Pages

20 March 2019

Pergi Matta Fair PWTC : Mac 2019




Ada sesapa pegi?
Mustahil takde.
Tapi ada je cam eh, taknak lah pegi tempat berhimpit2 tu.. biar lah beli mahal asal selesa.
Up to you lah.

Kiterang cam biasa.
Pergi petang Jumaat. Lepas balik kerja, ambik dak Rizq, terus ke PWTC.
Dalam kul 6 la sampai.
Parking kat bawah basemen ja.
Memang kalau pegi petang Jumaat ni, boleh ja dapat parking kt bawah tu.
Tapi jangan lewat. Kalau dalam kul 7pm tu orang dah mula ramai juga datang. Berebut parking. Tu ari pun ada orang tu duk menunggu dalam keta. Pastu nampak kiterang dah nak balik, dia tanya kat mana parking. Tapi, sbb ada orang lain dah masuk ikut simpang tu, maka orang lain lah yang masuk. Kesian juga, but, what to do. Orang tu lagi dekat. Rezeki dia lah.

Macam biasa, mak Rizq da ada plan nak pergi booth mana.
Tgk dulu kat web dia, kat mana booth ini, booth itu.
Nak cepat macam tu lah.
Antara Lexis and Avillion.
Ingat nak ambik Lexis Penang.
Sbb memang plan nak pergi Penang. Lama giler tak pergi area sana. Tapi tak byk hotelier area Penang yg masuk. 
Lps tu tgk plak booth Avillion. PD memang bukan dalam list lah. Kau dah kenapa kan, dah macam takde tempat lain. Asik nak ke PD je. So, skip. Pastu ternampak, eh, Avillion Cameron. Ha.. memang pernah masuk dalam plan nak pergi.
So, ayuh lah booking.

Itu pun lelaju je. Dak Rizq tu. MashaAllah. "Jom keluar..keluar.." katanya.
Dia dah pandai rimas orang reramai tu.
Jadi, takde la dapat nak tgk yg lain.
Pastu masuk hall lagi satu. Beli KL Bird Park.
Yang ni memang harga murah kalau masa MF ni.
Macam dulu kiterang penah beli Aquaria, Farm in The City. Time ni memang tiket2 ni murah. Nak carik zoo negara. Eh. Takde pulak. Ada pun, macam travel agent. 

Dalam sejam je duk situ. Pastu balik lah. Before maghrib sampai rumah dah :)
Sebab tu kiterang okay je nak pergi.
Dia kalau bawak anak ni, kau tak buleh nak lengah2.
Kena tahu dah nak pergi hall mana.
Kata kalau nak pergi booth oversea, terus tuju tempat2 tu.
Mengkalau lah nak pusing2, nak pikir2, memang tak boleh dah la bila bawak anak nih.
Dulu buleh la.

Nak pergi jenguk booth Star Cruise pun tak sempat. Lalu je.

1 juta komen:

jarang pi MF ni..tak lalu, ramai benor org..penah pi tahun MF 2017 tu pun sebab nak cari ground pakej je sebab kitaorang nk pi ke Jepun tahun tu..flight ticket, penginapan dh ada..

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign