Pages

22 March 2018

Genki Or Huggies?

Haha.
Maafkan lah ya.
Sejak jadi mak mak (kertu), kita dok sembang pasai pampes lah, susu anak lah, berak anak lah. Haha.
Okeh. Kali ni nak sembang pasal pampes.
Rizq start umur 8bulan baru pakai diapers pants. Sebelum tu guna hok tape ja.
Tapi, bila mak dah tak termampu nak mengejo dia yg mengeliat2 kalau nak pakai diapers, kena gak la guna pants.
Bila dia dah bleh berjalan, lagi lah (T____T).
Tu pun kadang jenuh kena dukung ngan ayah dia, pastu seluk terus kat kaki dia.
Phewww.

Memula masa Rizq lahir, kita guna Petpet (tape).
Petpet best. Cutting pun kecik so dia jadi kemas. Fix elok je.
Pastu bila Rizq da besar sket, kita tukar pada Wee Wee Dry. Beli kat Lazada mmg berbaloi harga nya. Tapi, bila dah bertukar kepada pants, kita try juga Drypers Dry Pants. Tapi, tak syok. Macam keras sket la drypers pants ni.
Pernah try Mamypoko. Eh. Bukan Mamypoko memahai tu. Mamypoko hok mysayang tu.
Mamypoko ni okay gak lah. Rasa macam best gak.

Pastu kita try Huggies pants. 
Okay. Suka. Fit.
Utk anak bertubuh kecik, mmg sesuai. Sbb cutting dia jenis kecik.
Pun biasa beli kat Lazada.
Lama Rizq pakai Huggies sampai la dia tukar pada saiz L.
Udah plak dia cam gatai bontot. Bukan mcm dia ada merah2 ke ruam ke apa. Dia cam tak selesa. Bila kita rasa2 dalam diapers tu, mmg dalam kapas dia ada macam "bijik bijik" apa ke benda ntah. Agaknya menda tu la buat dia tak selesa.
So, kiterang nak try diapers lain plak.
Lagi satu, Huggies pants ni, kalau tak beli kat Lazada, memang susah nak beli kat supermarket biasa. Bukan susah apa. Kalau time dia tgh murah - Huggies pants saiz L memang cepat abis. Nyampah aih. Pulak tu, masa tu Lazada tgh buat hal.
Kite dah order satu kotak. Macam biasa lah.
Sebulan lebih tak sampai. Hoih!
Nak cancel tak boleh. Org Lazada kata, bila sampai tak perlu accept.
Naseb tak bayar. Amik yang COD. Bila dia dtg, takyah accept. Abis cerita. (sebenarnya, bukan taknak accept, tapi masa courier sampai, dia call, tapi masa tu gi tempat lain tak bawak fon, so, courier tu balik je lah. Huhu. Tak sengaja, tapi okay lah. Settle masalah dapat balas dendam kat Lazada. Kah kah kah).

Then, dgn berani nya kite order Genki Pants.
Beli terus sekotak yang ada 4 pack dalam dia.
Beli kat Lazada jugak. Heh!
Tp guna nama ayah Rizq sbb takut Lazada nanti blacklist kite. 
Kihkihkih.


Genki okay. Soft sangat tekstur dalam dia.
Cuma nya dia tak berapa kemas.
Kalau kencing tu, dia macam melendut sket.
Pernah gak terbocor. Bukan bocor sbb penuh, tp dia keluar meleleh ikut tepi. Salah parking gamaknya bebird dia masa tu. Haha.
But, overall okay je Genki ni.

Tapi, kalau untuk jejalan, Rizq pakai Applecrumby.
Yang ni cutting besor.
Saiz M pun cam besar. Tapi selesa.
Kalau tak tukar dalam 5-6 jam pun rileks lagi la anak selesa. Sbb dia organic based.
Yang ni takdak juai kat physical store. Takdak kat supermarket apatah lagi kedai runcit. Hehe. Ni mmg kena beli online. Samada direct kat web dia atau rasanya ada jugak kat online shop yg lain.


Apa pun, mak still vote Huggies. Tp tu lah, apa pasal dia ada mcm bijik2 dlm tu. Nyampah betul. And ayah Rizq kata trus la pakai Genki.Okay lah kot. Kita pakai Genki lah.
Oh ya, Rizq mmg pakai diapers paling max 5 jam ja. Mesti kena tukar setiap 4 jam biasa nya. Kalau dia tgh tido pun kita mmg tukar tgh malam tu. Then jangan nak kecam mak tk tukar diapers pegi rumah pengasuh. Ketuk pala kang. Haha.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign