Last week saya ada share kan something di group bfmembers.
Tak sangka pula hits post tu. Hihi.
Sebenarnya menda back to basic ja yang saya share tu.
Kita je kadang kadang terkhilaf, terlalai.
Nanti saya share di sini pulak apa saya share tu okay :)
Hari ni saya nak buat entry apa itu zikir?
Sbb dalam post yg saya up tu ada sebut zikir.
And sorang mommy non muslim (India), tanya apa itu zikir, saya tak faham.
Haaaa.. cemana kau nak terangkan?
Baru lah kita rasa "a ah ek, apa sebenarnya zikir"
Memula yang terlintas di fikiran - zikir adalah bacaan kita mengingati Allah.
Tapi, nanti dia fikir, kita ni tak ingat Allah ke, kena ada bacaan baru ingat Allah.
So, mak macam was was nak bagi jawapan tu.
Tapi, bila google - memang itu lah jawapan nya.
Zikir - bacaan untuk ingat Allah.
Artikel ni rasanya cukup bagus utk kita huraikan apa maksud zikir. Walau agak panjang, tapi tak salah luangkan masa untuk membaca. Ilmu ni. Kadang kita macam tahu, tapi dah nak senja ni, kena refresh balik ilmu tu. Kan?
Sesama lah kita berzikir, tambahan lagi di bulan puasa ni.
Selamat berpuasa semua :)
PENGERTIAN ZIKIR
Bismillahir rahmanir rahim
Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana masih lagi mengizinkan adanya majlis ilmu ini. Semuga kita semua dapat menimba ilmu agar kita dapat lebih faham dan dengan sebab itu ibadah-ibadah kita dapat memberi kesan positif sama ada pada akal atau roh kita.
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad RSAW, kerananyalah kita dapat membuat kuliah ini dan kerananyalah kita beragama Islam. InsyaAllah kali ini kita akan bincangkan ZIKIR. Bila kita katakan zikir, kalau kita nak faham maksud tujuan tentu kita nak faham ilmunya.
Jadi kita nak faham definasi zikir. Zikir itu bahasa Arab , dalam bahasa Melayu maknanya ingat.
Jadi kalau berzikir tetapi tak ingat macam mana?. Kita ingat mak kita, itu ingatlah sama ada kita sebut atau tak sebut. Bila cinta dengan mak sudah mendalam sudah tak sebut. Termenung aja ingat mak, makan tak seronok. Tapi dengan mak jarang berlaku tapi biasanya dengan cinta kita, kerana mendalam cinta dah tak sebutlah diam aja, menunjukkan tinggi zikir itu!.
Jadi kalau begitu ada yang dia sebut tapi tak zikir, tanpa sedar. Mulut sebut hati tak sebut, itu tak zikir. Mulut tak sebut tapi ingat itu zikir. Zikir itu sebut di hati, ingat dihati. Kalau dimulut itu lafaz. Kadang-kadang mulut sebut tapi tak ingat di hati. Macam orang terperanjat sebut Allah Akbar itu budaya. Dia lafaz tapi hatinya tak ingat Tuhan.
Bila kita kata ingat, ingat apa?. Tentulah dimaksudkan ingat Tuhan. Macam mana ingat Tuhan?. Agak-agak macam mana?
Ingat Tuhan itu mengingat selagi ada sifat-sifat Tuhan yang mana satu tak kira, sesuai dengan kesempurnaan-Nya. Yang mana satu?
Ingat Tuhan, kuasaNya ke, kebesaranNya ke, kehebatanNya ke, nikmatNya ke, penglihatanNya ke, pendengaranNya ke, nerakaNya ke, syurgaNya ke. Apa saja yang ada hubungkait dengan Tuhan, itu yang dikatakan Zikir.
Sebab itu zikir yang paling besar, zikir yang paling banyak adalah baca Al Quran. Sebab dalam Al Quran kita jumpa macam-macam yang kesemuanya membuat kita ingat Tuhan. Sebab itu kalau orang boleh kekal baca Al Quran sikit pun tak apa, macam-macam terbangun dalam akal dan rohaninya. Kerana dalam Al Quran itu macam-macam kesempurnaan Tuhan dijumpai. Kalau zikir-zikir yang khusus, hanya 2-3 sifat Tuhan sahaja, itulah yang diulang-ulang tapi kalau baca Al Quran, jumpa macam-macam sifat Tuhan di dalamnya.
Jadi kalau orang baca Al Quran itulah zikir terbesar, yang sempurna, yang lengkap. Orang yang baca Al Quran dengan penuh beradab, mabuk, sekejap jumpa ini, jumpa itu dalam Al Quran.
Ertinya Al Quran mencetak kepala dan perasaan kita. Begitukah kita semasa baca Al Quran?... tak!. Sebab kebanyakan kita diajarkan fadhilat, nak pahala. Itu bukan zikir, itu nak fadhilat sedangkan zikir itu nak ingat Tuhan. Kalau baca Al Quran ingat Syurga, itu bukan zikir, itu fadhilat. Sebab tak ada hubungan dengan zat Tuhan. Orang yang duduk fikir ingat Syurga tak sama dibandingkan orang yang ingat Tuhan.
Jadi zikir yang paling besar baca Al Quranlah, macam-macam kita jumpa kesempurnaan Tuhan. Oleh itu kalau kita baca Al Quran kena beradab, wudhu sudah tentulah, maksud beradab ini adalah:-
1. Faham makna
2. Kita hayati
3. Apa saja disebut, dia kena ada tindak balas dari kita
Sebenarnya kita baca Al Quran itu, kita bercakap dengan Tuhan. Jadi kalau kita faham makna, hayati, faham maksud berhadapan dengan Al Quran, kita betul-betul bercakap elok-elok dengan Tuhan, tak seronok ke?. Jadi asyik masyuk.
Memanglah baca Al Quran macam-macam kita jumpa, macam mana kita berdialog dengan Tuhan?. Contoh: Seperti kita jumpa ayat, Wallahu ghafururrahim Tuhan Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Apa kita punya respons?.... dalam hati kita cakap...ya Allah ampunilah aku, Tuhan yang maha Pengampun.
Baca lagi Innafikhalqisamawati...itu tanda kebesaran Tuhan, jadi macam mana ada lalai. Segala yang dibaca dicetak di kepala dan roh kita.
Misalnya ada ayat Innallaha ma'almukhsinin...Tuhan itu bersama orang yang baik. Kalau orang tak faham bahasa Arab dia tafsirkan ‘jadikan aku orang-orang yang baik’.
Kalau orang yang faham bahasa Arab, bila dia jumpa ayat 'Sesungguhnya Aku suka orang yang bertaqwa, kita jawab ya Allah jadikan aku orang yang bertaqwa. Kita jadi asyik.
Bila cerita tentang neraka, kita jawab ya Allah jauhkan aku dari neraka, aku berlindung denganMu dari neraka ,wahai Tuhan. Waktu itu rasa kecut, takut.
Begitulah adab-adab baca Al Quran. Jadi kalau baca Al Quran itu kita berdialog dengan Tuhan. Bukan saja kita berzikir tapi berdialog, tak indah ke?. Dia boleh mencetak akal dan roh kita.
Tetapi selama ini kita baca Al Quran tak di ajar untuk dapatkan rasa-rasa begitu. Kalau fasih, baca nak laju sahaja. Menyebut pun tak rasa, melafaz tak ingat, itu bukan zikir.
Padahal baca Al Quran itu berzikir, ingat Tuhan. Kalau lafaz dah tak ingat, itu terpulang pada Tuhan nak bagi pahala ke tidak. Sebab bukan begitu adab baca Al Quran, sebenarnya dia tak baca. Baca Al Quran sepatutnya bukan fikir nak khatam, tetapi dapat faham, dapat hayati dan dapat memberi tindak balas kepada setiap ayat yang dibaca. Amalan membaca Al Quran sebulan Ramadhan bukan nak khatam dijadikan matlamat...kalau dapat satu juz tetapi betul-betul dihayati itu yang lebih baik.
Jadi kalau ikut jaga tata tertib membaca Al Quran atau zikir, ia sangat mencetak akal dan roh kita. Sebab itu dikatakan 'mengingati Tuhan itu menenangkan hati', ertinya dia tenang dengan dunia, sakit di dunia tak terasa sakit, nikmat dunia macam tak nampak, masa depan dunia sudah tak fikir. Waktu itu dia fikir Akhirat, pasal dicetak oleh zikir baca Al Quran. Itu yang dimaksudkan tenang.
Ada orang yang bertanya,''Quran ada kata zikir itu menenangkan hati, saya berzikir tapi tak tenang.'' Sebenarnya dia tak berzikir, bukan zikir. Dia melafaz tapi tak sedar. Macam mana nak tenang hati tak diproses?. Boleh cakap Alhamdulillah tapi dok ingatkan untung ke perniagaan ini, ini zikrullah ke zikir duit?. Mulut zikir sampai tapi hatinya tak ingat Tuhan. Berzikir dok geleng-geleng tapi fikir kalau perniagaan tak untung tak dapat gaji bulan ini. Dia sudah kurang ajar dengan Tuhan.
Kalau kita nak cakap dengan raja tersalah cakap. Waktu kita sedang cakap kebesaran raja, cantik istana tuanku, hebat nampaknya, tiba-tiba kita pergi depan raja kita cakap saya ada kebun, ada kereta...bukannya ingat Tuhan tapi kurang ajar dengan Tuhan. Rupanya kita berzikir bukan ingat Tuhan malah kurang ajar dengan Tuhan. Sebab itu Rasulullah SAW ada menyebut yang ramai orang yang membaca Al Quran tetapi Al Quran itu pula melaknatnya. Tak takut ke?
Di dalam Al Quran juga disebut sembahyang itu zikir yang paling besar macam baca Al Quran sebab sembahyang itu lengkap, syumul, macam-macam boleh jumpa, semua dibuat dalam sembahyang. Dari zikir yang besar ini macam-macam yang berhubungan dengan Tuhan kita jumpa dalam sembahyang. Ini kalau kita hayati macam mana nak lalai, sudah tentu tak lalai. Tapi kalau tak dihayati jadi lalailah.
Ampun maaf
Sumber rujukan: Us Hj Ashaari Muhamad
Penyusun: Dewan Budiman, Wakil Rufaqa UK
[kredit link : pengertian zikir]