Pages

Showing posts with label uitm Melaka. Show all posts
Showing posts with label uitm Melaka. Show all posts

17 January 2019

Jumpa Sahabat Lama

Ini sahabat kesayangan saya.
Sahabat, yang bukan saja BFF, tapi kesayangan dunia dan akhirat.
Persahabatan ni kiranya dari kami satu course DPA di UiTM (ketika itu ITM) Melaka. Tapi, masa tu tak berapa rapat.
Diteruskan bila kami sesama course BCA. Masih di UiTM yang sama.

Norzatuliffah.
Tau dak berapa lama kami tak jumpa.
14 tahun rasanya.
Last masa konvo tahun 2003. Tapi, Zatul kata dia ada datang KL, masa aku kerja KL. Tapi aku pun dah lupa. Lama giler. Yang pasti memang lebih dari 10 tahun pun.

Byk kali jugak lah kalau aku pi Johor, contact dia. Tapi, tak dpt berjumpa.
Kali ni Alhamdulillah.. Allah perkenankan.
20 Disember 2018.
Dia datang dari Batu Pahat ke Pontian.
Jauh juga kalau ikutkan tu.
Sbb aku mai Johor hari Khamis, makanya lps balik kerja baru dia dapat dtg ke Pontian.

Berdebar okeh masa nak tunggu dia tu.
Hehe.
Macam 1st date gitu.
Pastu jumpa je terus "huwaaaa.....!"
Peluk..peluk.. gelak.. gelak.
Dak Rizq cam "apahal pulak mak aku ni"
Haha.

Senang je kiterang jumpa. Suh depa datang hotel kiterang stay kt Pontian tu.
Lps tu, kat situ byk kedai makan.
So, kami lepak2 kat kedai je lah.
Org pulak tak ramai. Udah rupa kiterang je pajak kedai tu.
Jangan memain oi. Kedai hisptur ni. Kedai burger.
Sedap jugak food dia.

Tkpe. Meh aku memorikan dalam blog juga sesudah abadikan dalam FB.
Gambar ni, dalam fon yg masuk jamban tu, tapi yang ni aku upload cepat. Lps je jumpa terus upload. Jadi, selamat semuanya. 
Seronok sangat.
Tq tau Zatul dgn pelbagai present.
Dak Rizq pun dapat truck.
Dgn coklat nya lah.
Pastu para husband pun jenis okay. Ramah tamah je sembang macam dah lama kenal.
Seronok lah.
Pasni entah bila jumpa lagi skali.
Masa anak2 dia kawen pulak gamaknya :D


Zatul ada 2 hero dan sorang heroin. Besar2 dah anak dia.

Not bad gak kedai ni. Orang Pontian buleh la try
Para husband yg tlg ambikkan gambar.



5 September 2014

Al Fatihah : Dr Ilias Zaidi

Kredit : Sinar Harian

Beliau adalah lecturer masa buat Diploma Pentadbiran Awam kat UiTM Melaka (tahun 1998 - 2000).
Tahu berita ni lps kengkawan share2 kat FB.

Banyak juga kenangan bersama arwah ni.
Sbb dia suka ngusik Juwita, kawan aku tu. Dia suka budak putih2 nih. Huhu.
Orang yg pernah belajar ngan dia tahu lah dia cemna.. tp bagi aku, takde la rasa annoying pun. Funny je.
Kami (aku n Ita) selalu gak jumpa dia secara personal. Dia ada bagi nasihat2. Dulu dia tahu aku punya cita cita nak jadi lecturer (yg entah bila nak tercapai agaknya. Dah pemalas..ada hati nak jadi lecturer bagai. Pfttt...)
Pastu dia pun tak kedekut markah, which..kiterang score paper dia. Kalau tak silap, paper dia - isu semasa. Kalau tak silap la..sbb aku buat assignment berkaitan reformasi masa tu. Dapat markah tinggi chuolss... hikhikhik. 

Al-Fatihah untuk arwah...

26 February 2014

Trip Ke Melaka 2014

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Huwa.. ini kejadian bila nih?
Awal bulan tu hari. Masa yg blog aku giler tu. 8 Feb 2014.
Pastu terus down, malas nak buat entry blog.

Wedding my alam maya friend's.
Hihi.
Back in 2002 - 2004. Masa tu manade facebook instagram segala.
Yg paling bes nak carik kawan (selain MIRC yang duk tanya ASL yang bukan bermaksud asal tu) adalah di forum. Aku paling aktif di forum mesra dot net. Dari situ kami berkawan, smpai lah sekarang.

Kira kawan ni tahap bebetul kawan. Bukan setakat hai hai bye bye. Cam aku, mmg ada 3,4 orang yg mmg rapat hingga sekarang. Siap jadi pengapit segala. Yang sanggup turun kampung aku masa aku tunang, kawen. Hurm. Kawan sekolah pun tak camtu kan.. eh..? Hahaha.

Yang bes tu, masa porem kan tak guna nama betul. Dan nick name itu lah kami guna sehingga sekarang. Kawan yg kawen ni namanya Jamilah. Tp kami senang panggil Hasta. Hihi.

Ohoi. Aku tak tahu lah kenapa aku boleh bertolak dari KL jam 1tghari. Bayangkanlah.
Aku bajet smpai Melaka dalam kul 2 lebih. Sejam setengah kan.
Sekali kau... 5 minit lagi dewan nak tutup yakni 3.55petang. =_=

Ini lah pertama kali dalam hidup aku buat perangai cemni.
Takmo buat dah... giler kau. Mujo pengantin tak pergi outdoor lagi.

Oleh kerana lama tak pergi Melaka, kami decide overnite terus.
Mula tu ramai yg nak overnite gak.
Tapi tak jadi.

Melaka.
Cam biasa la.
Ikan bakar. Coconut shake. Kuih Keria. Cucur Udang.
Ikan bakar. Makan kat Alai. Memula pergi kat Muara Sg Duyung tu. Pastu cam erk. Ramai giler kot. Kedai satu. Igt ada banyak kedai. Rupanya dia macam kat Jeram tu. Sebuah kedai. Tu yg terus g Alai tu. Dah tak jauh dah pun.

2x dah try nih. Dulu kedai lain. Ni kedai lain. Tapi tetap aku rasa Bagan Lalang gak best.
Entah ek. Kiterang tetap suka seafood BL lah. Tak kira kedai mana. Mmg sedap situ.




Coconut shake (CS). Wajib kot. 
Mula tu kami gi lepas kenduri. Pergh. Panas. Dengan tempat penuh. Nak beratur panjang. So, tak payah. Pergi sebelum balik je lepas check out. Awal2 lagi. Tak la ramai sgt orang. Minum situ dan tapau gak satu. Tp apsal skrg ni rasa susu sangat eh. Dulu cam bes sket.
Katanya sekarang CS Batu Berendam lagi bes eh?

Oh. Kami tido kat Explorer Hotel.
Recommended.
Bes. Tgh bandar. Easy access. Bebetul sebelah Mahkota Parade. Dan berdepan dengan Dataran Pahlawan.
Tapi takde breakfast.



No hal. Kami breakfast kat kedai perhentian kuih kampung. Dekat gak ngan hotel (naik kereta la. Jangan jalan kaki lak).


Balik tu saja ikut jalan dalam - lalu Masjid Tanah semua. Dan wajib lalu UiTM Londu. Haha. Dulu dah pernah masuk dalam. Skrg tak payah la. Pass by pun cukup. Kang menyampah laki aku kang. Apa keja nak pergi UiTM je kan.


Berhenti jap Alor Gajah. Makan cucur udang. Apsal tak rasa cam dulu dah. Tak bes.
Nasi Ayam Nadia kat stesen bas tu mana pergi? Tu lagi tempat kenangan. Lunch date situ. Kira abis haibat dah lunch nasik ayam. Hehari pun takpe katanya. Almaklum lah masa tu boipren ada keta. Huwa huwa huwa.... bongok je cite2 camni. 
Stesen bas pun dah besar. Pasar tetap sama.

Oh. Cuma tak dapat satu je. Kuih Keria kat Limbungan tu je.
Masa nak balik nampak kedai tu.
Tapi masa dari tempat kenduri kawan aku tu, tak perasan.

Sedih. Tkpe, ada rezeki kita pergi yea.

Pendek kata - bes gi Melaka kali ni. Smooth je :)

3 July 2012

Edisi Menyusur Kenangan : UiTM Melaka Dihati

1997 - Bermula lah satu episod baru dalam hidup. Menjejakkan kaki ke satu tpt yg dirasakan begitu asing. Walau dah biasa tinggal di asrama, itu lain lah. Setiap mggu mak ayah menjenguk. Tpt ini dirasakan terlalu jauh. Mmg tak terjangkau dek akal. Ditawarkan ke ITM Melaka (Lendu) adalah satu cabaran buat si gadis yang baru menginjak umur 18 tahun (eceh!). Hibanya rasa. Perak - Melaka. Jauh tu. 

1997 - Tak tahu kenapa aku terjebak dlm course Pentadbiran Awam. Cuma yg aku igt smpai skang adalah nasihat dari arwah abang ipar ku. Katanya course ni senang masuk kerja kerajaan [that's so true, sbb masa aku grad, kalo iklan paper mmg tertulis kelulusan ini]. Apakah yg bakal dipelajari? Yg nyata dlm pikiran aku ia adalah 'hitam putih' sbb aku tahu course ni byk membaca. Buku buku dan buku. Cemana aku yg kelas sains termasuk course ala ala sastera ni. Mmg aku rasa tak kena dgn jiwa. Sblm tu plak aku da masuk private collage dgn course yg femes amos ketika itu - Komputer Sains (mmg dlm tahun 97-98 tu orang seme berebut nak masuk course Comp. Science)

1998 - Setahun berlalu. Semakin bersemangat bila semester pertama pun merasa DL. Padahal tatau pun apa kebenda DL tu sebelum tu. Alhamdulillah. Rupanya, course 'hitam putih' ni mmg serasi ngan jiwa aku-boleh bawak la kata orang tu. Dan jgn menoleh kebelakang. Maintain pointer itu perlu (walo asik la berchinta ketika itu)

1998 - Kini ITM telah ditambah U di hadapannya.

1998 - Tpt yg dulu aku rasa jauh skang rasa dkt. Alah bisa tegal biasa. Setiap bulan pun balik Perak. Hihiw. Lagipun masa tu, smpai KL dah ada yg menanti. Ngeee. Balik naik bas ke Melaka pun ada yg menghantar kat Puduraya tu. Tp bila kuar kat tol Simpang Ampat, tetap rasa menyampah sbb dah ter 'bau' UiTM Lendu.

2000 - Dan akhirnya berjaya juga menghabiskan 6 semester dgn jayanya. Mohon pulak utk smbg Degree. Berdoa agar diletakkan di UiTM Melaka juga. Takmo Shah Alam.. takmooo.. Huhu. Degree juga adalah kesinambungan dari course DPA - Bach. of Corp. Admin [skrg dah takde course tu rasanya]

2000 - As ur wish dear. Mmg tercampak kembali ke Melaka. Tp aku suka. Sbb sng. Kenal seme lecturer yang ada. Dan blajar dengan tekun. Kali ni mmg bermacam pengalaman yg ada. Takpe.. itu seme kenangan kan. Yg penting result juga harus maintain.

2002 - 4 semester berakhir. Alhamdullilah.... result maintain dan aku makin pasti, mmg ini lah bidang aku. Bukan bidang berwarna warni yg aku rasakan dulu.

Dan kini.
2012 : Sepuluh tahun berlalu. Terkadang terselit rasa rindu dengan tempat yg menyimpan 1001 kenangan pahit dan manis tu. Rindu utk menjadi student. Belajar, belajar dan belajar.

2012 : telah lebih 8 tahun juga aku bekerja dengan kelayakan dari course yang diambil. Memang benar kata arwah abang ipar ku itu. Aku amat berterima kasih dengan cadangannya dulu. Benarlah, setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Lambat atau cepat saja. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


2012 : Kembali menjejakkan kaki ke tempat yang dulu nya ku anggap jauh sangat tu. Menyusur Kenangan, Mengimbas Memori.

Blok B - Balqis. Pun telah bertukar nama. Kenangan bersama rakan2 di hujung koridor. Kenangan main dokong dokong di bridge dgn BFF - Juwita. Duduk bilik tgkt atas sekali. Bila takde air, jenuh angkat air dari bawah. Haih.
Koperasi tpt beli roti coklat. Ada kafe kat atas tu yang terkenal ngan ayam masak itam nya.



Sempat solat zohor di masjid. Terimbas kenangan sewaktu MWS. Kecik sgt ketika itu rasanya.


Dah ada pejabat pentadbiran yang besar.


Course yang ada pun dah bertambah. Dulu cuma ada Fakulti Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Seni Lukis Seni Reka, dan Pentadbiran & Undang-Undang.



Terima kasih UiTM kerana menumpangkan saya menuntut ilmu. Banyak yg saya pelajari. Ilmu yang digunakan utk pekerjaan sekarang. 
Tidak sekali pun saya menyesal dgn course yg saya ambil dulu. Pilihan yg tepat.

Utk rakan2 ku.... rindu pada korang seme..
p/s : Zizatul, maknanya dah 10 thn kita tak jumpa. Rindu banget sama kamooo....

(Mantan Pelajar UiTM Melaka [Lendu] - DPA : 1997-2000, BCA : 2000-2002)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign