Pages

7 June 2013

Edisi Novel : 3 Buah Novel - Settled!

Oke, mari tgk 3 buah novel yg dah di baca. Instead of 2 buah yg di skip, 3 ni dibaca dgn penuh minat. Let's tengok.


Pertama : Alang Rebus Tak Empuk. Buku keluaran Adiwarna. Lama da beli ni sebenarnya. Beli online. Tapi masa kerja dulu, cam takde masa sgt. So, baru ada peluang nak baca. Sbb apa aku beli? Siapa yg ada novel Surat Ungu Untuk Nuha (SUUN) (by Kak Su), 'kenal' la kan siapa Alang tu kan. Huhu. Aku ingat ada kaitan. Rupanya takde. Tapi ada la jugak sesket. Sbb watak utama dalam novel ni - Shifa, obses sgt ngan novel SUUN tu. Tp takde la sapa pun yg rebus tak empuk. Ha...dalam novel ni Shifa sebagai heroin digambarkan tak berapa nak lawa. Eh. Takde la tak lawa. Macam Cheryl Samad juga katanya. Citer bebudak remaja yg blaja kat U. Aku dah tak berapa nak "in" pulak citer remaja2 ni. Maklum la da kertu katanya. Tp oke lah. Dpt mengimbau kenangan kita masa belaja dulu kan. Cuma... yg tak berapa nak "kena"  adalah bebudak ni pegi belajar, tp sibuk nak mencari pasangan pula kan. Smpai sanggup bangun tengah malam, buat solat sunat utk dapat jodoh. Bukannya solat hajat utk lulus exam (-_-"). Tapi tu lah... yg positifnya adalah...kalo kita tak putus asa berdoa, Insyaallah, Allah makbulkan doa kita. Allah itu Maha Mendengar kan.
Sapa nak baca buleh la baca... takde la tak best sgt. Bebudak U suka la kot. Hihi.

Next
drama bukan kerana aku tak cinta
Sesaat Cukup Bagi Ku - Laila Hani. Keluaran LoveNovel Publication. Beli masa Pesta Buku PWTC tu ari. Kenapa aku beli? Sbb baca sinopsis dia ada kisah pasangan yg dah kawen 7 tahun tp takde anak. Haha. Jarang2 kan orang buat citer camni. Tp tidak la citer pasal takde anak tu pun. Cerita ni sebenarnya pasal "cina buta". Bila cakap pasal cina buta ni kita faham la kan. Watak utama - Mai yg dah kawen dgn Irfan. Kawen masa belajar. Tapi, dah 7 tahun takde anak. Entah cemna, kerana panas baran Irfan, Mai kena cerai talak 3. Lps tu, tau la kan...cam biasa, ada orang jadi cina buta. Lps tu harus la tak dilepaskan. Mai pun dah jatuh sayang dgn suami baru dia. Memang cerita macam biasa2 je. Tp pengisian cerita tu pun bagus juga diolah. Mai yg sekejap2 ada rasa sayang pada suami lama. Tp dalam pada tu jatuh sayang pada suami baru. Dengan kehadiran anak2 tiri dia. Yg si adik suka ngan ibu baru. Tp si kakak, tak suka. Cemna Mai ni buat smpai si kakak terima kehadiran dia. Keluarga mertua dia pun suka dgn dia. Perjalanan dia yg 'diburu' oleh bekas suami. Dan akhirnya dia pregnant juga. Tapi itu bukan ending dia. Ada lagi yg tragis lps tu. Hihi.
Bes juga lah. Boleh baca. Recommended. Aku settle buku ni dalam masa sehari. If aku boleh habiskan dalam masa sehari, mmg aku teruja lah dengan cerita tu. Hihi.

Seterusnya - Bukan Kerana Aku Tak Cinta - E-man Sufi (Karya Seni). Pun dibeli masa Pesta Buku tu ari. Ini pun best jugak la. Lain dari yang lain. Citer seorang ketua gengster (Jebat) yang dah insaf. Jadi baik. Jumpa plak seorang gadis manja yg bernama Mastura. Anak orang kaya. Cucu Tan Sri. Mastura ni tak boleh tidak, nak jugak kat Jebat ni. Dapat kawen. Dah kawen memacam masalah timbul. Mendebarkan. Maklum lah, ada kegiatan gangster katanya. Dgn Jebat ni yg ada tatoo kat badan. Takuitt.... Lps tu ada bapak sedara yg menjalankan aktiviti2 kump gangster (abg kawasan). Walau cemnapun, sejahat2 mereka, ada satu kebaikan yg dibuat. Dan kebaikan itu lah yang membuatkan hubungan Mastura dan Jebat kembali bertaut. 
Tapi, tak habis di situ, si penulis saja nak mainkan perasaan kita yer... konon cam Jebat ni dah mati la. Hihi. Aku ni kan suka potong stim. Terus tgk page akhir. Haha. Mati ke tak?? Hihihi..
Baca lah kalau nak tau mati ke tak si Jebat. Tapi best la.. lain dari biasa. Boleh je kalo nak buat tambah koleksi novel. Kata orang tu tak membosankan la smpai kita nak skip baca buku lain. Oke je.

So, itu 3 dulu buat masa ni. Sekarang dah kurang sket nak membaca. Ye lah. Asik membaca je pun bosan jugak. Asyik online pun bosan jugak. So, selang seli.

Disclaimer : Ini semua bacaan ketika M.C satu bulan ini.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign