Pages

Showing posts with label Baby RI. Show all posts
Showing posts with label Baby RI. Show all posts

20 June 2017

Rizq Turn 1 Studio Photoshoot

Mak kan macam macam.
Haha.
Dah teringin nak studio photoshoot la plak.
Carik carik, guna hashtag segala dan nak jadi rezeki, ada satu studio ni buat promo ambik gambar bertema hari raya.
Terus pm tanya bleh tak kalau amik promo tu tapi tak amik gambar raya.
Tak kesah katanya.
So, terus deal.

Mari lah kita pergi ambik gambo.
10hb Jun. 
10 hari lepas birthday ke setahun.
Itu pun, sesi sepatutnya kul 12.30. Smpai studio tu dkt nak kul 1pm.

Mana tak nya. Dah siap lawa2. Dah naik keta semua.
Ttiba budak bertuah tu berak plak. Haha.

Naseb la tempat tu on d way nak ke office juga. Maka, singgah ofis.
Wash kat office. Haha.
Pitam tau.
Pastu pulak waktu tido dia.
Dah tertido dlm keta.


Tapi, Rizq Iskandar bukan jenis crancky tak memasal.
Dia okay je kalau ttiba terbangun dari tido.
Asal kita ada kat depan muka dia.

Nak warm up pun tak lama.

Patut sesi ni sejam. Tp sbb kami lewat dah jadi setgh jam je lah.
Tapi, setgh jam pun.. sgt successful tau. Sbb Rizq Iskandar sangat memberi kerjasama.

Memang anak soleh ibu ni :)

Gambar ada kt FB. Ada kat IG.
Ni mak sharing sket.
Yang lain dari yg dah share tu.
Cam biasa, mak dah design utk photobook juga.





1 June 2017

Selamat Hari Lahir Pertama, Rizq Iskandar






First and foremost, Thank You Allah for these greatest gift in our life.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Syukur atas kurniaan ini.

Moga Rizq Iskandar bin Mohd Ruslan, sentiasa berada dalam lindungan Allah, menjadi anak soleh, anak yang bijak, anak yang menyenangkan hati orang yang memandang, akhlak yang baik dan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola.

We love you.
To the moon and back!


*walau bulan puasa, dah banyak program yg mak plan utk si kecik ni. Birthday party ditangguhkan hingga hari raya. Mungkin ada banyak version birthday party nya. So, nantikan undangan ya! 

25 May 2017

1 Year Old Boy Picture Ideas

Menarik.
Just buat sendiri je huruf2 ONE tu.

Boleh cari bakul kraf ni.
Pun menarik.

Okat. Nak cuci gambar Rizq masa newborn.

Okay. Dah tau mana nak carik huruf tu.

Smashed cake.. tak berapa nak prefer sbb macam
membazir makanan. Tambahan bulan puasa.
Tp pakai tie tu macam best!

Mana nak carik topi Bruno Mars ni.
Tp dak Rizq cukup menyampah ada menda atas
kepala dia.

Aviator theme. Hehe.

*All pics - google.

22 May 2017

My Precious Rizq III - Bersalin di UKMSC

[My Precious Rizq I]
[My Precious Rizq II]

Hehe.
Hari ni genap setahun Rizq Iskandar mengikut bulan Islam.
Setahun baru nak publish cerita ni.
Kena publish. Sbb ini adalah sejarah hidup :D

Minggu 38.
1 Jun 2016. Rabu.
Bersamaan 25 Syaaban 1437H (lagi 4 hari nak puasa).
Tarikh bersejarah.

Why elective ceaser?
Mesti semua orang akan tanya.
Atas nasihat gynea, dia kata go for ELCS. Kerana pernah buat laparoskopi utk cyst tahun 2013 dulu. Takut ada side effect kalau bersalin secara normal.
Dan pernah juga pergi check up di Hosp Tunku Azizah, Setapak. Jumpa Doc Zana. Dia kata memang kalau TTC'ian yg dah lama, mereka advise utk ELCS utk kurangkan risiko. Ini adalah Precious Pregnancy.

Jadi,
Setuju je lah.
Makanya, kita boleh pilih date.
Due date sebenar 16.6.16.
Tapi, bila dah ELCS, kami pilih 1.6.16. Memula doktor nak bagi 6.6.16. Kami takmo sbb itu 1st day puasa. Macam kelam kabut pula rasa (tapi, mmg kelam kabut juga lepas tu sbb 6.6.16 tu baby Rizq admitted HKL sbb jaundice. Huhu).

Pagi pagi dah gerak ke UKMSC.
Doc kata masuk OT jam 8.30.
Sampai je kaunter terus selesaikan semua urusan berkaitan wad apa semua, tup2 depa suruh masuk wad cepat2 sbb OT dah ready.
Hah!
Berdebar nya.
Masuk wad, tukar baju apa semua, nurse cucuk apa tu yg kat tangan tu. Dah la cucuk sebelah tak dapat, cucuk lagi sebelah. Aiyo.
Lepas tu dibawa turun. Dah la nurse macam tak cukup sbb ada patient lain juga ditolak. Last2 myDH tolak stretcher. Aih. Pening lah naik stretcher ni. 
Bilik OT memang guna bilik OT hospital PPUKM juga lah.
Cuma nya orang citer2, kalau kita patient PPUKM, ramai lah para doktor pelatih ni akan datang tanya2 kita. Tapi kalau kita ni patient dari tingkat 7 - UKMSC. Takde orang ganggu :)

Sampai tingkat 1, pakar bius datang.
Kenal kan diri dia, tanya itu ini. Tanya alergi apa apa ke.
Jam 9 masuk OT.
Kena bius half. 
Makanya sedar lah apa yg berlaku.

Oh ya. Oleh kerana ELCS, myDH boleh masuk bersama.
Dia pun tukar baju pakai cap apa semua macam doktor2 nak bedah tu jugak.
Hihi.
Doc suruh dia duduk kt bhgn kepala.
Jadi, dia nampak lah juga apa terjadi.
Doc tunjuk itu ini kat dia.
Sayangnya masa tu tak bwk phone pun nak rekod or ambik gmbr.
Rugi je. Entah la. Lupa. Kalau tak, mintak kebenaran kat doc kan. Hurm.

Perut digodek2. Boleh la nak tgk ikut lampu atas kepala tu.
Tapi, idak lah weh.
Ku tgk jam je.
Dalam 20 minit settle.
Jam 9.30 gitu baby keluar.
3.04kg.
Dia nangis ehek ehek gitu ja. Haha.

Pastu myDH terus azankan.
Alhamdulillah.. terima kasih Allah.

Fresh From Oven.
Ayahnya kata - keluar2 tgk muka sebeso pinggan.
Hehe.

Settle semua tu, rasa sejuk giler. Depa letakkan kat satu ruang. Selimutkan bagi panas. Ada rasa pening2 sket. Then lps tu ditolak ke atas semula. Oh, nurse letakkan baby kat sebelah masa naik tu. Tapi, masa nak ke lif nak naik atas tu kena lalu laluan orang ramai. So, orang tgk je lah kita ditolak.

Duduk di Wad Baldu.
Selesa amat lah weh. 
Ini lah yg ai perlukan. Sbb nak rasa duduk macam kt hotel. Sunyi, selesa, sejuk.
Orang boleh datang melawat bebila masa.
Husband boleh temankan waktu malam.
Mak tak larat jalan, jadi kena amik wheelchair. Bila amik wheelchair ni pun, myDH kata mudah ja sbb bagitahu nama nati dia akan keluar kita register kat UKMSC. So, derang pun takde hal nak bagi wheelchair walau bukan patient.
Nak balik pun, nurse tolak wheelchair and bawak turun bawah n tunggu sampai lah kereta yg ambik kita datang.
Kerana ini lah juga ai tak kesah pun bayar sket. Ai takde insurans yg boleh cover maternity ni. Memang semua paid by myself lah jawabnya
Ada orang kata "sakit bersalin sama je, bakpe nak bayar lebih2"
Sakit memang sama kak oii.. 
Tahap selesa tu tak sama kak. Ko try la tanya pengalaman orang bersalin kat HKL tu. Masa Rizq jaundice, aku memang sembang2 ngan ibu ibu lain. Haaa... dengar la citer derang yang bersalin kat HKL tu.
Dan kalau ada rezeki lagi lepas ni memang aku akan cari hosp private juga lah walau pun di hospital govt layak kelas pertama. Kelas pertama punnnn.. kau ingat available sentiasa ke. Penuh manjang lah. Kalau HKL tu kelas pertama, mmg bilik asing. Tapi bilik air share juga. Hiwhiwhiw.
Tapi lepas ni HKL dah ada FPP. Boleh consider juga lah since FPP pun macam pvte n bayar tak semahal pvte :)

Wad ni okay. Puas hati.
Makan tu.. tak berapa sangat lah. Tapi, boleh la. Lagipun orang pantang manade nak makan sgt kan.
Nurse pun okay. Kul 3 pagi ai tekan loceng pun derang dtg. Masa tu nak suruh dia ajar bf baby. Hihi.
Pepagi derang akan dtg kul 5pagi utk ambil baby dan mandikan.
Sampai kat kita dah siap lawa dah :)

Puding roti breakfast hari last nak balik tu.
My DH tido kat couch tu.



Keadaan bilik.

Bilik air

Selesa utk bf baby.
toiletries yang disediakan

Duduk di wad 2 malam.
Hari Jumaat tu doktor dah bagi balik. 
Cumanya baby kena check jaundice. Jadi, lewat sket keluar sbb nak tahu result. Baby macam ada jaundice tapi boleh keluar. Alhamdulillah.
Petang jumaat tu kami keluar dan status FB hari tu - "welcome home Rizq Iskandar"

Ini lah pengalaman bersalin di UKMSC. Total bil utk ELCS n wad 3 hari 2 malam adalah 7k (-+).
Oleh kerana elective ceaser, ai takde lah pengalaman mengerikan.
If emergency ceaser, yerp, mungkin agak ngeri kot.
Alhamdulillah semuanya okay.
Penjagaan ceaser pun okay je. Maybe sbb ada experience buat laps, so, boleh apply sket2.
So, lepas ni story berkaitan pengalaman di HKL pula sbb babyRizq kena jaundice sampai warded (T___T).

18 April 2017

Runtun Hati Ibu

Hati ibu mana tak runtun,
hati ibu mana tak rawan,
bila anak menangis sedih,
tatkala ditinggalkan dengan pengasuh.
Mata kecil yang memandang bagaikan bertanya "mengapa ibu tinggal saya di sini"

Ya Allah.

Hati berbolak balik bertanya sendiri.
Dulu, saban hari ku meminta agar dikurniakan zuriat.
Kini bila dah ada, kenapa aku tak dapat menjaga nya sendiri.
Kenapa aku bagaikan kejam meninggalkannya selama 8 jam di bawah jagaan orang lain.
Rasa bersalah pada diri sendiri.

Ya Allah.

Dilemanya!
Tapi,
Demi mencari rezeki.
Demi meneruskan kehidupan yang lebih selesa untuk dia juga.
Kita terpaksa.

Untuk meneruskan kelangsungan hidup, 
Ya, mungkin ibu boleh jaga awak sendiri.
Tapi,
Untuk hidup yang lebih selesa,
Untuk benefit yang ibu akan dapat untuk awak,
Memang ibu terpaksa.
Semuanya memang untuk kesenangan awak.
Bila ibu takde, dan awak masih belajar, awak akan dapat pencen.
Bila awak tak sihat, kita boleh dapatkan rawatan yang lebih selesa.
Dan bermacam lagi yang sememangnya untuk awak.

Memang.
Ibu macam pentingkan diri sebab itu semua duniawi.
Tapi, 
Untuk kesenangan awak juga kan.
Maafkan ibu.

***
Berbahagia lah ibu ibu yang memilih untuk menjadi surirumah.
Sebab - hanya Allah Maha Mengerti perasaan kami saat kami melangkah meninggalkan anak yang teresak menangis.
Hanya doa yang mengiringi agar Allah melindungi anak kami dari sebarang mara dan bahaya.
Dan moga pengasuh dapat menjaga anak kami sebaik baiknya.


18 November 2016

Baby Cook vs Blender Cili

Awat tajuk len maciam je nih?
Haha.
Sapa fwen ngan kitew kat FB tahu lah ianya berkaitan dengan apa.
Hiwhiwhiw.

Okay lah.
Next month kan kapten dah boleh introduce solid food.
So, as young new mom, mesti lah mak teruja kan.
Please excuse lah kalau nampak teruja cum poyo cum excited mak nih yerp.
Tu ari masa check up/vaksin 5 bulan pun, mak dah tanya paed, blh bagi sebelum 6 bulan tak? Ngee. Tapi paed kata, tunggu lah cukup 6 bulan.
Baek (memang lah teruja, tapi apa apa hal better kita consult ngan pakar dulu kan. Lagipun mak nak exclusive bf lagi).

Dah teruja harus lah mak riki riki baby food processor.
Naseb la dak Rizq dapat mak yg maleh ni kan.
Semua nak campak2 je. Kuasa sgt nak rebus ke kukus ke secara manual. Nak goreng ikan bilis pun macam malas tak sempat sekarang, lagi nak tunggu mengukus etc etc.
Memula mak riki ni.

Memang hampir2 nak order dah kat Lazada.
Tapi, sbb ada online rev kan, so, mak tunggu dulu kot dpt harga murah.
Dalam tunggu punya tunggu tu, mak pegi riki brand lain.
And dapatkan review dari kengkawan yg guna brand tu.
Semua pun bagi good review.
Alah. Cemana ni. Tu lah masalah nya kalau tunggu punya tunggu kan. Dari nak harga murah je terus fuh lap peluh.
Mak tgk ada IG seller yg jual pada harga yg agak boleh tahan. Murah dari harga pasaran.
Tapi, mak nak tunggu online rev Lazada.
So, masa tu tgk, lagi murah.
Dan boleh COD (mmg mak suka COD je barang).
Apa lagi.. zas zas zas. Pejam mata mak beli.


Dan semalam sampai.
Wah. Mak is teruja. Jangan wiken ni mak dah try cukup.
Kalau try mak la makan puri buah tu yer.

Jarang ada review kat blog pasal Beaba Babycook nih.
Takpe. Nanti mak dah guna, mak review okeh.
Oh. Uols yg tgh riki riki baby food processor, buleh invest beli nih.
Memacam buleh buat uols.
Berbaloi lah dengan harga orang kata tu (walo harga nya lebih mahai dari periuk Noxxa).

Tapi, ikut uols lah kan.
Nak guna blender cili pun boleh (kawan kat opis ni kata "kak, sy guna blender cili je kak.. takde nak beli2 baru.. dah elok besau dah anak sy skrg". Haha.. ini lawak.. )
Mak ni tak rajin nak stim atau rebus tempat lain, blend tempat lain.
Mak sebenarnya ada je food processor yg buleh blend baby food nih.
Plus, mak juga ada slow juicer (ni buat juice buleh lah, makanan bayi takde kena mengena).
Dan mak punya bread maker pun sekarang dah berehat senang lenang dalam kotak.
Haha.
Harap harap cikmerah Beaba ni tak lah menjadi seperti mereka. Kan?

Sekarang mak tgh kumpul resepi2 solid food nih.
Nak bagi makan apa dulu kat kapten nih?
Apa agaknya dia suka ya?
Kena makan byk sayur. Bagi kuat, sihat dan membesar bagai juara.
Huhu.
Ke bagi ciskek stoberi?
Haha.
Ada yg feedback pulak - kalau bagi ciskek umur 5 thn nati dah cucuk ubat diabetes. Hoh! Takkan lah aku giler nak bagi ciskek pulak kau nih. Agak gak lah. Takde la aku tahap bongok camtu (T___T).
Ye lah. Orang byk pengalaman harus lah nak bagi free advise kat kita yg new mom ni. Kadang tu yg selama lama ni tak pernah pernah drop komen n bertegur sapa pun turut join bagi komen. Hehe. Korang pun teruja tengok mak teruja yer.
Ye lah. Ye lah. Thank u, thank u uols :)

10 November 2016

Tukar Car Seat

Nak cari car seat baru.
Nak cari car seat baru.
Hehe.
Poyos lah si mak kapten ni kan. Haha.
Ehem. Excuse me. Ini adalah entry sindrom mak mak. Ehem.

Tu ari kami beli car seat utk kaptenrizq yg newborn punya.
Sebenarnya mendalah tu can be as car seat, carrier and buh kat stroller jugak.
Banyak function lah kiranya.
Masa tu mmg beli yang pakej stroller n car seat. Cam gini.

kapten punya kaler black tu.
Travel system namanya. 
Stroller dia tak boleh nak facing kita.
So, ini lah kegunaan carrier / car seat tu. Boleh letak kat stroller. And nati dia facing lah kita. Sesuai utk newborn. Dia akan jadi gini.
Konon masa tu tak pe lah, kita buat car seat, pastu nak jalan2 angkat car seat tu, letak kat stroller.

Iyo lah sangattt.
Cam kuasa pulak kan. Nak cabut, lepas jadi car seat buh kat stroller pulak. Ini pun ayah dia peluh2 nak pasang memula tu. Haha. Jenuh tgk diagram kat manual. 
Jadinya, stroller guna je yg biasa tu. 
Car seat tu, terus jadi car seat.
And sekarang, kapten hampir tak muat dah dok dalam tu.
Tak boleh nak guna buckle dah.

Kena lah carik lain. Kiterang tu ari, mmg aim akan carik lain lepas kapten dah tak muat. So, yg tu simpan utk adik kapten boleh bagi orang. Huhu. Baru guna 3,4 bulan je kot. Masih elok lagi jangka hayatnya.



Kapten tak kesah bila masukkan dalam car seat. Nyengih je dia. Dia lagi suka kot sbb dia lagi senang nak tgk ibu dia.
But kalo dia nak nyusu or tido, dia rengsa la sket. 
Angkat dulu then masukkan balik. Masa balik kampung1st time umo dia 2 bulan lebih, lama dia tido dalam tu.
Kita lak risau2 takut dia lenguh ke apa tido duduk camtu.
Tapi dia okay je :D

Last week. Gi Melaka.
Nanti mak kapten buat entry pasal
gi Melaka ni okay.

Sekarang kena beli car seat baru utk kapten.

Tgh riki2. Dulu ms pregnant riki2 yang siap dengan isofix [what is isofix]. Masa kat expo baby mmg byk depa promote car seat yg ada isofix ni. Tapi kalau dah isofix mmg kami anak beranak je lah dalam kereta sbb mmg dah fix. Sapa rajin nak bukak2 menda camtu. Lagi tak kuasa. Tapi isofix ni senang sbb takyah pakai seatbelt utk lock dia. 

Selain tu kena tgk juga harness dia cemna, berapa level recline etc etc. Sbb kami selalu balik kg, and menda2 camni kena ambik kira supaya kapten leh selesa duk dlm tu.

Suka yang ni.Graco Size4Me 65 Harris
Smart nampak nya. Tp quite bulky. Takde isofix. Guna seatbelt.
Best sbb ada buckle kat dada tu.



Tp Zutto ni pun cam best. Jarang dgr. Made in Japan.

Boleh pakai sampai 7thn.
Tgk lah cemna. Hujung2 tahun ni byk tempat yg ada diskaun. Tu yang best.



Ni ada sedikit info yang bagus utk car seat. Sharing is caring.
Kredit : Cozy Baby

7 Kesalahan Biasa Menggunakan Car Seat{0}

Setiap ibu bapa pasti mengutamakan keselamatan anak-anak. Dalam realiti dunia moden zaman ini, ibu bapa mempunyai pelbagai urusan yang memerlukan ibu bapa menggunakan kereta dan kerap kali perlu membawa anak bersama. Antara pilihan yang bijak adalah ibu bapa menggunakan kerusi bayi atau ‘car seat’. Namun, ramai yang kerap kali melakukan kesilapan ini dalam menggunakan ‘car seat‘:

1. Menggunakan car seat yang usang

Ramai yang terlalu berkira untuk membeli ‘car seat‘ yang berkualiti. Tidak dinafikan, harga ‘car seat‘ baru yang berkualiti agak mahal. Jadi, ramai ibu bapa yang sekadar membeli car seat terpakai yang sudah agak usang. Namun, tanpa disedari, tindakan ini membahayakan keselamatan anak anda. Jenama-jenama car seat berkualiti biasanya mempunyai jangka hayat sekitar 7-9 tahun. Namun, anda digalakkan menukar car seat seawal jangka hayatnya 5 tahun lagi. Car seat yang usang biasanya lebih rapuh dan tali pinggang keselamatannya juga sudah tidak kuat. Jangan gadaikan keselamatan anak anda dengan wang ringgit!
(takpe lah beli yg mahal sket sbb berbaloi pun.. bukan pakai setahun 2 kan)

2. Tidak ‘mengunci’ car seat pada kerusi kereta

Setiap car seat biasanya mempunyai sistem keselamatan yang membolehkannya dikunci dengan kemas kepada kerusi dalam kenderaan. Namun, ada segelintir ibu bapa yang sekadar meletakkan car seat tanpa menguncinya. Tindakan ini membahayakan keselamatan anak andai kereta hilang kawalan atau berhenti secara mengejut, inersia car seat tersebut akan mengakibatkan car seat dan anak kita turut terpelanting daripada kereta.
(apatah lagi men-terbalik-kan car seat tu. Suppose letak kat kaki, jadi kat kepala, yang kepala pulak jadi kaki. Eh. Kisah benar ni. Ada orang pernah buat camni. Terus menggelusur baby tu ke bawah. Baby 2 bulan. Nyaris la takde apa. Udah la emak nya letakkan dalam posisi forward facing)

3. Pemilihan posisi car seat yang tidak sesuai

Ramai ibu bapa suka untuk meletakkan anak menghadap ke hadapan (front facing). Mungkin dengan cara ini, anak-anak dapat melihat ke arah jalan dan lebih terhibur dan memudahkan ibu bapa. Namun, tindakan ini berupaya mengakibatkan kecederaan (malah kematian) jika kemalangan berlaku. Leher bayi dan anak kecil adalah lembut dan kepala mereka jua lebih besar berbanding dewasa. Impak yang kuat akan berpotensi menyebabkan leher mereka patah jika mereka duduk menghadap ke hadapan. Anda digalakkan meletakkan car seat ke belakang (rear facing).
(utk baby letak lah rear facing. Dia bukan nak tgk luar sgt pun. Dia lagi suka tgk muka mak nya. Kalo letak forward facing kita pun tak susah nak agah2 dia)

4. Pemilihan saiz car seat yang tidak sesuai

Baca dan fahami arahan yang dikeluarkan oleh pengeluar car seat anda. Biasanya ada disisipkan di dalam bungkusan atau dilekatkan di car seat. Setiap car seat mempunyai tempoh umur yang bersesuaian yang dicadangkan. Pastikan anak anda menggunakan car seat yang sesuai dengan umur mereka. Car seat bayi (bawah 2 tahun) adalah berbeza dengan anak kecil (2-8 tahun) yang seterusnya berbeza dengan ‘booster car seats‘ yang sesuai untuk anak-anak berumur 8 tahun ke atas.

5. Tali pinggang car seat yang longgar

Sentiasa cermat untuk memastikan tali pinggang car seat dipasang kemas ke badan anak anda sebelum memulakan perjalanan. Sepertimana orang dewasa terdedah kepada bahaya jika tidak memakai tali pinggang keledar, perkara ini lebih penting bagi anak-anak kecil.

6. Baju anak terlalu tebal

Untuk perjalanan yang jauh di dalam kereta berhawa dingin, ibu bapa biasanya memakaikan jaket untuk anak-anak kekal hangat sepanjang perjalanan. Namun, jaket yang tebal mengakibatkan ada ruang antara badan dan tali pinggang car seat anak, berpotensi menyebabkan anak tidak kemas ‘dikunci’ di dalam car seat. Sebaiknya, pakaikan dahulu tali pinggang car seat kepada badan anak anda dengan hanya pakaian nipis, kemudian, barulah pakaikan jaket atau selimut di atas tali pinggang tersebut.

7. Meletakkan car seat di tempat duduk hadapan (sebelah pemandu)

Car seat yang diletakkan di hadapan mungkin memudahkan tugas ibu bapa yang terpaksa berseorangan memandu kereta bersama anak kecil. Anak-anak juga mungkin lebih gembira kerana dapat melihat jalanraya. Namun, ini berupaya membahayakan anak-anak jika berlaku kemalangan. Kebanyakan kereta moden dilengkapi beg udara di bahagian hadapannya. Jika berlaku kemalangan, beg udara ini akan mengembung dengan kadar halaju yang tinggi mengakibatkan momentum yang kuat kepada anak, berkemungkinan mencederakan atau berpotensi menjadikan anak lemas.
(kereta moden yg ada airbag juga dilengkapi dengan sistem lock air bag, jadi takde masalah rasanya kalau nak letak sebelah pemandu. Buat rear facing then jangan lupa utk lock air bag tu)

Kesimpulannya, menggunakan car seat adalah cara yang paling selamat untuk membawa anak anda di dalam kereta, dengan syarat ianya digunakan dengan cara yang betul dan cermat.

29 October 2016

My Precious Rizq II ~ Pregnancy Journey

Alhamdulillah.
Akhirnya doa kami dimakbulkan Allah.
Selepas disahkan pregnant (selepas dapat + UPT, terus ke klinik Dr Tasha untuk buat Beta HCG test), maka bermula lah journey sebagai ibu mengandung.

Kenangan 1st trimester
Minggu 1 hingga minggu ke 12.
Saya teruskan check up di klinik Dr Tasha. Memang takde register di KK pun. 
Reason?
Saja lah. Malas pulak nak pergi KK yang ramai ramai tu. Lagipun dah check dgn Dr Tasha, bakpe lagi nak gi klinik kan.
Lepas tu acap kali pi jumpa doc, sure dapat gambar scan.
Hihi.
Seronok sangat. Kan?
Orang TTC apatah lagi keseronokkannya. Dapat tgk gambar "dot" tu pun dah cukup seronok dah. Lps tu kalau scan, dapat dengar jantung baby swosh..swosh..swosh.. suka sgt.
Masa minggu ke 11 kalau tak silap, pergi buat Nuchal Scan di FMGC. Boleh google apakah mendanya nuchal scan ni.
Ingat lagi masa scan ni, doktor situ cakap "cantik baby ni".
Syukur Alhamdulillah... :)

Dan saya memang takde morning sickness.
Langsung takde. Saya sihat bertenaga je. Hihi. No mc yap.
Tapi. Tapi. Tapi.
Saya dilanda ketidak laluan makan. Esp nasi.
Jangan tunjuk nasi ke saya. Mintak ampun memang tak lalu.
Selalu nya bila balik rumah, beli nasik bungkus n share dengan asben.
So, saya takde kenangan morning sickness. Hihi.
Maka, week 1 hingga week 12 berjalan lancar.

2nd trimester
Minggu 13 hingga minggu ke 28
Minggu 13 saya pergi Langkawi.
Hihi.
Boleh tgk entry Langkawi - [sini]
Memang sengaja tak letak gmbar yg nampak clear. Hiihi. Masa tu takde nampak sangat baby bump pun. Tapi, nampak lah sesket.
Gi sana memang ada sedikit risau. Tapi, Doc Tasha kata takpe. Teruskan je makan Duphaston (memang makan duphaston sedari awal pregnant).
Lama giler dalam kereta. Dari KL ke Kuala Perlis. Tido satu malam kat K.Perlis. Pastu naik feri plak ke Langkawi. Fuh...
2nd trimester pun berjalan lancar. Alhamdulillah.
Minggu ke 17. Bulan Januari.
Kenduri kawen anak saudara.
Minggu ke 18.
Makan mitbol kat Ikea Cheras wif Dee n Fiza.
1st time datang n makan sini.
Dekat amat ngan opis.
Masa ni da masuk 5 bulan.
Tetiap minggu makan mitbol Ikea. Huhu.
Minggu 22.  Februari.
Majlis bertunang anak buah di Sabak Bernam
Minggu 23.
Saja pergi majlis kat Hosp Tuanku Azizah.
Ada Ady Putra.

Hari Kraf Kebangsaan. Hujung Februari.
Bersama bff _ Juwita.

Minggu 21. Awal Februari.
Kursus protokol di Bangi.

Minggu ke 26 saya ke Melaka. Bersama emak n family abang. Ala ala percutian family jugak tapi tak berapa nak famili la sbb bukan semua ada.
Pun,saya buat entry Melaka ni, saya tak letak gmbr saya. Hihi.
Cerita Melaka - [sini]
Minggu ke28 saya pulun membeli barangan baby kat Baby Expo Mid Valley. Memang boleh katakan semua menda yg harga mahai sket beli kat sana. Macam breast pump (Autumnz Serene Double Pump), stroller (Hauck) dan bermacam lagi lah. Duduk kat Expo tu dari jam 10.00 pagi sampai lah ke pukul 4ptg. Siap ambik cuti semata mata nak pergi situ.




Untuk check up bulanan saya teruskan di UKMSC (under PPUKM)
Trus jumpa specialist senang.
And saya buat detail scan masa minggu ke 28. Juga di PPUKM.
Dalam seronok buat detail scan, berdebar juga rasa. Ye lah sonographer tu tunjuk semua part kan. Siap dia kira jari tangan, jari kaki apa semua.
Dekat nak sejam scan. Best.
Dapat gambar banyakkk... dapat cd...

Baby Rizq tutup muka. Hihi.


3rd trimester.
Minggu 29 hingga minggu 38.
Final trimester.
Agak busy di office. Tetiba ada pekeliling baru JPA. Aduyai.
Tapi, saya ada assistant yg boleh diharap. Dia juga menanggung kerja masa saya cuti bersalin. So, no worries. Hihi.
Minggu ke 32 saya buat photoshoot di Titiwangsa.
Alah.. saja lah kan. Orang TTC ni kan memacam impian nya. Udah lah impian tu terlaksana pada tahun ke7. Jadi, mari lah kita berphotoshoot. 


3 jam duk kat ttwangsa. Peluh tiak bagai dah. Dah la masa tu jerebu.
Panas lah sangat. Tapi hasilnya memuaskan. Sangat.
Dah siap di photobook pun kan. Huhu.
Photobook sy design sendiri.

Oh. Kami amik photographer kat sini [jmr].
Puas hati bekerja dengan dia. Dia pun ada bawa prop apa semua.
Sapa nak buat maternity photoshoot buleh lah contact en jmr kita ni :)

Dan pada minggu ke38, Alhamdulillah.
Lahirlah Rizq Iskandar. 
1.6.16 jam 9.26pagi.
Elective Ceaser.
3.04kg.
UKMSC.

Next entry cerita penuh pengalaman bersalin pula.
See ya!

25 October 2016

#rezekiuntukrizq : Thank U, ankel, anty

Sebagaimana namanya, memang murah rezeki btol dakrizq nih.
Tapi, semua baby pun memang murah rezekinya. Kan?

Rizq = Rizki = Rezeki.

Oleh kerana lahir pada musim raya, makanya memang ramai lah yg datang melawat sambil beraya.
Dan Alhamdulillah, memang rezeki rizq, saban hari ada je hadiah, duit yg diterima.
Terima kasih sedara mara ibu, kawan2 ibu ayah yang bagi hadiah n duit kat Rizq.
Ada yg pos, ada yg kirim, ada yg datang terus.

Okeh.
Kat FB dah letak semua ni.
Tapi, as a token of appreciation, meh mak rizq buh kat sini.
Untuk kenang kenangan kita bersama.
Antara gift2 yg kaptenrizq dapat.
Adiah 1st. UKMSC bagi. Hihi.
Hospital tempat bersalin.
Hadiah pertama sampai.
Siap diposkan.
Dari auntie Marliza.
Tenkiu auntie.
Puas pakai rompers. Umur 3,6 and 9 month.

Beg dari auntie Siti Rohaya.
Kawan mak kat cawangan Penang.
Dia kirim pada orang yg datang HQ.
Tenkiu auntie :)

Ni mak sedara kite kasik.
Tenkiu makde Norlida.
Rizq suka sangat topi gi kobun tu. Hihi.
From auntie Mya. Kawan blogger mak.
Yang skrg dah jadi jiran kat KSU.
Hihi.
Untuk mak pun ada. Shawl.
Tq auntie :)
Kawan porem mak.
Auntie Dee n Auntie Hana.
Auntie Hana bagi nursing cover utk mak.
Set baju dari kawan opis mak n ayah.
Mak suka amik gambar cemni sbb mak kata cute!
Adik2 se-dept mak.
Masa derang datang kapten tidooo je. Hihi.
Thank u auntie Nad.
Baju ni pun kaptenrizq suka pakai gi jalan2. Hihi.
Auntie Monaliza. Bagi baju n duet raya juga.
Thank u auntie.

Auntie Syera. Dia kata dia tak dpt jengok mak n
kapten masa baru lahir. So, dia bagi adiah.
Tenkiu.

Ni dari secret admire. Hihi.
Sbb uncle ni tak bagi siarkan nama dia.
Bila lah kapten bley pakai kasut adibas ni,
eh! adidas lah. Ori tauuu.. Hihi.
Tenkiu ankel.
Oh, yang ni pun antara terawal yang kapten dapat.
Thank u auntie Zatul yg jauh di Batu Pahat.


Ada lagi yg mak tak ambik gambar.
Thank u. Thank u. Thank u.
Moga Allah terus murahkan rezeki makcik makcik dan pakcik pakcik semua :)

Nanti mak nak buka akaun Yippie untuk kaptenRizq. Lepas tu nak buka Tabung Haji n SSPN juga.
Simpan, nanti boleh pergi umrah dengan ibu n ayah :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign