Pages

Showing posts with label course. Show all posts
Showing posts with label course. Show all posts

4 November 2016

Kalau Tak Plan Mesti Jadi

Semalam - 3 November 2016 ada course kat Dorsett Putrajaya.
Course berkaitan HR lah. Byk kali dah ci ngelat takmo pegi course lepas masuk kerja ni, ini kali lah kita kena pergi lah. Hihi.

1st time being there.
Mula cam celah mana lah hotel Dorsett ni.
Depa dok kata area masjid besi tu je.
Ye lah, area situ, tapi kat mana.
Pergi ngan driver ofis, so takde la risau2 sgt.
Dah la pagi tu, sebelum pergi, masuk ofis jap. Lif ofis rosak - hujan - jammed.
Lewat sket lah sampai Putrajaya nya.

Rupanya hotel Dorsett ni celah2 pejabat kerajaan tu.
Takde signage langsung nak menghala ke hotel tu.
Dia kalau dari masjid besi tu, kena la tgk belah kanan. Nanti nampak lah "Dorsett"

Pulak tu hujan, driver nak carik lah lobby.
Skali drop off point je yg ada. Kereta ke apa tak blh masuk.
Hah. Berlari lah kau dalam hujan nak masuk hotel tu.
Huk aloh!
Bawah hotel ni ada supermarket Hero.
Kira hotel dan shopping complex lah konsep nya.
Ada Toys R Us segala.

Tapi, kira selesa jugak lah hotel ni.
Apa apa hal kita tanya surau dulu sbb nati waktu break kudapan pagi tu kita ada "urusan rasmi".
Tanya pekerja situ, dia tunjuk lah. Oh. Lega. Sama aras je dgn bilik kursus.
Tak perlu nak pergi tempat lain.
Alhamdullilah. Dipermudahkan utk 1st time pump on the go ni. Huhu.
Surau pun wangi je lagi. Maklum lah. Baru lagi kan.
Yang best masa second session pumping waktu zohor tu, ramai lak plak dari jabatan lain yg dok pump skali. Siap blh sembang2. Hihi.
Dah la ada sorang tu pam dia sama brand. Siap dia gitau nanti carik spare part gini gini utk senang masuk dalam storage bottle lain apa semua. Hihi. Best lah.
Seronok plak pump secara berjemaah camni.

Gini lah daily routine EBM mom kan. 
Mujur dah beli bag yg sesuai bawak gi course. Sebelum ni guna bagpack Alegra. Macam susah sket lah nak bawak kalau ada meeting ke course ke. Ha.. ni senang.

Dalam tu blh sumbat ice pack, double electric pump, muat semua.
Suka lah GABAG ni.
Ice pack pun okay je tak cair sgt smpai petang.
Kira sejuk je lah (lagi pun cuaca smlm mmg mendung n kat hotel sejuk giler).



Okay, back to the title.
"kalau tak plan mesti jadi"
Citer punya panjang, isi utama masih tak masuk lagi. Hihi.
Ni sebenarnya sbb nak jumpa kawan aku sorang ni.


Yang baru balik dari Taiwan ni.
Baru tak baru lah. Berapa lama dah dia balik. Before aku deliver lagi.
And dia nak jumpa utk pass gift utk dak Rizq.
Bila dia napak status aku kat FB yg aku kata aku kat Dorsett terus dia w.app.
Dia keja area area situ gak. So, senang dia drop by jap.
Dia nak jumpa and pass adiah tu.
Senang camni. Kalau plan plan harus entah tahun bila plak nak jumpa kan.
Jumpa dia jap kat lobi.

Oh ya.
Makan sedap juga kat Dorsett ni.
Ok lah gak.
Pastry dia sedap!


Aunty Sue.. Aunty Sue..
Maceh bagi kapten reindeer ni.
Kapten shuke sbb boleh gigit gigit tinger ngan tanduk iyer.
Hihi.


11 November 2015

Kursus Di Melaka

4 - 6 November 2015.
Di hotel Ramada Plaza Melaka.
Bengkel sebenarnya ni.
Bengkel Pelan Perancangan Strategik Sumber Manusia.

Kira cam membincangkan pelan sumber manusia kementerian.
Semua jabatan under MOTAC ada lah.
Course under MOTAC ni biasalah.
Bilik mesti sorang satu. Brrr..
Last year kat PD pun camtu.
Tapi, kali ni okay lah. Takde la terasa keseorangan sangat.
Hotel ni pun rasa macam "meriah"

Sbb ramai penghuni nya.
Pelancong2 mmg ramai.
Lepas tu dia macam hotel yg baru refurbish.
Masuk pun bau cam baru baru je peralatan.
Buka je tv terus ada greeting.

Bilik luas.
Siap ada sofa bed macam kat Avillion Admiral Cove jugak.
Silap masa check in tak tanya katil king ke apa. Ingat mmg dapat katil king la kan. Ah. Takpe lah. Malas nak mintak tukar since ramai kengkawan lain pun duk tingkat tu. Kang mintak katil king kena tukar tingkat lain pulak. Tak mau!

 Toilet pun okay. Luas.




Tak dapat pemandangan sungai tu.
Cuma nampak laut. Okay lah jugak kan.



Bilik course pun okay je. Lagipun konsep bengkel/discussion, so takde la rasa macam classroom ke apa kan.


Cuma, tandas kat bilik course tu cam hampagas sket la.
Bukan je takde hose paip tu, air pun takde.
Bukan maksud air takde. Ada la kat sinki tu.
Cuma, dalam toilet tu just ada toilet semata. Kadang, kalau toilet yg takde hose pun dia ada air keluar dari toilet tu kan. Ni takde. Giler ke hapa nak suh "salet" camtu je.
Idok le teman weh.
Sanggup teman naik bilik teman kat tingkat 12 nun. Haaaa.... 

Makanan pun okay. Byk choice.
Ye lah,banyak mana pun kita nak makan.
Cuma, ai tak makan nasik. Eh. Nasik hehari pun kita makan kan.
Kita makan la yg kita jarang makan. Giteww...

Penceramah dari INTAN.
Okay je lah. Pagi hari kedua tu dengar dia nyer talk.
Petang, grup discussion.
Siang aku aktif lagi utk join discussion.
Masuk malam aku dah rengsa. Haha.
Terus rasa cam nak tido je.
Tak sabau tunggu esuk nak balik.
Dan esuknya abis pun awal (hari Jumaat kan).
Driver pun siap ada dah kat hotel. Terus la desup balik. Hihi.
Pastu mintak kat boss nak balik rumah terus. Sampai ofis pun dah dkt kul 3pm. 
Nak rest. :D

Group photo.

24 June 2015

Course Lantikan Baru

15 - 17 Jun tu ari kami buat course lantikan baru.
Tempat cam biasa lah. 3km dari opis ja.
Haha.

Hotel The Zone lah. Mana lagi.
Acapkali sungguh lah aku ke situ.

Ni bukan induksi. Induksi tu kira yg formal, ada exam segala kan.
Itu mmg keperluan dari JPA. Induksi khusus. Induksi umum. Sekarang panggil apa ntah. Ada nama lain.
Ni kami buat ala ala orientasi je lah.
Kenal2 lantikan baru.
Ramai kali ni. Lebih 50 orang.

Ini adalah lantikan baru yang kami buka iklan before aku gi umrah tu ari. Dalam bulan Mac tu. Sekejap je dah lantik. Yeah. Aku ada buat penambahbaikan sket. So, tu yg agak cepat lah dia nyer proses saringan tu.
Sebelum aku gi umrah, aku dah siapkan kriteria shortlisted, so that 2 minggu aku pergi tu depa buat shorlisted je lah. Bila aku balik dan masuk kerja tgh bulan April tu, siap dah calon shortlisted.
Dalam bulan 5 interview. Then dah lantik bulan 6 ni.
Alhamdulillah lah. Walau ada gak la macam hectic before nak lantik nih.

So, kursus.
Me myself urus setia lah. Urus setia yang handle kursus mmg adalah. Tu unit Latihan.
Aku cam urus setia bahagian perjawatan lah.
Cerita2 pasal office, bagitahu tentang peraturan. Bawa ke IKN, Rawang [ni institut latihan - Institut Kraf Negara]. Ada talk dari JPA. Begitu lah.

3 hari 2 malam.
3 hari 2 malam gak lah aku pun duk berkampung dalam hotel sampai kena batuk n selsema tu. Haish. Tak kuat betul antibodi nih.

Layan gegambau.
Masa pendaftaran di office. Sesi ni aku bagi briefing dulu.
Lepas tu baru pergi hotel.
Pemandangan dari bilik hotel.
Pemandangan malam. Dari swimming pool
Talk dari wakil JPA.
Last day. Sesiap utk grup photo.
Say cheeseeeee... grup photo.
Taktau motip apa. Ai selit je lah tumpang depa
bergambar. Hiwhiwhiw.

24 December 2013

Retreat Pengukuhan Admin & HR

3 hari berkampung kat Shah Alam sanun.
Secara khususnya di Grand Bluewave Hotel.
Retreat kekdahnya.
Lama kot kami2 admin tak ber-treat. Last tahun 2007.
Aku pun masih 'hijau' masa tu.
Eh. Skrg pun hijau jugak lagi.
Baru je nak masuk 10 tahun kerja kat sini bulan 2 tahun hadapan.
Masih hijau la kan. Hihi.

So, takde apa nak cerita la sgt.
Biasa arr, retreat kan.
Yg bes jumpa kawan2 lama. Kawan2 cawangan yang biasanya cakap on d phone je.
Tapi, aku selalu gak la ke cawangan, so, kenal2 jugak la derang ni.

1st day dah kena bagi talk.
Alah, bukan la taklimat ke apa kan.
Just briefing segala kerja kita buat. Refresh la lebih kurang. Supaya EO cawangan ni buleh alert semula segala prosedur.
Me myself on Perjawatan, Personnel, Tatatertib n Pasca Perkhidmatan. Lelain tu, klik lain lah yg brief.

Malam akhir ada bbq. Yang wajib adalah - Kambing BBQ lah.
Akibat nya - rasa cam kedemaman. Adeh. Bukan makan byk pun. Sehiris 2 je pun. Selalu oke ja.
Aku pun tak tahu la.
Sebab kambing ke. Atau sebab ber aircond je 3 hari 2 malam tu kan.
Tak keluar langsung dari area hotel.
Eh. Tipu, ada kuar jap time break petang.
Gi beli tudung kat Sincerelybyus Shawl (SBU). Tu nanti aku cerita lain entry.

Jadi, meh tgk gmbr2 sket ya.
Antara gmbr ngan rerakan dari cawangan :)


Ni ex-osmet masa bujang dulu.
Skrg dia kat caw. Penang.

Presenter yang kelam kelibut

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign