Pages

1 July 2015

Harga Baharu RON95 dan RON97

Salam 1 Julai. Hihiw.
Ha... gelak dulu lah. Gelak apa. Menangis okeh. Dah la nak balik kg esuk.
Sebab terlupa nak isi full tank semalam.
Tup tup harga minyak dah baru. Padan lah muka.. cakap kt myDH. Dia kata lupa.

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.
"Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini," katanya.

Kredit : Astroawani.com

Sekarang takde announce macam bulan bulan lepas eh.

KUALA LUMPUR: Tiada lagi notis pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai dan hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.


So, kalau camni better la semua stesen minyak buat cam style kat negara luar tu. Kat Thailand, kat Perth depa letak besau besau harga minyak. Dari jauh dah buleh nampak. Dengan cara ni gak, setiap ujung bulan otomatik kita akan teringat nak isi full tank. Huhu.





Apo nak dikato laie kan. Dah la banyak berjalan sana sini raya nanti. Memang agak kepitaman gak lah. Mujur gak balik raya kat Perak tahun ni. Sbb kalau beraya kat Pahang, weols biasanya akan terus balik ke Perak dulu sehari dua sblm raya lepas tu balik Pahang, lepas tu balik Perak balik. Haaa... kau...   [tu yang last year bising2 tak dapat payung Petronas tu sbb sekejap je cop penuh dah. Tahun ni Petronas tak nak buat lagi?? Hahahaha]

Kena buat balik lah kaedah isi minyak ikut liter tu, bukan ikut ringgit.
Nak isi 10 liter, bagi lah RM21.50. Huhu.
Tapi, myDH taknak buat camtu. Malas ke malu ke tak tahu lah.
Takpe lah. Ai dun mind.. sbb perbelanjaan minyak ai tak ambik tahu. Hiwhiwhiw [itu lah salah satu keuntungan kerja seopis khennn..] Kalau beliau nak jimat, buat lah kaedah per liter tu. Kalau taknak, ikut lah nak letak seploh hinggit ke, doploh ke. 

Ala, penggunaan minyak ni ikut cara pemanduan gak.
Full tank che merah still buleh pergi balik KL-Ipoh kalau ikut cara myDH drive (kalau tak merayap kemana-mana lah. Just terus balik kg then balik KL semula). Dia mmg pemandu berhemah. Tu yg dia pun tak kesah nau. Ate, kalau kesah pun gitu jugak jadinya kan.

Lepas tu, pepandai la kita nak adjust perbelanjaan kita gak.
Memang la orang kata, cakap memang senang. Bila minyak naik, barang pun naik, itu ini bla bla bla bla.. maka keluar citer budak gi sekolah jalan kaki, bawak bekal karipap sebijik itu ini.
Sebok kesah kan kesian kat orang kampung lah apa lah.
Padahal takut diri sendiri yang tak boleh nak bergaya beli jubah beratus2 ringgit dah. Haha.

Dah tu. Apo laie nak dikato.
Kalau rasa benda tak perlu tu tak payah la berebut2 nak beli.
Ni beli sebuah novel terpakai pun buleh keluar duit sampai beratus2. 
Beli tudung pun buleh beratus2.
Orang duk beli tudung mumu, tudung itik kita pun sebuk. Orang beli selai, kita beli berpuluh lai. Pastu bila minyak naik tahu pulak mengeluh bagai. Tanya diri kita balik, benda kita beli tu keperluan ke kemahuan? Tgk balik dalam wardrobe tu, dah tak muat pun tempat tudung tu, dah melimpah ruah dah. Handbag, kasut, handphone semua tak mahu kalah.  
Orang duk beli Corningware bagai, kita pun nak. Orang beli sekotak, kita beli berjenis set. Bunga petak, bunga tabur semua ada. Mana lah tak terasa beban.
Lepas tu pada yang belum ada rumah sendiri, kita suggest rumah flat/apartment - biar dekat dgn office dan mampu milik. Takde la terbeban nak travel hehari. Taknak.. siap cakap, idak la aku nak duduk rumah tinggi2 ni.. taknak.. tak kuasa. Umah sempit, kecik, tak selesa. Kecik hati ai yang duk rumah tinggi ni tau... (T___T)
Bukan nak hina ya, tapi yang cakap tu gred nya jauh lebih rendah dari aku yang sanggup je duk rumah tak bertanah dan rumah pun kecik ja. Aku tak kesah, asal aku tak terperangkap dalam jammed berejam, takde travel berejam jam lamanya setiap hari. Dah tu, dah duk umah jauh, mmg la perbelanjaan jadi tinggi.

Memang sakit weh kalau kita ni ikut kemahuan nafsu nafsi. Lain lah kita laki bini mmg gaji JUSA A. 
Lepas tu siap bergolok gadai buat personal loan bagai. Dah dedekat tahap max 60% pun still nak buat loan. Overlap lagi. Dah tu sampai pencen lah tak abis bayau. Bila dapat gaji, tgk slip, alahai tinggal berapa je gaji bersih kita tu. Dalam gaji bersih tu pun ada lagi tu nak tolak itu ini. 
Pastu bila barang naik, mula nak salahkan itu ini. Tapi, nak buat cemna katanya kan.. nak merasa la jugak khen...

Hoih. Duk bebel apa aku ni. Haha.
Bila cakap camni mula la orang kata macai la apa menda lagi lah term nya.

Ingat aku tak terasa jugak harga barang barang naik nih. Biar pun duduk berdua. Hey.. alangkan kuih popia 70sen seketul kt bazar Ramadhan pun aku rasa tak berbaloi. Ni minyak naik nih, mau petang kang kuih tu jadi 80sen. Sesilap singgit gaknya. Tapi, kalau dah rasa tak baloi, takyah beli. Aku mmg tak beli dah la. Dan tu ari aku pegi bazar, tgk mcm  tak laku je kedai tu. 
Aku pun geram la jugak. Tambah lagi nak raya ni kan. Aku faham la banyak perbelanjaan nya. Tetambah pada big family. Walau aku belum tergolong dalam 'big family' tapi, aku paham lah perasaannya.
Pastu kata nak buat pembangunan utk rakyat la apa. Takde pun nampak jugak. Bas nak tambah, tapi laluan depan ofis aku ni sebijik bas pun tak lalu. Padahal tak smpai 5km pun ke KLCC. Nak suruh orang naik pengangkutan awam cemna.

Tu lah, kita ubah lah lifestyle kita. Pepandai lah kita manage bajet kita. Jubah, tudung ratus2 tu bukan keperluan pun. Kalau takde lagi, nak beli selai dua tak pelah. Tapi kalau dah ada sedozen jubah, then nak beli lagi, parah lah. Jangan fikir orang. Kita taknak ubah lifestyle kita sbb kita sakit ati kakmah buleh beli bag juta juta. Jadi, kita pun nak jugak camtu. Aduyai.. ah, pepandai lah kan. 

Mana yang kemahuan tu, pakat2 lah buat tak nampak je. Me myself pun buat gitu lah sekarang ni. Sbb suka sgt beli online, maka ku tambah potongan gaji utk masuk dalam Tabung Haji. Ha.. padan muka kan. Dah stuck lah sbb dah tak boleh sesuka hati membaziaq beli ntah hapa hapa online tuh. Pantang ada baki kan.. itu je caranya. 

Yang penting sucikan harta kita.
InsyaAllah, ada keberkatan dalam rezeki.


#kipidap #dungibap :P

1 juta komen:

ramai yg fail bab2 manage kewangan ni... sebab semua nk ikut pandangan orang keliling... takut tak de class bila x beli barang2 yg fofular... huhuhuhu...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign