26 - 28 April 2019.
Bertempat di MTDC, UPM.
So, jom share pengalaman saya yang attend 20 hours course utk melayakkan saya menjadi Peer Counselor (PC)
Sebelum tu, kalau berminat nak jadi PC, boleh register kat sini [entry level]
Register dulu, nanti dia panggil.
Macam KL ni rasanya ramai yang q. Saya pun rasanya dah 1 year kot register baru dia panggil utk attend course ni.
Kena masuk entry level dulu. Lps tu baru bleh go untuk advance level.
Itu panjang lagi ceritanya.
Apa2 kena masuk dulu entry level. Bila dah complete entry level, dah jadi PC terlatih dah.
So, utk bayaran, dia berbeza ikut tempat. Dan tahun juga. Mungkin last year harga murah. Kali ni saya bayar dalam 400+. Harga berbeza utk bukan ahli dan ahli MBFPCA. Nak jadi ahli pun boleh tgk sini [ahli mbfpc].
Course padat. Tapi best.
Seawal jam 8pagi dah start.
Hari Jumaat tu jem pulak. Memang naya betui. Tapi nasib baik sampai sebelum 8.30pg. Pendaftaran 8.00-8.30 pagi.
Saya ambil cuti. Bukan saya je cuti. Ayah Rizq pun cuti.
Ya. Untuk menjadi PC ni support group dari family, husband la esp, amat diperlukan.
Ayah Rizq cuti supaya dia bleh hantar amik dan tak perlu antar Rizq ke rumah nenek.
Habis kelas pulak dalam pukul 6pm.
Ya, begitu lah utk 3 hari.
1st time lah Rizq tinggal dgn ayah dia full entire day.
They survived actually.
Haha!
Haha!
Module training- 80% LDK - kerja dalam kumpulan.
Dan nak jadi PC kenalah banyak bercakap, kan?
Kami semua ada 26 orang dah 26 ni memang banyak bercakap.
26 yang terdiri dari pelbagai background.
Alhamdulillah Allah permudahkan utk saya attend course ni.
Saya seronok sangat.
Berbeza sangat dgn bidang kerja.
Lepas tu jumpa kawan2 baru yang memangnya total berbeza dgn bidang saya.
Ada yang buat confinement centre, ada yang Child Birth Educator, ada yang owner babyshop, ada nurse dan memacam lah. Owh. Best gila!
Dalam 3 hari tu memacam lah kami belajar.
Yang utama kami di ajar how to communicate with mothers.
Bab ni saya perlu banyak belajar.
Sebab dlm bidang saya kerja, yg memang ada rules n regulation yang perlu diikuti, kita tak boleh lah nak buat "lets the staff decide". Ha.. kang kalau lah dia suka MC, kita suruh dia decide apa dia nak, mau dia praktikkan MC aje lah bebila.
Tapi, dalam bidang bf ni pulak, yang penting ada 3 points :
First : buat open ended question utk tahu masalah.
Second : Affirming mothers
Third : Educate.
Jangan sesekali bagi pilihan. Lets mother decide.
Gitu kekdahnya.
Banyak ilmu baharu yang dipelajari.
Penyusuan susu ibu ni tak susah mana pun.
Yang penting kena ada lah ilmu dan support dari family.
Okay.
Ada apa2, boleh contact me ya.
Jangan segan2.
Masa pregnant pun boleh kalau nak tanya apa2.
Nak home visit dalam pantang pun boleh.
Saya,
Ida.
Rakan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Terlatih anda :)
Terima kasih atas komen anda :)