Pages

19 February 2014

Matta Fair 2014


Haa..... nin dia.. nin dia.
Matta Fair 2014
14 hingga 16 Mac 2014.
PWTC.

Untuk sesapa yg nak carik percutian bes bes, dan berbaloi baloi. Jom g Matta Fair nih.
Yang mana tengah takde apa nak buat lah kan, yg mana cuti bersalin ke apa tu, tggu la next next nanti. Ada lagi. Jangan gusar. Sebab mendalah ni setahun ada 2x (sbb harus ada yg kata tgh berkain batik la, tgh dalam pantang la etc etc).

Dan kalau nak carik tiket cruise dengan harga buy 1 free 1 pun ini lah masanya.
Memang berbaloi.
Kiterang pun rasa cam nak je pergi lagi naik cruising (tp kapal lain la, Virgo ke, Aquarius ke) Tapi nya.. agak2 la kan. Dah kenapa kau.

Oleh kerana orang memang ramai giler dan sesak. Dan tak mahu kita jadi tension dalam tu.
Tips nya (cea..siap tips, padahal semua orang pun dah tahu)
Pergi awal. Parking pun senang. Kiterang biasanya parking kat parking bertingkat hentian putra tu atau kalau dah lewat kiterang naik tren je.
Lepas tu nak beratur beli tiket masuk lagi kan. Tp biasanya laju je beli tiket ni. Jangan gusar.
Then dari awal lagi kita dah plan mana destinasi pilihan. Sbb dalam tu sesak. Tak sempat nak pikir. Kang lagi lama pikir, lagi la padat dgn orang. Buat la beberapa pilihan, then kita terus tuju booth kita nak tu. Contohnya : nak carik tiket cruise : terus carik starcruise/travel agent yg ada offer cruise ni e.g : Huajin. Boleh gak compare kan. Kiterang tu hari terus beli kat starcruise, lps tu turun bawah baru jumpa travel agent ni. Dia ada offer bas dari KL ke Port skali dalam promo dia.

Rasa cam nak pergi gak Matta Fair ni.
Ada satu dua destinasi pilihan.
Tapi tu lah. Rasa tahun ni nak buat something yang lagi 'besar'.
Hold dulu pergi jalan-jalan boleh?
Rasa cam tak boleh je.. hahahah.
Just wait n see je lah.

Utk info lanjut, klik : Matta Fair


p/s : Dun forget jugak, Pesta Buku Antarabangsa KL - 24 April hingga 4 Mei 2014, PWTC. Yang ni pun event wajib hadir gak ni.
p/s/s : Eh. Tak patut, tak patut. Event orang lain aku promo, event ofis sendiri terabai plak. Jangan lupa Hari Kraf Kebangsaan bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur - 26 Feb hingga 10 Mac 201. Oke, yang ni nanti buat promo khas lah.

1 juta komen:

grrrrr..... setelah menggodeh2, baru jumpa ini blog..... erk
alhamdulillah... hihi

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign