Pages

11 February 2016

Kursus Protokol Dan Etika Tahun 2016

As usherette n team protokol, mmg office hantar pergi course ni every year pun.
Tapi, dah 2 thn berturut2 tak pergi sbb ada kerja urgent nak settle.
Boss tak lepas pergi walau pun mmg dept kiterang jugak yg jaga kursus ni kan.
Kena gak la tulis memo tunjuk sebab sbb tak attend course.

Tahun ni dapat pergi. Yey!
Best la course protokol ni. Ailoike ja.
Walau kadang menda yg sama. Tapi, byk dpt ilmu2 baru gak kan.
Tahun ni buat kat hotel Putrajaya-Bangi (dulu namanya Hotel Equatorial)
2 hari. Tapi tak menginap la. Datang pagi - petang balik. 
2 - 3 Februari.
Course by Cute Carry (En. Hafiz). Rasa ada kot yg pernah attend course grooming ke, image consultant ke dgn cute carry ni. 

Best I tell you En Hafiz ni.
Tak sempat mengantuk. Nak keluar gi toilet pun cam rasa sayangnya nak keluar. Asyik gelak je memanjang.
Haha.
Uols kalau office nak carik orang utk buat course grooming ke, boleh la contact En. Hafiz ni.
Carik je kat FB - CuteCarry.

Banyak jugak ilmu2 yg dpt.
Dia run course takde la macam course biasa2 tu.
Dia tgk tajuk course kiterang pun di gelaknya. Too gomen katanya. Haha.
Dia buat test tgk personaliti kita ni jenis klasik ke, simple ke, jenis suka gaya yg ada renda2, ropol2 ke.
Lps tu ada sorang tu personaliti dia klasik. Terus dia panggilnya kawan tu 'klasik'. 
Tapi, mmg tgk gaya, betul lah apa yg kita punya personaliti tu.
Takde la stick belajar cara protokol je kan.
Ada gak dia jemput make up artist utk belajar make up.
Menarik.

Makan makan cam biasa lah.
Lunch je la dpt makan kan.
Lelain tu - kudapan lah.
Tapi not bad jugak kudapan2 kt sini.
Sedap2 lah.
Opssieee... salah protokol makan kek ngan garfu besau tu. Hihik.

Gambar ni En. Hafiz letak kat FB dia.
Yg paling depan - kanan tu lah En. Hafiz nya.
Sempoi je dia. Dan best! Percaya lah.


p.s : Kursus pertama untuk tahun ini. Dah dapat 2 hari. Ngeh ngeh ngeh :D

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign