Pages

30 August 2013

Kami Mahukannya Jika Kamu Tak Mahu!

Tahu tak betapa kami amat amat memerlukan kehadiran nya?
Tahu tak betapa sukarnya kami untuk mendapatkan nya ?
Tahu tak bagaimana kami menempuh kata-kata orang setiap kali ditanya tentang nya?

Tahu tak bagaimana perasaan kami bila melihat orang lain merasai nikmat rezeki itu ?

Tak tahu kan.

Tak pernah nak ambik tahu kan.

Dan kamu.
Bila dikurniakan Allah rezeki itu mudahnya di perlakukan sedemikian rupa.

Dibuang ke tempat yang paling sejijik jijiknya.
Mengapa di situ tempat terakhirnya?
Sedih perjalanannya. Sangat sangat tidak sepatutnya.


Kami ada. Kami perlukan dia. Kalau kamu tak tahu kemana nak dibuang, berikan lah pada yang memerlukan.

Kalau kamu berada di tempat kami, pasti kamu akan menyesal dunia akhirat dengan perbuatan kamu.
Kami menanti. Sangat sangat menanti kehadirannya.
Setahun, 2 tahun, 3 tahun, malah ada yang lebih 10 tahun menanti kehadirannya.
Tapi, kamu...
Mudahnya menyingkirkan dia dari dunia ini.

Anak.
Doa kami dari bakal ibu yang menanti kehadiran kamu, syurga lah tempatmu.
Pergi dalam keadaan tiada dosa. Bersih dan suci.

Walau kami tidak pernah merasai perasaan seorang ibu, tapi kami amat terhiris dengan berita begini.
Ada yang didera.
Ada yang dibuang tanpa belas kasihan.
Sedangkan kami, saban hari, saban waktu berdoa agar mereka bersama kami.

Anak kecil yg mati pastinya menanti ibu dan bapa di pintu syurga.
Ya Allah. Moga dosa kedua ibu bapa mereka juga diampunkan.

Al-Fatihah utk anak kecil ini.



*semalam aku tgk sepintas lalu. Tak boleh nak tgk. Sedih sgt. Tidak mahu menunding jari menyalahkan mana mana pihak. Apa pun, kita berdoalah agar tiada lagi berita menyayat hati seperti ini. Merdeka kah jiwa kita selagi ada kes kes tidak berperi kemanusiaan sebegini??


Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign