Pages

27 May 2019

PROJEK SUSU IBU UNTUK BAYI MISKIN



Kehidupan kita mungkin selesa dan tidak pernah berhadapan dengan masalah kekurangan makanan. Atau kita tak pernah berhadapan dengan orang yg putus susu utk anak dia.
Kan?
Tapi, sebenarnya ada.

Pernah baca, ada hamba Allah ni bercerita seorang ayah yang nak belikan susu tin (pekat manis) untuk anak dia, sbb dia dah diberhentikan kerja. Takde duit. Nak beli susu tepung paling murah pun takde duit. Dah 2 bulan katanya anak dia tak minum susu tepung.
Bayangkan kalau kita berada di tempat nya.
Kita terlalu mewah dengan pelbagai makanan (esp bulan puasa ni) sehingga ada yang tidak dihabiskan. Tapi, ada diluar sana yang kais pagi makan pagi. Yang bersesak untuk mendapatkan sepeket susu tepung untuk anak.

Allahu.
Perit rasa kerongkong menahan hiba.
Latar belakang kita yang mempunyai kawan2 yang seperti kita membataskan pergaulan kita dengan orang yg jauh lebih tidak bernasib baik.
Tapi, sebenarnya mereka ada.


Di bulan mulia ini, jom lah kita bantu.

Ini bukan post iklan berbayar. Biasa kalau posting macam ni, macam iklan je kan.
No. Ini adalah CSR saya sendiri sebagai empunya blog yang juga PEMBIMBING RAKAN PENYUSUAN TERLATIH (BREASTFEEDING PEER COUNSELOR).

Kita mungkin tak pernah berjumpa dengan ibu dan bayi miskin ni.
Kita mungkin nak sangat bagi bantuan kepada orang susah ni, tapi tak sempat untuk mengadakan pertemuan dengan ibu dan bayi miskin ni untuk memberikan bantuan.

Tapi takpe, ada foundation yang akan bantu kita untuk membantu :)
ArbaFoundation akan melaksanakan satu projek untuk membantu ibu dan bayi miskin ini.
Jom sesama kita menderma untuk projek ini.
"Projek Susu Ibu Untuk Bayi Miskin"
Ibu ibu akan diberi bantuan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu dan seterusnya ibu akan diberi bantuan makanan yang sihat agar susu yang diberikan utk bayi adalah susu yang lebih berkhasiat.

Untuk fasa pertama, bantuan akan dilaksanakan di kawasan Lembah Kelang.
Foundation ini memerlukan RM500 untuk setiap bayi yang dibantu.
Sasaran bayi miskin adalah 500 bayi.
Setakat saya menulis posting ni, sebanyak 435 telah berdaftar.


Bayi miskin ini dapat dibantu dengan

1. Bimbingan penyusuan oleh kaunselor penyusuan selama 3 bulan.
2. Bantuan makanan sihat sebanyak RM100 sebulan selama 2 bulan.

KAEDAH BANTUAN
Sasaran : 500 Ibu miskin yang bakal melahirkan anak mulai bulan Julai 2019 di kawasan Lembah Klang.
Tempoh bantuan : 1 Julai - 31 Disember 2019

1. Bulan pertama : Satu sesi bimbingan secara fizikal oleh kaunselor penyusuan untuk ibu yang bakal bersalin dalam jangka masa kurang 1 bulan untuk persiapan kesihatan fizikal dan mental. Ibu tersebut juga mendapat akses untuk berhubung dengan kaunselor penyusuan melalui panggilan telefon dan mesej sepanjang tempoh sebulan itu.

2. Bulan kedua : Satu sesi bimbingan secara fizikal oleh kaunselor penyusuan sejurus selepas ibu tersebut melahirkan anaknya tentang cara menyusukan anak dengan betul. Bantuan pemakanan sihat bernilai RM100 juga akan diberikan pada bulan kedua ini. Ibu tersebut juga mendapat akses untuk berhubung dengan kaunselor penyusuan melalui panggilan telefon dan mesej sepanjang tempoh sebulan itu.

3. Bulan ketiga : Satu sesi bimbingan secara fizikal oleh kaunselor penyusuan untuk ibu bagi membantu ibu tersebut mengatasi cabaran dalam menyusukan anaknya dan mengekalkan momentum penyusuan sehingga usia bayi sekurang-kurangnya 6 bulan. Bantuan pemakanan sihat bernilai RM100 juga akan diberikan pada bulan ketiga ini. Ibu tersebut juga mendapat akses untuk berhubung dengan kaunselor penyusuan melalui panggilan telefon dan mesej sepanjang tempoh sebulan itu.Kaunselor penyusuan yang dilantik adalah mereka yang berdaftar dan terlatih di bawah Persatuan Sokongan Penyusuan Susu Ibu.

Berapa yang boleh disumbangkan? RM500 seorang kah?
Jangan risau.
Sumbangan adalah bermula RM10 sahaja seorang.
Kalau dapat bagi lebih; Alhamdulillah.

Cemna nak sumbang?
Boleh klik link ini untuk donate
[projek susu ibu untuk bayi miskin]
- boleh masukkan nama kalau nak, atau kalau taknak masuk nama, just tick kotak "don't show name in donors list"
- jangan lupa masukkan no fon sebab nanti nak sign in guna no fon.
- boleh juga masukkan nama ramai2. Kalau ada kawan ke, club ke, persatuan ke, boleh je masukkan nama semua yang menyumbang atau letak nama persatuan je :)
- then klik proceed to payment.
- nanti akan ada senarai nama bank2 yang kita boleh buat direct trus bayaran online. Contoh, kalau kita ada akaun Maybank, trus klik pada ruangan Maybank.
- trus je buat maybank2u macam uols buat shopping online tu (",)
- then settle. Dapat lah receipt.
- lps dah buat bayaran, buleh sign in. Nanti dia akan bagi pin number pada no phone yang kita register tu.
- Settle :)


Mana tahu, moga dengan asbab sumbangan ini, Allah mengangkat darjat dan memakbulkan doa kalian di bulan dan hari yang baik ini. InsyaAllah.

Sekian dari saya,
Ida.
Rakan Pembimbing Penyusuan Terlatih.

#breastfeedingpeercounselor
#pcsentul
#mbfpca

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign