Pages

Showing posts with label mbfpca. Show all posts
Showing posts with label mbfpca. Show all posts

30 October 2019

3 Dinner di Tahun 2019

Okeh. I rangkumkan sekali cerita 3 dinner I hadiri untuk tahun ni ya.

Dinner pertama
Dinner anjuran Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association (MBFPCA).
Bulan Ogos. 24.8.2019.
Ini adalah dinner bersama rakan kaunselor penyusuan (PC).
Bertempat di Dewan Tentda Merah, Cyberjaya.
Temanya Vogue.



I siap order baju dari Zalora (konfiden masih saiz S. Pastu tak muat. Kena bukak dat. Kuikuikui).
I join sbb I nak gather dgn kawan2 yang bukan dari bidang I.
Pergi dgn 2 lagi PC yang duduk dkt area rumah I. Intan n Rathika.
Intan dr Sg Buluh, parking rumah I and myDH hantar pi kat Petronas Batu Caves, then naik kereta Rathika pi Cyberjaya.
Best la.
Ada tukar2 hadiah, ada games apa semua.

I suka camni. I dapat mix around with chinese, indian.
Kat office I takkan dapat environment gini :)
With doc Ning. Otai MBFPCA ni.
Dapat gift ni (smpai ari ni tak gantung lagi. Hehe).



Dinner kedua.
Dinner sempena Pesta Sukan di Sarawak.
1.9.2019
Bertema kan Aloha.
Kena pakai baju ala-ala aloha pulak.
So, takyah pening2. Pakai tshirt putih n letak la bunga2 kat tangan.

Ayah Rizq duk meja lain. I duduk meja skali ngan penerima sbb urusetia khen.. haha.

Kawan lama dari Semenanjung. Tahniah dpt APC.
Tahniah dapat baby girl :)



Masa dinner ni ada sekali pemberian sijil utk penerima APC Sabah n Sarawak. Pastu orang yang bersara then 25 tahun perkhidmatan.
Masa ni me n my team ada buat kesilapan besar. Allahu. 
Kesilapan yang tak sepatutnya berlaku.
Entah lah. Salah I lah yang tak semak semula. Tak berhati hati.
I jadikan pengajaran sgt.
Memang lah menda tu bkn I sediakan, tapi suppose I kena semak bebetul.
So, I mengaku je pada my superior, my top mgt, ya, memang salah I. I minta maaf banyak2. And am very very upset with myself.
Tapi, ramai yang support me n my team. Thank you friends.
Ada yang kecam. I tahu. Tapi takpe lah. Kecam lah. Like u don't make a mistake, kan?
I buat salah. And Allah sedarkan yg cara kerja I selama ni agak cuai. So, I boleh betulkan. Tapi, orang yang kecam2 ni, agaknya memang tak pernah buat salah lah kot kan. 
Menda ni mmg pengajaran betul pada I (dan juga my team. Walo I upset dengan derang, tapi I tak boleh marah derang sbb I sbg penyelia derang, harus I yang kena semak. So, I tanggung lah semua kesalahan ni).

Dinner ketiga
Malam Anugerah - Triumph & Glory. A Night to Remember 
27.9.2019
Di Impiana Hotel, KL.
Tema - vintage.


Ni pun I siap pi beli baju kat butik. Bukan la butik designer apa bagai. Tapi best lah baju ni. Memang ngam2 ja walau napak la babat2 berlebihan. Haha.

Yang banyak membantu I. Tqvm
Orang kuat I. Yang tidak berkira tenaga. Lps tu I belanja depa kt spa :D

We're HRIENs.




Yang ni malam untuk meraikan penerima APC Semenanjung, pesara n 25 tahun perkhidmatan.
This one mmg me n my team la main coordinator.
Fuhh... memang cabaran betul kali ni.
Di tambah pula kita pernah buat kesilapan tu kan.
Memang my team akan semak berpuluh, beratus kali dengan semua dokumen yang nak di print, yang nak di publish. Semua macam takut dah. Ha...kan.. tu lah hikmahnya. Kalau tak jadi kesilapan, kita tak sedar cara kerja kita.
Dan, disudahi dengan penghargaan dari semua pihak utk kami para urusetia. Alhamdulillah. Cuma, ada jugak la yang tak kena here n there. Tapi, tak nampak lah sangat.
Semua orang gembira.
Bcoz ni 1st time kami uruskan. Dulu majlis anugerah ni buat kat Kementerian. Skrg ni kena buat sendiri. So, next year boleh bersedia dari awal dah.

So, ini lah dinner2 yang I attend utk tahun ni.
Semua nya enjoy!

27 May 2019

PROJEK SUSU IBU UNTUK BAYI MISKIN



Kehidupan kita mungkin selesa dan tidak pernah berhadapan dengan masalah kekurangan makanan. Atau kita tak pernah berhadapan dengan orang yg putus susu utk anak dia.
Kan?
Tapi, sebenarnya ada.

Pernah baca, ada hamba Allah ni bercerita seorang ayah yang nak belikan susu tin (pekat manis) untuk anak dia, sbb dia dah diberhentikan kerja. Takde duit. Nak beli susu tepung paling murah pun takde duit. Dah 2 bulan katanya anak dia tak minum susu tepung.
Bayangkan kalau kita berada di tempat nya.
Kita terlalu mewah dengan pelbagai makanan (esp bulan puasa ni) sehingga ada yang tidak dihabiskan. Tapi, ada diluar sana yang kais pagi makan pagi. Yang bersesak untuk mendapatkan sepeket susu tepung untuk anak.

Allahu.
Perit rasa kerongkong menahan hiba.
Latar belakang kita yang mempunyai kawan2 yang seperti kita membataskan pergaulan kita dengan orang yg jauh lebih tidak bernasib baik.
Tapi, sebenarnya mereka ada.


Di bulan mulia ini, jom lah kita bantu.

Ini bukan post iklan berbayar. Biasa kalau posting macam ni, macam iklan je kan.
No. Ini adalah CSR saya sendiri sebagai empunya blog yang juga PEMBIMBING RAKAN PENYUSUAN TERLATIH (BREASTFEEDING PEER COUNSELOR).

Kita mungkin tak pernah berjumpa dengan ibu dan bayi miskin ni.
Kita mungkin nak sangat bagi bantuan kepada orang susah ni, tapi tak sempat untuk mengadakan pertemuan dengan ibu dan bayi miskin ni untuk memberikan bantuan.

Tapi takpe, ada foundation yang akan bantu kita untuk membantu :)
ArbaFoundation akan melaksanakan satu projek untuk membantu ibu dan bayi miskin ini.
Jom sesama kita menderma untuk projek ini.
"Projek Susu Ibu Untuk Bayi Miskin"
Ibu ibu akan diberi bantuan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu dan seterusnya ibu akan diberi bantuan makanan yang sihat agar susu yang diberikan utk bayi adalah susu yang lebih berkhasiat.

Untuk fasa pertama, bantuan akan dilaksanakan di kawasan Lembah Kelang.
Foundation ini memerlukan RM500 untuk setiap bayi yang dibantu.
Sasaran bayi miskin adalah 500 bayi.
Setakat saya menulis posting ni, sebanyak 435 telah berdaftar.


Bayi miskin ini dapat dibantu dengan

1. Bimbingan penyusuan oleh kaunselor penyusuan selama 3 bulan.
2. Bantuan makanan sihat sebanyak RM100 sebulan selama 2 bulan.

KAEDAH BANTUAN
Sasaran : 500 Ibu miskin yang bakal melahirkan anak mulai bulan Julai 2019 di kawasan Lembah Klang.
Tempoh bantuan : 1 Julai - 31 Disember 2019

1. Bulan pertama : Satu sesi bimbingan secara fizikal oleh kaunselor penyusuan untuk ibu yang bakal bersalin dalam jangka masa kurang 1 bulan untuk persiapan kesihatan fizikal dan mental. Ibu tersebut juga mendapat akses untuk berhubung dengan kaunselor penyusuan melalui panggilan telefon dan mesej sepanjang tempoh sebulan itu.

2. Bulan kedua : Satu sesi bimbingan secara fizikal oleh kaunselor penyusuan sejurus selepas ibu tersebut melahirkan anaknya tentang cara menyusukan anak dengan betul. Bantuan pemakanan sihat bernilai RM100 juga akan diberikan pada bulan kedua ini. Ibu tersebut juga mendapat akses untuk berhubung dengan kaunselor penyusuan melalui panggilan telefon dan mesej sepanjang tempoh sebulan itu.

3. Bulan ketiga : Satu sesi bimbingan secara fizikal oleh kaunselor penyusuan untuk ibu bagi membantu ibu tersebut mengatasi cabaran dalam menyusukan anaknya dan mengekalkan momentum penyusuan sehingga usia bayi sekurang-kurangnya 6 bulan. Bantuan pemakanan sihat bernilai RM100 juga akan diberikan pada bulan ketiga ini. Ibu tersebut juga mendapat akses untuk berhubung dengan kaunselor penyusuan melalui panggilan telefon dan mesej sepanjang tempoh sebulan itu.Kaunselor penyusuan yang dilantik adalah mereka yang berdaftar dan terlatih di bawah Persatuan Sokongan Penyusuan Susu Ibu.

Berapa yang boleh disumbangkan? RM500 seorang kah?
Jangan risau.
Sumbangan adalah bermula RM10 sahaja seorang.
Kalau dapat bagi lebih; Alhamdulillah.

Cemna nak sumbang?
Boleh klik link ini untuk donate
[projek susu ibu untuk bayi miskin]
- boleh masukkan nama kalau nak, atau kalau taknak masuk nama, just tick kotak "don't show name in donors list"
- jangan lupa masukkan no fon sebab nanti nak sign in guna no fon.
- boleh juga masukkan nama ramai2. Kalau ada kawan ke, club ke, persatuan ke, boleh je masukkan nama semua yang menyumbang atau letak nama persatuan je :)
- then klik proceed to payment.
- nanti akan ada senarai nama bank2 yang kita boleh buat direct trus bayaran online. Contoh, kalau kita ada akaun Maybank, trus klik pada ruangan Maybank.
- trus je buat maybank2u macam uols buat shopping online tu (",)
- then settle. Dapat lah receipt.
- lps dah buat bayaran, buleh sign in. Nanti dia akan bagi pin number pada no phone yang kita register tu.
- Settle :)


Mana tahu, moga dengan asbab sumbangan ini, Allah mengangkat darjat dan memakbulkan doa kalian di bulan dan hari yang baik ini. InsyaAllah.

Sekian dari saya,
Ida.
Rakan Pembimbing Penyusuan Terlatih.

#breastfeedingpeercounselor
#pcsentul
#mbfpca

7 May 2019

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Training

26 - 28 April 2019.
Bertempat di MTDC, UPM.

So, jom share pengalaman saya yang attend 20 hours course utk melayakkan saya menjadi Peer Counselor (PC)
Sebelum tu, kalau berminat nak jadi PC, boleh register kat sini [entry level]
Register dulu, nanti dia panggil.
Macam KL ni rasanya ramai yang q. Saya pun rasanya dah 1 year kot register baru dia panggil utk attend course ni.
Kena masuk entry level dulu. Lps tu baru bleh go untuk advance level.
Itu panjang lagi ceritanya.
Apa2 kena masuk dulu entry level. Bila dah complete entry level, dah jadi PC terlatih dah.

So, utk bayaran, dia berbeza ikut tempat. Dan tahun juga. Mungkin last year harga murah. Kali ni saya bayar dalam 400+. Harga berbeza utk bukan ahli dan ahli MBFPCA. Nak jadi ahli pun boleh tgk sini [ahli mbfpc].



Course padat. Tapi best.
Seawal jam 8pagi dah start.
Hari Jumaat tu jem pulak. Memang naya betui. Tapi nasib baik sampai sebelum 8.30pg. Pendaftaran 8.00-8.30 pagi.
Saya ambil cuti. Bukan saya je cuti. Ayah Rizq pun cuti.
Ya. Untuk menjadi PC ni support group dari family, husband la esp, amat diperlukan.
Ayah Rizq cuti supaya dia bleh hantar amik dan tak perlu antar Rizq ke rumah nenek.
Habis kelas pulak dalam pukul 6pm.
Ya, begitu lah utk 3 hari.
1st time lah Rizq tinggal dgn ayah dia full entire day. 
They survived actually.
Haha!


Module training- 80% LDK - kerja dalam kumpulan.
Dan nak jadi PC kenalah banyak bercakap, kan?
Kami semua ada 26 orang dah 26 ni memang banyak bercakap. 
26 yang terdiri dari pelbagai background.

Alhamdulillah Allah permudahkan utk saya attend course ni.
Saya seronok sangat.
Berbeza sangat dgn bidang kerja. 
Lepas tu jumpa kawan2 baru yang memangnya total berbeza dgn bidang saya.
Ada yang buat confinement centre, ada yang Child Birth Educator, ada yang owner babyshop, ada nurse dan memacam lah. Owh. Best gila!


Dalam 3 hari tu memacam lah kami belajar.
Yang utama kami di ajar how to communicate with mothers.
Bab ni saya perlu banyak belajar.
Sebab dlm bidang saya kerja, yg memang ada rules n regulation yang perlu diikuti, kita tak boleh lah nak buat "lets the staff decide". Ha.. kang kalau lah dia suka MC, kita suruh dia decide apa dia nak, mau dia praktikkan MC aje lah bebila. 

Tapi, dalam bidang bf ni pulak, yang penting ada 3 points :
First : buat open ended question utk tahu masalah.
Second : Affirming mothers
Third : Educate.
Jangan sesekali bagi pilihan. Lets mother decide.
Gitu kekdahnya.

Banyak ilmu baharu yang dipelajari.
Penyusuan susu ibu ni tak susah mana pun.
Yang penting kena ada lah ilmu dan support dari family.

Okay.
Ada apa2, boleh contact me ya.
Jangan segan2.
Masa pregnant pun boleh kalau nak tanya apa2.
Nak home visit dalam pantang pun boleh.

Saya,
Ida.
Rakan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Terlatih anda :)

3 May 2019

Saya Rakan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Terlatih

Atau dalam bahasa omputih dia - Breastfeeding Peer Counselor (PC)
Gitew....

Untuk menjadi PC, anda mestilah menghadiri kursus selama 20 jam.
Lps dah complete, baru lah boleh diiktiraf sebagai Peer Counselor.
Jadi, atas passion dan minat saya towards penyusuan susu ibu, saya pun enroll untuk jadi PC.

Sebelum tu, meh saya citer cemna saya; yang bukan dari medical line, bukan dari OnG line, bukan dari paed mahupun nutrition line minat dalam bidang penyusuan ini. Seperti yang rakan2 yang mengenali saya tahu, saya adalah seorang yang menguruskan Human Resource di office saya. 

Benarlah janji Allah, setiap kesukaran, pasti datangnya kemudahan.
Perjalanan untuk mendapat zuriat agak sukar, tapi, journey penyusuan saya sangat dipermudahkan Allah. Sangat yang sangat ya :)

Sebenarnya masa pregnant saya tak terfikir pun utk menyusukan anak sehingga lebih 2 tahun. Me, myself rasa macam lebih senang bagi anak formula milk.
Masa pregnant, memang siap beli pam.
Bila dah beli pam, maknanya ada niat lah nak mengepam di office.
Tapi, masa tu blur je. Cemana nak pam, cemana nak simpan. Semua ni kena ada ilmu.
Masa pregnant tak gali pun ilmu ni.
Beli pam masa expo baby. Masa tu bln ke7 pregnant kalau tak silap.

Then masa cuti 4 bulan tu lah baru cari gali ilmu.
Sebab, susu saya ada. Dan cukup utk anak.
Bulan pertama memang ada top up. Walhal susu saya melimpah masa tu. Memang leaking memanjang. Cuma tulah, maybe saya pun tak pandai nak uruskan cemana. Takde cara yang betul dalam seminggu 2 yang pertama. Tak tahu pun ada PC, LC segalanya.

But luckily, Rizq Iskandar sangat pandai. Latch dia apa semua betul.
Kenapa saya cakap betul dan pandai. Sebab saya takde nipple pain. Takde nipple crack.
That's why saya kata journey penyusuan takde yang sedih pun. Semua gembira.
Cuma, sedara mara macam marah sbb baby taknak botol tu adalah.
Depa ingat kita saja taknak ajar.
Hehe.
Takde apa lah tu. Biar lah.

Lepas tu, saya belajar dan terus belajar.
Dan rupanya. Susu ibu lah paling mudah nak uruskan.
Ko takyah nak fikir usung segala susu bila keluar.
Bawak je lah nenen tu. Eh.. siapa je tak bawak nenen kan. Haha.
Nun pegi Sabah. Paling mudah lah famili yang berjalan dgn saya. Takde la kejap2 nak berenti buat susu lah, carik air panas lah. Selamba selak kekdahnya even dlm flight and tepi laut. 
Hey.. dah ada yg mudah  buat apa nak pergi yang susah??
Anak saya pun tak crancky kalau travel.
Paling mudah. Sbb kita sentiasa ada dgn dia. Tak perlu tunggu. Trus comfort dgn nenen je lah. Hehe :D

No. 
Saya tak memandang rendah pada ibu2 yang memberikan formula milk.
Its your choice.
And semua ibu pun nak yang terbaik untuk anak, kan?

Alah.
Saya nak cerita pasal course Peer Counselor saya.
Tapi, dah jadi cerita lain pulak.
So, nanti lah kita citer pasal PC pulak.
Apa pun, saya kini memang bergelar Rakan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu.


Anything regarding breastfeeding, don't hesitate to contact me.
Am happy to serve you :) 
Saya boleh buat home visit sekitar KL City Center atau Sentul.

Sama-sama kita promote and protect breastfeeding.
Kalau bukan kita sebagai ibu, siapa lagi?
So, jom!



INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign