Pages

27 August 2010

~Pasal Nasi Ayam Madu~

Auummm..nom nom nom. 
Hehe. My 1st attempt.
Mudah je rupanya buat nasik ayam kan.
Nati boleh la buat lagi.
Nasi ayam, nasi lemak mmg sng la nak masak. Lauk satu je tp kenyang  nya berpanjangan.
Alhamdulillah.

Nak tgk rupa nasi ayam tersebut??
Nah amik



Eh. mcm kat kedai je tu. Takkan makan pakai pinggan plastik kantin sekolah tu jer. Muahaha.

Ok lah. Tu bukan. Tu kat kedai Nasi Ayam Ownn. Kat Keramat sanun. Yg dkt petrol pump Esso, seberang jalannya adalah laluan Putra-LRT. Memang setap. Tp rega agak mahal sket yakni RM5. (ke biasa rega tu, sbb retu kat opis aku ada sorang budak mai komplen kat aku sbb rega  nasi ayam dia kena 5inggit. Dia kata kalo dia makan kat PV lagi murah. Owhh..ok.ok. Kenapa dia komplen kat aku? sbb aku incharge pasal cafe).

Ok, ni la rupa paras nasi ayam aku yg buat tadi.
nasi ayam madu che puan stoberi

Ni smlm la. Tetiba rasa nak terai buat nasi ayam. Cam biasa la harus aku mekik2 dulu kat FB. Then google. Amik resepi. Then ptg tu lelaju p JJ. Nak beli ayam segala. Trus berbuka kat JJ. Igt nak berbuka kat KFC. Skali tgk penuh. Penuh tu satu hal. Kaunter pun ada 2 je. Pehtu lembap plak. So, p kat food court je. Beli air tp  makan nasi beriani. Dpt kat opis. Kelab Sukan plak bagi. So, makan tu jelah.
Lps makan suma tu trus beli ayam, daun pandan, mentega, sup bunjut (tkde sup bunjut Adabi plak kat JJ ni, terpaksa beli Mak Siti- kureng la. Tak bau kuat cam Adabi), kiub ayam, sos tiram n sos cili thai. Bahan2 lain ada kat umah.

So, pagi td lps sahur trus buat sup ayam tu n perap ayam ngan sos tiram,kicap (aku guna kicap mee yg pekat tu) n madu. Masuk peti ais sesiap. Sbb aku tau ptg Jumaat sure jem gilak. Kang mana nak sempat nak sejukkan kuah sup la, perap ayam la.

Dan naseb baik aku buat suma tu dulu. Sbb tadi mmg cukup2 masa je siap suma trus azan. Alhamdulillah.

Balik umah trus basuh beras, masukkan kuah sup ayam, campur ngan mentega sket, buh serbuk kunyit sket utk kesan kuning, campak jugak kulit kayu manis, ketuk halia n koyak2 kan daun pandan. Then masak cam biasa. Bau dia..mangaii..bikin perut bergelodak. Sedap tul  bau dia.

Sementara tu aku goreng ayam yang da perap tu. Goreng kejap je sbb ayam kan da masak masa buat sup tu. 

Lps tu buat sambal cili - aku tumbuk cili padi, bawang putih, halia (byk tul guna halia, tp angin tak kuar gak), buh garam sket. Then aku campur ngan sos cili thai. Taruk air masak sket. Mmg mantopppp...sbb sos cili thai tu dia tak berapa pedas. So, bila buh cili padi baru lah perghhh...besstt..

Lps tu potong la sayur2 dia. Smlm gi JJ tgk salad adalah beso kalo nak beli. Tk pyh. Kang buat busuk dlm peti ais je. Bkn makan sgt pun. So, pikir kat umah ada kobis, so kasik hiris kobis je. Sedap juga.

Tomato pun takdak sbb kiterang tak sker tomato. So, ganti dgn carrot. Bes. Aku mmg sker ratah carrot. Lps tu timun.

Hasilnya ini.

ayam terlampau itam plak dlm gambar.
Upss..sup tak masuk gmbr. Tgh dipanaskan masa tu. Utk sup - tumis bwg putih n halia yg ditumbuk (see..halia lagik). Aku tak buh bwg merah pun sbb ikut resepi aku takde pun bwg merah. Tp ada gak resepi yg tumbuk skali bwg merah. Ok je. Aku pun kalo masak sup mmg tumis skali bwg merah. Dah tumis suma masuk la air. Gelegak sket masuk ayam. Lps tu campak kiub ayam. Nak buh bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis suma tu pun buleh.

Lps da masak sup buleh la angkat ayam utk diperapkan.


So, jadi la nasik ayam. Kira 80% jadi la. Cuma kuah kicap ada kureng sket. Dlm resepi dia kata mayang bawang putih, tumis kejap then masuk kicap dan sedikit kuah sup tu. Tp tak menjadi. Kena perbaiki neh.
Yg lelain adalah bes...my dear pun kata ok (ok je..tak sedap ke???).

Yey! misi berjaya.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign