Pages

Showing posts with label traveloka. Show all posts
Showing posts with label traveloka. Show all posts

30 March 2018

Sekarang Semua Boleh Terbang Dengan Air Asia

Sebut sahaja tentang AirAsia semua orang dapat gambarkan bahawa ia merupakan syarikat penerbangan dengan tambang termurah yang kini tidak asing lagi di mata dunia. AirAsia merupakan syarikat milik Tony Fernandes yang diambil alih daripada syarikat kerajaan iaitu DRB-HICOM pada harga RM1 disertai dengan hutang sebanyak RM40 juta. Sejak pengambil alihan syarikat ini, AirAsia telah berjaya merekod dan meraih pelbagai anugerah serta bersaing sengit dengan syarikat penerbangan yang lain termasuk MAS Berhad. Hanya dalam masa satu tahun sahaja Tony Fernandes telah berjaya menyelesaikan masalah bebanan hutang syarikat. Beliau telah berjaya memperbaiki prestasi AirAsia dan merekodkan keuntungan buat syarikat. AirAsia membentuk matlamat menjadikan penerbangan udara adalah mampu untuk semua orang.

Penerbangan AirAsia kini bergerak ke pelbagai destinasi di Asia. Syarikat penerbangan ini meliputi lebih daripada 15 buah negara dan banyak bandar penting. Ia mempunyai lebih daripada 10 hub di tiga negara seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia. AirAsia mempunyai armada pesawat Airbus A320 yang cekap, yang dicipta untuk keselamatan dan keselesaan. 

Me myself pun kerap jugak lah terbang dengan AirAsia ni. Takat ni paling jauh kami terbang ke Perth dgn AirAsia. Yang local – memang banyak kali lah. Sabah, Sarawak, Langkawi. Oh, kami ke Krabi pun dgn AA.

Pada tahun 2001, syarikat penerbangan AirAsia telah menawarkan tempahan penerbangan berkualiti dan murah. Ini kerana syarikat ini telah mencapai tahap syarikat penerbangan antarabangsa yang lain. Syarikat penerbangan ini mempunyai syarikat-syarikat bersekutu seperti AirAsia X, Thai AirAsia, AirAsia Indonesia, AirAsia Filipina dan AirAsia Japan yang menawarkan perkhidmatan kos rendah yang serupa. Oleh itu, ia telah menerima pelbagai anugerah seperti “World’s Best Low Cost Airline” by Skytrax dan “ATW Value Airline of the Year” 2012.

Anda mempunyai pilihan untuk pra-tempahan hidangan lazat dengan tempahan dalam talian AirAsia.

Setiap kali terbang, mmg kami buat pre-booked meal ni. Senang. Cepat je dapat, apatah lagi bila dah ada Rizq Iskandar ni. 

Pilihan tempat duduk boleh dipilih semasa mendaftar masuk.

Dulu masa takde anak, kami okay ja duk memana, tapi sekarang ni kami mmg booked sesiap tempat duduk. Pasti nya premium hot seat supaya lebih selesa dan mudah untuk Rizq Iskandar – heyyy… kami tak perlu rebut2 nak masuk, itu yang kami suka. Hihi.

Di atas kapal, anda boleh membeli-belah  untuk orang yang anda sayangi. AirAsia menawarkan cenderahati bebas cukai dan barangan, dari produk penjagaan kulit dan perhiasan hingga gula-gula dan hadiah lain. Untuk hiburan dalam penerbangan, anda mendapat PC tablet peribadi yang dimuatkan dengan muzik dan filem. Syarikat penerbangan ini juga menawarkan program kesetiaan global yang dikenali sebagai BIG. Sebagai ahli, anda boleh mendapatkan mata dengan setiap tempahan AirAsia dan menebus ianya untuk tiket penerbangan percuma. Anda juga boleh mendapatkan faedah lain seperti tempahan keutamaan, tawaran istimewa dan diskaun dan lebihan elaun bagasi AirAsia sebagai Ahli Kesetiaan AirAsia BIG.

Sektor utama bagi Air Asia Airlines ialah dari KL ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu ke KL dan Pulau Pinang ke KL di mana ia beroperasi 73,73,52 dan 52 penerbangan mingguan masing-masing. Sektor antarabangsa utama di Asia termasuk KL-Singapura, Singapura-KL, KL-Bangkok dan Bangkok-KL. Mereka juga mempunyai penerbangan sekali-sekala dari Bali ke KL, KL ke Phnom Penh dan Krabi ke KL.

Ada sebuah pepatah yang diamalkan oleh pihak AirAsia iaitu “ The more you give, the more you will get”. Banyak bantuan kewangan yang telah dihulurkan oleh syarikat ini untuk mengurangkan bebanan golongan miskin dan sebagainya. 

Air Asia juga menawarkan servis sampingan yang dirasakan perlu untuk pelanggan-pelanggannya. AirAsia sangat prihatin terhadap permintaan atau kehendak pelanggan. Tunes Hotel disediakan untuk mereka yang memerlukan tempat penginapan yang asas semasa mereka dalam perjalanan.
Special rate untuk yang beli tiket AirAsia.

Kini anda tidak perlu lagi membuang masa untuk menunggu beratur di lapangan terbang, anda boleh mendapatkan jam perjalanan anda sebelum berlepas dengan  menggunakan daftar masuk ke Traveloka. Dengan Traveloka, anda boleh book AirAsia airlines pada tarikh yang anda rancangkan serta mendapatkan promosi penerbangan AirAsia . It is fast, easy and convenient.  Rancanglah perjalanan yang bijak ☺

Gambar terkini weols dgn AA.
KK - Disember 2017

23 December 2016

#MyTravelokaEscapade : I Need A Holiday Lah

You need a holiday lah!
I need a holiday lah!

We need a holiday lah!
♥♥♥

Yey! Mari lah semua kita ber holi holi day.
Dah lama sangat tak travel ke luar ni. Tahun 2015 pergi Umrah. Then, rest smpai sekarang. Eh. Tak boleh jadi ni. Dah lama sangat rest ni.
Memang dah gatal sangat kaki tangan semua nak klik klik beli tiket. Haha.
Lagi lagi bila dak kecik Rizq Iskandar a.k.a #kaptenrizq saya dah besar sket. Dah boleh bawak gi travel.
KaptenRizq kalau bawa dia jalan jalan, dia behave je.
Takat ni dah 2x try bawa dia bercuti.
And, Alhamdulillah. Dia sangat baik. Tak banyak ragam. 
So, lepas ni buleh la mak n ayah bawak awak naik katebang plak kan.
Hihi.

Dalam tengah gatal tangan kaki semua, tup tup ada contest #MyTravelokaEscapade by Traveloka. Pernah dgr kan Traveloka?. Alah, web yang kita boleh beli tiket flight, hotel apa semua tu. Pastu menawarkan harga yang terbaik dan ditambah pula"harga yang jujur" . Apa kita nampak, itu lah kita bayar. Takde la nanti ada lagi GST tak include lah apa lah.
Tak caya. Tengok lah ni.


Apa pun, korang gi je web Traveloka tu. Try klik klik cari date and tempat kita nak gi. Tak pegi pun takpe. Saja je klik klik. Hihi. Eh. Ai selalu tau buat gitu. Terapi tu. Muehehehe.

Okay, sekarang mari lah kita mencuba nasib.
Untung-untung boleh bercuti secara free. Ye, free! Kita kasik bold n kaler merah sket. Hihi.
Mana kita?
Saya pilih TOKYO!

Ya. 
Dah lama saya plan nak ke Jepun. Atau secara khasnya ke Tokyo.
Memang dalam angan-angan ni.
Salah satu sebab - nak pergi Disneyland Tokyo.
Kredit : Here

Sapa taknak pergi Disneyland?
Memang childhood dream kata orang tu.
Kami suami isteri dah pernah ke Disneyland Hongkong.
Tu pun dah rasa best sangat dah.
Apatah lagi Disneyland Tokyo ni kan.


Masa pergi Disneyland HK dapat ambik gambar ngan Minnie Mouse. Seronok kemain siap frame bebesau. Haha.
Tokyo Disneyland adalah antara Disney Park yang terbesar. Dan Disney Park pertama di dunia yang dibina di luar US. Dibuka pada tahun 1983. See, dengan info bagai ku bagi dah ni.
Nak pegi! Nak pegi!
Lagi bertambah teruja nak ke Disneyland sekarang sbb dah ada #kaptenRizq.
Ya.. bawak anak lagi la best (ke mak jugak yang lebih teruja nanti).

Selain Disneyland ni, boleh juga tengok keindahan alam.
Sapa tak nak pergi tengok Gunung Fuji.
Fuh!
Gila kau taknak pergi kalau dah tengok gambar secantik ni.
Meleleh air liur tau. Haha.
Giler. Ya. Saya memang segila itu kalau bercakap perihal travel nih.
Tgk gambar pun memang menggamit2 nak ke sana di buat nya.

Tak buleh jadi ni.
Haha.

Lepas tu Jepun (Tokyo) ni ada 4 musim.
Kita boleh lah melihat keindahan ciptaan Allah di sana.
Ada musim bunga, musim luruh, musim panas dan musim sejuk.
Teringin nak pergi masa musim bunga. Cantik sangat sangat lah.
Tak pun musim luruh. Cantik juga. Musim panas pun okay kot. Alah, kita kat Malaysia pun dah biasa panas kan. Takpe je kalo kat sana panas. Tapi musim sejuk pun best.
Kalau orang dah bagi free, mak tak kesah pi musim apa pun. Ngeh ngeh ngeh.

Selain tengok keindahan alam, kat sana pun shopping heaven gak.
Apa tu yg orang selalu cakap tu - Shibuya, Akihabara.. entah lah. Memacam nama ada. Best!

Pendek kata semua lah best kat Tokyo ni. 
Memang menjadi tempat impian lah.

Mana tahu ada rezeki nak bawa Rizq Iskandar dengan #MyTravelokaEscapade ni kan. Hihi.

Eh. Uols taknak cuba ke? Mana tahu menang percutian idaman ke. Ha.. try try. Jom try.
Just tulis blog ja. Kalau malas, just share kat FB ja.
Senang saja!
Masuk web traveloka blog ni untuk tengok detail dia.


Jom.
You Need A Holiday lah!

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign