Pages

15 February 2016

Aktiviti Cuti 4 Hari

Phew... mmg syorga rasanya bila cuti free yang panjang ni duduk rest kat rumah je.
Korang yg balik kg ke atau gi memana time cuti ni, biasa la jammed tu kan. As expected harus la jammed and berjam jam korang atas jalan raya.
Takyah la bebel2 kat FB. Hehe.
Redha dan redah je le.
Aku dulu pun camtu. Masa jaman muda muda dah rasa camtu dah.
KL - Ipoh 7 jam masa cuti CNY ni mmg adat la. Sbb arah nak ke utara sana mmg packed sedari tol Duta tu lagi. Now, aku tak tahu lah berapa jam pulak sbb kereta makin byk kan. 
Lama dah aku tak keluar waktu CNY ni utk long distance travel. Tak sanggup lah weh. Rasanya lps kahwin, sekali je aku blk kg time CNY. Selebihnya mmg kami sebulat suara nak duduk rest kat umah je. Heaven woih.

So, buat apa 4 hari cuti.
Kita JJCM lah.
#jjcmpuanstoberi

Hari Sabtu (6hb).
Mmg dari hari Jumaat tu dah ckp ngan myDH nak makan nasi mmanggey. Ha. Betul ya. Bukan nasi vanggey. Mmg nasi mmanggey. Agaknya sbb memanggey (memanggil) utk dimakan. Dekat Sg Buluh sanun. Ala, sapa tgk JJCM bulan Januari tu ari mesti tahu lah. Kedai nya nama Warung Kita kat Kampung Melayu Sg Buluh.
Keistimewaannya ada air nyiur baldi.
Time orang tgh bersesak sesak kat highway kami gi JJCM ke sana. Stuck juga dkt MRR2 yg kat Kepong tu. Sbb jalan sempit org buat DUKE. Oh. Kat situ pun ada DUKE juga ya. Ingat ada MRT tu je tgh buat.
Smpai kedai dalam kul 1pm.
Senang je carik kedai ni. Nampak je banner dia dari jauh. Dpt parking kat area dalam kedai. Orang pun tak ramai nau. Kan dah kata semua tgh bersesak kat highway. Hehe.

Ini gambar kat FB mereka.

Ini yang kami makan pada hari tersebut.
Sbb orang tak ramai, jadi dapat cepat je makanan.
Dia takde order2 ni. Kena beratur utk ambik nasik n beratur utk ambik air.
Aku siap tanya kat myDH "orang yg isi nasik tu masam ke muka dia?"
Haha.
Abis, aku bc kat FB page kedai ni, orang komen kata staff yg isi nasik tu muka masam.
Apa la.. itu pun nak komplen. Bukan kita nak makan sebelah orang tu pun. Ye lah, mmg lah kena bermanis muka sket, tapi menda2 camtu.. alah, lantak pi kan lah. Agaknya orang yg komen tu pergi masa lps kedai ni masuk JJCM. Harus lah orang bertali arus. Ce pergi sekarang ni, dah okay dah pun.
Kami amik nasi mmanggey, air aku amik ABC Oreo. MyDH amik coconut shake. Tanya kenapa tak ambik air kelapa baldi tu. Entah, taknak plak dia. 
Nasi biasa lah. Yang sedap kuah and sambal dia. Nasik dgn ayam goreng. Tiada timun mahupun any sayur lain. Mmg itu lah semata pun. Better kalau dia letak sehiris dua timun. 
Coconut shake aku tak berapa gemar sbb kuat rasa susu. Aku mmg kurang gemar minuman yg rasa susu kuat nih. Ke sbb dia pakai susu tepung jadi rasa susu tu kuat nau. Tapi, okay lah. Boleh la.
ABC oreo, okay lah. Cam biasa lah ABC tu.
Boleh lah sekali skala datang. Jauh sket dari rumah.
Nak balik tu boleh tersilap jalan plak. Terus ke arah hosp sg buluh dan terpaksa masuk highway dan exit jalan Duta. Haha. Nak makan nasik pun beria masuk highway (T____T).
Malam tu pun tak masak apa. Pergi kedai Arab sbb nak stock up madu and makanan sunnah ni. Jadi,terus beli kebab sebelah kedai arab tu. Biasalah kedai arab pilihan kami mestilah Berkat Madinah kat Ampang tu. Sekarang dah besar kedai dia. Siap ada kedai kebab sblh dia dah. Sebijik la dia buat kedai ni cam kat Mekah sana. Rindu Mekah Al Mukarammah :(

Aku mmg tak boleh gi kebab depa ni sbb sos depa rasa masam sket.
Eh. Sos tertonggeng tu sbb nak keluarkan baki2 sos yg ada
sblm buka sos baru. Haha. Jimat oiii.. 

Hari Ahad (7hb) - JJCM nasik kerabu.
Ni takde lah JJCM pun. Just beli nasi kerabu utk breakfast.
Beli kat gerai depan sekolah Batu Muda. Ni mimi mak fayel lah perkenalkan tempat ni.
Murah kot nasik kerabu dia. RM2.50. Pastu nasik dia kalau makan pagi, mmg kau tak larat nak lunch dah. Kenyang sampai petang.
Lps tu lps zohor pergi Tesco beli barang sket, terus makan kat situ.

Hari Isnin (8hb).
Ha, ni memacam terjadi. Nanti kita buat entry lain.
Tapi mmg ada JJCM. Sampai ke Sabak Bernam halanya. Phew...
Nanti kita cerita ya... unplanned event. Haha.

Hari Selasa (9hb).
Tak jejak tanah dah.
Takde JJCM. Masak kt umah. Tapi idak la masak beria.
Sbb ada beli ayam kat Tesco hari Ahad tu, makanya masak ayam.
Tapi, teringat nak buat ayam masak bali yg orang duk viralkan. Sbb senang kan buat ayam masak bali tu.
MyDH keluar beli breakfast, minta dia belikan serai n daun kari ja.
Dah jadi ayam masak bali.

Cuma, ai ada alter sket, instead of dalam resepi suruh taruk belacan, ai gantikan dgn sedikit kiub ayam. 
And, ai ada letak sedikit oyster sos.
Not bad lah. Ada kelainan sebab ada aroma daun kari.
Tapi, myDH kata dia suka lagi ayam masak merah.
Okay.. tapi, ailoike ja..

Jadi, itu kesah 4 hari cuti ai di Kuala Lumpur.
Hari Jumaat sebelum cuti ramai kawan ofis tanya "tak balik kg ke?"
Bila orang kata nak rehat2 kat rumah, terperanjat plak. Okay lah, ai pun kata lah ai nak buat edisi JJCM. Tanjat ya sbb orang tahu yg kami suka jalan2. Tahun ni macam memerap je dan takde kemana.
Lorr... orang dah well planned lah. Kita tak suka nak ramai2, sesak2 kat highway tu. Nak gi toilet pun susah. Tetambah lagi skrg, mmg cannot lah wey. Kiterang kan dah balik kg sesiap masa cuti hari Wilayah. Nyaman je balik time tu.
Tapi, tak balik kg pun, jumpa gak my mom masa cuti 4 hari ni. Tu yg masa unplanned event tu. Nanti cerita lain. Hiks.

6 juta komen

uit...jauh jln smpi ke sabak bernam ??

sama la kita kak..
tak kose nak berjalan time cuti cny
tau sangat akan jammed.
yg depa bising2 komplen tu nape kan? takkan la taksedar2 thn2 lepas pun keadaannya sama jek.. hmmm

sabak bernam?? kampung kite kak ida..kite memang ade lg kt kg isnin tu..kalu x bole jumpe..hihi..

samelah kt org pun tobattttlah nak g berjalan raya cina ni.. mmg dok rumah .. buat taman mini jer kohkohkoh tanam pokok bunga...

PUAN AWIN :
Eh..tu kira tak jauh le tewww.. haha.


NAD :
Kannn... nak gak bebel2 kata berejam2 la apa la. Planned la leklok dah tau harus ramai org keluar. Ni keluar time peak hour tu. Mmg lah pun.

RIA :
Err.. kejap je pun pergi nya. Family matters kat sana :)


MASYA :
Kan..dok umah lagi best. Rilek je.. boleh tido tido.. hahahaa :D

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign