Pages

Showing posts with label swimming. Show all posts
Showing posts with label swimming. Show all posts

16 March 2018

Sedara Rizq Datang Rumah

Kena jot down sbb jarang2 jumpa sedara yang ini.
Hehe.
Byk kali dah la plan, asik tak jadi.
Sedari Ammar Rizqi lahir, smpai skrg dia dah umur setahun 2 bln, baru dapat jumpa.
Jadi, kena tulis sini.
Akhirnya dapat jumpa masa cuti CNY tu ari - 16 Feb 2018.
Rizq sgt seronok ada kawan2 datang.
Sanggup tahan mata tak tido petang.

Ni sebenarnya sepupu mak merangkap anak saudara mak juga.
Sbb belah ayah dia adik beradik dgn opah Rizq.
Belah mak dia pula, anak saudara kepada atok Rizq.

Layan gegambau je lah.
Derang lepak dari kul 2ptg sampai lah lepas maghrib baru balik.
Mmg puas lah dapat jumpa lelama camni. Siap mandi kolam segala dulu.
Mak buat lunch simple2 ja.
Pastu buat sago gula melaka version sihat. Hehe.
Instead of taruk santan / susu cair, mak guna susu fresh milk :D







3 May 2017

Jom Berenang!

Sekarang kalau gi hotel, kolam renang bukan jadi keutamaan dah.
Eh.
Nampak cam berlagak la pula, kan?
Huhu.
Takde lah.
Tapi rasanya dak Rizq pun akan rasa camtu sbb swimming pool mmg luas terbentang depan mata dia. Anytime blh pergi kalau nak mandi.

So, dari umo 4 bulan kami dah bawa dia turun mandi.
Sebenarnya mak dah riki2 tempat nak enroll swimming lesson utk dak Rizq.
Tapi tu lah. Dari bulan ke bulan, macam tak sempat je weekend.
Boleh juga datang rumah trus. Personal coach dtg ajar. Tp sama gak pun, takde gak masa nak slot. Aiyo. Why so busy mommy?

Layan gegambar dak Rizq dalam swimming pool je lah.
Kami bawa dia kejap kejap ja.
Sejuk.
Memula kami guna pelampung leher tu. Tapi dak Rizq suka lah sgt gigit pelampung tu.
Pastu beli pelampung duduk.
Yang tu baru sekali je guna.
Ni dah lama tak turun mandi.
Malas weh. Leceh btul kalau dah abis mandi nak naik basah2 tu. Pastu kena tukar baju cpt2.

Tapi, mmg nak ajar dak Rizq berenang since ianya salah satu sukan sunah Nabi Muhammad SAW. Dah besar sket bleh bawa ajar memanah and berkuda plak. Tu pun kalo mak ada masa lah. Ada je menda nak buat kalo weekend.

Banyak hadis menyebut mengenai sukan yang sangat popular pada zaman Rasullullah SAW dan dilakukan sendiri baginda seperti memanah, menungang kuda dan berenang.
Secara ringkas, aktiviti memanah, menunggang kuda dan berenang dapat membantu individu terutama generasi muda membentuk emosi positif, membina konsentrasi, sabar dan berdisiplin tinggi selain membantu mengatasi rasa ketakutan dan membentuk keyakinan diri.
Bukan itu sahaja, seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki merangkumi aspek fizikal dan mental akan mendapat manfaatnya. Pada masa sama, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain merangsang stamina (sistem kardiovaskular).
Kredit [Utusan]







10 January 2013

Edisi Me-Release Stress : Swim

Grrr... dah 3 hari tak jadi nih.
Balik je hujan. Nak g malam, ada yg menggigil demam plak.

Harap2 hari ini jadi. Baik nampaknya cuaca tu.

Salah satu 'method' utk ilangkan stress skrg ni. Lagipun oke juga. Kasik jantung bergerak sket kan.
Walo tak reti berenang, tp sokay la, sbb makin lama dah buleh lama menyelam dan mengapungkan diri. Boleh la pegi Redang/Krabi lagi utk snorkeling (Krabi tak bes.. Redang lagi bes!)
Ceh! ada hati lagi.. dah la... malas nak plan cuti lagi slps dah burnt tiket nih. (T____T)


p/s : Nak beli pelampung ikan jaws la seketoi. Anak buah/budak2 datang senang dah ada mendalah tu. Tak pun bola pun oke lah.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign