Pages

24 October 2016

Bajet 2017 : Apa Yang Berkaitan

Biasa tu..biasa..
Mesti ada tak puas hati.
Mesti ada yang kata "org keja gomen je yang untung"
Ye lah..ye lah..kami je lah untung. Kome tak untung.
Haha!

Lantak kome lah. Bak kata orang dalam FB tu - udah penjawat awam ni majikannya "kerajaan" makanya, harus lah berkaitan penjawat awam masuk dalam bajet kerajaan.
Ate... orang keja bank bank ke sykt2 GLC besau2 tu dapat bonus berbulan bulan tu, kome senyap je kan. Bila kami dapat imbuhan dan sedikit benefit ni, katanya kami je lah yg untung. 
Takpe lah. Aku malas nak komen bab ni.
Sbb aku mmg ramai berkawan dgn org kerja pvte and aku rasa aku paling "so so" je.

Banyak lagi dalam bajet tu yg ada kaitan dengan semua orang, tapi orang tetapppp akan pandang apa orang gomen ni dapat. Well....

Okeh. 
Mari kita tengok benefit PENJAWAT AWAM.
Cea. Saja di CAPSLOCK kan. Bagi orang makin "iri". Hihihi.
Come on la geng.. ce suci murni kan hati tu. 
Yang ni lah orang kata "semua benefit untuk penjawat awam je"


**Biasiswa untuk kumpulan pelaksana - sebelum ni gred 41 ke atas je ada HLP ni. Sekarang dah diperluaskan. So, ini adalah benefit sedia ada yg ditambah baik [yang aku pernah mohon, tapi tak dapat tu. Hihi]
**Cuti kuarantin - yang ni Alhamdulillah, ditambah baik sejurus aku bergelar ibu. Tapi, sapa nak mintak anak sakit jenis kena kuarantin tu kan. Yang ni kena tunggu pekeliling apa jenis penyakit tu. Takkan pasal cuti tanpa rekod 5 hari ni pun nak jaki ngan kami penjawat awam. Hish.
**Kemudahan pembelian komputer n smartphone - Ni pun dah lama ada. Cuma ditambahbaik dan diperluaskan untuk pembelian smartphone. Eh. Takyah jaki lah. Kome tu memasing ngan iphone 7,9,10 tu. Takde sangap sangat pun. Bukan dia bagi free. Hutang ni tahu?
**Pembiayaan motosikal sehingga RM10,000.00 - ini pun ditambah baik. Sebelum ni pun dah ada. Sebab harga motor pun dah mahal skrg ni. Jadi, dinaikkan lah. 
**Kelayakan pinjaman perumahan - yang ni ikut gaji. Memang lah betul dinaikkan. Tapi kalau beli rumah harga RM400,000.00 - kena bayar dalam 2k setiap bulan. Ko mampu? Aku memang tak mampu. Kang nak makan apa? So, senyap senyap sudah.
**Rumah PPA1M - Ini pun memang dah ada. Kalau korang bukan penjawat awam kan ada rumah PRIMA. Sama je lebih kurang. Ko ingat PPA1M ni senang nak dapat? Lagi satu kalau dah dapat tu, ko ingat prosedur dia mudah?. Heh! [aku tau lah sbb aku duk buat HR]
**Lanjutan COS n CFS - ini biasa nih. Tetiap tahun akan ada.
**Gred 58 untuk pegawai perubatan - ni baru. And takde kaitan pun dengan kami.
**Pelantikan kontrak graduan perubatan - ini pun takde kaitan dengan ai. 

Okeh. Tu yg berkaitan dengan ai as penjawat awam.
Selain dari tu, yang berkaitan dengan ai sebagai WANITA [dan juga IBU].
Ha. Yang ni kenapa orang tak kata "benefit untuk orang ada anak je...."


Memang tak sangka ada pelepasan cukai untuk peralatan penyusuan ni.
Disaat aku sedang berada dalam alam "BF" ni, keluar pula benefit ni dalam bajet.
Bagus lah. Kerajaan menggalakkan penyusuan ibu.
Mungkin ada ingat berapa lah sangat peralatan penyusuan ni kan.
Berapa sangat tu tak sangat lah, tapi tu hari ai beli pump dengan peralatan sterilizer, warmer semua tu, dalam 700 gak lah. Tapi, tak boleh claim lagi lah sbb beli tahun ni. Huhu. Takpe takpe.
Tahun depan kita invest freemie lak. Huhu.
Satu lagi yang berkaitan is pelepasan cukai untuk yang antar anak ke taska.
Yang ni ai tak dapat sbb ai antar kaptenrizq kat rumah orang je.

Hehe.
Takpe lah.
Oh. Lupa plak.


Hehe.
Yang ni ke jaki sangat tu?
Hehe.
Alhamdulillah. Rezeki.
Tu je nak cakap.

Okbai!

3 juta komen

nak komen tapi takde kene mengena dengan entry..
maklong plis besaukan sikit font.. juling baca..
ai is rabun teruk =(

Saya paling suka bab CTR anak kena sakit berjangkit tu laaaa kak....sebab sekarang kan rata2 anak dihantar ke nursery, dan kadar nak kena penyakit berjangkit tu agak tinggi. Walaupun diikutkan 5 hari tu tak cukup biasanya untuk penyakit berjangkit (normally longer than 5 days), tapi at least ada laaa penambahbaikan kali ni.....(sebab sekarang anak saya tengah kena HFMD....)

So antara penyakit yg saya rasa tergolong dlm kategori tersebut adalah:

HFMD
Chicken pox
Kayap (ada anak kawan umur 7 tahun yang kena)
Scabies/kudis buta

tah, kita tak paham per pun kekDa.
dpt kita tumpang untung, tak dpt kita diam2 jer sudeh! hehe...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign