Pages

22 August 2013

Edisi Post Laparoskopi : Changes

Hari ni 22 Ogos.
Genap 3 bulan dah dari date aku buat laparoskopi (sedikit ttg laparoskopi kalau ada yg masih blur apa kah menda nya - metro)
Suppose aku kna call klinik semula ni utk buat appmt. Tp tak call lagi. Tggu lah. Reda dulu hal2 raya, hal2 ganti puasa seme kan.
Kalo ikut hati, mmg malas betul nak bergantung pada ubat-ubatan.
Tapi, apa bole buat. Kalo itu ditakdirkan, siapa kita nak melawannya.
Hurm.

Nop. Bukan nak story pasal tu. (nanti mesti orang kata sabar..sabar.. mmg sabar che kak... kalo tak sabar.. lama dah ke Tanjung Rambutan sanun. 5 years oke. Bukan 5 weeks. Dan kami TTC'ian mmg ditakdir utk kuat. For me - 5 yrs, ada org lain 8 yrs, 10 yrs, malah 15yrs. Kalo kami tak sabarrrr...... )

3 bulan.
Apa perubahan yg aku buat.
A lot! Mmg a lot walau pun not 100% change kata orang kan.

Antara perubahan yg memang aku strictly buat till now :

- Pengambilan fast food :: Yerp. No more KFC, no more McD. Bukan pasal boikot memboikot. Tp sbb aku dah takmo menda2 tu menjadi satu 'mendasing' lain dalam tubuh ni. Sebut pasal boikot ni kan... Haha. Dulu mmg napak la ketara kosong McD. Sekarang tengokk... kalo kt tpt aku tu, yg McD kat Bulatan Pahang tu, mmg bole jadi jammed KL kalo orang beli drive-thro tu. Boikot la sangatttt kheeennn.... memula mmg la berkobar.. lepas tu.. hangussss.. hahahah. Tp aku tau, ada lagi yg still boikot.. tkpe..teruskan.. teruskan dengan produk lain juga yer. Berapa lama tak ambil? Sejak bulan 5 (sebelum laps). Dan maksudnya dah 4 bulan tak ambil. Kalau boleh aku nak teruskan smpai setahun. Kalo tidak pun, 6 bulan. Sbb kalo boleh lepas 6 bulan, tentu lps tu dah takde keinginan. Ala, da 34 tahun duk merasai menda tu, takkan hilangnyer nikmat dunia kalo tak makan McD or KFC tu. Semoga istiqamah yg ini. Aminnn.


- Pengambilan junk food :: No more maggi dalam kabinet. Dulu mmg stok wajib ada. Skang ni tiada. Ni pun sama. 4 bulan gak tak makan. Ada lebih satu maggi kari, dah ku bawa pulang ke kampung. No more instant2. Tp cam sardin, sos spegeti tu ada la gak aku makan. Cuma..kawal pengambilan. Takmo terlalu kerap.  3,4 bulan sekali boleh la.

- Beras basmathi / brown rice. Aku selang2 seli kan penggunaan beras ni. Brown rice sgt tak berasa. Huhu. Nasi pun hanya ambil sehari sekali atau 2 hari sekali.


- Pengambilan ice :: Ini takde pun doktor nasihat jangan minum ke apa, tp atas inisiatif sendiri. Yg ni start selepas aku operation. Kan masa tu duk minum air suam je. Jadi, aku dah rasa lebih puas minum air suam bandingkan ngan air sejuk / ais. Hari tu raya kan seme rumah pun hidang ais. Aku minum pun cicip2 dari myDH je. Masuk keta minum air masak yg bawa bekal. Lantak lah orang lain minum ais sepuas puasnya. Agak sukar jugak sbb aku bukan suka minum air panas. Kalo kat kedai tu cam hapa je nak pikir nak order air apa. Asik2 tea o suam je... Aku rasa ada perubahan gak la ni. Orang kata perut tak buncit kalo tak minum ais. Mungkin gak kot. Perut dah rasa 'flat' sket la. Takde la tersembul sana sini. Dulu nak kancing jeans pun cam payah kan. Eh. Aku dah tak pakai jeans sejak laps tu. Bukan sakit la.. tp cam seriau. Tu yg byk pakai long skirt n dress je kalo g jalan2 tu. Oh. Air gas pun mmg langsung tak sentuh. Moga istiqamah jugak yg ni. Insyaallah.


- Makan buah, makan sayur, juicing. Buah tu takde hal. Aku takde masalah utk makan epal, pisang, plum, kiwi dsbnya. Tp dulu jarang2 la. Skrg peti ais wajib ada stok buah. Kiwi dah jadi feveret. Sayur pun dulu adalah musuh utama. Makan pun sekeping dua. Sekarang wajib. Sbb doktor kata sebelum makan nasik, kena ratah sayur, so, kat rumah mmg aku buat camtu. Juicing pun buat jugak. Tapi retu masa puasa ter stop kejap. So, nati nak sambung balik. Sayur, kalo ada kesempatan beli yg organik.



- No more nasi lemak, mi, mihun utk breakfast. Yerp. Aku bawa milo kotak n cereal ke ofis. Aku tak suka makan cereal ngan susu. Sbb aku tak suka susu kosong tu. Tak lalu. Huhu. Jadi makan ngan milo. Hadkan nasi lemak, mi segala menda2 tu hanya utk weekend. Tp weekend pun kadang tak makan gak. Makan roti je. Oh. Roti pun dah bertukar to wholegrain punya roti.


- Kurangkan ayam, banyakkan ikan. Dulu aku peminat tegar ayam. Hehari pun ayam. Skrg da kurangkan. Sbb nak beli ayam organik kang makan berbulan pulak baru abis seekor sbb mana nak carik yg jual ikut part. Ayam biasa tu semua org tau lah kan. Byk bahan kimia dah dalam badan dia. Ikan pun bukan ikan dari pasar yg keras kematu tu. Ikan beli kat pasar tani. Tu pun kena tgk jugak sbb ada certain pasar tani yg jual sama macam kat pasar biasa. Sapa selalu beli ikan mmg kenal lah ikan tu segar ke tak.


- Detox. Detox. Detox :: hehari aku pastikan badan tak menyimpan segala toksin yg tak sepatutnya ada. Sebab tu kena makan menda2 berserat cam buah n sayur supaya proses detox tu lagi berjalan lancar. Cuma detox dari segi pengeluaran peluh aku belum mula. Mmg nak joging. Tapi tggu lah settle puasa seme ni dulu. Yukk...joging di Tasik TTwangsa. Hihi.


- Pengambilan supplemen. Ha, ni susah sket. Sbb aku sgt la culas. Sebenar doktor bagi vit C dua botol. Tak habis lagi.. wiii...syyy jgn bagitau doktor tau. Yer, aku susah nak makan ubat ke supplemen ke walo dia tak pahit. Gulsan pun ada kat rumah. Pun kadang2 je aku minum. Madu pun ada. Tak minum gak. Ate cena.. makan je lah buah tu byk2 tambah vit C. Haih.


- Minum air secara berdisplin. 2 liter setiap hari. Yer. Termasuk masa bulan puasa. Ini mmg napak kesan. Kulit makin moist. Dan masa bulan puasa mmg lips aku tak kering cam dedulu. Tak susah la. Air masak. 2 liter. Bukan byk pun. Mmg la aku terkucil sentiasa, tp itu la bagus. One type of detox jugak. Hihi.

So, itu je lah antaranya. Susah? Tak la susah sgt. Sbb aku ni bukan pemakan sgt. Cuma KFC, McD tu mmg kerap jugak aku makan dulu. Sebenarnya kita ni minda kita ni yg tentukan. Kalo kita tune otak kita teringin, maka teringin lah ia. Ce kalo tune otak kita - tak hingin lah aku, mmg sampai sudah ko tak teringin walo masa tu ko masuk parking Ampang Park tu terbau ayam goreng KFC tu bagai nak giler. Haha.

Jadi, harap2 badan ni semakin meningkat lah daya tahannya. Orang kata kalo kita buat cleansing body ni, dlm 3 bulan tu kira oke lah. Aku harap pun badan aku dah cleansing lah dari segala lelemak, dan makanan yg 'rubbish' yg pernah aku makan dulu. Aku buat semua ni bukan saja utk conceive tapi juga utk kesihatan tubuh badan. Oke la skg rasa. Lebih sihat dan bertenaga (ye ke bertenaga? Asik tidooooo jugakkkkk)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign