Pages

Showing posts with label ebf. Show all posts
Showing posts with label ebf. Show all posts

22 May 2017

RezekiuntukRizq : My BFJourney

Sempena Rizq dah setahun mengikut kalendar Hijri.
Dan hampir setahun mengikut kalendar Masihi, jadi mari lah kita buat enty ni.
Sebenarnya lama nak buat entry ni.
Tapi asyik tertangguh.
Sebab..
Ada lah beberapa sebab.
Antaranya takut ada sekelumit rasa bangga.
Nauzubillah.
Moga Allah jauhkan kita dari itu semua. 
Kita buat entry ni sekadar utk share.
Moga dapat manfaat bersama.
Bukan utk berasa bangga malah jauh sekali untuk merendah2kan ibu2 yang tak dapat fully bf.
Dan utk itu, saya minta maaf sekiranya entry ini akan mengguris hati memana pihak.
:)

Saya sendiri pun masih belajar.
Jadi, sesama kita belajar. Sesama kita share.
Untuk ibu2 yang tidak dapat bf baby - its okay. Jangan rasa down, kita sebagai ibu, pasti nak buat terbaik untuk anak kita.
Untuk rakan rakan TTC - doa saya sentiasa untuk anda merasai peluang ini. InsyaAllah.


Alhamdulillah.
Rizq masih fully bf.
Kalau diikut hari, hari ini 22 Mei 2017, umur Rizq adalah 355 hari
Dan selama itu lah saya menyusukan Rizq dengan susu ibu.
Tapi, kerana bekerja, tidak lah dapat saya menyusukan secara direct.
Kerana itu lah, bertuah ibu ibu yg hw, yg bf baby, dapat menyusukan secara direct :)

Journey bermula sedari awal kelahiran Rizq.
Tapi, Rizq tidaklah sepenuhnya bf masa awal2.
Top up juga dengan FM.
Tapi, tidak ada satu hari pun Rizq tak minum susu ibunya.
Itu pasti.
Sedari hari kelahirannya, dah panggil nurse untuk ajar bf di bilik (sbb itu lah kita nak bilik seorang - privacy terjaga. Aurat terjaga).
Masa awal2 tu ilmu tak banyak lagi.
Rasa macam tak cukup.
Padahal perut baby kecik ja pun.
Tak banyak keperluan dia.

Then bila kena jaundice, top up juga.
Memang berusaha df tapi kadang2 Rizq mengamok sgt macam tak cukup susu (padahal  bukan tak cukup).
Kat hosp, kalau nurse nampak kita bagi baby guna botol dia marah.
Tapi, ku buat lantak kan saja. Huhu.

Seterusnya, selepas sebulan, Rizq tidak lagi perlu top up dgn FM.
Susu sangat mencukupi utk Rizq.
Alhamdulillah. Rezeki dari Allah untuk Rizq. Rizq menyusu sepenuhnya susu ibu bermula bulan kedua.
Sesudah perjalanan TTC kami penuh berliku, perjalanan BF ini sangat smooth.
Alhamdulillah juga Rizq tak nipple confuse.

Selepas tamat cuti bersalin dan CTG, memang Rizq ada prob nak minum botol.
Dia taknak.
Semua macam salahkan mak sebab taknak ajar.
Mak bukan taknak ajar, tapi mak takmo Rizq nipple confuse.
Nanti langsung taknak minum direct. Nak botol.
Mak ajar lagi 2 minggu nak masuk kerja. Tp dia taknak.
Ayahnya bagi pun taknak. Guna botol/teat wide neck pigeon.
Last last masa hantar kat BS, BS lah yg ajar botol.
And Alhamdulillah dia nak.

Perjalanan bf saya memang dipermudahkan.
Di office (sy buat 3sesi pam, tapi kadang ada juga 2sesi), walau takde bilik khas utk nursing (tapi baru2 ni mgt dah buat, di tgkt bawah - di surau), tapi semua office mate memahami. Baik lelaki mahupun perempuan. Adik dept (yg lelaki) pun faham. Kalau ada kerja penting, dan waktu pam dah sampai, dia akan take over kerja saya. Begitu juga dgn immediate boss (lelaki). Syukur sangat. Dan kalau ada course pun, saya tetap pam. Takde halangan utk saya terus membekalkan ebm utk Rizq. Selain saya, ada 2 ibu lagi yg turut pam. Kami pam kat bilik fail yang juga kami jadikan bilik solat. Alhamdulillah. Selesa dan bersih bilik tu. Kadang sy kesian tgk kawan2 (dlm grup bf) yg bagitau susah nak pam, takde tempat selesa etc etc. Mereka ini lah penguat semangat saya. Kalau mereka boleh, kenapa tidak saya? Yang punya tempat yg selesa, colleague yang supportive. Yerp. Mereka sangat supportive. Terima kasih.
Bff saya di office - serene kesayangan :)

Beli sebelum Rizq lahir lagi. Memang sebelum Rizq lahir saya dah niat utk menyusukan dia sepenuhnya sbb tu tanpa ragu saya invest breastpump ni.

Suami?
Sangat sangat sangat supportive.
Ini pun bersyukur juga. Dia amat memahami penat lelah kita sbg ibu yg fully bf. Waktu office membahagi masa berkejar utk pam. Dan balik rumah, direct feed. Ayah Rizq byk membantu dalam house-chores. Ha, jangan tak tahu, kadang2 dia masak juga tau. Sambal tumis ikan bilis ayah Rizq sangat sedap tau! Kalah mak Rizq masak. Haha.
Rizq masih kerap bangun malam. Walau dia kenyang cemana pun, sejam, atau paling lama 2 jam dia akan terjaga utk feeding. Sehingga kini. Orang kata nak mengempeng je kan. Takpe lah. Saya dah perolehi nikmat tido lena selama 37 tahun. Biarlah kita dengan nikmat utk anak pula. Dan saya pun tak kesah hilang nikmat makan itu ini (sbb takut nati effect pada anak), sbb berpuluh tahun dah makan macam2. Dengan ini terjaga pemakanan saya. Sehingga kini saya belum pernah minum ais, makan aiskrim dan segala macam yg sejuk2. Tapi fast food tu ada juga sket sket. Haha. Eh. Double cheese burger is my milkbooster yaw. Haha.

Famili.
Famili sebenarnya macam tak percaya saya boleh pergi sejauh ini.
Belah mertua mmg takde yg fully bf. Plg lama 3 bulan. Jadi, setiap kali balik rumah mertua (hingga sekarang) mesti mak mertua tanya - susu banyak lagi. Hehe. Dan mak mertua saya macam tak paham cemana saya dapat bekalkan ebm pada pengasuh. Sbb ye lah.. derang tak pernah tgk pam2 ni. Dulu mana ada menda2 camni. Macam mak saya, dia pun tak tahu - tapi masa saya masih cuti bersalin dia selalu tgk saya pam, saya simpan dalam peti ais, jadi dia pun dah tahu. Pastu cemna saya kendalikan ebm utk dihantar pun, mak saya tahu sbb opah Rizq ni selalu dtg KL. 

Cabaran lain - cam biasa lah. Susu drop. Itu normal. Lagi2 bila bff kita datang menjengah tu kan. Haaaa.. pilu rasanya. Tapi, Allah itu memberi rezeki. Memang cukup. Pasti cukup. Kadang tak perlu pun guna stock frozen. Saya bukan lah ibu yang supply melimpah ruah sampai kena invest deep freezer bagai. Tapi, saya pernah juga alami susu yang expired. Terpaksa buang ke tanah. Pilu, Pernah juga terjadi kes tak tutup rapat pintu freezer. Ya Allah.. masa tu tatau nak kata apa dah. Naseb la masa tu hormon masih tinggi (Rizq 5 bulan). Dapat kejar utk buat stock semula.

Banyak lagi lah cerita perihal bf nih.

Tapi, bagi saya ini lah anugerah terindah utk saya selepas kelahiran Rizq Iskandar.
Syukur Allah dengan nikmat tak terhingga ini.

Anak ini, walau tak membesar dengan debab sebagaimana anak orang lain, tapi saya bersyukur dia membesar dengan susu saya. 6 bulan exclusively (eh.. macam tak cukup sebulan. ahaha). 
Apa yg saya lihat, daya tahan badan Rizq mmg Alhamdulillah kuat. Walau kecik, tapi dia jarang terkena selsema, batuk dan demam. Biarpun berpanas, pernah kena hujan. Tiada demam selepas vaksin, tiada demam tumbuh gigi. Itu lah kelebihan susu ibu. 


Nanti lah, kalau ada masa kita cerita2 lagi.
Sekali lagi saya minta maaf kalau cerita ni mengguris hati mana2 pihak.
Takpe.

Sekali gagal bukan bermakna gagal utk selamanya.
Cuma, jangan cepat berputus asa.

Berikan yang terbaik utk anak kita.
Anugerah ini tidak ternilai utk saya. Anugerah ini telah terlalu lama saya nantikan.
Makanya, saya akan berusaha sedaya saya utk memberikan hanya yang terbaik.

Ikut kan, saya telah mendapat diploma dalam breastfeeding.
Sekarang, kurang lebih 10hari lagi utk mendapat Degree.
Moga dipermudahkan [susu makin sendu ni. Huhu. Tapi takpe. Doa. Doa]


Saya juga doakan agar rakan2 lain juga dipermudahkan urusan dalam menyusukan anak. Kalau tidak sekarang, kelak InsyaAllah, ada rezeki nya.



Edited :
Saya terlupa pula nak kreditkan penghargaan untuk grup page bfmembers.
Grup ini banyak membantu saya dalam penyeliaan ebm.
Dan juga membantu menaikkan semangat saya.
Dalam grup tu ada pelbagai latar belakang ibu2 yg mostly kuat semangatnya.
Terima kasih.
Dan Alhamdulillah saya bertemu grup tu.

21 December 2016

Rutin

Rasa nak menulis plak.
Ada masa waktu lunch ni sket kan.
Saja borak borak pasal rutin sekarang ni.
Setelah lebih 3 bulan masuk kerja.
Bercuti selama 4 bulan lebih, memula masuk memang rasa lemau habis.
Kalau buleh nak ambik unpaid leave sampai 3 bulan.
Biar sampai baby umur 6 bulan kan.
Tapi. Cam melampau la pulak. Hehe.

Sekarang ni. Balik kerja harus la tak lengah lengah lagi.
Ada la sorang staff tu pernah tegur "amboi, sekarang balik awal ya"
Alah. Tu saja nak suruh orang jawab "nak amik anak la.."
Sorry ye tuan. Bukan begitu jawapan saya.
Jawapan ku mudah je 
"Ate.. dah berbelas tahun dah saya balik lewat, bagi lah orang lain pulak balik lewat"
Ha. Begitu. Terdiam terus. Lalalala. Sebok!

Jarak office ke rumah babysitter (BS) pun dalam 10min-15min gitu.
Masa ambik kaptenRizq dia da siap mandi. And biasanya bs dah bagi susu apa semua.
Tapi, kadang dia cam nak ngempeng dalam kereta gak.
Kadang dia nak main2 je. Bagi la dia kotak ke apa ke. Suka je dia.
Kalau jammed, dia rimas sket lah sbb kereta tak gerak.
So, mak nya lah akan nyanyi ke apa.
Dia paling suka lagu "tepuk amai amai" dengan "papaku pulang dari kota"
Oh. Mak duduk belakang ya. No no no. Big no utk duduk depan. Samada letak kapten dalam baby car seat atau pangku. Yerp. Pangku pun suppose big no no tau. Tapi, sbb jammed blh la pangku kat belakang. Tu pun with extra cautious sbb takut brek mengejut.

Sampai rumah biasanya dalam kul 6 suku, 6 setengah camtu lah (cuti sekolah blh smpai kul 6pm).
Terus keluarkan ebm masuk dlm chiller.
Masukkan ice pack dalam freezer.


Bag yang mak bawa gi office. Comel sbb boleh gak bawa gi meeting or kursus. Orang tak tau pun beg mak mak menyusu. Hihi.
Senang sbb muat double pamp and accessories, ice pack satu. Tapi, ebm kena letak dalam storage plastic. Kalau dalam storage bottle tak muat.
Tapi, mak lagi suka guna storage plastic, sbb kalau bottle dia cam lelemak tu melekat. Sayang lah lelemak tu. Dah la lelemak mak tak byk. Rugi lah kalau terlekat kat botol. Rugi. Rugi. Rugi.

Lelaju mandi while ayah tunggu kan dak Rizq.
Lepas mandi (solat Asar dah buat kat office), masukkan storage bottle and feeding bottle dalam air panas yang dah campur dgn cecair pencuci botol tu. Rendam jap.
Lepas tu settle kan beg kapten ke rumah bs untuk esok. Keluarkan baju dia dah pakai, ganti balik pampers yang dah guna (biasa letak 5pcs - mmg tak bagi siap satu beg sbb nak pantau berapa dia guna utk sehari), letak baju baru.
Masa ni biasanya dah nak maghrib. Kapten mula ek ek ek sbb dia nak tido.
Dia dah biasa tido selepas maghrib.
So, samada feeding dia sebelum solat maghrib or kalau dia blh tahan, ayah dia main main dulu ngan dia, boleh la solat dulu. Sbb kalo feeding utk dia tido malam ni, dia ngempeng blh tahan lama. Dalam one hour pun blh.
Dah tu, kadang mak pun tertido lepas letak dia atas katil. Haha.
Tapi, kalau tak tido pergi lah cuci bebotol semua and masuk strelizer.
Yup. Ini paling rutin.
Rendam - cuci - sterilizer - keringkan.
Memang part paling malas.
Ada yang kata "patut part ini husband yang buat"
Up to you. For me - lagi puas hati buat sendiri. Sebenar, storage bottle bs dah basuh, tp balik rumah bilas2 then sterilize.
Setiap hari ada 4 bijik storage bottle, 1 feeding bottle and double pump n accessories. Sekarang di tambah pula dengan storage food and storage botol 2oz utk letak susu yang akan bs campur dengan food dak Rizq. 


Then makan.
Lps tu ambik bebotol dalam strelizer utk "hang"
Kena buat awal utk bagi botol2 ni cepat kering.
Utk pump, kena bagi kering cepat sbb awal pagi nak guna.


Biasa dalam kul 11 dah kena masuk tido sbb kena bangkit awai. Sebelum tido kena iron baju dulu.
Kaptenrizq tido dari lepas maghrib tu sampai ke pagi.
Tapi, dia akan bangun setiap 2jam utk menyusu. Tu mmg rutin dia.
Biasa kul 10, 12, 2 dan 4 pagi. Memang cam tu lah lebih kurang je. Dia tak nangis pun. Tapi, kita sedar je bila dia gerak2 tu. Then dia feeding tak buka mata pun. Huhu.
Kul 5.15am - angkat kapten utk feeding dia sambil pam (tandem)
. Cam biasa, dia tak buka mata gak. Hihi. Have to sbb nak dapatkan ebm fresh sebotol. Agak lambat kalau tak tandem. Must do yang ni. Kalau tak mesti cam sedih, tapi Alhamdulillah, takat ni tak pernah gagal untuk dapatkan ikut supply sekali dia minum. Kadang berlebih. Depend apa makan malam or siang tu. Hihi.

Lepas tu mandi.
Tapi, sekarang kapten dah makan - so, pergi masak bubur dia dulu. Takyah mandi dulu.
Sambil masak tu kemas2 botol dia, then solat Subuh dulu. Lps tu baru blend bubur dia. Alhamdulillah, lega sgt beli Beaba Babycook sbb dia blend halussss sgt. Takyah nak tapis2 lagi dah. Tak renyah. 
Settle semua ni baru mandi. Masa ni kapten biasanya dah bangun. Dia lepak2 je atas katil.
Then kita dah siap2, pegi wash dia apa semua. Tak mandikan cuma tukar pampers and wash je.
Last sekali sebelum keluar baru siapkan susu dia.
Dulu, buat awal, lps tu masuk fridge balik. Tapi skrg mcm dah lewat. Kang punch card merah lak. Haha.
So, last sekali baru settlekan susu.
Kalau guna frozen ebm, cairkan sesiap (malam bawa turun ke chiller - bangun pagi kalau tak cair lagi, rendam kejap dalam air - air biasa, jangan air panas. Setengah orang akan lalukan bawah air paip. Mak malas nak tunggu camtu. Hihi).
Susu kapten - 1 feeding bottle (ni fresh ebm kul 5pagi tu), 4 storage bottle (chiller n frozen). Dalam 3oz setiap sebotol. Dan bertanda nombor. Masuk dalam cool box. Bila masuk cool box ni bs tak perlu masuk dalam peti ais dia dah. Letak 3 ice pack.



Begitu lah rutinnya.
Sama macam mak mak yang lain juga.
Part paling remeh adalah basuh botol n pump yang banyak2 tu.
Kalau kat grup FB tu, ramai yang cam malas je nak basuh2 tu.
Haha. Memang lah pun. Bercinta. Tapi, enjoy je lah.
For me - enjoy je motherhood moment ni.
Lagi lah kita yang TTC'ian ni kan. Tetiap hari minta. Dah dapat, enjoy je every moment. 
Never ever lah nak merungut penat ke apa.
Kerja ni kalau kita jadikan ianya satu yang gembira, maka gembira lah ia.
Kalau rasa ianya beban tu yang jadi penat.

Takat ni Alhamdulillah.
Syukur sangat dengan rezeki dari Allah.
Up to 6 and a half month and kaptenRizq still ebf. No fm.
Moga berjaya lah hingga mak dapat PhD kan :)
Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas moment terindah ini :)
Ni lepas dah ada floor baru, mak terus buat baby corner.
Hehe.
#doa saya sentiasa mengiringi rakan-rakan TTC, agar dapat menikmati pengalaman ini juga. InsyaAllah. Teruskan berusaha dan berdoa. Allah Maha Mendengar.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign