Pages

26 June 2013

Edisi Beetroot : Apa Lagi Nak Buat?

Buntu dah aku apa nak buat lagi sebijik dgn beetroot tu.

Nak blend buat juice, rasa cam tak mo buat dah.
Jadi google.

Dapat satu resepi yg agak sihat dari web Masterchef.
Mari tgk.

Buah Pic Bersoskan Ubi Bit Dan Avocado Bersama Salad Sosej

Bahan-bahan:
1 biji Buah Pic
1 biji Ubi Bit Merah
1 biji Avocado
150gm Gula
1 batang Kayu Manis
2 kuntum Bunga Lawang
3 biji Buah Pelaga

Cara-cara penyediaan Ubi Bit Merah:
Panaskan air, masukkan gula, kayu manis, bunga lawang dan pelaga sehingga mendidih.
Masukkan buah pic biarkan selama 10 minit.
Parut ubi bit merah kemudian masukkan bersama buah pic tadi sehingga ubi pit merah mengeluarkan warnanya.
Apabila buah pic sudah empuk matikan api dan ketepikan.

Cara-cara penyediaan Sosej:
Potong sosej menjadi dua bahagian dan salai diatas kuali sehingga kekuningan.
Potong roti ciabatta memanjang kemudian bakar dalam ketuhar selama 8 min dengan suhu 150’c.
Potong dan bakar roti Foccasia sama cara dengan roti ciabatta.

Cara-cara penyediaan Salad Sosej:
Potong sayur salad, tomato, bunga merah kecil dan avocado gaulkan dengan jus lemon, garam dan lada sulah.
Hidangkan.

** 
Ni masa MC season 1. Wahidan yang buat. Tapi aku rasa ini mmg resepi sihat ni. Boleh telan tak boleh je kan. Haha.

Selain tu boleh jugak masuk dalam sup. Macam resepi kat sini - mesra.net.

Tgk lah nati. Apa aku nak buat.
Susah2 ku goreng je. Goreng ngan tepung magik tu. Boleh la kot. Haha.

p/s : Bes giler kot adiah Syura dpt smlm. Dpt g Paris naik A380. Business class. Hoihhh... nampaknya glamer balik la penyanyi Nazam Berkasih nih. Huhu.
Boleh tgk kat web ni la ke-best-an A380 nih. - MAS A380

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign