Pages

14 March 2018

Rizq Kena HFMD

Apa itu HFMD.

Tak pernah sangka plak Rizq akan kena penyakit HFMD seawal ini.
Tapi, tu lah. Dah nak jadi. Kan?

Mulanya Isnin 26 Feb - hantar Rizq mcm biasa ke rumah nenek (pengasuh). Tp ptg tu ambik, ada terasa badan dia cam panas. Tapi, malas nak layan sgt perasaan tak sedap hati ni. Dah la siang tu kat office baru tgk rekod cuti - ada terdetik hati "last year Rizq demam 3 kali. Last dia demam bulan 9. Lama juga dia tak demam"
Tu lah. Orang kata, jangan sebut sebut. Huhu.

Malam tu, suhu naik. Masa dia menyusu, rasa mulut dia mcm panas. Lain macam ni. Ambik thermometer - tgk suhu dah dkt 38 darjah. So, bagi PCM. Malam tu mmg tak tido lena lah. Bagi pcm pun still badan panas. Nak dab dab kepala dia dgn kain basah mmg dia tak bagi.
"nanak..nanak.. sejuk" heeheee.. udah beso kome.. mmg susah la nak buat bagai2 dah kat dia. Semua taknak. Nasib letak thermometer kat ketiak tu dia nak. 

Selasa 17 Februari.
Pagi tu badan Rizq still panas. Terus decide nak bawa klinik. EL lah mak ayah.
Pergi klinik, doc kata mcm ulser. Ada infection katanya.
Tunjuk kat doc macam ada biji2 kat kaki. Tp doc kata tu gatal biasa tu. Takde apa.
Doc bagi antibiotik n pcm.
Bagi makan nasik pun dia tak berapa nak makan.

Malam tu, last dia menyusu pukul 10pm.
Biasa dia akan bangun setiap sejam atau plg lama 2 jam.
Tapi, kali ni dia tak bangun pun nak susu.
Suhu pun dalam 38-39 camtu.

Rabu 28 Februari.
Dalam kul 4 pagi camtu, dia crancky. Tatau apa tak kena. Bagi susu pun takmo. Tp bg air masak, dia minum.
Mula tak sedap hati. Tgk kat kaki dia mcm byk tumbuh bijik2. Check kt tgn, takde pulak.
Terus sesiap - macam rasa nak pegi HKL. Tapi, better terus pergi emergency PCMC (sbb Rizq mmg ada record check up kat situ, plus kalau kena warded, mmg insurans kami cover. Anak bawah 7 tahun bleh je pergi direct ke emergency without referral letter dari klinik).
Dalam kul 5am camtu dapat jumpa doc. Gitau doc, sy takut anak saya kena hfmd. 
Doc tgk2, pastu dia kata nak ambik darah. Duk la kejap kt wad emergency. Masuk ubat bontot, bagi antibiotik. Masa nurse nak cucuk tgn nak ambik darah, dak Rizq siap ckp "taknak..taknak.. no no no" huhu.. tp mmg crancky a bit la. Taknak letak. Kena la dukung dia dkt nak sejam lebih. Sbb pastu kena drip gak. Kena pasung la tangan dia.
Dalam kul 6 lebih, dapat naik ward. Bilik limited. Tapi, naseb baik ada lagi bilik available.
Sblm tu doc ada jumpa. Dia kata mujur dia suruh admitted sbb platlet Rizq tinggi (eh, ke rendah). Pastu mmg confirm HFMD. Kena la masuk ward.
Bila naik wad, dia dah boleh menyusu. Pastu tido. Hantar w.app kat grup family, office semua.

Seronok dpt tgk katon.
Blister kat kaki baru nak naik.

Dalam tghari tu dia dah okay. Boleh la makan minum sesket. Drip still on. Ubat antibiotik pun bagi (antibiotik ni sbb dalam darah dia detect ada kuman gak). Demam dah takde. Dia pun aktif ja. Cuma menyusu tak berapa nak.
Ptg tu kul 6 dah tido. Lena smpai malam. Tak menyusu pun. Mungkin sbb drip tu gak dia rasa kenyang. Tapi yang naya, mak la. Dah bengkak nenen macam org dlm pantang plak aih. 

Siang tu mmg dah suruh ayah Rizq gi ambik pam kt office (mujur hospital ngan office sebelah2 ja. Hehe). Dah ada pam, corong plak tinggal kat rumah. Aiyark.. for the 1st time eva mak buat marmet. Kahh.. jadik la. Mula tu dalam kul 4 pagi buat, dapat la dalam 1oz camtu. Pastu dlm kul 6, try lagi. Dpt la dlm 2oz. Okay lah utk bagi rasa lega sket. Dalam kul 8 tu ayah Rizq hantar corong - terus pam - then legaaaa. 5 oz terus. Bleh la buat stok. Bilik takde masalah. Peti ais apa semua ada. 
Ayah Rizq pun tido kat ward gak. Ada sofa-bed tapi ayah Rizq malas nak buka. So, dia tido kat sofa je lah.

Khamis 1 Mac
Rizq genap 21 bulan. Sambut kat hospital kali ni nak yer.



Dia pun dah beransur baik. Aktif ke hulu ke hilir. Kawan2 dept ayah dia datang visit tghari tu. Kemain dia menyembang la apa. Habis sebijik roti dia makan. Lps kawan ayah balik, kawan dept mak pulak dtg. Pun seronok dia. Nurse dtg nak amik bacaan nadi pun baik je bagi jari :D
Nak tghari tu, dia nak tido. Crancky. Tp pujuk2 pastu bagi susu - Alhamdulillah, dah  nak minum. Tido lena lah pastu.
Petang tu okay la, bleh makan minum dah. Drip pun tak on dah malam tu.
Ayah Rizq tido hosp jugak skali mlm tu and trus gi office dari hospital (tu yg kami ambik hospital ni sbb dekat ngan office).

Pemandangan dari Wad Paedatrik (6D)

Jumaat 2 Mac.
Dah tak demam. Blister pun dah nampak kering. Takde yg baru naik dah. Bleh breakfast sambil tgk pemandangan KL (and juga office mak ayah. Heheeee).



Pastu doc dtg, dia tnya "nak balik tak?"
Mesti lah nak. Huhu.
Jadi, boleh discaj dah. Rizq pun okay sgt dah. Kemain dia explore satu bilik.
Tekan2 katil utk ubah2 posisi tu pun dia tahu. 




Ada tarian singa plak. Tp dak Rizq takut dengar bunyi bising2 ni.

Dok spital ni mmg la best. Mak pun dapat makan sesedap. Boleh pilih nak makan apa. Anak ada menu, mak pun ada menu. Mmg boleh gomok lah dapat makan sedap n berkhasiat kt sini.
Tp tetahu je lah spital ni, kejap2 nurse masuk. Kejap2 orang anta makanan. Kejap2 housekeeping. Tak lena tidow anak dibuatnya.
So, ptg tu lps Jumaat, balik la rumah.
And mak pun sambung la cuti kuarantin (5 hari). Then apply AL jugak utk cukupkan 2 minggu. Kena kuarantin 2 minggu tak bleh antar ke pengasuh.

Blister dah kering masa hari ke4.

Surat confirmation dari doc untuk mak entitle cuti kuarantin.

Gitu lah ceritanya.
Kami detect, Rizq dapat infection dari baby chair masa celebrate beday ayah tu (boleh refer previous post, cemana baby chair tu). Biasa kalau gi makan, mmg mak lap kerusi meja dgn wet wipes dettol. Tp masa tu mmg tak lap pun.
Tapi, Ahad sblm tu, ada juga pergi kedai kasut. Rizq beli kasut Didi. Ke dari kasut tu. Kot ada budak kena hfmd da try2. Dan Rizq ada mainan yg gerak2 tu jugak.
Tak tau lah mana satu. Tapi, dah terkena, kena gak lah.

Asbab susu ibu juga, Rizq mmg tak demam teruk. Lps tu dia mmg tak crancky teruk. Takde menggaru. Tak nampak pun dia tak selesa. Aktif macam biasa. Takde melepek apa pun. Alhamdulillah sgt. Mmg mak percaya susu ibu lah antibodi semulajadi paling terbaik. Masa kat spital, paed ada ckp, tak payah dah bagi breastfeeding, anak dah besar. Mak diam ja. Kita dalam Islam, kalau tkde masalah, cukupkan je 2 tahun. Tapi, takkan nak ckp camtu plak kan.
And paed kata, bacaan darah utk hfmd Rizq 50 ja. Biasa budak kena ni tinggi dalam ratus2. Paed kata kalau blister dlm mulut pecah - mmg akan rasa sakit. And Alhamdulillah.. blister Rizq tak pecah pun. Semua kering sendiri ja. Pastu takde pun bengkak2 besar. Dia kekecik je mcm ruam tu ja sebenarnya. Yang banyak area blkg peha dia. Tangan sket ja. Mulut takde. Dalam mulut ada.

Cuma,
mak advise, kalau ada anak kecik ni, better kita ambik insurans utk derang. Senang kalau ada apa2 hal macam ni. Masuk wad yang selesa. Anak pun cepat je sihat. Mak tk dpt bayang kalau tu ari kena admit kat HKL. 
No..! Bkn mak kata HKL tak bagus ya. Tapi, kalau warded tu situ, pepaham je lah keadaan dia.  Lagi lah wad kanak2 masih bangunan zaman kolonial tu. Hehe. Nanti da pindah bangunan baru okay sket kot.
Lagi lagi untuk mak menyusu direct macam mak ni. Dgn orang keluar masuk. Kaum bapak yang macam takde rasa sensitif pun kalau tgk kita tgh nak bagi susu kat anak. Wad kanak2 biasa tu (bkn wad jaundice), mmg takde nursing room. Rizq penah warded jaundice 2 mlm kat HKL. And penah warded 1 malam wad biasa gak. Kalau keselesaan tu, memang takde lah. Katil tak cukup. Ada mak yg kena share katil kekanak ngan anak. Ada anak yg kena share katil besar dgn mak. Dia kapit dgn katil orang sebelah (kalau penyakit berjangkit camni, cemana gamaknya dia buat).
Nak solat pun susah hati nak tinggal anak. Surau jauh. Cuma, doc mmg round all the time. Tgh malam tu mmg doc berkeliaran je. Tu mmg tak risau.

Kalau ada rezeki lebih, and office tak cover insurans utk famili, boleh la ambik insurans. Penting juga sekarang ni sbb penyakit memacam. Alhamdulillah, office kami mmg cover insurans utk staff. Rizq warded ni, kena caj dalam 2k lebih dan semua ditanggung insurans. 
Ini juga #rezekiuntukrizq

p/s : mmg macam musim gak ni. Kt office pun ramai yg apply cuti kuarantin sbb anak kena hfmd ni.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign