Pages

24 June 2013

Edisi Ke Temerloh : Selamat Pengantin Baru Syira

Ke Temerloh 22hb tu ari.
Wedding anak buah.
Eh. Bukan lah anak buah yg anak sedara ke apa tu.
Ni adik unit aku. Kira adik bongsu lah. Lelain seme dah kawen pun nyer. Hihi.

Kenapa nak pergi? Jauh kan.
Takpe lah. Rasa cam dah cukup rehat dah. Lagipun dah sebulan pun. Rasa dah sihat sket.
Lagipun gi makan jer. Bkn nak g tolong2 masak ke apa ke kan.
Kalo rumah sedara mara tu, mmg segan la kalo datang duk saja kan.

So, bertolak dari KL dalam kul 11 lebih.
Rilek je kan. Padahal makan 2 jam juga perjalanan.
Exit kat Chenor. Smpai umah pengantin dkt2 kul 2pm.
Sedang elok pengantin sedang disambut dengan silat.

Aku pun bukan makan sgt. Apa nak makan. Pantang lagi nih.
Amik ayam goreng (seketui kecik), ngan nasik sket.
Lapar mmg la lapar, tp takut lagi nak makan bagai2.
Skang ni nak makan pun fobia. Aiyark! Tu namanya nikmat dah ditarik la tu.


Takpe, apa pun, tahniah utk Syira.

(gambar kontrovesi atas ni sbb aku kata aku dah gemus. 47.5kg. Ramai 'marah'. Haha. Mmg la, pada yg tahap ketinggian model, 47kg kurus la kan. Tp dgn ketinggian, eh kerendahan daku ini, kalo tambah 3,4 kilo lagi, boleh ke tahap overweight dalam BMI tau. Haaa... tu sbb nya, ada orang yg kata 50kg dah berat, sbb mungkin dia tgk ketinggian dia. If ko tinggi 160cm, tp dgn berat aku tu - tgk la BMI ko - underweight oke. Takpe. Dun bising2. Over ke under ke, yg penting jaga kesihatan. Selalu lah amik pemakanan yg sihat. Dan jangan lupa detox selalu. Gemuk takpe, jgn gemuk dgn toxin. Itu yg kita tak mahu)

Sebenarnya aku gagah jugak pegi ni sbb weekend ni, rumah lelaki, aku tak boleh nak attend. Sebenar mmg nak g yg KL punya je. Tp since aku nak balik kg jadi, gagah la pegi ke Temerloh.


Sambil tu kita singgah la kejap pekan Temerloh. Nak kata biasa pekan Temerloh ni tidak la kan. Tp ada jugak la pegi sbb kiterang ada ofis cawangan kat situ (angkat kening kat @phat_syaza. Hihi)

MyDH nak carik sgt ikan patin. Memula nak beli yg belum masak.
Satu hal la kan. Pastu nak antar PJ bagi mak dia masakkan.
Aku masak?
Haha. Mmg tak la kan. Tak reti acikk..... mahap..

Pastu beli yg dah siap masak je. Sonang.
Balik rumah kasik dia berenang dalam piuk.

Aku takde masalah nak makan ikan patin.
Dan aku takde masalah nak makan tempoyak.

Cumanya... aku tak la suka bebeno.
Makan cuit cuit camtu je lah sesket.
Aku ni manade menda aku yg makan beria.
Harus cuit cuit je. Takyah la nak kasik aku makanan sepinggan. Sure tak abis.
Tapi laksa oke. Boleh habis. Hihi.

Oh laksa.... boleh dah ke makan ah? Ke kena pantang? Bunga kantan pun orang kata 'tajam' jugak. Ohhh.....

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign