Class kau maria kan... berayam panggang lagi.. madu plak tu...
Haha.
Sebenarnya family in law nak mai umah.
Memula plan nak masak laksa ja. Tp pak mentua tak boleh makan laksa, so decide masak nasik jugak. Tp nak mudah nasik ayam lah kan.
Memula plan nak masak laksa ja. Tp pak mentua tak boleh makan laksa, so decide masak nasik jugak. Tp nak mudah nasik ayam lah kan.
Aku mmg tak pakar buat nasik ayam. Ada sekali je kot aku buat. Tp kan aku ni selamba. Berani nak masak byk2 menda yg tak 'master'. Haha.
Kesudahannya, semua tawar je rasa. Aku ni mmg bangsa takut nak letak garam. Kang masinnnn....
Patutnya anak2 buah myDH datang nak mandi kolam. Tp smpai pun tghari, panas..derang takut demam. Hihi. Kalo anak buah aku mmg tak kesah... selamba.. pagi, petang,malam belasahhh je terjun kolam tu. Ari tu pun yg pegi Teluk Batik tu, smpai sana kul 1ptg, terus je terjun laut yg panas2 buta tu. Huhu. Aku punya family mmg tak byk do's n don't nih. Selambaaa...... sbb tu masa aku lps operate tu buah2 seme pun mak aku kasik makan, cuma nenas, air kelapa tu dia tak bagi la. Lain... boleh ajerrr.
Dulu aku pernah buat ayam tu diperap then digoreng.
Aku pun apa lagi kan. Try..try..try.
Tapi mungkin bahan perapan aku tak berapa pekat walo tak perap semalaman dalam peti ais. Jadi tak berasa sgt.
Tapi pun boleh lahh.....
Senang sebenarnya masak nasik ayam n laksa ni.
Tak perlu nak kecah2 dapur sbb bkn perlukan byk bahan.
Cuma nak cuci ayam tu la takes time. Abis ku basuh ngan tepung n lemon. Wah..classs..basuh ayam ngan lemon ko... dah tu..lemon tu ada dlm peti ais sejak sblm raya. Nak makan mmg dah tak sedap lah. Buat je basuh ayam. 3 eko aku beli. Tp potong 12. Jadi agak besar di situ. Entah. Mana aku reti beli ayam per ekor nih. Aku salu beli dah siap potong by bhgn tu je. Salu kat tesco ke jusco ke. Dan ayam tu salu bersih dah. Ini.. heyy.. me dun like. Mmg kalo tak, nak beli kat tesco je, tp cemna nak pegi pepagi..kojer oii... nak masak pagi Sabtu. Pegi malam mmg dah takde dah ayam tu.
Harus la gunakan produk tupperware.
Eh. Yg termos kuah pink hijau bukan tupperware yer.
Tu kat Jusco rasanya aku beli.
Ayam pun perap sesiap dah.
Cuma tgglkan sedikit utk ayam nak masuk dlm sup.
Pagi baru siapkan sup ayam, nasi ayam, kuah kicap n kuah sos merah.
Oh. Utk kicap pekat aku gunakan saus manis nih. Mmg sedap.
Nati nak try wat ayam masak kicap guna ni plak. Sure sedap.
Kuah kicap tu pun aku buat guna saus ni gak. Bes!
Jadi, meh nak tepek resepi ayam panggang madu, yg di ambil dari blog CMG nih.
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping peha ayam bersaiz besar
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
2 camca besar madu
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam kisar
Beberapa titik minyak bijan
Sedikit mentega atau marjerin
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
Peha ayam dicuci bersih, tak perlu buang kulitnya. Cucuk2 bahagian isi ayam. Kemudian lap kering dengan kitchen paper towel. Letak dalam satu bekas.
Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam kisar dan minyak bijan. Gaul rata terutama dibahagian antara kulit dan isi ayam. Tambah garam secukup rasa, kemudian perap 1 - 2 jam (nak sedap perap semalaman dalam peti sejuk).
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser bekas pembakar dengan sedikit mentega atau marjerin. Letak ayam yang diperap tadi. Bakar selama 40 minit atau hingga masak. Sementara itu baki bahan2 pemerap dipanaskan sedikit hingga pekat dan guna untuk menyapu pada ayam setiap kali dibalik2kan.
(aku tak taruk minyak bijan pun sbb takde. Huhu).
Resepi laksa tak yah la kan. Dah ada aku taruk dulu. Aku ni pesen masak takde sukatan2 de. Campak je ikut suka. Sbb tu aku tak suka baking yg mana semua kena ikut sukatan. If not..merasa la kek ko bantat ke apa kan. Masak ala carte cemni senang. Campak pastu rasa, rasa pastu campak. Lps tu tutup api..sudahh...
So, tu je lah.Sementelah family in law aku ni datang, aku masak byk, jadi panggil lah member2 yg ada sekitar KL ni.. jadi, sapa nak dtg, dtg...tak dtg takpe.. usah gusar susah hati nak minta maaf bagai. Bkn kenduri apa pun. Masak pun 2 jenis tu je. (tu yg org tak hirau nak dtg tu..ce kalo kambing bako.... yg tu tggu lah, kenduri kesyukuran nati... aku buat khemah tepi pool je. Sila bawa baju mandi bersama)
Terima kasih atas komen anda :)