas hati dapat masak utk berbuka ni. Tapi, kadang datang juga jin pemalas tu. Tak buleh buat apa dah. Haha.

Ni gmbr semalam. Dapat balik kul 4.30 kan. Jadi, keluar ofis dalam 4.40. Jln Tun Razak cam biasa lah. Jammed manjang. Naik AKLEH - kuar MRR2 - masuk DUKE. Dalam 5.20 smpai. Dapat la masak 3 jenis lauk (cencaru sumbat, lemak udang+kacang buncis, sambal itam) dan sempat blend air tembikai nih. Sempat mandi semua. Alhamdulillah jugak lah kan. Kredit jugak yg utk MyDH yg ada tolong potong tembikai dan goreng karipap frozen :)

10 juta komen

Baca menu-menu KekDa kat bahagian bawah entri tu...ting!! terus dapat idea nak masak apa petang ni.....udang ada, kacang buncis pun ada....boleh la masak lemak cili padi....thanks for the idea kak!!

Saya pun guna tupperware freezermate. lauk2 segar jer..dan senang nak defrost. Sy rendam jer dlm air.

Saya pun memilih utk masak sendiri. Walaupun smpi rumah dah pukul 6 tp sempat jugak masak 2 jenis juadah.

masak sendiri utk berbuka lg berbaloi kot .. klu nak beli pun beli kuih je kat param hihihihi

sedapppnyaaaa...air tembikaiii :))

heheheh kita ikut cakap chef ismail...rileks sikit nampaknya 3 hari berpuasa ni..tak kelam kabut

Saya memang masak jela Kakkkk. Tak ada transport kalau asyik nak keluar makan luar. Nak tumpang orang sesaja segannn. HEHE

Tapi bawang cili semua tu memang dah bland! Sayur hari-hari kobis untuk tahan lama~

Memang prefer masak sendiri bulan2 posa ni...coz time ni la nak polish balik skill memasak makanan yg agak istimewa sket... hehhe...

kekda... sue duk dgn mak, time ramadhan ni je dpt masak tuk mak.. sbb hari2 lain mak nak masak simple dulu, sbb nk mkn tghari..
tapi tiap kali balik berdoa je dlm kereta jgn jem..mcm smlm smpi umah 6 lebih, sib baik smpat masak..tupun 2 lauk jelah..

ida masak yeayy! sila kekda kagum dgn ida kekkeke. ida tak jejak lagi bazaar! hehehe.. tapi makan luar tu ade la. weekdays ida masak, weekend ida buka luar hehehhehehhe nk reward diri sendiri malas masak ;p

dedua... sbb balik kol5.30 (WP3).. sampai umah kol6.30 paling awal....
bazar ramadhan pon x sempat... jadi nya... g kedai jual lauk yg selalu g tghari bulan tak puasa tu.... area kedai die ade jual mcm2... tp.. kena g kol3.... heheheheheh lari jap
klu tak sempat g kedai tu.. masak je la ape boleh.. tp biasa mmg makan lepas isyak.. suami sy sampai umah kol8 lebih... uhuhuhuhu

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign