Pages

8 July 2014

Nasi Lemak Hijau (Pandan)

Hihihi.

Tapi,
seriyes weh, pening nak pikir menu utk berbuka nih.
Minggu lps aku list down kan menu - lps tu ada 2,3 hari yg blur tatau nak menu apa dah.
Being us - laki bini yg tak berapa nak suka berbuka di luar - apatah lagi di kedai makan - mmg sukar lah jugak nak tentukan apa nak masak nih. Nak pergi bazar - hari bekerja - mmg tak la kan.

Last week - nak taknak - ada juga sehari berbuka puasa di luar. Luar tu bukan luar mana pun. Kat ofis ja. Kat ofis ni ada orang buat bufet berbuka puasa. Jadi, last week, sapa yg buleh stay, dapat la berbuka kat situ. Aku bukan sbb "buleh stay", tapi, takde sebab musabab aku nak dalihkan utk taknak stay. Ha, gitu. Ye lah, anak takde - suami pun kerja satu tempat - rumah pun dekat - so, dah kenapa kau gegas2 nak balik. Begitu lah. Jadi, tunggu lah. Then, tu aku kata - aku tak minat berbuka di luar, tak suka cam rebut2 nak amik makanan - beratur2 semua tu. Tak minat betul. Lps tu aku ni jenis makan sket, tak reti nak amik byk2. Pastu macam nak amik lagi - semua makanan dah habis. Bosan. 

Berbalik pada kesah nasi lemak hijau.
Actually nak buat nasi lemak biasa je.
Lps tu, oleh kerana beli daun pandan sampai 90sen harganya. Terus pikir apa nak buat agar penggunaan daun pandan tu dimaksimakan sepenuhnya. Huhu.
Lps tu petang, sementara nak tunggu balik tu saja google gambar nasik lemak - ternampak nasik lemak hijau.
Tu terus buat tu.

Aku nyer tu tak berapa nak hijau sbb aku tak taruk pewarna hijau.
Nak napak cantik kaler hijau tu, bleh titikkan pewarna hijau sket. Sket je. Nanti kang bertukar nasik HULK pulak kang. Huhu.

Aku buat sama je macam nasik lemak biasa tu.
Just aku blend kan daun pandan tu then campur ngan santan. Ketuk halia, ketuk bawang putih - campak dalam periuk. Yg mempercepatkan aku blend daun pandan sbb aku guna food extractor (yg ada tapis soya tu). Hah! Senang kerja aku, takde la nak tapis2 bagai. Good. Aku mmg suka betul alat tu. Mmg berbaloi kuasa dua aku beli mendalah tu. Dah 3,4 tahun jugak aku guna. Mmg cepatkan kerja aku.

Aku buat nasik lemak sambal sardin. Goreng ikan bilis+kacang. Goreng ayam seketul. Timun. Telur mata kobau. Dah. Settle. Oh. Karipap frozen. 

Gitu lah. Utk hari ni dah ada planning. Esuk, entah la.

1 juta komen:

senang kan satu tempat keje. :)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign