Pages

13 May 2017

Homestay Sabak Bernam Dan Taiping

Yang ni homestay yg kami duduk masa anak buah kawen tu.
Di Sabak Bernam, pihak pengantin dah sediakan satu rumah (homestay).
Tapi, mana muat kami reramai.
So, kami decide utk sewa sendiri.
Kami 3 beradik share.
Last minute decision actually.

Naseb la teringat, member office yang ada rumah kat Sabak Bernam.
Contact dia dan dia bagi nombor abang ipar dia.
Yang ada homestay.
Fuh lega.
Nak tahu homestay dia cemna?


Cantik kan??
Nama dia D'Sawah Bendang Homestay.
Ada blog dia [sini]
Tapi dah tak update tu.
Boleh tgk kt FB dia je.
Memang best uols.
Rasa nak pergi lagi nanti.
Tapi, nak tunggu musim padi.

Dia ada banyak jenis rumah.
Ada yg style macam chalet.
Ada yg style rumah kg. Tinggi.
Which kami masuk je rumah tu, macam bau rumah orang dulu2.
Terimbau memori rumah arwah opah.
Rumah tu besar. Boleh muat ramai.

Kami sewa yg rumah besar tu.
Ada 2 bilik tapi hall dia besar.
Ada 2 bilik air.
Selesa. Satu bilik tu ada ekon. Tpi bila pagi, sejukkkk.
Dan pemandangan cantik banget.
Nak nak kalau musim padi menguning.
Masa kami pergi ni takde padi sangat.



Memang betul betul tgh bendang.
Itu kat Sabak Bernam.

Kat Taiping pun homestay.
Tapi, homestay ni terus dijadikan rumah pengantin.
Rumah yang besar.
5 bilik tidur.
Bilik pertama dan kedua share bilik air.
Bilik 3 dan 4 ada bilik air sendiri.
Bilik 5 takde bilik air. Tapi ada satu bilik air di bhgn dapur.
Setiap bilik ber air cond.
Kawasan letak kereta yg luas.
Depan pasang khemah, belakang blh letak kereta dgn selesa sbb luas.
Tapi, tak ambik gambar rumah tu plak lah. Huhu


Ini je yang ada. Ni kawasan belakang yang luas boleh main bola sepak. Huhu.
Oh. Okay. Ni ada gmbr mak rizq google.
Tp ni gambar thn 2014.
Skrg ni kawasan sekitar tu dah lain sket.
Dah takde org jual2 kereta tu.
Senang je nak carik rumah ni. Dari tepi jalan blh nampak dah.



Nama homestay tu Mali Home Homestay [kalau nak contact number kena google, sbb yang ni semua diuruskan oleh bapa pengantin. Kami datang duk ja]
Memang jadi pilihan utk orang buat wedding.
Kata abang ipar, owner rumah ni cina, tapi yg sewa semua melayu.
Yg mostly guna utk buat kenduri kawen.
Memang selesa lah. Kami stay 2 malam.
Nak jalan dari depan ke belakang, kemain jauh. Huhu.
Memang selesa betul lah. Bilik air banyak, bilik banyak.
Kira kalao nak sewa utk satu famili gather2 mmg sesuai ni.

1 juta komen:

kampong saya Sabaj bernam tu,,hikkhi

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign