Bila2 nak raya ni mula lah akan keluar pelbagai Term And Condition di hari raya.
Pasal orang tak buang pampes anak kat rumah orang lah.
Pasal adik beradik taknak share2 duit utk makan lah.
Pasal ipar duai yang duk melepap taknak buat kerja dapur lah.
Pasal mak pak yang buat tak endah bila anak depa "meneroka" rumah orang lah.
And bermacam lagi lah.
Dan paling femes, yang menduduki tangga teratas - soalan2 sensitif di hari raya.
Salah satu nya "bila nak ada anak?"
I was there. For 7 years.
Ada satu tahap yg saya sangat marah!
Ya. Rasa nak bahasakan terus orang tu (dia pangkat adik kepada ayah. So, pakcik saya lah kan). Bukan tak selalu jumpa pun. Selalu je. Tapi, hari raya juga dia nak tanya "engkau ni bila lagi nak dapat anak?"
Saya bebuat tak dengar je.
Tapi, orang gini dia tetap akan tanya, tanya, sampai kita jawab.
Dia tak puas hati kalau kita tak jawab.
Saya pun tak ingat lah masa tu saya jawab apa. Saya rasa mungkin saya jawab "tanya pada Allah, saya tak tahu bila" agaknya lah.
Dan setahun selepas itu, saya dapat berita anak nya bercerai.
Tu lah.
Life kita bukan selamanya smooth. Bukan selamanya kita ni berada di atas.
Dah tu, kalau anak dah bercerai, ada tak kita nak menyebok tanya "dengar cerita anak pakcik dah cerai. Kenapa boleh cerai?"
Tak akan, kan?
Tapi, dah menginjak "remaja tua" ni, saya dah rasa malas nak berbalah2 ni.
Malas nak menyimpan rasa hati.
Malas nak marah2 dengan soalan sensitif.
Sekarang saya dah ada Rizq. Tapi, harus orang akan tanya "tak bagi adik dekat dia"
Jawapan saya simple "yang nak dapat sorang ni bergolak gadai.."
Haha.
Lepas tu kalau pasal pampes tak buang ka, apa ka yg remeh2 tu - tu abaikan je lah. Itu memang lah rasa geram je. Tapi, nak buat cemna. Alah, sesekali je pun.
Sebenarnya, ni semua attitude lah, kan?
Kalau kita ada sikap bertimbang rasa, takde lah akan keluar pelbagai term and condition ni.
Bukannya susah. Menda memang kita buat sebagai rutin.
Contoh - pampes anak. Kalau kita ada anak yg masih ber-diaper ni, harus kita dah ada nappy plastik. Alah, kalau taknak yg beli segulung tu pun, amik je lah plastik terpakai. Sumbat dalam beg anak tu. Bila anak berak ke kencing ke nak tukar pampes, masuk lah dalam plastik tu.
Ate' kome tak buat gini ke kalau travel ke apa? Pelik lah kalau tak buat.
Sama juga kalau anak suka "meneroka" rumah orang.
Saya sebenarnya takut nak bawa anak rumah orang bila orang dah bising2 pasal anak tak behave lah apa lah. Risau tau. Sbb toddler ni, lagi lah perangai tak boleh dijangka tau.
Rizq sekarang dia takde nak meneroka rumah orang.
Sekarang dia buat perangai taknak masuk rumah orang.
Haaa... last year pun dah buat sekali.
Orang tu ajak makan kat dapur. Dia buat keras je duk luar rumah. Ko ghaser? Sepanjang kitaorang makan dia taknak jejak kaki dia kat dapur orang tu. Lps tu "balik...balik"
Tahun ni pulak, ada rumah2 yang kiterang pegi, dia taknak masuk.
OMG lah sangat.
Naseb sekarang dia bercakap pun tak faham biji butir lagi.
Cukup risau kalau nanti dia dah bercakap elok, pastu dia cakap menda2 yang buat orang kecik hati.
Anak buah pernah tau, dia taknak masuk rumah orang. Mak dia ajak2 juga, pastu dia cakap "taknak, rumah kotor"
Alamak! Pitam. Masa tu dia dalam 4,5 tahun camtu.
Macam rumah mak engkorang ni bersih nau. Kan?
Sekeh kang!
Tu lah citer nya.
Apa pun, kita santuni lah semua orang di hari raya ni.
Hari raya, hari bergembira.
Bukan untuk bermasam muka.
Kita pun taknak bermuram durja, orang lain pun hati pun terjaga.
Settle :)
1 juta komen:
Macam saya, dah beberapa tahun ni tak de dah dengar soalan2 macam tu....sebab selalunya, mak terus je tlg jawabkan.... lega lah sikit...satu hal lagi...mungkin orang sekarang banyak yang dah ada kesedaran rasanya.....tapi kalau ada je soalan macam tu....nak jawab macam kekda..."tanya pada Allah...saya tak tahu bila".....tak faham lagi tak tahu lah kannn.....=)))
Terima kasih atas komen anda :)