Pages

7 October 2016

My Precious Rizq

Wah. Macam tajuk novel gitew.
Dari mana ya mahu mulakan.
Hurmmm...
Agak kekok pula bila lama tk menulis ni. Hihi.
Tapi nak kena coretkan di sini juga.
Kenangan. Kan?

*gambar selingan*
Sebenarnya hari ni genap lah setahun gambar ni diambil.
7 Oktober 2015. Hari yang penuh bererti buat kami berdua :)

Okay lah.
My precious Rizq Iskandar (our precious actually. Hehe. Marah ayahnya kang) sememangnya precious from Allah.
Rizq (rezeki/kurniaan Allah), Iskandar (Nama seorang raja).
Simple je kami pilih nama Rizq ni. Dapat tahu je pregnant boy - terus carik nama. Ibu nya nak nama Rizq. Mula nak letak Rizqullah. Tapi cam panjang dan nak sebut pun cam alahai susah juga. So, pendekkan jadi Rizq. Tapi Rizq apa. Nak kesinabungan je bermula huruf I - ayahnya cari cari, dia kata Iskandar. Bila gabung Rizq Iskandar. Wah.. gabungan yg sedap. So, terus letak. Rizq Iskandar. (dan 2 hari lepas Rizq lahir, Hanis Zalikha bersalin dan nama anaknya Yusuf Iskandar. Haha. Naseb Rizq lahir dulu, takde la nampak ngikut nama anak retis khennn... kihkihkih).

Kun fa ya kun.
Sebenarnya tahun 2015 kami tkde pun plan utk TTC secara serious (well, pernah ke pun serius? Asyik la delayed, pastu lari senyap2 kan. Haha)
Ingat tahun 2015 ni pulun nk g jalan ja. Nak gi Disneyland Jepun nun, pastu ada berangan nak g Amsterdam.
Awal 2015, Januari dimulakan dgn pergi Sarawak.
Tp lps tu tkde plan nk beli tiket flight ke mana2 since mak suruh daftar umrah. Kami daftar pd bulan Januari utk pergi pada bln April 2015.

Lps tu balik umrah, jalani kehidupan seperti biasa. Mcm putus asa juga nak TTC sbb rasa dah berhabis habisan berdoa kt Tanah Suci. Mana tmpt mustajab doa semua dah pergi. Tapi takde apa pun...
Tapi sebenarnya, Allah dah rancangkan yang terbaik utk hambaNya. Kita ni je kadang tu cpt sgt putus asa. Bukan boleh doa doa, pastu 2,3 ari nahhh... doa dimakbulkan. 

Bulan Mei (tak lama pun lps balik umrah), Yani ajak join seminar. Ada kaitan dgn ttc katanya. Ingat lagi masa tu tgh ada sesi intebiu. Mmg kalau intebiu ni mana masa nak tgk pc ke buat maybank2u ke apa sbb intebiu abis kdg smpai kul 7pm. Jadi, Yani lah yang bayarkan dulu fees utk seminar tu. RM100 per couple kalau tak silap. Yang membuatkan kami suami isteri nak pergi sbb tempat seminar tu hanya di hotel yg sebelah opis. Ate, senang beno la kan.

Masa seminar  dpt la beberapa brochure dan kad diskaun rawatan. Salah satunya rawatan infertility bersama Doc Natasha (salah seorang speaker masa seminar) di KL Fertility Centre. Mulanya ku pandang sepi je. Hinggalah satu hari tergerak hati nak call sbb diskaun  valid smpai Sept je. Why not give a try, kan? No harm pun. Lagi pun free je utk 1st meeting with Dr Natasha. Itu pun setelah didesak beberapa kali oleh beberapa org sahabat. Salah seorang nya rakan yang dikenali ketika menunaikan umrah (dia juga usaha nak conceive anak ke2 slps beberapa kali keguguran, dan Alhamdulillah dia bersalin bln 3 tahun 2016, while me bulan Jun 2016).

Mudah sgt appmt di KL Fert ni, tak seperti klinik2 lain. 1st time sampai, memula tu mmg rasa tak mampu ni nk buat rawatan kt sini. Yelah, majority chinese couple ja, and semua pun speaking. Melayu mmg boleh dibilang dgn jari. Keadaan klinik pun cam ado ado gitu kan. Tapi, serious, kami selesa. Sgt selesa. All nurses pun sgt la baik apatah lagi Dr Natasha itself.

Ding dong ding dong, we decided utk truskan treatment di situ (berkenaan treatment ni, boleh PM tepi kalau nak tahu..hihi. Ye lah emel je lah). Sbb kalau citer kt sini jd berjela plak kang. Ni pun dah cukup panjang.

Nampaknya kena ada My Precious Rizq part II la ye. Kita citer kesah2 pregnant dan melahirkan pula.

Oleh itu, pada kengkawan dan sahabat yg masih TTC, jgn putus asa. Doa senjata utama org mukmin. Doa dan terus berdoa. Minta sesungguh sungguhnya. Luangkan masa solat dhuha. InsyaAllah, pasti ada rezeki.
One more thing, kena perbetulkan niat juga. Tnya diri kita,  kenapa kita nak ada anak?
Lepas tu..bersihkan hati..bersihkan hati..bersihkan hati.. sangka baik lah dengan orang. Baik di alam sosial mahu pun alam realiti. 

Okay lah. Takat ni dulu lah, apa apa hal PM tepi okay. Malas nak buka ruangan komen utk citer2 camni. Hihi.

See ya!

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign