Pages

Showing posts with label bf journey. Show all posts
Showing posts with label bf journey. Show all posts

19 June 2017

Hati Tenang, LDR Pun Datang

LDR?
Apa itu LDR?
Mak mak bf sure tahu lah term ni, kan.

Ye lah, dulu masa jadi TTC'ian, pun byk term nak kena tahu.
Now, jadi mak (fully) bf pun, ada juga term2 yg digunapakai.
LDR is stand for Let Down Reflect.
Apa ke benda nya tu? Secara ringkas LDR ni adalah satu keadaan di mana susu kita turun mencurah2. Kalau yg biasa pam tu, masa nak LDR tu, kita dapat rasa macam nyeri je... ha lepas tu cam ayo terojun jadinya. Itu lah momen paling heaven dalam menge-pam. LDR lah punca untuk susu kita jadi banyak. Hormon yang membantu LDR ni turun dinamakan oxytocin.
Boleh baca sini [link] dan sini [link]

Bagi mak mak mengepam ni, LDR ni paling dinantikan.
Kalau direct feed takde problem. Sbb sucking baby tu akan stimulate. Memang no prob at all lah orang kata tu. Biasanya kalau direct feed, bila LDR ni one side lagi akan menitik juga. 


Dia akan jadi prob nak ada LDR ni utk mak mak mengepam. Aduh.. susah hati kalau LDR tak datang. Nak taknak memang kena ada LDR, baru  hasil lumayan.
Bila nak ada LDR, kena ada oxytocin.
Nak ada oxytocin perlukan ketenangan.
Tu yang orang kata, tgk gambar anak, tgk video anak utk merembeskan hormon oxytocin.

Peringkat awal, masa baby baru newborn, atau masih dalam pantang, memang hormon kita tinggi lagi. Tak payah pikir2 pun, dia laju je. Once, Rizq Iskandar pernah reject one side sbb side tu dia tak bleh control. But now, side tu lah membantu utk mencukupkan keperluan dia sewaktu pam. Huhu.

Masuk peringkat umo 5,6 bulan, seterusnya dah masuk 1 tahun umur baby, hormon mula berkurangan.
Mula lah kita fikir susu tak cukup.
Okay, berkenaan susu tak banyak, susu tak cukup ni, nak taknak memang kita kena jaga makan. Dan perlu makan. Mak mak menyusu memang kena makan. Walau tak suka makan macam akak ni, tetap kena paksa makan. Itu je cara nya. Makan dan minum air secukupnya. Kalau minum saja pun tak boleh. Kena makan. Nasik terutamanya. Dan sayur2 hijau. Sawi, sangat membantu utk memekat susu. Kakak pun susu takde lah pekat sgt. Kakak tgk kat grup2 tu, siap jadi yogurt susu depa ni. Amboi aih. Kakak tak pernah dapat gitu. Tapi, kakak sangat yakin yang susu kakak membantu meningkat immune Rizq Iskandar. Itu kakak yakin. Alhamdulillah. 

Okay. Kakak pun ada berdepan dengan situasi susu drop.
Semua mak mak menyusu pun ada rasanya situasi ni.
Rasa sedih, rasa risau semua lah ada.

Tapi, kakak malas nak fikir sangat. Naseb juga kakak ada stock frozen. Tapi, biasanya stock frozen kakak tak usik unless dah emergency sangat. Biasa stock chiller (susu yang tidak dibekukan - susu ebm boleh disimpan dalam chiller dan tahan 5 hari utk peti ais 2 pintu) memang ada. Tapi, masa Rizq Iskandar nak masuk setahun, stock chiller licin. Maknanya, setiap hari kakak guna chiller tu. Kakak terpaksa guna frozen. Bekalan Rizq Iskandar tak tinggi selepas dia makan. Kakak bagi pengasuh 4 botol x 3 oz setiap hari. Tapi, itu pun kakak tak dapat supply dengan stock chiller.

Kakak ingat sbb pam. Hantar motor pam pergi service. Dapat pam ganti, pun camtu gak.
Kakak dah minum. Kakak dah makan kurma, kakak dah minum susu kurma.
Why? 

Buntu dah ni.
Tapi entah cemana, diilhamkan Allah utk sesuatu.
Kakak tergerak hati untuk buka zikir munajat di Youtube.
3 hari berturut2 masa pam kakak dengar zikir tu ikut sama bermunajat.
Dan Alhamdulillah. Susu kembali ke asal.
Kalau sebelum tu, dapat 2,3 oz je satu sesi, tapi lepas bermunajat, dapat kembali 4-5oz. Dan pernah up to 6oz.

Ya Allah.. nikmat mana yang kau dustakan.
Kadang kita terlalai, kita terleka.
Sebenarnya hati kita yang tak tenang.
Hati yang tenang hanya datang dari mengingati Allah.
Itu janji Allah untuk kita.

Kita je terkhilaf.
Kakak lah tu. Setiap kali pam asyik lah scroll FB, scroll IG. 
Betapa ruginya masa 20minit tu hanya buat benda tak berfaedah.

Lebih baik lah berzikir.
Seterusnya masa bulan puasa ni kakak baca Al Quran sambil pam.
And yes. Itu lah janji Allah utk kita.
Dengan ayatNya memang hati kita tenang.

Kakak ada share ni kat grup bfmembers.
Dan pertama kali post kakak tu dapat likers yang tinggi. Huhu.
Heharap tips ni dapat membantu ibu ibu yang mencari tips untuk banyakkan susu.
Kita tak perlu susu yang banyak sebenarnya. Kita perlukan susu yang cukup untuk anak kita. Banyak kang, takut ter expired. Cukuplah jika dapat menampung keperluan anak kita. Sehingga umurnya 2 tahun.
Susu kita ada. Tapi biasanya susah nak keluar.

Kakak memang selalu ada rasa camtu. Esp kalau tgh terkejar2. Cam ari tu ada interview tu. Turun jap pam - pun mmg tak dapat byk. Sbb kita tgh kelam kabut. Dia mmg kena tenang2 je. 
Bila tenang, LDR pun datang.
Bila membaca Al Quran memang kerap LDR datang.
LDR tu lah yang bantu susu keluar dan cukup utk bekalan anak.
Alhamdulillah.

Sehingga ini Alhamdulillah, susu untuk Rizq masih cukup. Terima kasih atas rezeki dan kurniaan ini Ya Allah. 
Tips utk susu masih ada sehingga setahun - jaga waktu pam. Itu saja. Dan konsisten pam. Dan selebihnya makan - dan hati kena tenang.

Semoga kawan2 juga akan beroleh rezeki ini.
Rizq Iskandar - anak susu ibu, walau kecil badannya, tapi antibodinya kuat. Kali terakhir demam dan batuk ketika usia 5 bulan. Jarang kena selsema yang teruk. Cepat baik. Tak pernah demam kalau tumbuh gigi dan selepas cucuk vaksin.
Jadi, nikmat mana yang kau dustakan :)



Antara tips utk LDR ;
LINK

22 May 2017

RezekiuntukRizq : My BFJourney

Sempena Rizq dah setahun mengikut kalendar Hijri.
Dan hampir setahun mengikut kalendar Masihi, jadi mari lah kita buat enty ni.
Sebenarnya lama nak buat entry ni.
Tapi asyik tertangguh.
Sebab..
Ada lah beberapa sebab.
Antaranya takut ada sekelumit rasa bangga.
Nauzubillah.
Moga Allah jauhkan kita dari itu semua. 
Kita buat entry ni sekadar utk share.
Moga dapat manfaat bersama.
Bukan utk berasa bangga malah jauh sekali untuk merendah2kan ibu2 yang tak dapat fully bf.
Dan utk itu, saya minta maaf sekiranya entry ini akan mengguris hati memana pihak.
:)

Saya sendiri pun masih belajar.
Jadi, sesama kita belajar. Sesama kita share.
Untuk ibu2 yang tidak dapat bf baby - its okay. Jangan rasa down, kita sebagai ibu, pasti nak buat terbaik untuk anak kita.
Untuk rakan rakan TTC - doa saya sentiasa untuk anda merasai peluang ini. InsyaAllah.


Alhamdulillah.
Rizq masih fully bf.
Kalau diikut hari, hari ini 22 Mei 2017, umur Rizq adalah 355 hari
Dan selama itu lah saya menyusukan Rizq dengan susu ibu.
Tapi, kerana bekerja, tidak lah dapat saya menyusukan secara direct.
Kerana itu lah, bertuah ibu ibu yg hw, yg bf baby, dapat menyusukan secara direct :)

Journey bermula sedari awal kelahiran Rizq.
Tapi, Rizq tidaklah sepenuhnya bf masa awal2.
Top up juga dengan FM.
Tapi, tidak ada satu hari pun Rizq tak minum susu ibunya.
Itu pasti.
Sedari hari kelahirannya, dah panggil nurse untuk ajar bf di bilik (sbb itu lah kita nak bilik seorang - privacy terjaga. Aurat terjaga).
Masa awal2 tu ilmu tak banyak lagi.
Rasa macam tak cukup.
Padahal perut baby kecik ja pun.
Tak banyak keperluan dia.

Then bila kena jaundice, top up juga.
Memang berusaha df tapi kadang2 Rizq mengamok sgt macam tak cukup susu (padahal  bukan tak cukup).
Kat hosp, kalau nurse nampak kita bagi baby guna botol dia marah.
Tapi, ku buat lantak kan saja. Huhu.

Seterusnya, selepas sebulan, Rizq tidak lagi perlu top up dgn FM.
Susu sangat mencukupi utk Rizq.
Alhamdulillah. Rezeki dari Allah untuk Rizq. Rizq menyusu sepenuhnya susu ibu bermula bulan kedua.
Sesudah perjalanan TTC kami penuh berliku, perjalanan BF ini sangat smooth.
Alhamdulillah juga Rizq tak nipple confuse.

Selepas tamat cuti bersalin dan CTG, memang Rizq ada prob nak minum botol.
Dia taknak.
Semua macam salahkan mak sebab taknak ajar.
Mak bukan taknak ajar, tapi mak takmo Rizq nipple confuse.
Nanti langsung taknak minum direct. Nak botol.
Mak ajar lagi 2 minggu nak masuk kerja. Tp dia taknak.
Ayahnya bagi pun taknak. Guna botol/teat wide neck pigeon.
Last last masa hantar kat BS, BS lah yg ajar botol.
And Alhamdulillah dia nak.

Perjalanan bf saya memang dipermudahkan.
Di office (sy buat 3sesi pam, tapi kadang ada juga 2sesi), walau takde bilik khas utk nursing (tapi baru2 ni mgt dah buat, di tgkt bawah - di surau), tapi semua office mate memahami. Baik lelaki mahupun perempuan. Adik dept (yg lelaki) pun faham. Kalau ada kerja penting, dan waktu pam dah sampai, dia akan take over kerja saya. Begitu juga dgn immediate boss (lelaki). Syukur sangat. Dan kalau ada course pun, saya tetap pam. Takde halangan utk saya terus membekalkan ebm utk Rizq. Selain saya, ada 2 ibu lagi yg turut pam. Kami pam kat bilik fail yang juga kami jadikan bilik solat. Alhamdulillah. Selesa dan bersih bilik tu. Kadang sy kesian tgk kawan2 (dlm grup bf) yg bagitau susah nak pam, takde tempat selesa etc etc. Mereka ini lah penguat semangat saya. Kalau mereka boleh, kenapa tidak saya? Yang punya tempat yg selesa, colleague yang supportive. Yerp. Mereka sangat supportive. Terima kasih.
Bff saya di office - serene kesayangan :)

Beli sebelum Rizq lahir lagi. Memang sebelum Rizq lahir saya dah niat utk menyusukan dia sepenuhnya sbb tu tanpa ragu saya invest breastpump ni.

Suami?
Sangat sangat sangat supportive.
Ini pun bersyukur juga. Dia amat memahami penat lelah kita sbg ibu yg fully bf. Waktu office membahagi masa berkejar utk pam. Dan balik rumah, direct feed. Ayah Rizq byk membantu dalam house-chores. Ha, jangan tak tahu, kadang2 dia masak juga tau. Sambal tumis ikan bilis ayah Rizq sangat sedap tau! Kalah mak Rizq masak. Haha.
Rizq masih kerap bangun malam. Walau dia kenyang cemana pun, sejam, atau paling lama 2 jam dia akan terjaga utk feeding. Sehingga kini. Orang kata nak mengempeng je kan. Takpe lah. Saya dah perolehi nikmat tido lena selama 37 tahun. Biarlah kita dengan nikmat utk anak pula. Dan saya pun tak kesah hilang nikmat makan itu ini (sbb takut nati effect pada anak), sbb berpuluh tahun dah makan macam2. Dengan ini terjaga pemakanan saya. Sehingga kini saya belum pernah minum ais, makan aiskrim dan segala macam yg sejuk2. Tapi fast food tu ada juga sket sket. Haha. Eh. Double cheese burger is my milkbooster yaw. Haha.

Famili.
Famili sebenarnya macam tak percaya saya boleh pergi sejauh ini.
Belah mertua mmg takde yg fully bf. Plg lama 3 bulan. Jadi, setiap kali balik rumah mertua (hingga sekarang) mesti mak mertua tanya - susu banyak lagi. Hehe. Dan mak mertua saya macam tak paham cemana saya dapat bekalkan ebm pada pengasuh. Sbb ye lah.. derang tak pernah tgk pam2 ni. Dulu mana ada menda2 camni. Macam mak saya, dia pun tak tahu - tapi masa saya masih cuti bersalin dia selalu tgk saya pam, saya simpan dalam peti ais, jadi dia pun dah tahu. Pastu cemna saya kendalikan ebm utk dihantar pun, mak saya tahu sbb opah Rizq ni selalu dtg KL. 

Cabaran lain - cam biasa lah. Susu drop. Itu normal. Lagi2 bila bff kita datang menjengah tu kan. Haaaa.. pilu rasanya. Tapi, Allah itu memberi rezeki. Memang cukup. Pasti cukup. Kadang tak perlu pun guna stock frozen. Saya bukan lah ibu yang supply melimpah ruah sampai kena invest deep freezer bagai. Tapi, saya pernah juga alami susu yang expired. Terpaksa buang ke tanah. Pilu, Pernah juga terjadi kes tak tutup rapat pintu freezer. Ya Allah.. masa tu tatau nak kata apa dah. Naseb la masa tu hormon masih tinggi (Rizq 5 bulan). Dapat kejar utk buat stock semula.

Banyak lagi lah cerita perihal bf nih.

Tapi, bagi saya ini lah anugerah terindah utk saya selepas kelahiran Rizq Iskandar.
Syukur Allah dengan nikmat tak terhingga ini.

Anak ini, walau tak membesar dengan debab sebagaimana anak orang lain, tapi saya bersyukur dia membesar dengan susu saya. 6 bulan exclusively (eh.. macam tak cukup sebulan. ahaha). 
Apa yg saya lihat, daya tahan badan Rizq mmg Alhamdulillah kuat. Walau kecik, tapi dia jarang terkena selsema, batuk dan demam. Biarpun berpanas, pernah kena hujan. Tiada demam selepas vaksin, tiada demam tumbuh gigi. Itu lah kelebihan susu ibu. 


Nanti lah, kalau ada masa kita cerita2 lagi.
Sekali lagi saya minta maaf kalau cerita ni mengguris hati mana2 pihak.
Takpe.

Sekali gagal bukan bermakna gagal utk selamanya.
Cuma, jangan cepat berputus asa.

Berikan yang terbaik utk anak kita.
Anugerah ini tidak ternilai utk saya. Anugerah ini telah terlalu lama saya nantikan.
Makanya, saya akan berusaha sedaya saya utk memberikan hanya yang terbaik.

Ikut kan, saya telah mendapat diploma dalam breastfeeding.
Sekarang, kurang lebih 10hari lagi utk mendapat Degree.
Moga dipermudahkan [susu makin sendu ni. Huhu. Tapi takpe. Doa. Doa]


Saya juga doakan agar rakan2 lain juga dipermudahkan urusan dalam menyusukan anak. Kalau tidak sekarang, kelak InsyaAllah, ada rezeki nya.



Edited :
Saya terlupa pula nak kreditkan penghargaan untuk grup page bfmembers.
Grup ini banyak membantu saya dalam penyeliaan ebm.
Dan juga membantu menaikkan semangat saya.
Dalam grup tu ada pelbagai latar belakang ibu2 yg mostly kuat semangatnya.
Terima kasih.
Dan Alhamdulillah saya bertemu grup tu.

12 May 2017

Kapten Rizq Kena Nursing Strike!

Menangisss....
Hanya Allah yang tahu sekiranya mak mak fully bf ni kena lalui fasa baby nursing strike.
Kalau tak kena, Alhamdulillah.
Tapi kalau pernah kena...
Seksanya rasa.

Mak kena 2x dah ni.
Memula kena masa dak Rizq umo 5 bulan tak silap.
Dia kena selsema (skrg, dia dah lama tak selsema, Alhamdulillah).
Pastu dia cam strike.
Maybe hidung tersumbat tak selesa ke ntah la.
Tapi, naseb sekejap. Dalam 2 hari cam tu ja.
Lepas tu dah okay.

Now, dah nak masuk setahun ni plak kena.
Baru lagi kena. 2 ari lepas.
Masa cuti wesak day.
Mak nak jot down sini supaya nanti kalau teringat, boleh tgk balik.
Kisahnya hari wesak tu, mak masakkan pasta utk dak Rizq.
Jadi, pagi tu makan pasta. Okay lah. Dia suka. Siap buh cheese. Dak Rizq memang suka cheese. Nasik buh cheese pun dia suka.
Bagi makan pasta tu lps dia bangun tido. Dlm kul 10 camtu.
Pastu dia mandi.
Masa nak mandi gosok gigi dia sket.
Alhamdulillah, dia tak susah nak gosok gigi.
Senang je buka buka mulut dia.
Pastu dia golek2 jap, bagi susu then dia tido.

Petang tu lps zohor, kami keluar.
Nak pergi potong rambut. Rambut mak dan rambut dak Rizq jugak.
So, dalam kereta ada nak feeding dia. Dia cam taknak. Tp okay lah. Maybe kenyang ke apa ke kan. Pastu dah abis potong rambut pun, still dia cam tak mintak susu.
Sampai lah ke malam.
Bagi dia makan baki pasta. Panaskan.
Tp dia taknak.
Nak bagi susu pun taknak.
Dah kenapa. Kan?
Pastu try bagi roti. Okay. Dia makan. Banyak.
Lapar agaknya. Sbb mak tak bagi nasik.

Bila nak tido, dia taknak menyusu.
Biasa, dia akan menyusu sblm tido. Be it dah kenyang ke apa ke, susu mesti nak sblm tido.
Tapi, kali ni taknak. Eh. Pelik ni.
Jadi, ayahnya pujuk2 bagi dia tido. Dah nak lena tu, bagi susu baru dia nak.
Malam tu sekali je bangun utk susu.
Pagi esuknya bangun kul 5 pagi. Nak bagi susu, menjerit2 taknak. Ah sudah.
Kenapa agaknya.
Ingat sakit perut ke apa. Sbb tak makan nasik kan. Kut angin ke.
Bubur nasik dah masak. Sbb mmg nak buat bekal dia. Jadi, terus bagi dia makan bubur. Kul 6 pagi - makan bubur nasik. Habis semangkok. Memang lapar rupanya.
Tapi, susu still takmo.
Tapi, mak tak la risau sgt sbb dia makan nasik dan minum air masak banyak. Lagipun dak Rizq da pandai guna botol ber straw.
Memula mak n ayah Rizq dah nak EL. Tapi, buat apa pun nak EL sbb Rizq sihat je, kan? Cuma dia taknak minum susu. Kat rumah nenek asuh dia menyusu botol.
So, kami masuk kerja lewat. Dengan harapan balik ptg ambik dia, dia dah okay.

Balik tu, biasa nya dalam kereta dia akan terus mintak susu.
Ni tak. Bagi takmo. Bagi takmo.
Sahih!
Ini nursing strike ni (selain dari fikir apa2 yg mistik. Huhu).
Bila dia da mamai2 baru dia nak.
Sampai lah ke malam camtu.
Cuma dia nak,bila dia dah mamai.
Tgh mlm bangun, Alhamdulillah, minum. Kena bagi waktu mamai.

Pagi ni, nampak mcm dah okay sket.
Puas mak fikir, apa penyebab nursing strike kali ni.
Memula ingat dia tak sedap perut.
Tapi, dah berak dah apa semua pun.
Pastu ingat kot teething ke. Walau sebelum ni 6 btg yg tumbuh dia steady takdak apa. Takdak demam ke meragam merengek ke.
Ke sebab potong rambut. Macam tak logik. Tp mungkin boleh jadi.
Pastu baru mak teringat.
Gosok gigi.
Yes.
Maybe itu penyebabnya.
Sbb ada macam berus tu terkena lidah dia.
Maybe lidah dia ada rasa lain.
Dan dia refuse nak feeding.
Adoiii...

Risau sungguh mak tau.
Heharap hari ni takde lah dia begitu dah.

Ibu ibu yang fully bf, kalau ttiba baby refuse utk bf, itu bukan bermakna derang tak mo nyusu atau susu kita tak sedap ke apa. Itu adalah nursing strike. Biasanya tak lama. Jangan stress. Rilek (walo mak sendiri stress smpai dah ter marah si kecik dia. Kesian sgt lah kat dia. Huhu).
Teruskan bf. Dan doa. Doa ibu kan mustajab :)


***Edited **
Sbb ada yang komen, kata maybe pregnant.
Jawapan nya : No, I'm not pregnant. Thanks for concerning :)

Sedikit info berkaitan nursing strike. [kredit : llli]

A baby who is truly ready to wean will almost always do so gradually, over a period of weeks or months. If your baby or toddler has been breastfeeding well and suddenly refuses to nurse, it is probably what is called a "nursing strike" rather than a signal that it's time to wean. Nursing strikes can be frightening and upsetting to both you and your baby, but they are almost always temporary. Most nursing strikes are over, with the baby back to breastfeeding, within two to four days. (If your baby is a newborn please see our FAQ on Getting a Newborn Back to the Breast)

Nursing strikes happen for many reasons. They are almost always a temporary reaction to an external factor, although sometimes their cause is never determined. Here are some of the most common triggers of nursing strikes:

*You've changed your deodorant, soap, perfume, lotion, etc. and you smell "different" to your baby.
*You've been under stress (such as having extra company, traveling, moving, dealing with a family crisis).
*Your baby or toddler has an illness or injury that makes nursing uncomfortable (an ear infection, a stuffy nose, thrush, a cut in the mouth).
*Your baby has sore gums from teething.
*You've recently changed your nursing patterns (started a new job, left the baby with a sitter more than usual, put off nursing because of being busy, etc.).
*You reacted strongly when your baby bit you, and the baby was frightened.

Getting over the nursing strike and getting your baby back to the breast takes patience and persistence. Get medical attention if an illness or injury seems to have caused the strike. See if you can get some extra help with your household chores and older children so that you can spent lots of time with the baby. Try to relax and concentrate on making breastfeeding a pleasant experience. Stop and comfort your baby if he or she gets upset when you try to nurse. Remember that your baby isn't rejecting you, and that breastfeeding will almost always get back to normal with a little time.

Extra cuddling, stroking, and skin-to-skin contact with the baby can help you re-establish closeness. Some babies are more willing to nurse when they are sleepy. Sometimes it helps if you are rocking or walking around (in which case a sling or cloth carrier can be useful.) Try nursing in a quiet room with the lights dimmed to avoid distractions. You can also try to stimulate your let-down and get your milk flowing before offering the breast so the baby gets an immediate reward.

You will probably need to express your milk to avoid feeling uncomfortably full, as well as to keep up your milk supply (especially important in a nursing strike that continues for more than a day or two). You can feed the baby your milk with a cup, eye-dropper, feeding syringe, or spoon. Avoid bottles: they can cause nipple confusion.

Selain dari itu sini pun boleh baca

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign