Pages

28 June 2013

Syukur : Jangan Kufur Nikmat

Syukur.
Setiap apa yg kita ada, apa yg kita dapat, syukur.

Dapat sedikit syukur, dapat banyak, rezeki, Alhamdulillah.
Bukan bercakap perihal orang lain. Tapi utk diri sendiri. Sebagai contoh, orang tanya 'kerja apa?'. Kadang dijawab 'kerja kerajaan je'. The point is, word 'je' tu. Kadang kita nak menggambarkan yg konon kita ni merendah diri lah dgn word 'je' tu kan. Apa sgt kerja kerajaan ni kan. Beribu malah beratus ribu yg kerja kerajaan, so, kita pun letak la word 'je'.
Tapi bila kita bercakap orang yg mungkin takde kerja lagi, mungkin dengan orang yg nak sangat kerja kerajaan, dah cuba berpuluh kali, isi borang spa segala, tp takde rezeki lagi mungkin word 'je' pada dia dianggap macam tak bersyukur pulak kan. Orang susah2 nak dapat kerja kerajaan, dia boleh kata 'je'. Ha. Begitu lah konsepnya.

Ye lah, kita tak sedar kan. Terkadang, diberikan rezeki sesuatu, tanpa sedar mengatakan "dapat 2 je.. kenapa tak 3,4, 10". Itu lah dia, baik lah sedikit dari takde langsung. Atau pun cam tu hari, masa jerebu, balik kerja, dalam keta, hujan turun, tp tgk keadaan masih lagi jerebu. Tak sedar je mulut aku ni tercakap 'eh, hujan pun jerebu lagi'. Tp cepat2 Istigfar. Apa ke tak bersyukur aku ni. At least Allah bagi hujan. Dari takde langsung. Org yg kat Muar, Ledang tu lagi la terpaksa menghadapi jerebu yg teruk dari di KL nih. Smpai IPU 700.  Selalu terlupa pasal tu. Aku tak cakap orang lain. Ini berkenaan diri sendiri. Muhasabah diri sendiri. Buat apa nak cakap pasal orang lain kalo diri sendiri pun byk khilafnya.

Semalam pun Ehwal Islam topik dia bersyukur. Mmg kena bersyukur dengan apa yg kita perolehi. Takde rezeki anak, tp syukur ada juga rezeki yg lain.

Mungkin orang yg rasa sentiasa tak cukup dengan apa yg ada ni dari orang yg selalu dapat tanpa meminta. Maknanya, ada kehidupan yg sempurna. Tapi tu lah.... Kesenangan ni pun salah satu ujian juga. Jangan sampai kufur nikmat.

"Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu mema’lumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." - Surah Ibrahim, Ayat ke7

Selalu dikatakan org yg memandang half empty adalah pesimis dan half full adalah optimis (buleh baca detail kat sini).
Tapi apa yg dituliskan atas tu sgt menarik. Ini bukan berkaitan gelas separuh penuh ke atau pun gelas separuh kosong. 
Yang penting syukur - at least kita ada gelas, dan ada sesuatu di dalam nya. Ada orang langsung takde gelas. Ada orang ada gelas tapi kosong. 


Jadi, syukur.. 

Insyaallah...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign