Pages

22 July 2015

Cerita Syawal 1436

Salam 6 Syawal.
Uols mesti masih bercuti kan.
Aiols dah kerja. Cuti 3 hari ja. Cuti da tak byk tahun ni sbb dah byk guna masa gi umrah tu ari.

So, how's raya?
For me, cam biasa lah. Takde la fun at all sangat.
Lepas ayah meninggal, mmg takde la meriah sgt hari raya kami sefamili.
Disambut sederhana. Begitu.

Tahun ni turn balik kampung aiols. Rabu malam (15hb), selepas berbuka, solat maghrib apa seme, kami gerak balik kampung. Berdebar masa keluar dari Latar nak masuk Plus tu. Sbb kalau jem mmg kat situ dah slow. Bila masuk, tengok okay ja. Alhamdulillah. Perjalanan smooth. Kereta memang banyak. Tapi, takde la sampai stuck jem tak gerak. Katanya siang tu dah jem teruk kat hway. Ye lah kot. 

Hari Khamis, biasa lah - merendang lah kita.
Biasanya takde rendang ayam. Tapi, kak ipar buat rendang ayam.
Jadi, ada rendang ayam, rendang daging.


Kuah kacang kak ipar tempah kat orang. Kuah lodeh je buat sendiri. Sebelum subuh pagi raya tu mak buat.
Oh, lemang pun tempah jugak.

Juadah raya.

Memang juadah ini lah sejak aiols kecik dulu.
Tapi masa ayah ada, lemang tu tak pernah lah beli. Sure ayah yang buat semua. (T____T).

1st Syawal - Jumaat.
Kami #teamroyalblue.


Takde gambar satu famili pakai baju biru. Padahal cantik dah ni. Susah nau nak panggil ambik gambau semua.
Dah 3 kali kami pakai baju sedondon nih.
Tapi, lepas ni abang kata malas dah. 
Okay lah. Pasni kita pakai kalerful lak. 
With akak ipar.

Petang tu, ai gigih nak pergi makan laksa kat umah cousin while abang sorang lagi malas nak pergi.
Oh, kami 3 beradik ja ada kat kampung tahun ni. 2 lagi tak balik. Tup2 pergi gak sbb semorang dah siap nak pergi.

Lepas solat Jumaat, siap2 pergi. Cousin ni memang buat laksa every year. Dan laksa dia sangat lah sedap. Siap dia bagi resepi lah utk sedapkan lagi laksa. Heehee. Nanti aiols buat okeh.
Jauh tak jauh la dari rumah. Tapi kira dalam 40minit gak lah nak ke rumah dia.
So, terus la gi beraya umah sedara mara yang lain berdekatan.

With anak buah yang dah anak dara dah semuanya.
Laksa yang dicari cari.
Biru je semua.
2nd Syawal - Sabtu.
Pagi tu ai take over masak breakfast. Spegeti n sandwich. Boleh la. Senang je nak buatnya kan.

Pastu keluar gi umah kakak kat Taiping.
Akak tak sihat. Sbb tu dia tak balik kg.
Aiols ber tema kan 'setazah'. Huhu.

Ekceli bukan lah plan nak pakai jubah. Tapi nya, bila sarung je baju kebaya labuh (beli masa promosi Aidilfitri kat opis ni tu ari - kebaya labuh klasik tu. Yang labuh smpai bawah lutut tu), terus rasa hoi.. panassss.. tu yang sarung jubah ja. Senang. Simple. Dan selesa. Ai mmg suka pakai jubah hitam yang satu ni. Selesa sgt. Padahal beli murah je tu ari kat kedai2 kat Carefour tu.

Selepas gi Taiping, plan nak konvoi ke umah sedara yang lain. Nun kat Seri Iskandar.
Sapa orang Perak dan biasa jalan2 area Perak tu tahu lah betapa jauh Taiping ke Seri Iskandar tu. Dengan traffic lite nya. Nak pergi tu best la. Nak balik kang.. 

Pastu mak kata dia dah tak larat. So, kami tak join lah konvoi. Terus balik rumah.
Sempat singgah beli ikan patin sangkar. Memang ada satu kedai tepi sungai Perak tu jual ikan2 sungai nih.

3rd Syawal - Ahad.
Tak kemana. Just pepagi tu gi ambik rambutan. Musim kan? Puas lah makan durian, rambutan segala. 

Utk lunch ai masak ikan patin bakar. And also pais tempoyak ikan patin.


Ha, nanti ai sharing resepi pais tempoyak ni. Sebab, ai mmg suka. Lepas tu orang tak suka tempoyak pun buleh jadi suka makan pais tempoyak nih. Cam abang, memula dia taknak. Bila rasa eh, sedap la pulak. Terus suruh wife dia (kak ipar) buat plak. Haaa...kan... jgn memain dengan penangan pais ni.
Anak buah singgah beraya petang tu. Dia dari kg suami dia kat Raub nak balik umah mama dia kat Taiping (umah yang kiterang pi beraya semalam nya tu). Depa balik ikut Cameron Highland. 

4th Syawal - Isnin.
Ziarah kubur ayah pagi tu.
Agak semak juga. Depa ni takde gotong royong bersihkan kubur ke sebelum raya tu ari?
Masa ayah jadi ketua kg dulu, mmg ada je gotong royong bersihkan kubur. Hurm.

MyDH tolong bersihkan jugak. Kubur ayah dekat dgn kubur opah. So, senang la kami bersihkan sekali dedua.
Plan nak buat kepok baru lah kat kubur ayah. Tinggi kan sket supaya takde la rumput meliar tumbuh. Nanti lah, before raya haji ke. Dulu dah ada kepok, tapi area kubur ni macam berbukit. Bila hujan air turun, dia jadi mendap ke bawah kepok tu semua. Terus jadi cam tenggelam kepok.

Petang - balik KL.
Kereta banyak. Tapi idak la jem smpai berenti.
Cuma agak slow dekat dgn hentian Simpang Pulai, hentian Tapah.
Lepas lepas tu dah okay. 


5th Syawal - Ada di KL.
Ai pergi bershopping kat Sogo n Parkson yang baru buka kat Maju Junction tu.
Sebenarnya ambik cuti sbb nak rehat sehari kat rumah before masuk kerja.
Tapi, lain jadinya. Haha.
Nanti ai citer lain lah pasal shopping nih.
Tgh ada sale kat Parkson tu. Correlle muroooh... besttt...

Okay lah uols.
Masih dalam mood raya kan. So, selamat hari raya lagi sekali. 



p/s : Jemput lah datang rumah. Kami takde buat spesifik open house. Anytime je buleh datang. Tapi, kena call lah dulu, kang uols tersekat tak buleh masuk kat guard tu. Umah weols mmg tak boleh buat style 'sapraissss'. Heehee.

2 juta komen

Selamat hari raya kekda.... =))

reen, kasik up resepi pais tempoyak tu... first time dengor ni...i mmg antu tempoyak...suka sangat...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign