Pages

29 May 2019

Menyantuni Di Hari Raya

Bila2 nak raya ni mula lah akan keluar pelbagai Term And Condition di hari raya.
Pasal orang tak buang pampes anak kat rumah orang lah.
Pasal adik beradik taknak share2 duit utk makan lah.
Pasal ipar duai yang duk melepap taknak buat kerja dapur lah.
Pasal mak pak yang buat tak endah bila anak depa "meneroka" rumah orang lah.
And bermacam lagi lah.
Dan paling femes, yang menduduki tangga teratas - soalan2 sensitif di hari raya.
Salah satu nya "bila nak ada anak?"
I was there. For 7 years.
Ada satu tahap yg saya sangat marah!
Ya. Rasa nak bahasakan terus orang tu (dia pangkat adik kepada ayah. So, pakcik saya lah kan). Bukan tak selalu jumpa pun. Selalu je. Tapi, hari raya juga dia nak tanya "engkau ni bila lagi nak dapat anak?"
Saya bebuat tak dengar je.
Tapi, orang gini dia tetap akan tanya, tanya, sampai kita jawab.
Dia tak puas hati kalau kita tak jawab.
Saya pun tak ingat lah masa tu saya jawab apa. Saya rasa mungkin saya jawab "tanya pada Allah, saya tak tahu bila" agaknya lah.
Dan setahun selepas itu, saya dapat berita anak nya bercerai.
Tu lah.
Life kita bukan selamanya smooth. Bukan selamanya kita ni berada di atas.
Dah tu, kalau anak dah bercerai, ada tak kita nak menyebok tanya "dengar cerita anak pakcik dah cerai. Kenapa boleh cerai?"
Tak akan, kan?

Tapi, dah menginjak "remaja tua" ni, saya dah rasa malas nak berbalah2 ni.
Malas nak menyimpan rasa hati.
Malas nak marah2 dengan soalan sensitif.
Sekarang saya dah ada Rizq. Tapi, harus orang akan tanya "tak bagi adik dekat dia"
Jawapan saya simple "yang nak dapat sorang ni bergolak gadai.."
Haha.
Lepas tu kalau pasal pampes tak buang ka, apa ka yg remeh2 tu - tu abaikan je lah. Itu memang lah rasa geram je. Tapi, nak buat cemna. Alah, sesekali je pun.
Sebenarnya, ni semua attitude lah, kan?
Kalau kita ada sikap bertimbang rasa, takde lah akan keluar pelbagai term and condition ni.

Bukannya susah. Menda memang kita buat sebagai rutin.
Contoh - pampes anak. Kalau kita ada anak yg masih ber-diaper ni, harus kita dah ada nappy plastik. Alah, kalau taknak yg beli segulung tu pun, amik je lah plastik terpakai. Sumbat dalam beg anak tu. Bila anak berak ke kencing ke nak tukar pampes, masuk lah dalam plastik tu. 
Ate' kome tak buat gini ke kalau travel ke apa? Pelik lah kalau tak buat.

Sama juga kalau anak suka "meneroka" rumah orang.
Saya sebenarnya takut nak bawa anak rumah orang bila orang dah bising2 pasal anak tak behave lah apa lah. Risau tau. Sbb toddler ni, lagi lah perangai tak boleh dijangka tau.
Rizq sekarang dia takde nak meneroka rumah orang.
Sekarang dia buat perangai taknak masuk rumah orang.
Haaa... last year pun dah buat sekali.
Orang tu ajak makan kat dapur. Dia buat keras je duk luar rumah. Ko ghaser? Sepanjang kitaorang makan dia taknak jejak kaki dia kat dapur orang tu. Lps tu "balik...balik"
Tahun ni pulak, ada rumah2 yang kiterang pegi, dia taknak masuk.
OMG lah sangat.
Naseb sekarang dia bercakap pun tak faham biji butir lagi.
Cukup risau kalau nanti dia dah bercakap elok, pastu dia cakap menda2 yang buat orang kecik hati. 
Anak buah pernah tau, dia taknak masuk rumah orang. Mak dia ajak2 juga, pastu dia cakap "taknak, rumah kotor" 
Alamak! Pitam. Masa tu dia dalam 4,5 tahun camtu.
Macam rumah mak engkorang ni bersih nau. Kan?
Sekeh kang!

Tu lah citer nya.
Apa pun, kita santuni lah semua orang di hari raya ni.
Hari raya, hari bergembira.
Bukan untuk bermasam muka.
Kita pun taknak bermuram durja, orang lain pun hati pun terjaga.
Settle :)

27 May 2019

PROJEK SUSU IBU UNTUK BAYI MISKIN



Kehidupan kita mungkin selesa dan tidak pernah berhadapan dengan masalah kekurangan makanan. Atau kita tak pernah berhadapan dengan orang yg putus susu utk anak dia.
Kan?
Tapi, sebenarnya ada.

Pernah baca, ada hamba Allah ni bercerita seorang ayah yang nak belikan susu tin (pekat manis) untuk anak dia, sbb dia dah diberhentikan kerja. Takde duit. Nak beli susu tepung paling murah pun takde duit. Dah 2 bulan katanya anak dia tak minum susu tepung.
Bayangkan kalau kita berada di tempat nya.
Kita terlalu mewah dengan pelbagai makanan (esp bulan puasa ni) sehingga ada yang tidak dihabiskan. Tapi, ada diluar sana yang kais pagi makan pagi. Yang bersesak untuk mendapatkan sepeket susu tepung untuk anak.

Allahu.
Perit rasa kerongkong menahan hiba.
Latar belakang kita yang mempunyai kawan2 yang seperti kita membataskan pergaulan kita dengan orang yg jauh lebih tidak bernasib baik.
Tapi, sebenarnya mereka ada.


Di bulan mulia ini, jom lah kita bantu.

Ini bukan post iklan berbayar. Biasa kalau posting macam ni, macam iklan je kan.
No. Ini adalah CSR saya sendiri sebagai empunya blog yang juga PEMBIMBING RAKAN PENYUSUAN TERLATIH (BREASTFEEDING PEER COUNSELOR).

Kita mungkin tak pernah berjumpa dengan ibu dan bayi miskin ni.
Kita mungkin nak sangat bagi bantuan kepada orang susah ni, tapi tak sempat untuk mengadakan pertemuan dengan ibu dan bayi miskin ni untuk memberikan bantuan.

Tapi takpe, ada foundation yang akan bantu kita untuk membantu :)
ArbaFoundation akan melaksanakan satu projek untuk membantu ibu dan bayi miskin ini.
Jom sesama kita menderma untuk projek ini.
"Projek Susu Ibu Untuk Bayi Miskin"
Ibu ibu akan diberi bantuan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu dan seterusnya ibu akan diberi bantuan makanan yang sihat agar susu yang diberikan utk bayi adalah susu yang lebih berkhasiat.

Untuk fasa pertama, bantuan akan dilaksanakan di kawasan Lembah Kelang.
Foundation ini memerlukan RM500 untuk setiap bayi yang dibantu.
Sasaran bayi miskin adalah 500 bayi.
Setakat saya menulis posting ni, sebanyak 435 telah berdaftar.


Bayi miskin ini dapat dibantu dengan

1. Bimbingan penyusuan oleh kaunselor penyusuan selama 3 bulan.
2. Bantuan makanan sihat sebanyak RM100 sebulan selama 2 bulan.

KAEDAH BANTUAN
Sasaran : 500 Ibu miskin yang bakal melahirkan anak mulai bulan Julai 2019 di kawasan Lembah Klang.
Tempoh bantuan : 1 Julai - 31 Disember 2019

1. Bulan pertama : Satu sesi bimbingan secara fizikal oleh kaunselor penyusuan untuk ibu yang bakal bersalin dalam jangka masa kurang 1 bulan untuk persiapan kesihatan fizikal dan mental. Ibu tersebut juga mendapat akses untuk berhubung dengan kaunselor penyusuan melalui panggilan telefon dan mesej sepanjang tempoh sebulan itu.

2. Bulan kedua : Satu sesi bimbingan secara fizikal oleh kaunselor penyusuan sejurus selepas ibu tersebut melahirkan anaknya tentang cara menyusukan anak dengan betul. Bantuan pemakanan sihat bernilai RM100 juga akan diberikan pada bulan kedua ini. Ibu tersebut juga mendapat akses untuk berhubung dengan kaunselor penyusuan melalui panggilan telefon dan mesej sepanjang tempoh sebulan itu.

3. Bulan ketiga : Satu sesi bimbingan secara fizikal oleh kaunselor penyusuan untuk ibu bagi membantu ibu tersebut mengatasi cabaran dalam menyusukan anaknya dan mengekalkan momentum penyusuan sehingga usia bayi sekurang-kurangnya 6 bulan. Bantuan pemakanan sihat bernilai RM100 juga akan diberikan pada bulan ketiga ini. Ibu tersebut juga mendapat akses untuk berhubung dengan kaunselor penyusuan melalui panggilan telefon dan mesej sepanjang tempoh sebulan itu.Kaunselor penyusuan yang dilantik adalah mereka yang berdaftar dan terlatih di bawah Persatuan Sokongan Penyusuan Susu Ibu.

Berapa yang boleh disumbangkan? RM500 seorang kah?
Jangan risau.
Sumbangan adalah bermula RM10 sahaja seorang.
Kalau dapat bagi lebih; Alhamdulillah.

Cemna nak sumbang?
Boleh klik link ini untuk donate
[projek susu ibu untuk bayi miskin]
- boleh masukkan nama kalau nak, atau kalau taknak masuk nama, just tick kotak "don't show name in donors list"
- jangan lupa masukkan no fon sebab nanti nak sign in guna no fon.
- boleh juga masukkan nama ramai2. Kalau ada kawan ke, club ke, persatuan ke, boleh je masukkan nama semua yang menyumbang atau letak nama persatuan je :)
- then klik proceed to payment.
- nanti akan ada senarai nama bank2 yang kita boleh buat direct trus bayaran online. Contoh, kalau kita ada akaun Maybank, trus klik pada ruangan Maybank.
- trus je buat maybank2u macam uols buat shopping online tu (",)
- then settle. Dapat lah receipt.
- lps dah buat bayaran, buleh sign in. Nanti dia akan bagi pin number pada no phone yang kita register tu.
- Settle :)


Mana tahu, moga dengan asbab sumbangan ini, Allah mengangkat darjat dan memakbulkan doa kalian di bulan dan hari yang baik ini. InsyaAllah.

Sekian dari saya,
Ida.
Rakan Pembimbing Penyusuan Terlatih.

#breastfeedingpeercounselor
#pcsentul
#mbfpca

23 May 2019

Beli Periuk Go Shop

No No No.. 
Bukan periuk CT Nurhaliza tu.
Periuk Shogun tu ja.
Bukan ada plan pun nak beli.
Tapi, sbb ter tekan cenel Go Shop.
Tgh cef wan tgh bebel2 memasak dgn Shogun tu, terus macam nak beli.
Hadoi. Pengaruh betul.
Sbb tu tak bleh tgk Go Shop ni.

Tp, ada juga faktor lain. Sbb nak guna periuk baru utk dapur (elektrik) baru.
Ha. Ni pun blum cerita eh. 
Induction cooker rumah kiterang dah rosak.
After 6 yrs, rosak. 
Bila hantar baiki, kedai kata (kena hantar kat kedai dia semula, bkn bleh hantar tmpt lain) motherboard rosak and cost dia - baik - beli - baru.
So, sbb masa tu dah nak puasa, and mak nak masak masa bulan puasa, have to lah beli baru. Kebetulan ada expo kat PWTC masa tu, terus la order sebijik.
Brand lain. Tapi function sama. Ada induction, ada ceramic.
Lps tu dapat sebijik air fryer percuma bila beli dapur ni.
Air fryer ni nanti kita citer lain. Belum guna pun lagi. Nati mak Rizq nak guna utk buat biskut raya. Hehe.

Okay back tu Shogun.
Nak beli sbb buleh guna dgn ceramic cooker.
Induction cannot utk periuk jenis granite nih.
So, beli lah yg 5 beradik ni.
Murah kat Go Shop ni.
Sbb tu beli tanpa ragu2.
Pulak tu berdesup sampai. Tu hari beli vacuum komain lama nak sampai.
Ni order hari Jumaat, Isnin sampai.
Isnin tu pulak kiterang cuti. Udah la tak bayar lagi. Nasib officemate ada cash bayarkan dulu. Haish.
Best lah.
Tak melekat, nak cuci senang je.
Kadang macam tatau eh, dah cuci belum ni pan ni.
Takat ni baru guna hok pan leper tu je.
Pagi tadi buat siakap ala ala stim utk dak Rizq.
Eh. Cepat masak dia.
Penutup periuk tu buleh guna utk pan.
Tambah masak guna ceramic cooker tu, bila dah turn off pun still masakan tu panas. So, kena pandai control. Kalau masa goreng2, jangan sampai terhangus.
Periuk2 ni tak boleh guna utk dapur gas.
Sayang!
Haha.

Oleh kerana dtg 5 beradik ni, makanya ada lah yg kena keluar. Sbb orang minimalis, ada masuk, kena ada yg keluar.
Periuk2 lama yg dah patah handle, yg dah terbako telinga nya, kena lah keluar.
Itu semua beli kt ikea je.
Pi juai kat recycle centre. Dapat la 2,3 kupang. Jadik lah.

Okay, nanti kita citer gajet air fryer pulak :D

15 May 2019

Ramadan 1440H

Tiada wish pun sempena Ramadan kali ni.
Kalau dulu, setiap hari pun ada entry bulan Ramadan.

Dah puasa ke 10 dah kita hari ni (15.5.2019).
Memacam juga puasa tahun ni.
Ada pulak yang nak buat say no to bazar challenge.
Maknanya toksah pegi bazar. 
Pulak dah.
Memacam korang ni.

Agaknya dia dah pernah terkena berbagai peristiwa pahit di bazar Ramadan.
Sebab tu la gamaknya dia buat challenge tu.

Lepas tu, yg tak setuju, komain la marah.
Haha.
Apa ni sisturr... rilek la.

Tak mana ada orang sahut cabaran tu.
Di mana2 ada bazar Ramadan, di situ lah orang ramai.

Bagai semut menghurung gula.
Apa nak takut.

As for kakak.
Kakak masak hari bekerja.

Sebabnya tak lalu kakak nak pi bazar hari bekerja ni.
Penat! Dengan panasnya dengan takde parking nya.

Idok la teman.
Jadi, kakak masak.

Cemana kakak masak?
Hari minggu tu, kakak sediakan pes. Kakak tak buat pes bebanyak. Cukup utk 5 hari tu ja. Macam 1st week tu kan. Kakak buat pes kari ikan, pes gulai lemak, pes sambal tumis, pes asam pedas. Senang kerja. Lps tu kakak beli kelapa parut, kakak buat santan. Bekukan dalam bekas puree Rizq dulu tu, lepas dah beku, keluarkan seketul2 tu masuk pulak dalam plastik seal Ikea tu. Nak masak letak lah seketul dua.


Baru tahun ni pun kakak buat style pes pes ni.
Sbb jalan jem truk tahun ni.

Construction MRT ni mmg membuatkan jalan sesak mesak.
So, kakak sampai rumah dalam 6 lebih pun okay lagi.
Pes tu kakak turunkan dari freezer sesiap waktu pagi. Balik tu dah nak cair dah.
Lepas tu, lebur kan je dalam periuk, baru masuk ikan apa semua.

Macam setgh orang dia masak sesiap trus. Letak ikan apa semua.
Tapi, yg gini ayah Rizq tak suka. Dia memang jenis tak suka lauk2 dipanaskan apatah lagi lauk frozen. Yang pes ni takpe. Lauk2 semua masuk kemudian.

Lauk pauk hasil laut semua kakak siap beli di Kuala Selangor hari Sabtu sebelum puasa tu.
Kakak memang beli dari sana utk stok. Jauh tak jauh la. Berbaloi kot. Memang harga takde la murah mana, tapi nak yg fresh tu. Sbb bahan basah laut ni, walau simpan sebulan pun rasa sedap lagi. Kami nak kurangkan penggunaan bahan awet tu. Esp utk Rizq.
Tapi sbb peti ais kecik takde la buleh beli byk. Kali ni dalam 200 ja beliannya.
Ada ikan tenggiri, ikan nyoknyok (1st time beli), ada ikan mata besar, ikan cencaru, bawal, siakap, sotong, udang. Jadik lah tu makan 3 beranak. Hehe. Takat ni masuk minggu ke 2, ikan bawal pun tak usik lagi, dan byk lagi ikan tak abis pun. Rasanya tahan ni sebulan.

Dan last weekend kakak  balik kg. Kami pi bazar kat Kuala Kangsar.
Uih.. meriah nya bazar sana.
Kami pi dgn kakcik n abgcik. Lagi lah memacam beli.
Ada kot dkt RM100 (utk 2 famili yg beli) abis gamaknya.
Entah lah tak kira. Tapi mmg banyak. Air je 3 jenis. Haha. Gilos betui.
Ni salah satu sebab kakak takmo gi bazar. Lps tu pulak bazar ni macam lain dari kt KL ni. Kalau KL tgk makanan tu macam takde la selera sgt. Kat sana, semua cam sedap2 je. Haha.

Biasanya weekend mmg kakak tak masak lah.
Minggu ni pulak dah plan utk berbuka dgn famili ayah Rizq.
Kakak ingat nak buat ayam masak bali ja. Itu pun dah jadi signature dish kakak jugak tu. Haha. Simple and senang. Sap sap saui.


Okay lah.
Selamat berpuasa semua.


Gambar maleh nak buh.
Kat FB kan ada byk dah.


Penat lah nak transfer2.. tak larat.
Haha.

8 May 2019

Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam

Uols penjawat awam?
Dan berumur 40 tahun?
Dah pergi buat medical check up?

Okay, pada yang belum tahu, meh kakakHR nak share perihal Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2003 yang menerangkan perihal Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam. Senang cerita, free medical check up utk org kerja gomen yang dah masuk umo 40 tahun.

Ini syarat2 nya


Ada?
Pernah pegi?
Kalau pernah, Alhamdulillah.
Apa resultnya?
Semua normal?
Alhamdulillah.

KakakHR dah dihantar utk medical check up ni oleh office kakak bulan lepas. Ya la..walo bulan 12 baru masuk umur 40 tahun, tapi memang dah kena lah ikut tahunnya.
So, beramai ramai lah kami (HQ) yang dah umur 40 pegi buat medical check up.
Before ni pun memang office kami ada buat.
Kali ni kami buat di UMBI, UKM.
Ini yang kami buat :

Dia akan check menyeluruh.

Masa kakak pergi tu, malam tu kena puasa. Start kul 12 t.malam sampai la habis pemeriksaan kita tu. Ala.. macam kita nak pergi minum air gula masa pregnant tu kan. Tp kali ni idak la kena minum air gula. Just kena buang air kecil ja. Utk tgk urine. Ada kawan2 kakak yg tak pass nak buang air. Sbb takde rasa nak terkencing. Hehe. Jadi, kena minum, minum. Minum boleh. Yang tak boleh makan je. Kakak okay ja. Tips nya : kalau dari rumah tu, tahan la nak terkucil sampai la sampai ke tempat check up tu. Harus berliter kau boleh bagi. Haha. Takde lah pun. Dia nak half dari urine cup tu je lah.

Memula kena ambik darah. Wooo..wooo... okay je. Byk juga dia amik. Kakak cam biasa, takmo tgk. Hehe. Ayah Rizq smpai 3x kena cucuk baru dapat amik darah dia. Memang susah sket nak carik salur darah ayah Rizq ni. Kena otai yang buat baru buleh. Dari dulu lagi lah.

Lps tu, kena buat body composition analysis.
Dia macam kena naik satu machine macam treadmill tu, lps tu berdiri lah dalam 5minit camtu. Nanti akan keluar result BMI berapa, lean balance, fat kau banyak mana. Haa... siap lah kau. Kakak BMI okay ja, tapi fat berlebihan kau. Ha.. fat.. lemak! Lepas tu lower body strength pun weak. Atas okay. Kena banyak berjalan.

Dah settle tu, kena buat spirometry test. Ai dun like tau dis one! Dia macam kena tarik nafas dari dalam (bukan ikut hidung), lepas tu tahan, lepas tu lepas.
Hey. Bukan tarik nafas biasa. Tapi, ada menda macam besar roller toilet tissue tu kena gigit tau. Kakak failed betul buat tu. Nyampah. Last2 org tu kata "puan taktau teknik dia ni" Hadoi. Taknak lah buat dah.

Dah settle tu, kena buat ECG, ambik BP apa semua. Yang ni okay saja.
Seminggu lepas buat tu dia emel lah result.
So, ini result akak pada usia lagi 7 bulan nak masuk 40 tahun.



Alhamdulillah lah.
Cuma kakak kena banyak exercise lagi lah.
Memang pun. Sekarang ni melepap tido je kerja nya.

Nak tau. Kakak pernah try zumba kat rumah tau.
Pasang video yg kakak download.
Lps tu, dak Rizq berguling2 tak bagi akak zumba.
Ya Tuhannn...ko dah kenapa dik?
2x dah akak test. Memang dia pegang kaki kakak dan berguling2 menangis tak bagi.
Jadi, cemna?
Mmg kena exercise kat bawah jugak lah gamaknya.
Eh. Swimming tu paling bagus.
Semua otot dan organ kita bekerja.
Jadi, lps puasa ni, kakak nak swimming balik.
Dalam sejam dua pun bantai lah.

Jadi, jaga lah kesihatan memasing.
Because,
Health is Wealth :)


Nota kaki : Kalau uols belum berumur 40 tahun. Atau uols kerja swasta dan office tak buat kemudahan ni, boleh je nak pergi dan bayar sendiri. 
Uols boleh claim pelepasan PCB income tax tau. Up to RM500. Simpan resit n next year buleh claim dan dapat pelepasan. Untung tak untung tu? Harus la untung uols... nanti buleh dapat balik cukai dah dibayar tu. Bukan senang tau. Siapa mau bagi :D


7 May 2019

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Training

26 - 28 April 2019.
Bertempat di MTDC, UPM.

So, jom share pengalaman saya yang attend 20 hours course utk melayakkan saya menjadi Peer Counselor (PC)
Sebelum tu, kalau berminat nak jadi PC, boleh register kat sini [entry level]
Register dulu, nanti dia panggil.
Macam KL ni rasanya ramai yang q. Saya pun rasanya dah 1 year kot register baru dia panggil utk attend course ni.
Kena masuk entry level dulu. Lps tu baru bleh go untuk advance level.
Itu panjang lagi ceritanya.
Apa2 kena masuk dulu entry level. Bila dah complete entry level, dah jadi PC terlatih dah.

So, utk bayaran, dia berbeza ikut tempat. Dan tahun juga. Mungkin last year harga murah. Kali ni saya bayar dalam 400+. Harga berbeza utk bukan ahli dan ahli MBFPCA. Nak jadi ahli pun boleh tgk sini [ahli mbfpc].



Course padat. Tapi best.
Seawal jam 8pagi dah start.
Hari Jumaat tu jem pulak. Memang naya betui. Tapi nasib baik sampai sebelum 8.30pg. Pendaftaran 8.00-8.30 pagi.
Saya ambil cuti. Bukan saya je cuti. Ayah Rizq pun cuti.
Ya. Untuk menjadi PC ni support group dari family, husband la esp, amat diperlukan.
Ayah Rizq cuti supaya dia bleh hantar amik dan tak perlu antar Rizq ke rumah nenek.
Habis kelas pulak dalam pukul 6pm.
Ya, begitu lah utk 3 hari.
1st time lah Rizq tinggal dgn ayah dia full entire day. 
They survived actually.
Haha!


Module training- 80% LDK - kerja dalam kumpulan.
Dan nak jadi PC kenalah banyak bercakap, kan?
Kami semua ada 26 orang dah 26 ni memang banyak bercakap. 
26 yang terdiri dari pelbagai background.

Alhamdulillah Allah permudahkan utk saya attend course ni.
Saya seronok sangat.
Berbeza sangat dgn bidang kerja. 
Lepas tu jumpa kawan2 baru yang memangnya total berbeza dgn bidang saya.
Ada yang buat confinement centre, ada yang Child Birth Educator, ada yang owner babyshop, ada nurse dan memacam lah. Owh. Best gila!


Dalam 3 hari tu memacam lah kami belajar.
Yang utama kami di ajar how to communicate with mothers.
Bab ni saya perlu banyak belajar.
Sebab dlm bidang saya kerja, yg memang ada rules n regulation yang perlu diikuti, kita tak boleh lah nak buat "lets the staff decide". Ha.. kang kalau lah dia suka MC, kita suruh dia decide apa dia nak, mau dia praktikkan MC aje lah bebila. 

Tapi, dalam bidang bf ni pulak, yang penting ada 3 points :
First : buat open ended question utk tahu masalah.
Second : Affirming mothers
Third : Educate.
Jangan sesekali bagi pilihan. Lets mother decide.
Gitu kekdahnya.

Banyak ilmu baharu yang dipelajari.
Penyusuan susu ibu ni tak susah mana pun.
Yang penting kena ada lah ilmu dan support dari family.

Okay.
Ada apa2, boleh contact me ya.
Jangan segan2.
Masa pregnant pun boleh kalau nak tanya apa2.
Nak home visit dalam pantang pun boleh.

Saya,
Ida.
Rakan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Terlatih anda :)

3 May 2019

Saya Rakan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Terlatih

Atau dalam bahasa omputih dia - Breastfeeding Peer Counselor (PC)
Gitew....

Untuk menjadi PC, anda mestilah menghadiri kursus selama 20 jam.
Lps dah complete, baru lah boleh diiktiraf sebagai Peer Counselor.
Jadi, atas passion dan minat saya towards penyusuan susu ibu, saya pun enroll untuk jadi PC.

Sebelum tu, meh saya citer cemna saya; yang bukan dari medical line, bukan dari OnG line, bukan dari paed mahupun nutrition line minat dalam bidang penyusuan ini. Seperti yang rakan2 yang mengenali saya tahu, saya adalah seorang yang menguruskan Human Resource di office saya. 

Benarlah janji Allah, setiap kesukaran, pasti datangnya kemudahan.
Perjalanan untuk mendapat zuriat agak sukar, tapi, journey penyusuan saya sangat dipermudahkan Allah. Sangat yang sangat ya :)

Sebenarnya masa pregnant saya tak terfikir pun utk menyusukan anak sehingga lebih 2 tahun. Me, myself rasa macam lebih senang bagi anak formula milk.
Masa pregnant, memang siap beli pam.
Bila dah beli pam, maknanya ada niat lah nak mengepam di office.
Tapi, masa tu blur je. Cemana nak pam, cemana nak simpan. Semua ni kena ada ilmu.
Masa pregnant tak gali pun ilmu ni.
Beli pam masa expo baby. Masa tu bln ke7 pregnant kalau tak silap.

Then masa cuti 4 bulan tu lah baru cari gali ilmu.
Sebab, susu saya ada. Dan cukup utk anak.
Bulan pertama memang ada top up. Walhal susu saya melimpah masa tu. Memang leaking memanjang. Cuma tulah, maybe saya pun tak pandai nak uruskan cemana. Takde cara yang betul dalam seminggu 2 yang pertama. Tak tahu pun ada PC, LC segalanya.

But luckily, Rizq Iskandar sangat pandai. Latch dia apa semua betul.
Kenapa saya cakap betul dan pandai. Sebab saya takde nipple pain. Takde nipple crack.
That's why saya kata journey penyusuan takde yang sedih pun. Semua gembira.
Cuma, sedara mara macam marah sbb baby taknak botol tu adalah.
Depa ingat kita saja taknak ajar.
Hehe.
Takde apa lah tu. Biar lah.

Lepas tu, saya belajar dan terus belajar.
Dan rupanya. Susu ibu lah paling mudah nak uruskan.
Ko takyah nak fikir usung segala susu bila keluar.
Bawak je lah nenen tu. Eh.. siapa je tak bawak nenen kan. Haha.
Nun pegi Sabah. Paling mudah lah famili yang berjalan dgn saya. Takde la kejap2 nak berenti buat susu lah, carik air panas lah. Selamba selak kekdahnya even dlm flight and tepi laut. 
Hey.. dah ada yg mudah  buat apa nak pergi yang susah??
Anak saya pun tak crancky kalau travel.
Paling mudah. Sbb kita sentiasa ada dgn dia. Tak perlu tunggu. Trus comfort dgn nenen je lah. Hehe :D

No. 
Saya tak memandang rendah pada ibu2 yang memberikan formula milk.
Its your choice.
And semua ibu pun nak yang terbaik untuk anak, kan?

Alah.
Saya nak cerita pasal course Peer Counselor saya.
Tapi, dah jadi cerita lain pulak.
So, nanti lah kita citer pasal PC pulak.
Apa pun, saya kini memang bergelar Rakan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu.


Anything regarding breastfeeding, don't hesitate to contact me.
Am happy to serve you :) 
Saya boleh buat home visit sekitar KL City Center atau Sentul.

Sama-sama kita promote and protect breastfeeding.
Kalau bukan kita sebagai ibu, siapa lagi?
So, jom!



INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign