Pages

15 May 2019

Ramadan 1440H

Tiada wish pun sempena Ramadan kali ni.
Kalau dulu, setiap hari pun ada entry bulan Ramadan.

Dah puasa ke 10 dah kita hari ni (15.5.2019).
Memacam juga puasa tahun ni.
Ada pulak yang nak buat say no to bazar challenge.
Maknanya toksah pegi bazar. 
Pulak dah.
Memacam korang ni.

Agaknya dia dah pernah terkena berbagai peristiwa pahit di bazar Ramadan.
Sebab tu la gamaknya dia buat challenge tu.

Lepas tu, yg tak setuju, komain la marah.
Haha.
Apa ni sisturr... rilek la.

Tak mana ada orang sahut cabaran tu.
Di mana2 ada bazar Ramadan, di situ lah orang ramai.

Bagai semut menghurung gula.
Apa nak takut.

As for kakak.
Kakak masak hari bekerja.

Sebabnya tak lalu kakak nak pi bazar hari bekerja ni.
Penat! Dengan panasnya dengan takde parking nya.

Idok la teman.
Jadi, kakak masak.

Cemana kakak masak?
Hari minggu tu, kakak sediakan pes. Kakak tak buat pes bebanyak. Cukup utk 5 hari tu ja. Macam 1st week tu kan. Kakak buat pes kari ikan, pes gulai lemak, pes sambal tumis, pes asam pedas. Senang kerja. Lps tu kakak beli kelapa parut, kakak buat santan. Bekukan dalam bekas puree Rizq dulu tu, lepas dah beku, keluarkan seketul2 tu masuk pulak dalam plastik seal Ikea tu. Nak masak letak lah seketul dua.


Baru tahun ni pun kakak buat style pes pes ni.
Sbb jalan jem truk tahun ni.

Construction MRT ni mmg membuatkan jalan sesak mesak.
So, kakak sampai rumah dalam 6 lebih pun okay lagi.
Pes tu kakak turunkan dari freezer sesiap waktu pagi. Balik tu dah nak cair dah.
Lepas tu, lebur kan je dalam periuk, baru masuk ikan apa semua.

Macam setgh orang dia masak sesiap trus. Letak ikan apa semua.
Tapi, yg gini ayah Rizq tak suka. Dia memang jenis tak suka lauk2 dipanaskan apatah lagi lauk frozen. Yang pes ni takpe. Lauk2 semua masuk kemudian.

Lauk pauk hasil laut semua kakak siap beli di Kuala Selangor hari Sabtu sebelum puasa tu.
Kakak memang beli dari sana utk stok. Jauh tak jauh la. Berbaloi kot. Memang harga takde la murah mana, tapi nak yg fresh tu. Sbb bahan basah laut ni, walau simpan sebulan pun rasa sedap lagi. Kami nak kurangkan penggunaan bahan awet tu. Esp utk Rizq.
Tapi sbb peti ais kecik takde la buleh beli byk. Kali ni dalam 200 ja beliannya.
Ada ikan tenggiri, ikan nyoknyok (1st time beli), ada ikan mata besar, ikan cencaru, bawal, siakap, sotong, udang. Jadik lah tu makan 3 beranak. Hehe. Takat ni masuk minggu ke 2, ikan bawal pun tak usik lagi, dan byk lagi ikan tak abis pun. Rasanya tahan ni sebulan.

Dan last weekend kakak  balik kg. Kami pi bazar kat Kuala Kangsar.
Uih.. meriah nya bazar sana.
Kami pi dgn kakcik n abgcik. Lagi lah memacam beli.
Ada kot dkt RM100 (utk 2 famili yg beli) abis gamaknya.
Entah lah tak kira. Tapi mmg banyak. Air je 3 jenis. Haha. Gilos betui.
Ni salah satu sebab kakak takmo gi bazar. Lps tu pulak bazar ni macam lain dari kt KL ni. Kalau KL tgk makanan tu macam takde la selera sgt. Kat sana, semua cam sedap2 je. Haha.

Biasanya weekend mmg kakak tak masak lah.
Minggu ni pulak dah plan utk berbuka dgn famili ayah Rizq.
Kakak ingat nak buat ayam masak bali ja. Itu pun dah jadi signature dish kakak jugak tu. Haha. Simple and senang. Sap sap saui.


Okay lah.
Selamat berpuasa semua.


Gambar maleh nak buh.
Kat FB kan ada byk dah.


Penat lah nak transfer2.. tak larat.
Haha.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign