Pages

Showing posts with label sindrom mak mak. Show all posts
Showing posts with label sindrom mak mak. Show all posts

2 August 2017

Mommy Outfit

Tetiba rasa comot bebeno skrg ni.
Tetiba macam sempoi bebeno asyik mengenakan nursing blouse.
Badan pun dah slim slim ni, mari lah kita try carik fashion best best.

So, I need revamp!
Eceh!
Sebelum revamp meh kita carik idea.
Senang je nak carik idea.

Gi jengok kat pinterest.
Melambak lah keluar.




Cantik.
Jaket tu takyah la.
Tak sesuai dgn iklim kita ni.
Hehe.
Kemeja putih mmg my (and my husband) favourite.


Berkenan kasut tu.
Henbeg pun lawa.


Kasut cantik.


Kemeja jeans. Cantik.


Berangan itu percuma.
Bertuah lah nak dpt look camni kan.
Haha.

Aku selalu fikir, tops jeans tak boleh nak pair 
dgn pants yg jeans jugak.
Tapi ni okay ja.
Baik. Kita cuba.

Seluar merah.
Ai is not berani nak pakai seluar merah lagi.
Hihi.

Kemeja jeans, seluar jeans.
Smart je kan.
Santai camni.
Okay. Tick yang ni.

Cewah.
Again.
Berangan itu percuma.
Hewhew


Yang ni simple.
Tapi takmo jeans ripped tu.

Smart.
Smart.
Smart.
Tunggu. Tak lama lagi boleh pakai camni.
Ke nak buat photoshoot lagi. Ngeee.


17 November 2016

Check Up Rizq 5 Bulan

Lately ni susah sket nak update blog secara kerap.
Busy. 
Tapi takpe. Nak jot down juga beberapa memory.
Check up 5 bulan.
Please excuse lah sindrom mak_mak_baru_jadi_mak ni yer. Check up pun nak buat entry.
15hb November.
Dak Rizq dah masuk 5 bulan 15 hari actually.
Dia mmg terlewat amik vaksin sebab masa 2 bulan tu dah injak date since dia demam masa tu. Jadi, terus la injak injak smpai sekarang.

Amik vaksin di UKMSC. Tempat check up mak masa pregnant dulu gak.
Tah. Dah selesa kat situ.
Sampai 2 bulan je check up n inject kat KK.
Lepas tu tak kuasa. Orang ramai. Dah la KK situ kat bawahnya pasar dan juga UTC. Boleh bayang lah hazabnya nak parking. Ingat dulu masa kaptenrizq kena jaundice. Bulan puasa. Kebetulan pula tapak bazar ramadhan keliling bangunan tu, makanya parking jadi terhad. Memang la payah (T___T). Tak buleh nak ingat lah. Rasa cam ... aiyoo..why kena datang sini? why? why? memang tak selesa. 
Pulak tu kan KKIA ni mmg sekali ngan KK - rasa mcm fragile sgt sbb terdedah ngan orang yg batuk demam selsema kat situ.
Kat UKMSC ni, mmg takde la orang datang situ nak amik ubat batuk demam. Sbb dah nama pun specialist - sure lah yg jenis sakit2 yg kena jumpa pakar je kan. Lepas tu orang tak ramai. Mak pun tak rungsing sbb ayah nya akan turunkan kat lobi. 
Mak nak tempat selesa ja. Tak serabut otak. Parking kt sini, kalau pagi pun susah juga, tapi boleh la selit2. Yang penting takde bau pasar! Dan toilet UKMSC bersih. Toilet KK tu... ish. Toksah citer lah. Tapi, takde lah mak berpatah arang ngan KK tu. If kena pergi pun, pegi je. But not for regularly lah. 

Doktor dah tanya preparation nak bagi dak Rizq makan bulan depan.
Hihi.
Doktor tak tahu, mak dah teruja nih.
[Ni mana babycook mak order tak sampai2 lagi ni. Lazada niiii.... ]
Siap mak tanya doktor, kalau bagi sebelum 6 bulan ni boleh tak?
Doktor kata, takpe..bagi je 6 bulan nanti. Biar dia minum susu dulu.
Mak tanya gak boleh dak bawak dak Rizq gi swimming pool. Tu lah, semua menda dah ready tapi tak try lagi bawak ke kolam. Doktor kata takut dia pool tu tak berapa bersih je lah. Takpe. Kita try kejap je nanti weekend ni okay. Kalau tak hujan 

Oh. Berat dak Rizq tak berapa cantik. Naik sket je dari bulan lepas.
Orang kalau tgk dak Rizq, orang kata beso. Acik acik yg tgk dia kat umah nenek asuh dia pun selalu tegur, tak macam baby 5 bulan. Tapi bila timbang - ringan.
Mak pun kompius weh. Memang dia cam tegap n bertubuh sket. Sbb tu nampak 'berat' gaknya. Alhamdulillah lah, berkat bf secara exklusif. Cuma tu lah, mungkin juga mak nya kurang makan - tu yg dia berat naik slowly je. 
Takpe lah nak. Takkan nak obes obes sangat. Kat grup FB tu mmg ramai je tunjuk anak deme sado sado. Yang baya2 dak Rizq pun ramai dah 8kg. Yg lahir ringan dari Rizq pun semua dah potong berat Rizq tang korner. Dulu masa kena jaundice kat HKL, dak Rizq la antara baby yg berat kat wad tu. Masa mandi ramai2 tu, tgk seme orang pegang baby haluih ja. Sekarang, tertinggal jauh di belakang. 

Inject - Alhamdulillah tak demam.
Nanges hek hek hek sket je. Pastu bawak keluar, bagi susu.
Dah la nursing room dia takde sofa plak. Deme nak renovate gamaknya. Biasa ada sofa, kipas semua. Kali ni bilik tu kosong. Heh!
Naseb mak pakai baju selamba selak. Hihi.

Next month - inject 6 bulan n 2nd dose pneumococcal. Mak tak tahu nak amik sekali gus atau asing2. Bulan depan macam byk nak cuti. Tu lah tu.
Takpe. Kita tgk cemna. Sian plak dia kena cucuk 2x kan.

10 November 2016

Tukar Car Seat

Nak cari car seat baru.
Nak cari car seat baru.
Hehe.
Poyos lah si mak kapten ni kan. Haha.
Ehem. Excuse me. Ini adalah entry sindrom mak mak. Ehem.

Tu ari kami beli car seat utk kaptenrizq yg newborn punya.
Sebenarnya mendalah tu can be as car seat, carrier and buh kat stroller jugak.
Banyak function lah kiranya.
Masa tu mmg beli yang pakej stroller n car seat. Cam gini.

kapten punya kaler black tu.
Travel system namanya. 
Stroller dia tak boleh nak facing kita.
So, ini lah kegunaan carrier / car seat tu. Boleh letak kat stroller. And nati dia facing lah kita. Sesuai utk newborn. Dia akan jadi gini.
Konon masa tu tak pe lah, kita buat car seat, pastu nak jalan2 angkat car seat tu, letak kat stroller.

Iyo lah sangattt.
Cam kuasa pulak kan. Nak cabut, lepas jadi car seat buh kat stroller pulak. Ini pun ayah dia peluh2 nak pasang memula tu. Haha. Jenuh tgk diagram kat manual. 
Jadinya, stroller guna je yg biasa tu. 
Car seat tu, terus jadi car seat.
And sekarang, kapten hampir tak muat dah dok dalam tu.
Tak boleh nak guna buckle dah.

Kena lah carik lain. Kiterang tu ari, mmg aim akan carik lain lepas kapten dah tak muat. So, yg tu simpan utk adik kapten boleh bagi orang. Huhu. Baru guna 3,4 bulan je kot. Masih elok lagi jangka hayatnya.



Kapten tak kesah bila masukkan dalam car seat. Nyengih je dia. Dia lagi suka kot sbb dia lagi senang nak tgk ibu dia.
But kalo dia nak nyusu or tido, dia rengsa la sket. 
Angkat dulu then masukkan balik. Masa balik kampung1st time umo dia 2 bulan lebih, lama dia tido dalam tu.
Kita lak risau2 takut dia lenguh ke apa tido duduk camtu.
Tapi dia okay je :D

Last week. Gi Melaka.
Nanti mak kapten buat entry pasal
gi Melaka ni okay.

Sekarang kena beli car seat baru utk kapten.

Tgh riki2. Dulu ms pregnant riki2 yang siap dengan isofix [what is isofix]. Masa kat expo baby mmg byk depa promote car seat yg ada isofix ni. Tapi kalau dah isofix mmg kami anak beranak je lah dalam kereta sbb mmg dah fix. Sapa rajin nak bukak2 menda camtu. Lagi tak kuasa. Tapi isofix ni senang sbb takyah pakai seatbelt utk lock dia. 

Selain tu kena tgk juga harness dia cemna, berapa level recline etc etc. Sbb kami selalu balik kg, and menda2 camni kena ambik kira supaya kapten leh selesa duk dlm tu.

Suka yang ni.Graco Size4Me 65 Harris
Smart nampak nya. Tp quite bulky. Takde isofix. Guna seatbelt.
Best sbb ada buckle kat dada tu.



Tp Zutto ni pun cam best. Jarang dgr. Made in Japan.

Boleh pakai sampai 7thn.
Tgk lah cemna. Hujung2 tahun ni byk tempat yg ada diskaun. Tu yang best.



Ni ada sedikit info yang bagus utk car seat. Sharing is caring.
Kredit : Cozy Baby

7 Kesalahan Biasa Menggunakan Car Seat{0}

Setiap ibu bapa pasti mengutamakan keselamatan anak-anak. Dalam realiti dunia moden zaman ini, ibu bapa mempunyai pelbagai urusan yang memerlukan ibu bapa menggunakan kereta dan kerap kali perlu membawa anak bersama. Antara pilihan yang bijak adalah ibu bapa menggunakan kerusi bayi atau ‘car seat’. Namun, ramai yang kerap kali melakukan kesilapan ini dalam menggunakan ‘car seat‘:

1. Menggunakan car seat yang usang

Ramai yang terlalu berkira untuk membeli ‘car seat‘ yang berkualiti. Tidak dinafikan, harga ‘car seat‘ baru yang berkualiti agak mahal. Jadi, ramai ibu bapa yang sekadar membeli car seat terpakai yang sudah agak usang. Namun, tanpa disedari, tindakan ini membahayakan keselamatan anak anda. Jenama-jenama car seat berkualiti biasanya mempunyai jangka hayat sekitar 7-9 tahun. Namun, anda digalakkan menukar car seat seawal jangka hayatnya 5 tahun lagi. Car seat yang usang biasanya lebih rapuh dan tali pinggang keselamatannya juga sudah tidak kuat. Jangan gadaikan keselamatan anak anda dengan wang ringgit!
(takpe lah beli yg mahal sket sbb berbaloi pun.. bukan pakai setahun 2 kan)

2. Tidak ‘mengunci’ car seat pada kerusi kereta

Setiap car seat biasanya mempunyai sistem keselamatan yang membolehkannya dikunci dengan kemas kepada kerusi dalam kenderaan. Namun, ada segelintir ibu bapa yang sekadar meletakkan car seat tanpa menguncinya. Tindakan ini membahayakan keselamatan anak andai kereta hilang kawalan atau berhenti secara mengejut, inersia car seat tersebut akan mengakibatkan car seat dan anak kita turut terpelanting daripada kereta.
(apatah lagi men-terbalik-kan car seat tu. Suppose letak kat kaki, jadi kat kepala, yang kepala pulak jadi kaki. Eh. Kisah benar ni. Ada orang pernah buat camni. Terus menggelusur baby tu ke bawah. Baby 2 bulan. Nyaris la takde apa. Udah la emak nya letakkan dalam posisi forward facing)

3. Pemilihan posisi car seat yang tidak sesuai

Ramai ibu bapa suka untuk meletakkan anak menghadap ke hadapan (front facing). Mungkin dengan cara ini, anak-anak dapat melihat ke arah jalan dan lebih terhibur dan memudahkan ibu bapa. Namun, tindakan ini berupaya mengakibatkan kecederaan (malah kematian) jika kemalangan berlaku. Leher bayi dan anak kecil adalah lembut dan kepala mereka jua lebih besar berbanding dewasa. Impak yang kuat akan berpotensi menyebabkan leher mereka patah jika mereka duduk menghadap ke hadapan. Anda digalakkan meletakkan car seat ke belakang (rear facing).
(utk baby letak lah rear facing. Dia bukan nak tgk luar sgt pun. Dia lagi suka tgk muka mak nya. Kalo letak forward facing kita pun tak susah nak agah2 dia)

4. Pemilihan saiz car seat yang tidak sesuai

Baca dan fahami arahan yang dikeluarkan oleh pengeluar car seat anda. Biasanya ada disisipkan di dalam bungkusan atau dilekatkan di car seat. Setiap car seat mempunyai tempoh umur yang bersesuaian yang dicadangkan. Pastikan anak anda menggunakan car seat yang sesuai dengan umur mereka. Car seat bayi (bawah 2 tahun) adalah berbeza dengan anak kecil (2-8 tahun) yang seterusnya berbeza dengan ‘booster car seats‘ yang sesuai untuk anak-anak berumur 8 tahun ke atas.

5. Tali pinggang car seat yang longgar

Sentiasa cermat untuk memastikan tali pinggang car seat dipasang kemas ke badan anak anda sebelum memulakan perjalanan. Sepertimana orang dewasa terdedah kepada bahaya jika tidak memakai tali pinggang keledar, perkara ini lebih penting bagi anak-anak kecil.

6. Baju anak terlalu tebal

Untuk perjalanan yang jauh di dalam kereta berhawa dingin, ibu bapa biasanya memakaikan jaket untuk anak-anak kekal hangat sepanjang perjalanan. Namun, jaket yang tebal mengakibatkan ada ruang antara badan dan tali pinggang car seat anak, berpotensi menyebabkan anak tidak kemas ‘dikunci’ di dalam car seat. Sebaiknya, pakaikan dahulu tali pinggang car seat kepada badan anak anda dengan hanya pakaian nipis, kemudian, barulah pakaikan jaket atau selimut di atas tali pinggang tersebut.

7. Meletakkan car seat di tempat duduk hadapan (sebelah pemandu)

Car seat yang diletakkan di hadapan mungkin memudahkan tugas ibu bapa yang terpaksa berseorangan memandu kereta bersama anak kecil. Anak-anak juga mungkin lebih gembira kerana dapat melihat jalanraya. Namun, ini berupaya membahayakan anak-anak jika berlaku kemalangan. Kebanyakan kereta moden dilengkapi beg udara di bahagian hadapannya. Jika berlaku kemalangan, beg udara ini akan mengembung dengan kadar halaju yang tinggi mengakibatkan momentum yang kuat kepada anak, berkemungkinan mencederakan atau berpotensi menjadikan anak lemas.
(kereta moden yg ada airbag juga dilengkapi dengan sistem lock air bag, jadi takde masalah rasanya kalau nak letak sebelah pemandu. Buat rear facing then jangan lupa utk lock air bag tu)

Kesimpulannya, menggunakan car seat adalah cara yang paling selamat untuk membawa anak anda di dalam kereta, dengan syarat ianya digunakan dengan cara yang betul dan cermat.

21 October 2016

Beli Barang Di Shopee

Uols penah beli barang di shopee?
Ala, dia cam lazada apa semua tu gak.
Beza nya kita terus deal dgn seller.
Macam lazada tu, walau ada third party (seller), kita akan deal dgn Lazada secara direct.
Aku pun cam baru tahu shopee ni.
Saja tgk tgk.
Macam lagi murah barang dia dari Lazada.
So, try la beli satu barang ni.
Eh. 2 barang sebenarnya.
Tapi different seller lah dedua barang tu.
So, bayar.
Bayar pada shopee.

Tak lama lepas bayar dapat call.
Udah la sebut nama salah. Nama ai blkg nya "zila", bukan "zali" yer.
Nama se-simple itu pun orang selalu salah sebut yer.
Pelik sungguh lah. Belum lagi buh nama berbelit lidah beberapa harkat tu.
Tu sbb ku letak nama dak Rizq simple je. Tak kesah korang nak pronounce as Rizq, Rich (ha, ni best, doa tu bagi dia kaya. Hihi), atau pun Rizqi. 

Okay. Lps aku cakap "bukan..saya bukan nama tu", baru orang tu betulkan.
Dia bagitahu lah dia seller yg aku beli barang dari Shopee tu.
Ohhhh.. barang tu takde pulak.
Dah abis stok. Tapi dia tak sempat nak turunkan barang tu dari Shopee.
Dia kata boleh request untuk refund.
Tapi, dapat refund dalam masa 14 hari.
Hurm.
Last last aku kata carik je lah menda yg sama, harga yg sama, tapi brand lain.
Terpaksa. Padahal aku nak menda tu sbb corak dia je. Walhal kalau brand lain lagi murah kot.
Menyesal giler kejap.
Dah lah.
Leceh je.
Malas dah nak beli barang kat shopee tu.
Terus dgn Lazada je lah.
Yang selama ni takde bad record pun dengan aku.
Okay je semua sampai. Selalu cepat je sampai. Takpe lah mahal beberapa sen dari shopee tu.
Dari jadi camni lagi leceh.

Err. Apa aku beli sebenarnya.
Ni ha.


Haha.
Suka sbb corak dia comel. Biasa aku guna autumnz ja. Tapi nak try ni. Saja la gatai kan. Lepas tu padan muka. Tak dapat juga. Haha.
Menyesal 400x.
Matik la. Memang sindrom mak mak.
Dan entry masih berkaitan lagi.
Nak buat hashtag lagi tak?
Hahaha.

Oklah.
Bye!

12 October 2016

Imunisasi Wajib Dan Tambahan KaptenRizq

Disclaimer : 
Panggilan di FB utk Rizq adalah kaptenrizq.
Saja.

Sebab masa dia lahir tu tgh hot citer "sayangku kapten mukhriz"
So, mak selalu letak hashtag #sayangkukaptenrizq.
Terus lah lekat kaptenrizq. Hihi.


Yeah.
Orang lain dah tak pandang jadual jadual imunisasi ni kan.
Anak semua dah beso beso ye dok?
While me baru nak tempek2 mendalah ni kat blog.
Takpe lah.
Ai baru nak merasa sindrom mak mak.
Jadi, sila beri excuse seketika.



Kaptenrizq dah selesai imunisasi newborn, 1 bulan, 2 bulan dan 3 bulan.
Alhamdulillah.
Masa newborn ambik kat spital yg bersalin tu lah kan. Kat UKMSC.
Pastu vaksin 1 n 2 bulan kat KKIA.
Masa 2 bulan, kaptenrizq demam, maka kena anjakkan jadual imunisasi dia. Agak terlewat. Patut awal bulan, dah jadi tgh bulan.
So, masa 3 bulan pun dah jadi tgh bulan.
Tapi, masa 3 bulan kaptenrizq ambik vaksin kat UKMSC semula.
Sebab mak iyer malas nak gi KK dah.
Selain masa menunggu yg lama, mak malas nak meramaikan KK tu.
Uish. KK kan, mana pernah tak ramai.
Jadi, masa cucuk 2 bulan tu, mak terus cakap kat nurse mak nak tukar tempat utk ambik vaksin. Nurse pun tulis tulis kata nak tukar. Tapi, buku baby yg nipis tu dia simpan gak kt KK.
Mujur kat UKMSC takde nak guna buku baby nipis tu. Doktor tulis kat buku tebal tu terus n utk rujukan derang, derang masuk kan dalam sistem n fail terus.

Lagipun kalau check up n amik vaksin kat UKMSC ni, buleh terus jumpa specialist paed. Mudah lah nak tanya apa apa. Kalau KK tu, mmg ada jumpa doc jugak, tapi kena jumpa misi dulu. Kat sini senang, trus jumpa doc. Apa apa hal tanya je. Paed kaptenrizq adalah Assoc. Prof. Dr. Rahmah Rasat.

Check up 4 bulan Isnin lepas.
10hb 10.
Cantik date, kan? (oh happy birthday utk sahabat w.app saya - Aishah Cik Cha. Birthday dia 10.10.80)

Masa 4 bulan - takde imunisasi wajib.
Jadi, mak ambik imunisasi pneumococcal untuk kaptenrizq.
Sama macam imunisasi sebelum ni, cucuk kat peha.
Menjerit kejap je kaptenrizq. Pastu dah okay. Dah la sebelum tu dia tido. Pastu dah masuk bilik doktor, dengar kami cakap cakap ngan doktor, dia terjaga. Lepas jaga, doc check2, pastu kena inject. Hihi.
Alhamdulillah. 1 dose dah amik. Ada lagi 4 doses. Total cost termasuk consultation n GST untuk imunisasi ni RM300++
3 doses masa below 1 year. And above 1 year amik dose terakhir.
Selang 2 bulan setiap dose tu. Lepas ni masa 6 bulan plak.
Doc kata boleh cucuk sekali masa amik imunisasi wajib atau pun amik hari lain2.
Mak pikir2 kalau amik sekali masa imunisasi wajib, jimat tang consultation, tapi kesian plak kaptenrizq kena cucuk 2x. Kiri kanan.
Takpe lah. Nanti fikir.
6 bulan pun cucuk hepatitis ja. Tak la sekuat 3 serangkai tu kan. Lagipun, Alhamdulillah, kaptenrizq tak demam lps cucuk 'neumokokal' ni. Boleh kot amik sekali. Tapi kesian. Alah. Nanti kita tgk cemna.

Imunisasi 'neumokokal' ni memang tak wajib. Tapi mencegah lebih baik dari merawat, kan.
Tapi takde lah pula kita nak kata kalau dah ambik, 100% langsung tak boleh kena penyakit berkaitan tu. Dengan izin Allah juga, at least kita dah ada pelindung lah, kata orang tu.
Lagipun kaptenrizq duk rumah pengasuh yg ada jaga budak lain. Kalau kita antar anak kat pengasuh/daycare ni mmg digalakkan ambik lah vaksin ni. Kalau jaga sendiri tu takde hal sangat lah kan. Takde jumpa orang lain.


So, lepas ni imunisasi 5 bulan lak.
Tu ari doc dah tanya plan utk bagi baby makan sbb kaptenrizq dah dekat 6 bulan.
Mak kata, mak dah save dah resepi2 makanan baby.
Lps tu doc tanya nak prepare sendiri ke cemna makanan tu.
Mak kata nak prepare sendiri lah doc. Huhu
(dalam kereta ayah kaptenrizq pelik kenapa doc tanya nak prepare sendiri ke apa. Sbb dia kata makanan baby bukan buleh beli kat kedai mamak ke apa kan. Haha. Ye lah tu. Kalau tak prepare sendiri mungkin doc assume kita nak bagi cerelac ke nestum ke apa tu agaknya. Hehe. Ai 1st time mak, pulak tu dah bertahun2 tunggu, harus mak excited nak buat sendiri. Kan? Haha).

Selain "neumokokal" ni ada lain lagi vaksin pilihan.
Mak terpikir juga vaksin rotavirus. Tapi, mak terpikir juga apa yg fatwa cakap. Tapi, hari tu KKM dah buat disclaimer kata kandungan rotavirus takde guna yg tak halal. Tapi, mak dah was was pula. So, bila was was tak boleh lah kan.

kredit : here

Okay lah. Nanti kita citer2 lagi.
Tapi kalau citer pasal baby je kang, annoying pula rakan TTC yang lain sbb duk citer pasal anak je kan.
Nanti depa kata "heyy.. kau ni tak faham ke perasaan orang TTC lain, dulu kau annoy orang citer pasal anak je, skrg kau pulak buat.. kau ni mmg paku dulang paku serpih kan " Kihkihkih.
Ok ok.. nanti kita citer pasal ofis, pasal kasut, pasal shopping, pasal ayam (ayam?), pasal drama (walau tak tgk sgt sekarang sbb tido kan baby - eh, baby lagi.. memang annoyyyy sangat kauuu ni... takyah mengaku kau ex ttc lah cemni).
Eh. Drama Samudera Rindu kat TV9 tu best lah. Tgk sesekali gak. Best. Dynas jadi orang meroyan.

4 October 2016

Dah Masuk Kerja

Fuh..fuh..fuh.
Tiup habuk kat keyboard (meja takde habuk sbb cleaner lap agaknya kan).
Tapi, kat kabinet, kat printer, kat talipon pun penuh habuk.
4 bulan beb...
4 bulan tinggal kan workstation ni.
For the 1st time ever sepanjang 12 tahun perkhidmatan.

Start cuti tu ari 28 Mei.
Masuk balik 4 Okt.
3 bulan bergaji penuh.
Sebulan tanpa gaji.


Masuk je semua tegur "eh..kekda.. kurusnya", "eh Ida..kecik nya"
Huhu.
Tatau nak sedih ke cemna.

Memang dapat berat badan zaman dedulu kekdahnya.
2,3 ari lepas timbang dah jadi 41.2kg.
Esuk esuk kita cerita lagi.
Dah nak kena jadi superman supermom nih.

Ok.
Nak kemas kemas.
Nak duk depan punch kad.
Nak punch kad tepat kul 5pm.

Kah.Kah.Kah.
Sindrom mak mak sangat oi.


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign