Hai uolss... ada lagi ke yg bekerja?? Ada lagi kan.. kalo bekerja pun mesti mood pun da suam suam kuku kan.. mood bercuti or mood raya tu lagi hangat.
Oke, pada yg masih bekerja tu, mari lah kita bekerja dulu. Pasni kita cuti yer. Puanstoberi pun blum cuti lagi. Ari Rabu baru cuti uolsss... aiols yg paling sket cuti raya ni. Lelain seme pukul rata smpai 4,5 ari. Aiols nati ujung bulan nak cuti lagi sbb tu la amik cuti sket. Simpan..simpan utk GCR pencen.
Oleh krn mood pun suam2 kuku, meh kita sembang2 sket.
Smlm kan, aku p la satu kedai tudung yg tersohor dan ter glamer dan ter banyak cawangan seluruh Msia. Kalo kat KL ni banner dia merata lah kat hway AKLEH, Duke tu. Promosi smpai malam raya kekdahnya ha... Sebenarnya dah pegi dah mggu kedua puasa tu [takde cerita rupanya aku soping jalan TAR tu. Tak mengapa. Kat Insta ado kan]. Tp tak pegi bazar tu pun. Aku nak beli tudung pastu g Sogo. Pastu balik. Tak kuasa. Orang ramai sungguh. Masa tu yg Aaron Aziz datang Jakel tu.
Oke, berbalik ke cerita asal. Masa gi jln TAR tu aku dah beli la tudung kat kedai tersohor ni. Tak la banyak sgt pun. Lagipun sales yg bes masa bulan 6 yg lps aku operate tu. Cuma, ada tambahan diskaun utk pemegang kad kan. Lps tu bila dah balik, baru terpikir, eh...apsal aku tak beli tudung kat mak aku. Aku bli utk MIL je. Eh..eh..eh...
Oleh kerana itu lah terpaksa pegi balik kedai tu. Tak boleh la beli tpt lain. Mesti lah kena belikan sama ngan MIL jugak. Nak carik pink sbb tema kami se family pink. Kali ni aku tak pegi jln TAR punya. Berani kau nak g jalan TAR weekend minggu terakhir nih? Tak sanggup. Tak sanggup.
So, kami ke branch Wangsa Maju. Parking kat AEON Big tu (humang ai, punya la ramai maknusia dlm AEON Big nih). Sini lah terjadi sesuatu yg meng-annoying-kan dan konon cam bagus je kedai tudung nih. Bila aku baca entry lama, rupanya dulu pun kena jugak yer. Tapi, dulu kat jln TAR tu ada dua kedai (skrg dah satu je). Bila satu kedai endah tak endah, masuk kedai satu lagi. Masa tu jugak lah aku beli smpai aku tukar kad pink kepada kad gold - oleh kerana sales assistant yg sgt bagus melayan. Dari nak beli berapa je, jadi terbeli memacam. Boleh baca entry lama tu di sini. Dan bila kuar kedai tu, mmg aku ber nawaitu setahun takmo beli tudung dah sbb dah byk sgt aku beli. Dan mmg yer, aku tgk balik entry tu tahun 2011. Tahun 2012 aku beralih pada tudung lain (Fareeda). Dan tahun ni baru aku beli balik.
Bila masuk kedai tu, orang tak la ramai sgt. Kira tak seramai jln TAR punya lah. Memasing SA dengan customer memasing. So, aku tak dilayan. Takpe lah. Dah pusing2 tu, aku panggil lah myDH (dia duk luar), sbb nak tnya pendapat. Takde la npk aku kebengongan sorang2 situ. Udah la tak dilayan. Jadi, ada la nak beli satu. Suruh la SA ni tarikkan sbb tinggi. Saiz L, mintak dia M. Nak taknak je layan. Takpe.. takpe.. so, aku pun amik je tudung tu, bawa ke kaunter. Orang lain semua di assist nih, aku je takde. Aku keluarkan kad gold aku. Baru lah ada sorang SA yg mmg ada kat kaunter tu terhegeh hegeh bertanya
"nak bayar ke kak?"
"A ah. Takde orang assist pun tadi"
"Ala..sori sori..takkan satu je kak..jum kita carik lain"
"Tak payah. Saya dah beli byk. Ini je nak beli yg last"
"Ala, merajuk plak dah..jum la"
Hek eleh.
Kau ingat aku dpt gold card ni pree masa kau buat TVC ke apa tah kat Capsquare tu ke?
Sorry sket yer. Dah banyak aku melabur tau kat kedai kau nih.
Lagi nak layan orang acuh tak acuh.
Lps tu takde duit tukar plak. Apa punya kedai tersohor mintak duit kat orang
"Ada 10ringgit kak, nati kita bagi 50"
Ek eh..igt ni kedai jual cencalok ke takde duit kecik. Tapi tersohor sgt. Aku paling annoy bila kita bagi duit, dia tanya balik duit lain. Kalo kita ada, kita bagi la. Ni mmg dah takde. Haih. Dah tahu orang ramai, ready la duit kecik banyak2.
Oke. Dah bayar seme tu, budak SA tu cakap lagi.
"Dtg lagi kak, jgn merajuk, nati carik saya Nor"
Aku jawab
"Tak payah la..sy biasa pegi kedai jln TAR tu je"
Aku tak marah budak Nor tu. Aku geram dgn SA yg aku suruh tarikkan tudung tu. Mmg dia tgh assist orang lain, tapi tak boleh assist dua orang skali ke? Macam masa aku pegi jln TAR punya branch tu, mmg SA tu tgh assist orang, tapi dia cakap kat aku 'kejap ye kak..nati saya bantu akak plak'. So, lps orang yg dia assist tu bayar, dia assist aku plak. Masalah sgt ke? Nak sombong sgt buat aku macam tak berduit apa hal? Agaknya SA dah diajar, orang yg selebet2, yg potensi nak beli selai je atau tak beli langsung takyah layan. Bedebah sgt la kalo code of ethic camtu. Dia tak tahu ke orang kalo di approach dengan baik, dari nak beli satu, boleh beli berpuluh helai tau. Tu yg terjadi pada aku masa aku tukar terus member card pink ke gold tu. Akak tu appch sgt bagus. Tak memasal memacam jenis tudung aku beli smpai dari nak bayar pakai kad maybank terbayar pakai kad kredit. Syabasss (T___T).
kredit google
Lalu aku post di FB. Mendapat likes byk juga. Tak tahu samada mereka pun pernah terkena atau cemna. Tapi, ada yg respond, pernah terjadi pada mereka juga. Pernah terjadi di JB, pernah terjadi di Bandar Baru Bangi.
So, pihak mgt tudung tersohor ni pikir lah balik. Buat la course customer service ke apa ke. Jangan lah tangkap muat je amik SA yg muka cencurut dan janganlah terlalu angkuh bila semua orang berebut2 nak membeli di kedai engkau. Janganlah ada tagline 'satu tak hingin nak beli, beribu lagi hingin nak beli'. Customer masuk dalam tu adalah potential customer.
Ada yg respond "eh, saya lagi suka kalo saya masuk kedai takde orang nak membontoti kita". Huhu. Kalo biasa ke kedai tudung tersohor ni tahu lah mengapa kita perlukan budak SA tu sbb dia dpt komisyen yer dari setiap helaian tudung kita tu. Haaaaa...... kau tak di assist, kau bawa sendiri tudung ke kaunter, dan kat kaunter tu baru lah ada budak SA yg hegeh2 nak melipat tudung kita dan tetiba dia plak dapat komisyen tu, berkat kah namanya? Lagipun setiap orang masuk situ, mmg tujuan nak beli. Bukan nak tengok2. Kalau nak tengok2 pegi je bazar2 yg tetepi jalan, celah2 lorong tu. Ha, tu boleh tengok2.
Tahu lah dia ada jual tudung harga 700++ kan. Paling mahal, paling cantik, paling top kononnya. Oleh kerana tu, napak customer cam bodo bodo ni tak payah layan. Macam tu yer. Tak pe. Tak pe. Feedback ramai dah kata tak di layan. Jgn nak pentingkan keuntungan je tapi bab cust service hancus.
Mentang la musim raya ni orang cam ulat masuk kedai tu, dapat komisyen banyak. Boleh la sombong sombong. Cuba lah dah tak musim ni nanti. Masuk je kedai tu, kalau boleh nak dijunjungnya kita... maklum lah..komisyen tak masyuk dah... Tak caya, try lah.
Terima kasih atas komen anda :)