Pages

29 October 2016

My Precious Rizq II ~ Pregnancy Journey

Alhamdulillah.
Akhirnya doa kami dimakbulkan Allah.
Selepas disahkan pregnant (selepas dapat + UPT, terus ke klinik Dr Tasha untuk buat Beta HCG test), maka bermula lah journey sebagai ibu mengandung.

Kenangan 1st trimester
Minggu 1 hingga minggu ke 12.
Saya teruskan check up di klinik Dr Tasha. Memang takde register di KK pun. 
Reason?
Saja lah. Malas pulak nak pergi KK yang ramai ramai tu. Lagipun dah check dgn Dr Tasha, bakpe lagi nak gi klinik kan.
Lepas tu acap kali pi jumpa doc, sure dapat gambar scan.
Hihi.
Seronok sangat. Kan?
Orang TTC apatah lagi keseronokkannya. Dapat tgk gambar "dot" tu pun dah cukup seronok dah. Lps tu kalau scan, dapat dengar jantung baby swosh..swosh..swosh.. suka sgt.
Masa minggu ke 11 kalau tak silap, pergi buat Nuchal Scan di FMGC. Boleh google apakah mendanya nuchal scan ni.
Ingat lagi masa scan ni, doktor situ cakap "cantik baby ni".
Syukur Alhamdulillah... :)

Dan saya memang takde morning sickness.
Langsung takde. Saya sihat bertenaga je. Hihi. No mc yap.
Tapi. Tapi. Tapi.
Saya dilanda ketidak laluan makan. Esp nasi.
Jangan tunjuk nasi ke saya. Mintak ampun memang tak lalu.
Selalu nya bila balik rumah, beli nasik bungkus n share dengan asben.
So, saya takde kenangan morning sickness. Hihi.
Maka, week 1 hingga week 12 berjalan lancar.

2nd trimester
Minggu 13 hingga minggu ke 28
Minggu 13 saya pergi Langkawi.
Hihi.
Boleh tgk entry Langkawi - [sini]
Memang sengaja tak letak gmbar yg nampak clear. Hiihi. Masa tu takde nampak sangat baby bump pun. Tapi, nampak lah sesket.
Gi sana memang ada sedikit risau. Tapi, Doc Tasha kata takpe. Teruskan je makan Duphaston (memang makan duphaston sedari awal pregnant).
Lama giler dalam kereta. Dari KL ke Kuala Perlis. Tido satu malam kat K.Perlis. Pastu naik feri plak ke Langkawi. Fuh...
2nd trimester pun berjalan lancar. Alhamdulillah.
Minggu ke 17. Bulan Januari.
Kenduri kawen anak saudara.
Minggu ke 18.
Makan mitbol kat Ikea Cheras wif Dee n Fiza.
1st time datang n makan sini.
Dekat amat ngan opis.
Masa ni da masuk 5 bulan.
Tetiap minggu makan mitbol Ikea. Huhu.
Minggu 22.  Februari.
Majlis bertunang anak buah di Sabak Bernam
Minggu 23.
Saja pergi majlis kat Hosp Tuanku Azizah.
Ada Ady Putra.

Hari Kraf Kebangsaan. Hujung Februari.
Bersama bff _ Juwita.

Minggu 21. Awal Februari.
Kursus protokol di Bangi.

Minggu ke 26 saya ke Melaka. Bersama emak n family abang. Ala ala percutian family jugak tapi tak berapa nak famili la sbb bukan semua ada.
Pun,saya buat entry Melaka ni, saya tak letak gmbr saya. Hihi.
Cerita Melaka - [sini]
Minggu ke28 saya pulun membeli barangan baby kat Baby Expo Mid Valley. Memang boleh katakan semua menda yg harga mahai sket beli kat sana. Macam breast pump (Autumnz Serene Double Pump), stroller (Hauck) dan bermacam lagi lah. Duduk kat Expo tu dari jam 10.00 pagi sampai lah ke pukul 4ptg. Siap ambik cuti semata mata nak pergi situ.




Untuk check up bulanan saya teruskan di UKMSC (under PPUKM)
Trus jumpa specialist senang.
And saya buat detail scan masa minggu ke 28. Juga di PPUKM.
Dalam seronok buat detail scan, berdebar juga rasa. Ye lah sonographer tu tunjuk semua part kan. Siap dia kira jari tangan, jari kaki apa semua.
Dekat nak sejam scan. Best.
Dapat gambar banyakkk... dapat cd...

Baby Rizq tutup muka. Hihi.


3rd trimester.
Minggu 29 hingga minggu 38.
Final trimester.
Agak busy di office. Tetiba ada pekeliling baru JPA. Aduyai.
Tapi, saya ada assistant yg boleh diharap. Dia juga menanggung kerja masa saya cuti bersalin. So, no worries. Hihi.
Minggu ke 32 saya buat photoshoot di Titiwangsa.
Alah.. saja lah kan. Orang TTC ni kan memacam impian nya. Udah lah impian tu terlaksana pada tahun ke7. Jadi, mari lah kita berphotoshoot. 


3 jam duk kat ttwangsa. Peluh tiak bagai dah. Dah la masa tu jerebu.
Panas lah sangat. Tapi hasilnya memuaskan. Sangat.
Dah siap di photobook pun kan. Huhu.
Photobook sy design sendiri.

Oh. Kami amik photographer kat sini [jmr].
Puas hati bekerja dengan dia. Dia pun ada bawa prop apa semua.
Sapa nak buat maternity photoshoot buleh lah contact en jmr kita ni :)

Dan pada minggu ke38, Alhamdulillah.
Lahirlah Rizq Iskandar. 
1.6.16 jam 9.26pagi.
Elective Ceaser.
3.04kg.
UKMSC.

Next entry cerita penuh pengalaman bersalin pula.
See ya!

28 October 2016

Saya Setuju!

Kihkihkih.
Tetiba terus saya setuju.
Dah kenapa?
Semalam dah share kat FB.
Hari ni nak share kat blog plak.
Sbb rasa setuju sangat.

Sila baca artikel ini.
Hihi.
Kelakar tau bila baca.


Aje nye iyer pun.

Ramai nau share citer gi sana gi sini dengan beberapa ringgit sahaja.
Pegi Maldives dalam 2ratus pun ada kalau tak silap.
Hehe.

Mungkin ada yg betul dapat harga camtu.
Tapi, memang bukan mudah lah.
Dengan dapat tiket harga singgit setengah gak nya. Yang kena bersengkang mata tgh2 malam nak rebut harga murah tu.
Pastu kena usung segala makanan.


Kalau aku, memang aku surrender awal2 lah.

Takpe lah, kau pergi lah Zimbabwe tu dengan bajet seratus tu.


Sebenarnya percutian ni, tak kira lah dalam ke, luar negara ke, yang peri penting adalah keselesaan kita. Mungkin pada setgh orang - cara dia buat - dgn dapat murah tu - dia selesa. Tapi, mungkin tidak pada kita.

Jadi, tak perlu kita teruja sangat lah.

Tapi, ini tidak bermakna aku jenis pergi travel mewah.
Boleh tgk setiap entry travel aku. Jenis sederhana. Tidak mewah, tidak terlalu bajet smpai usung satu beg penuh makanan.
Kami pun kalau ke luar negara tu, takde lah asyik nak makan je. Being me yg tak kesah bab makan, makan sekali sehari pun takpe. Selain dari tu, alas perut pun okay. Makan choc energy bar tu, makan buah etc etc.
Macam kat Perth - kami gi restoran masakan Msia - sekali sehari - selebihnya makan roti, makan buah.
Macam kat Hongkong - pun pergi restoran Halal sekali - selebihnya makan roti (ha, roti ni mmg bawak dari Msia. Hehe)

Tentang hotel pulak - memang agak berkira sebenarnya. Kalau boleh memang nak dok hotel. Tapi hotel tak semestinya yg 5 bintang segala. At least ada bilik air sendiri. Macam kat hongkong tu, nak solat pun atas katil. Tidak untuk share bilik air (dah kena masa sewa Msian Hall Perth - dan mmg takmo dah la repeat gitu - susah..susah).

Sekarang dah ada anak. Tak tahu lah cemna. Yang pasti bajet harus bertambah. Kalau dia dah makan tak tahu la kena usung apa pulak kan. Tapi, utk waktu terdekat ni takde lah nak pergi jauh2. Kita try yg dekat2 je dulu.

Bak kata penulis tu :
Aku balik Sabak Bernam pun pergi balik minyak dah capai RM100! Tapi kau ke Burkina Faso hanya berbekalkan RM250? Sila meninggal!!

Haha.

p/s : Lama dah tak travel. Memang hati ni melonjak2 nak pergi. Tapi, utk permulaan kita kena try n error dulu. Dan untuk kali pertama, 5hb ni nak bawak kaptenrizq pergi hotel. Heharap okay lah kapten sorang tu. Kalau lulus then boleh pergi jauh sket dan boleh riki tiket dah. Haha.

26 October 2016

Pelantikan ke Perlantikan

Pagi tadi ada ofismate call tanya "pelantikan ke perlantikan?"
Ha.
Ingatkan my dept ada buat silap kat surat ke apa.
Dia kata takde.. saja nak tanya.
Nak buat surat.
Ohh.
Ok ok.
Rasa macam PELANTIKAN.
Tapi, tak sure. Kena google.
Jadi, jumpa yang ni.
Boleh jadi reference ni.

SATU lagi permasalahan yang timbul dalam kalangan pengguna bahasa ialah perlantikan atau pelantikan? Ada kalanya masyarakat menulisnya sebagai pelantikan, dan ada kalanya juga masyarakat terbiasa dengan perlantikan. Mana satu yang betul?

Bukan itu saja. Bagaimanakah pula dengan perletakan atau peletakan? Untuk pengetahuan pencinta bahasa sekalian, banyak perkataan yang kata dasarnya bermula dengan huruf ‘l’ mengalami masalah yang serupa apabila diimbuhkan. Lihat juga perkataan-perkataan seperti laksana, lucut, libat, dan lihat.

Untuk menentukan imbuhan yang sepatutnya digunakan dalam perkataan-perkataan yang tersebut, maka pengguna harus mengikut rumus yang telah ditetapkan. 

Untuk perkataan-perkataan seperti lantik, laksana, letak, dan lucut, pada asalnya dalam bahasa Melayu, perkataan-perkataan tersebut diambil daripada imbuhan meN. 

Contohnya, perkataan lantik diambil daripada perkataan ‘melantik’, dan bukannya ‘berlantik’, dan dalam bahasa Melayu, memang tiada perkataan ‘berlantik’. Oleh itu, jika perkataan tersebut diambil daripada melantik, maka akan menjadi pelantikan. Oleh sebab tiada berlantik, maka tiadalah perlantikan.

Begitu jugalah dengan perkataan laksana. Oleh sebab tiada ‘berlaksana’ dalam bahasa Melayu, maka tiadalah perlaksanaan. Yang ada ialah melaksanakan, dan apabila ditukarkan, maka jadilah pelaksanaan.

Daripada rumus yang diguna pakai dalam sistem bahasa, maka perkataan yang sepatutnya wujud ialah pelucutan bagi perkataan lucut, dan peletakan bagi perkataan letak. Hal ini demikian kerana tiada perkataan berlucut dan berletak dalam bahasa Melayu.

Bagi pengguna bahasa yang prihatin, sudah tentu tertanya-tanya tentang perkataan-perkataan seperti lihat dan libat. Sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat pengguna yang menggunakan perkataan penglihatan dan penglibatan bagi kata dasar lihat dan libat. Tidak menjadi kesalahan pun jika kita masih menggunakan perkataan-perkataan tersebut. 

Namun begitu, jika kita lihat dari segi rumusnya, maka perkataan-perkataan lihat dan libat itu diambil daripada melihat dan melibatkan, bukannya menglihat dan menglibatkan. 

Jika kita lihat daripada rumus yang dibincangkan, maka perkataan-perkataan tersebut sudah tentu sepatutnya ditulis sebagai pelihatan dan pelibatan kerana diambil daripada imbuhan meN. 

Untuk berlaku adil, maka pihak Dewan Bahasa dan Pustaka setelah menyedari perkara yang berkenaan, telah memasukkan perkataan-perkataan pelihatan dan pelibatan dalam entri perkataan lihat dan libat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Dalam hal ini, penulis ingin menyarankan kepada pengguna bahasa untuk mula menggunakan perkataan pelihatan dan pelibatan kerana rumusnya lebih tepat. Cuma, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka masih mengekalkan penggunaan perkataan penglihatan dan penglibatan kerana hal tersebut telah sebati dan mantap dalam kalangan pengguna bahasa.

Bagaimanakah pula dengan perkataan langgar? Perkataan ini boleh bertukar menjadi berlanggar dan juga melanggar. Maka, sudah tentu wujud perkataan pelanggaran dan perlanggaran kerana diambil daripada imbuhan ‘me’ dan ‘ber’. 

Jika kita merujuk entri perkataan langgar dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, maka kedua-dua perkataan memang wujud tetapi membawa makna yang berbeza. 

Perlanggaran membawa maksud perihal (kejadian) berlanggar antara kenderaan atau kenderaan dengan orang. Pelanggaran pula membawa maksud perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dan sebagainya) atau perihal menentang perbuatan atau tidak mematuhi peraturan dan sebagainya.

Tampak begitu rumit tetapi itulah uniknya bahasa Melayu. Ayuh, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa dengan memastikan penggunaan bahasa yang kita gunakan itu betul.

Alamak! Lama Tak Buka Emel

Alahai.
Maaf.. maaf.. maaf..
Sorry sesangat.
Sy lama tak buka emel [idaramli] tu.
My bad.
Padahal apa apa saya suruh emel kat situ kan.
Lagi sekali.. sorry tau.

Bila Fieza bagitahu kat komen semalam, baru lah buka emel.
Rupanya ramai yang feedback pada entry "berkaitan"
Okay. Okay.
Nanti saya reply / w.app eh.

Emel idaramli tu biasanya saya buka kat tab, tapi skrg lama nau dah tak buka tab.
Tu yang tak perasan emel masuk.
Okay pas ni sy janji sy buka emel tu hehari.
Utk blog ni sy masih guna emel cikstoberi.

Okay, apa apa emel je okay.
Esp rakan rakan TTC - yang nak tanya apa-apa, feel free to email me.
If nak tanya berkaitan treatment sy ke apa ke, email je.
Worries not :)
Nanti sy reply laju laju 




25 October 2016

#rezekiuntukrizq : Thank U, ankel, anty

Sebagaimana namanya, memang murah rezeki btol dakrizq nih.
Tapi, semua baby pun memang murah rezekinya. Kan?

Rizq = Rizki = Rezeki.

Oleh kerana lahir pada musim raya, makanya memang ramai lah yg datang melawat sambil beraya.
Dan Alhamdulillah, memang rezeki rizq, saban hari ada je hadiah, duit yg diterima.
Terima kasih sedara mara ibu, kawan2 ibu ayah yang bagi hadiah n duit kat Rizq.
Ada yg pos, ada yg kirim, ada yg datang terus.

Okeh.
Kat FB dah letak semua ni.
Tapi, as a token of appreciation, meh mak rizq buh kat sini.
Untuk kenang kenangan kita bersama.
Antara gift2 yg kaptenrizq dapat.
Adiah 1st. UKMSC bagi. Hihi.
Hospital tempat bersalin.
Hadiah pertama sampai.
Siap diposkan.
Dari auntie Marliza.
Tenkiu auntie.
Puas pakai rompers. Umur 3,6 and 9 month.

Beg dari auntie Siti Rohaya.
Kawan mak kat cawangan Penang.
Dia kirim pada orang yg datang HQ.
Tenkiu auntie :)

Ni mak sedara kite kasik.
Tenkiu makde Norlida.
Rizq suka sangat topi gi kobun tu. Hihi.
From auntie Mya. Kawan blogger mak.
Yang skrg dah jadi jiran kat KSU.
Hihi.
Untuk mak pun ada. Shawl.
Tq auntie :)
Kawan porem mak.
Auntie Dee n Auntie Hana.
Auntie Hana bagi nursing cover utk mak.
Set baju dari kawan opis mak n ayah.
Mak suka amik gambar cemni sbb mak kata cute!
Adik2 se-dept mak.
Masa derang datang kapten tidooo je. Hihi.
Thank u auntie Nad.
Baju ni pun kaptenrizq suka pakai gi jalan2. Hihi.
Auntie Monaliza. Bagi baju n duet raya juga.
Thank u auntie.

Auntie Syera. Dia kata dia tak dpt jengok mak n
kapten masa baru lahir. So, dia bagi adiah.
Tenkiu.

Ni dari secret admire. Hihi.
Sbb uncle ni tak bagi siarkan nama dia.
Bila lah kapten bley pakai kasut adibas ni,
eh! adidas lah. Ori tauuu.. Hihi.
Tenkiu ankel.
Oh, yang ni pun antara terawal yang kapten dapat.
Thank u auntie Zatul yg jauh di Batu Pahat.


Ada lagi yg mak tak ambik gambar.
Thank u. Thank u. Thank u.
Moga Allah terus murahkan rezeki makcik makcik dan pakcik pakcik semua :)

Nanti mak nak buka akaun Yippie untuk kaptenRizq. Lepas tu nak buka Tabung Haji n SSPN juga.
Simpan, nanti boleh pergi umrah dengan ibu n ayah :)

24 October 2016

Bajet 2017 : Apa Yang Berkaitan

Biasa tu..biasa..
Mesti ada tak puas hati.
Mesti ada yang kata "org keja gomen je yang untung"
Ye lah..ye lah..kami je lah untung. Kome tak untung.
Haha!

Lantak kome lah. Bak kata orang dalam FB tu - udah penjawat awam ni majikannya "kerajaan" makanya, harus lah berkaitan penjawat awam masuk dalam bajet kerajaan.
Ate... orang keja bank bank ke sykt2 GLC besau2 tu dapat bonus berbulan bulan tu, kome senyap je kan. Bila kami dapat imbuhan dan sedikit benefit ni, katanya kami je lah yg untung. 
Takpe lah. Aku malas nak komen bab ni.
Sbb aku mmg ramai berkawan dgn org kerja pvte and aku rasa aku paling "so so" je.

Banyak lagi dalam bajet tu yg ada kaitan dengan semua orang, tapi orang tetapppp akan pandang apa orang gomen ni dapat. Well....

Okeh. 
Mari kita tengok benefit PENJAWAT AWAM.
Cea. Saja di CAPSLOCK kan. Bagi orang makin "iri". Hihihi.
Come on la geng.. ce suci murni kan hati tu. 
Yang ni lah orang kata "semua benefit untuk penjawat awam je"


**Biasiswa untuk kumpulan pelaksana - sebelum ni gred 41 ke atas je ada HLP ni. Sekarang dah diperluaskan. So, ini adalah benefit sedia ada yg ditambah baik [yang aku pernah mohon, tapi tak dapat tu. Hihi]
**Cuti kuarantin - yang ni Alhamdulillah, ditambah baik sejurus aku bergelar ibu. Tapi, sapa nak mintak anak sakit jenis kena kuarantin tu kan. Yang ni kena tunggu pekeliling apa jenis penyakit tu. Takkan pasal cuti tanpa rekod 5 hari ni pun nak jaki ngan kami penjawat awam. Hish.
**Kemudahan pembelian komputer n smartphone - Ni pun dah lama ada. Cuma ditambahbaik dan diperluaskan untuk pembelian smartphone. Eh. Takyah jaki lah. Kome tu memasing ngan iphone 7,9,10 tu. Takde sangap sangat pun. Bukan dia bagi free. Hutang ni tahu?
**Pembiayaan motosikal sehingga RM10,000.00 - ini pun ditambah baik. Sebelum ni pun dah ada. Sebab harga motor pun dah mahal skrg ni. Jadi, dinaikkan lah. 
**Kelayakan pinjaman perumahan - yang ni ikut gaji. Memang lah betul dinaikkan. Tapi kalau beli rumah harga RM400,000.00 - kena bayar dalam 2k setiap bulan. Ko mampu? Aku memang tak mampu. Kang nak makan apa? So, senyap senyap sudah.
**Rumah PPA1M - Ini pun memang dah ada. Kalau korang bukan penjawat awam kan ada rumah PRIMA. Sama je lebih kurang. Ko ingat PPA1M ni senang nak dapat? Lagi satu kalau dah dapat tu, ko ingat prosedur dia mudah?. Heh! [aku tau lah sbb aku duk buat HR]
**Lanjutan COS n CFS - ini biasa nih. Tetiap tahun akan ada.
**Gred 58 untuk pegawai perubatan - ni baru. And takde kaitan pun dengan kami.
**Pelantikan kontrak graduan perubatan - ini pun takde kaitan dengan ai. 

Okeh. Tu yg berkaitan dengan ai as penjawat awam.
Selain dari tu, yang berkaitan dengan ai sebagai WANITA [dan juga IBU].
Ha. Yang ni kenapa orang tak kata "benefit untuk orang ada anak je...."


Memang tak sangka ada pelepasan cukai untuk peralatan penyusuan ni.
Disaat aku sedang berada dalam alam "BF" ni, keluar pula benefit ni dalam bajet.
Bagus lah. Kerajaan menggalakkan penyusuan ibu.
Mungkin ada ingat berapa lah sangat peralatan penyusuan ni kan.
Berapa sangat tu tak sangat lah, tapi tu hari ai beli pump dengan peralatan sterilizer, warmer semua tu, dalam 700 gak lah. Tapi, tak boleh claim lagi lah sbb beli tahun ni. Huhu. Takpe takpe.
Tahun depan kita invest freemie lak. Huhu.
Satu lagi yang berkaitan is pelepasan cukai untuk yang antar anak ke taska.
Yang ni ai tak dapat sbb ai antar kaptenrizq kat rumah orang je.

Hehe.
Takpe lah.
Oh. Lupa plak.


Hehe.
Yang ni ke jaki sangat tu?
Hehe.
Alhamdulillah. Rezeki.
Tu je nak cakap.

Okbai!

22 October 2016

Aidilfitri 2016 / 1347H

Mak tuannn... citer berbulan sudah.
Dah siap masuk tahun baru dah pun ni ha.
Hehehe.
Alah. Takpe lah kan. Bagi laluan lah.
Kena story gak sbb raya tahun ni memang lain dari yang lain.
Bukan je sbb ada #kaptenrizq, tapi sebab kami meraikannya di KL.

Meh citer meh.
Masa raya ni, ai masih dalam pantang.
Dengan hashtag #rayadalampantang.
35 hari berpantang masa tu.
Oleh kerana berpantang pun di KL.
Maka, beraya pun di KL lah.
For the 1st time ever beraya di KL.
Mak pun terpaksa lah beraya di KL.
For the 1st time ever juga, rumah kampung 'closed'.

Best tak raya KL?
Mula tu mak cam sedih je.
Ye lah biasa kat kampung kan cam meriah2.
Mak buat kuih lodeh, kuah kacang ngan rendang daging. Pastu myDH beli 2 batang lemang.
Settle.

Tapi, sangkaan meleset. Meriah juga raya kat KL ni apa.
Pagi lepas solat raya, mak n ayah mertua singgah dengan adik ipar.
Derang nak balik kampung Pahang jap.
So, singgah. Bawak ketupat palas dengan rendang.
Oh. Ai tgk saja lah ketupat palas feveret tu kan.

Simple je juadah hari raya tahun ni.

Lepas tu ada cousin call, depa nak datang beraya.
Cousin pun memang tak jauh rumahnya.
Jadi, sefamili derang datang.
Meriah la rumah.
Derang tahu mak ada, tu yg lagi nak datang nak jumpa mak sedara derang.
Lagi pulak nak tgk orang baru kan.
Lama juga depa lepak2.

Pastu petang, abang sepupu lagi sorang call juga.
Nak datang beraya.
Eh.
Berturut2 orang datang. Hihi.
Sampai la nak senja baru derang balik.

Raya ke2 lagi meriah.
Abg dari Johor datang.
Pastu sefamili mak sedara yg dok Pahang datang.
Tapi sebenar bukan dari Pahang pun, derang pun beraya kat sini.
Mak sedara tu pun dah tak sihat. Duk ngan anak dia kat sini juga.
Happening lah kan.
Rumah dah lah sekangkang "kucing", terus nampak penuh. Huhu.
Lama juga derang lepak2. Siap ambik gambar begitu begini.

Cousin.
Cousin. Cousin ipar. Kakak ipar.
Ni memasing pegang anak pulak.
Seronok sekali sekala berjumpa.
Alhamdulillah.

Itu bab sedara mara lah datang.
Kengkawan pun ramai juga datang nak melawat dak Rizq.
Bawak hadiah apa semua.
Itu citer lain lah. Entry khas nanti.
Ala.. byk lagi entry tertangguh ni.
Nak kena jot down juga memori kat sini.
Ada orang tak suka ke suka ke, nak kata aku ttcian lupa diri ke apa ke, tak kesah lah.
Eh... Penat lah acik nak pikir semua.
At least ada memori dalam ni.

kami #teamrayakl #teamjubahputih
Okay.
See ya!

21 October 2016

Beli Barang Di Shopee

Uols penah beli barang di shopee?
Ala, dia cam lazada apa semua tu gak.
Beza nya kita terus deal dgn seller.
Macam lazada tu, walau ada third party (seller), kita akan deal dgn Lazada secara direct.
Aku pun cam baru tahu shopee ni.
Saja tgk tgk.
Macam lagi murah barang dia dari Lazada.
So, try la beli satu barang ni.
Eh. 2 barang sebenarnya.
Tapi different seller lah dedua barang tu.
So, bayar.
Bayar pada shopee.

Tak lama lepas bayar dapat call.
Udah la sebut nama salah. Nama ai blkg nya "zila", bukan "zali" yer.
Nama se-simple itu pun orang selalu salah sebut yer.
Pelik sungguh lah. Belum lagi buh nama berbelit lidah beberapa harkat tu.
Tu sbb ku letak nama dak Rizq simple je. Tak kesah korang nak pronounce as Rizq, Rich (ha, ni best, doa tu bagi dia kaya. Hihi), atau pun Rizqi. 

Okay. Lps aku cakap "bukan..saya bukan nama tu", baru orang tu betulkan.
Dia bagitahu lah dia seller yg aku beli barang dari Shopee tu.
Ohhhh.. barang tu takde pulak.
Dah abis stok. Tapi dia tak sempat nak turunkan barang tu dari Shopee.
Dia kata boleh request untuk refund.
Tapi, dapat refund dalam masa 14 hari.
Hurm.
Last last aku kata carik je lah menda yg sama, harga yg sama, tapi brand lain.
Terpaksa. Padahal aku nak menda tu sbb corak dia je. Walhal kalau brand lain lagi murah kot.
Menyesal giler kejap.
Dah lah.
Leceh je.
Malas dah nak beli barang kat shopee tu.
Terus dgn Lazada je lah.
Yang selama ni takde bad record pun dengan aku.
Okay je semua sampai. Selalu cepat je sampai. Takpe lah mahal beberapa sen dari shopee tu.
Dari jadi camni lagi leceh.

Err. Apa aku beli sebenarnya.
Ni ha.


Haha.
Suka sbb corak dia comel. Biasa aku guna autumnz ja. Tapi nak try ni. Saja la gatai kan. Lepas tu padan muka. Tak dapat juga. Haha.
Menyesal 400x.
Matik la. Memang sindrom mak mak.
Dan entry masih berkaitan lagi.
Nak buat hashtag lagi tak?
Hahaha.

Oklah.
Bye!

18 October 2016

Bila Nak Cash Out

Puas pikir ni, nak buat entry apa selain dari melibatkan cerita #kaptenrizq tu. 
Huhu.
Akhirnya.
Ada satu citer.

Lama giler tak bukak nuffnang.
Sebab rasa macam kat opis ni tu ari tak boleh buka web nuffnang.
Bukan je web. Iklan menari nari kat atas n tepi blog pun tak nampak.
Jadi, memang tak amik kesah pun lah perihal nuffnang ni.
Lantak kamu situ.

Last cash out Februari 2014.
Mak oiii.. kemain lama.
Tgk balik earning history.
Dah 3x rupanya cash out.
Dan total 3x tu RM400++
Ai okay je. Rezeki juga tu walau orang lain RM400 tu sekali cash out sebulan sekali. Hihihi.
Ah lantak lah.
Ku menulis bukan kerana duit.
Kalau nak duit utk menulis, baik buat novel. Kan? Haha.
Tapi, bila menulis, lepas tu dapat duit, Alhamdulillah lah.
Ada takde, ratus ratus juga rupanya.

Lepas dah lama tak jenguk, rupanya dah bercambah juga lah earning dalam tu.
Boleh dah lah kalau nak cash out.
Lepas lah kalau nak beli car seat baru dak rizq. Car seat skrg dah sempit.. (tapi ibu kena tambah duit lagi lah. Haha).
Eh. Termasuk juga citer kapten tu.
Ampun. Ampun. Huhuhu.

Ok lah.
Tah pehapa kan.
Pusing2 ada citer baby gak.
Lelama memang kena kecam gak la ni dgn ahli TTC seluruh alam yg lain.
Kui kui kui.

Oh. Hari ni happy sbb nak dapat cooler bag baru.
Haha. Pitam la ada new addiction plak skrg ni.
Beli barang2 yg berkaitan EBM.
Plastik storage pun ai teruja nak beli tau.

Ehhhhh...
Ok lah ok lah.
Memang kena kecam ni.
Hashtag #ttcianlupadiri.
Hashtag #sukahatikaulah.

Kah kah kah..
Byeeeee....!!

12 October 2016

Imunisasi Wajib Dan Tambahan KaptenRizq

Disclaimer : 
Panggilan di FB utk Rizq adalah kaptenrizq.
Saja.

Sebab masa dia lahir tu tgh hot citer "sayangku kapten mukhriz"
So, mak selalu letak hashtag #sayangkukaptenrizq.
Terus lah lekat kaptenrizq. Hihi.


Yeah.
Orang lain dah tak pandang jadual jadual imunisasi ni kan.
Anak semua dah beso beso ye dok?
While me baru nak tempek2 mendalah ni kat blog.
Takpe lah.
Ai baru nak merasa sindrom mak mak.
Jadi, sila beri excuse seketika.



Kaptenrizq dah selesai imunisasi newborn, 1 bulan, 2 bulan dan 3 bulan.
Alhamdulillah.
Masa newborn ambik kat spital yg bersalin tu lah kan. Kat UKMSC.
Pastu vaksin 1 n 2 bulan kat KKIA.
Masa 2 bulan, kaptenrizq demam, maka kena anjakkan jadual imunisasi dia. Agak terlewat. Patut awal bulan, dah jadi tgh bulan.
So, masa 3 bulan pun dah jadi tgh bulan.
Tapi, masa 3 bulan kaptenrizq ambik vaksin kat UKMSC semula.
Sebab mak iyer malas nak gi KK dah.
Selain masa menunggu yg lama, mak malas nak meramaikan KK tu.
Uish. KK kan, mana pernah tak ramai.
Jadi, masa cucuk 2 bulan tu, mak terus cakap kat nurse mak nak tukar tempat utk ambik vaksin. Nurse pun tulis tulis kata nak tukar. Tapi, buku baby yg nipis tu dia simpan gak kt KK.
Mujur kat UKMSC takde nak guna buku baby nipis tu. Doktor tulis kat buku tebal tu terus n utk rujukan derang, derang masuk kan dalam sistem n fail terus.

Lagipun kalau check up n amik vaksin kat UKMSC ni, buleh terus jumpa specialist paed. Mudah lah nak tanya apa apa. Kalau KK tu, mmg ada jumpa doc jugak, tapi kena jumpa misi dulu. Kat sini senang, trus jumpa doc. Apa apa hal tanya je. Paed kaptenrizq adalah Assoc. Prof. Dr. Rahmah Rasat.

Check up 4 bulan Isnin lepas.
10hb 10.
Cantik date, kan? (oh happy birthday utk sahabat w.app saya - Aishah Cik Cha. Birthday dia 10.10.80)

Masa 4 bulan - takde imunisasi wajib.
Jadi, mak ambik imunisasi pneumococcal untuk kaptenrizq.
Sama macam imunisasi sebelum ni, cucuk kat peha.
Menjerit kejap je kaptenrizq. Pastu dah okay. Dah la sebelum tu dia tido. Pastu dah masuk bilik doktor, dengar kami cakap cakap ngan doktor, dia terjaga. Lepas jaga, doc check2, pastu kena inject. Hihi.
Alhamdulillah. 1 dose dah amik. Ada lagi 4 doses. Total cost termasuk consultation n GST untuk imunisasi ni RM300++
3 doses masa below 1 year. And above 1 year amik dose terakhir.
Selang 2 bulan setiap dose tu. Lepas ni masa 6 bulan plak.
Doc kata boleh cucuk sekali masa amik imunisasi wajib atau pun amik hari lain2.
Mak pikir2 kalau amik sekali masa imunisasi wajib, jimat tang consultation, tapi kesian plak kaptenrizq kena cucuk 2x. Kiri kanan.
Takpe lah. Nanti fikir.
6 bulan pun cucuk hepatitis ja. Tak la sekuat 3 serangkai tu kan. Lagipun, Alhamdulillah, kaptenrizq tak demam lps cucuk 'neumokokal' ni. Boleh kot amik sekali. Tapi kesian. Alah. Nanti kita tgk cemna.

Imunisasi 'neumokokal' ni memang tak wajib. Tapi mencegah lebih baik dari merawat, kan.
Tapi takde lah pula kita nak kata kalau dah ambik, 100% langsung tak boleh kena penyakit berkaitan tu. Dengan izin Allah juga, at least kita dah ada pelindung lah, kata orang tu.
Lagipun kaptenrizq duk rumah pengasuh yg ada jaga budak lain. Kalau kita antar anak kat pengasuh/daycare ni mmg digalakkan ambik lah vaksin ni. Kalau jaga sendiri tu takde hal sangat lah kan. Takde jumpa orang lain.


So, lepas ni imunisasi 5 bulan lak.
Tu ari doc dah tanya plan utk bagi baby makan sbb kaptenrizq dah dekat 6 bulan.
Mak kata, mak dah save dah resepi2 makanan baby.
Lps tu doc tanya nak prepare sendiri ke cemna makanan tu.
Mak kata nak prepare sendiri lah doc. Huhu
(dalam kereta ayah kaptenrizq pelik kenapa doc tanya nak prepare sendiri ke apa. Sbb dia kata makanan baby bukan buleh beli kat kedai mamak ke apa kan. Haha. Ye lah tu. Kalau tak prepare sendiri mungkin doc assume kita nak bagi cerelac ke nestum ke apa tu agaknya. Hehe. Ai 1st time mak, pulak tu dah bertahun2 tunggu, harus mak excited nak buat sendiri. Kan? Haha).

Selain "neumokokal" ni ada lain lagi vaksin pilihan.
Mak terpikir juga vaksin rotavirus. Tapi, mak terpikir juga apa yg fatwa cakap. Tapi, hari tu KKM dah buat disclaimer kata kandungan rotavirus takde guna yg tak halal. Tapi, mak dah was was pula. So, bila was was tak boleh lah kan.

kredit : here

Okay lah. Nanti kita citer2 lagi.
Tapi kalau citer pasal baby je kang, annoying pula rakan TTC yang lain sbb duk citer pasal anak je kan.
Nanti depa kata "heyy.. kau ni tak faham ke perasaan orang TTC lain, dulu kau annoy orang citer pasal anak je, skrg kau pulak buat.. kau ni mmg paku dulang paku serpih kan " Kihkihkih.
Ok ok.. nanti kita citer pasal ofis, pasal kasut, pasal shopping, pasal ayam (ayam?), pasal drama (walau tak tgk sgt sekarang sbb tido kan baby - eh, baby lagi.. memang annoyyyy sangat kauuu ni... takyah mengaku kau ex ttc lah cemni).
Eh. Drama Samudera Rindu kat TV9 tu best lah. Tgk sesekali gak. Best. Dynas jadi orang meroyan.

7 October 2016

My Precious Rizq

Wah. Macam tajuk novel gitew.
Dari mana ya mahu mulakan.
Hurmmm...
Agak kekok pula bila lama tk menulis ni. Hihi.
Tapi nak kena coretkan di sini juga.
Kenangan. Kan?

*gambar selingan*
Sebenarnya hari ni genap lah setahun gambar ni diambil.
7 Oktober 2015. Hari yang penuh bererti buat kami berdua :)

Okay lah.
My precious Rizq Iskandar (our precious actually. Hehe. Marah ayahnya kang) sememangnya precious from Allah.
Rizq (rezeki/kurniaan Allah), Iskandar (Nama seorang raja).
Simple je kami pilih nama Rizq ni. Dapat tahu je pregnant boy - terus carik nama. Ibu nya nak nama Rizq. Mula nak letak Rizqullah. Tapi cam panjang dan nak sebut pun cam alahai susah juga. So, pendekkan jadi Rizq. Tapi Rizq apa. Nak kesinabungan je bermula huruf I - ayahnya cari cari, dia kata Iskandar. Bila gabung Rizq Iskandar. Wah.. gabungan yg sedap. So, terus letak. Rizq Iskandar. (dan 2 hari lepas Rizq lahir, Hanis Zalikha bersalin dan nama anaknya Yusuf Iskandar. Haha. Naseb Rizq lahir dulu, takde la nampak ngikut nama anak retis khennn... kihkihkih).

Kun fa ya kun.
Sebenarnya tahun 2015 kami tkde pun plan utk TTC secara serious (well, pernah ke pun serius? Asyik la delayed, pastu lari senyap2 kan. Haha)
Ingat tahun 2015 ni pulun nk g jalan ja. Nak gi Disneyland Jepun nun, pastu ada berangan nak g Amsterdam.
Awal 2015, Januari dimulakan dgn pergi Sarawak.
Tp lps tu tkde plan nk beli tiket flight ke mana2 since mak suruh daftar umrah. Kami daftar pd bulan Januari utk pergi pada bln April 2015.

Lps tu balik umrah, jalani kehidupan seperti biasa. Mcm putus asa juga nak TTC sbb rasa dah berhabis habisan berdoa kt Tanah Suci. Mana tmpt mustajab doa semua dah pergi. Tapi takde apa pun...
Tapi sebenarnya, Allah dah rancangkan yang terbaik utk hambaNya. Kita ni je kadang tu cpt sgt putus asa. Bukan boleh doa doa, pastu 2,3 ari nahhh... doa dimakbulkan. 

Bulan Mei (tak lama pun lps balik umrah), Yani ajak join seminar. Ada kaitan dgn ttc katanya. Ingat lagi masa tu tgh ada sesi intebiu. Mmg kalau intebiu ni mana masa nak tgk pc ke buat maybank2u ke apa sbb intebiu abis kdg smpai kul 7pm. Jadi, Yani lah yang bayarkan dulu fees utk seminar tu. RM100 per couple kalau tak silap. Yang membuatkan kami suami isteri nak pergi sbb tempat seminar tu hanya di hotel yg sebelah opis. Ate, senang beno la kan.

Masa seminar  dpt la beberapa brochure dan kad diskaun rawatan. Salah satunya rawatan infertility bersama Doc Natasha (salah seorang speaker masa seminar) di KL Fertility Centre. Mulanya ku pandang sepi je. Hinggalah satu hari tergerak hati nak call sbb diskaun  valid smpai Sept je. Why not give a try, kan? No harm pun. Lagi pun free je utk 1st meeting with Dr Natasha. Itu pun setelah didesak beberapa kali oleh beberapa org sahabat. Salah seorang nya rakan yang dikenali ketika menunaikan umrah (dia juga usaha nak conceive anak ke2 slps beberapa kali keguguran, dan Alhamdulillah dia bersalin bln 3 tahun 2016, while me bulan Jun 2016).

Mudah sgt appmt di KL Fert ni, tak seperti klinik2 lain. 1st time sampai, memula tu mmg rasa tak mampu ni nk buat rawatan kt sini. Yelah, majority chinese couple ja, and semua pun speaking. Melayu mmg boleh dibilang dgn jari. Keadaan klinik pun cam ado ado gitu kan. Tapi, serious, kami selesa. Sgt selesa. All nurses pun sgt la baik apatah lagi Dr Natasha itself.

Ding dong ding dong, we decided utk truskan treatment di situ (berkenaan treatment ni, boleh PM tepi kalau nak tahu..hihi. Ye lah emel je lah). Sbb kalau citer kt sini jd berjela plak kang. Ni pun dah cukup panjang.

Nampaknya kena ada My Precious Rizq part II la ye. Kita citer kesah2 pregnant dan melahirkan pula.

Oleh itu, pada kengkawan dan sahabat yg masih TTC, jgn putus asa. Doa senjata utama org mukmin. Doa dan terus berdoa. Minta sesungguh sungguhnya. Luangkan masa solat dhuha. InsyaAllah, pasti ada rezeki.
One more thing, kena perbetulkan niat juga. Tnya diri kita,  kenapa kita nak ada anak?
Lepas tu..bersihkan hati..bersihkan hati..bersihkan hati.. sangka baik lah dengan orang. Baik di alam sosial mahu pun alam realiti. 

Okay lah. Takat ni dulu lah, apa apa hal PM tepi okay. Malas nak buka ruangan komen utk citer2 camni. Hihi.

See ya!

4 October 2016

Dah Masuk Kerja

Fuh..fuh..fuh.
Tiup habuk kat keyboard (meja takde habuk sbb cleaner lap agaknya kan).
Tapi, kat kabinet, kat printer, kat talipon pun penuh habuk.
4 bulan beb...
4 bulan tinggal kan workstation ni.
For the 1st time ever sepanjang 12 tahun perkhidmatan.

Start cuti tu ari 28 Mei.
Masuk balik 4 Okt.
3 bulan bergaji penuh.
Sebulan tanpa gaji.


Masuk je semua tegur "eh..kekda.. kurusnya", "eh Ida..kecik nya"
Huhu.
Tatau nak sedih ke cemna.

Memang dapat berat badan zaman dedulu kekdahnya.
2,3 ari lepas timbang dah jadi 41.2kg.
Esuk esuk kita cerita lagi.
Dah nak kena jadi superman supermom nih.

Ok.
Nak kemas kemas.
Nak duk depan punch kad.
Nak punch kad tepat kul 5pm.

Kah.Kah.Kah.
Sindrom mak mak sangat oi.


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign