Pages

18 May 2017

Port Shopping Baru : MyTown

Saja je buat tajuk port shopping.
Padahal bukan shopping sgt pun situ.
Tapi, memang selalu pergi.
Orang KL tahu lah kat mana letak duduknya MyTown tu.
Letaknya di sebelah IKEA Cheras tu.
Dekat amat lah dgn opis mak.
Kalau tak jem, 5 minit sampai.
Tapi manakan pernah tak jem kan.
So, dalam 15minit mengambil masa.
Kalau dari rumah lak dalam 10 - 20minit camtu.
Kadang memang pergi mytown ja, tak pergi IKEA pun.
Kadang pergi IKEA utk makan meatball ja. Tak masuk dalam pun.
Last week pergi Ikea - makan - pastu beli barang kt mytown - masuk beli ikea - beli seketui je barang - meja yg letak kat kerusi baby tu. Haha. Sempoiii... maklum lah ikea dekat skrg ni. Pegi macam pergi pasar ja :P

Mak selalu gi sini sbb nak gi Village Grocer.
Nak beli bahan2 nak buat makanan dak Rizq Iskandar lah.
Before, mak selalu ke Jaya Grocer.
Tapi, sbb nampak lagi best Village Grocer, plus nak parking apa semua senang, maka, meh lah kita ke MyTown dan pergi Village Grocer.
Kat VG ni pun lebih kurang cam JG gak.
Cuma JG lagi banyak sayur pelik2 dari oversea sanun.
Cam VG ni takat butternut squash, kale, memang ada.
Oh yes, till now Rizq Iskandar tak pernah try pumpkin (labu) biasa tu.
Mmg dia consume pumpkin butternut.
And kapten Rizq Iskandar do like butternut.
Memang sedari dia start weaning mak selalu bagi dia puree butternut.
Tu yang cam bila campur dalam bubur nasik dia, dia suka.
Sedap butternut ni. Manis. Agak kalau buat pengat, sedap kot.
Ok, kalau kapten dah lulus santan nati, mak nk try pengat butternut ni.

Winter Squash, like butternut squash and acorn squash, is a wonderful first food for your baby. High in Vitamins and Calcium – smooth, delicious and very nutritious, these winter squashes are sure to be a hit with your baby.

Selain dari tu, mak dah jumpa ayam free antibiotik kat sini. Yang ada cop halal juga. Yang by part. Biasanya kalau ayam camgini kena beli sekor, kan?
Kat VG ada ayam nutriplus. That why la mak mmg selalu pergi VG ni. Sbb nak dapatkan stock ayam untuk kapten. Kaki ayam, tulang ayam pun senang dapat sini. Tu ari mak beli utk buat chicken bone broth. Ha..nanti mak buat entry chicken bone broth ni ya :)

Selain VG, byk juga kedai2 best kat myTown ni.
Kedai baju esp.
Eh. Ada juga Kaison. Best nih. Pilihan kalau nak buat tukar2 adiah.
Pastu Daiso ada.
Eh.. apsal mak cam duta mytown pulak neh.
Haha.
Boleh tgk web mytown lah kalau nak tahu kedai apa lagi.

Nah, mak blanja seketui gambo mak kat mytown.
Yerp, i'm babywearing now.
Nanti mak citer gak pasal BW ni dan cemna mak boleh terjebak okeh :D



Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign